Anda di halaman 1dari 1

Minggu 3

Refleksi (TONY KONG SING ANN)


Melalui kuliah dalam minggu ini, saya telah mengetahui bahawa peraturan dan
rutin dalam kelas dapat membantu guru menguruskan tingkah laku murid-murid
dengan baik. Hal ini kerana peraturan yang ditetapkan dapat membantu dan
mengingatkan murid-murid tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kelas.
Dengan itu, guru perlulah berbincang dengan murid-murid semasa menetapkan
peraturan kelas kerana murid-murid akan mematuhi peraturan kelas dengan hati
yang rela. Selain itu, rutin kelas dapat membantu murid-murid mengamalkan
amalan yang diinginkan dalam kelas. Sebagai contoh, murid perlu
membersihkan kelas berdasarkan jadual tugas secara automatik atau murid-
murid yang datang awal ke kelas akan membaca bahan bacaan di sudut bacaan
dalam kelas. Jadi, guru perlu menjadi penilai kepada murid-murid dalam kelas.

Refleksi (JAMES LU CHIN SHENG)
Melalui kuliah ini, saya telah mempelajari topik Peranan guru dalam Pengurusan
bilik darjah. Saya telah belajar bahawa persekitaran yang kondusif sangat
penting untuk menjamin murid belajar dengan lebih berkesan. Pertama sekali,
guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal yang kondusif. Sebagai contoh,
susunan bilik darjar haruslah membenarkan guru memantau murid dengan
mudah. Selain itu, guru juga perlu menyediakan persekitaran psikososial yang
kondusif. Guru perlu memberi kasih saying yang mengcukupi kepada murid.
Ketiga, guru perlu menyediakan peraturan dan rutin bilik darjah. Peraturan dan
rutin sangat penting supaya pelajar tahu bahawa apa yang dilarang dan diingini
oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai