Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

Perkataan Ulum () adalah merupakan lafaz jamak daripada perkataan ilm ().
Perkataan Al-Quran pula ditakrifkan sebagai Kalamullah yang bermukjizat diturunkan
kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, di
riwayatkan secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai satu ibadah, bermula dari
surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas. Ini bermaksud, Ulum Al-Quran
adalah merupakan satu gagasan ilmu yang mana ia mengkaji tentang Al-Quran dan
perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan
pengumpulan, Asbab Nuzul, Al-Makki, Wal-Madani, Nasikh Mansukh, peringkat-
peringkatnya, kemukjizatannya, perumpamaan-perumpamaan, tertib surah dan
sebagainya.

Menurut pendapat Zarqani, Ulum Al-Quran bemaksud ilmu yang berkenaan dengan
Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi
penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya,
Ijaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.
Bagi Imam Al-Suyuti pula, beliau menegaskan bahawa Ulum Al-Quran ialah Suatu
bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang Al-Quran dari segi
penurunannya, sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan
dengannya.

Kesimpulannya, Ulum Al-Quran adalah merupakan tarkib idhafi ( ) yang boleh
diertikan sebagai Sekumpulan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran. Perkataan ilmu
menjadi jamak kepada perkataan ulum kerana ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran
meliputi banyak skop atau cabang. Contohnya ilmu Tafsir, ilmu Qiraat, ilmu Rasm
Uthmani, ilmu Ikjaz, ilmu Asbab Nuzul, ilmu Nasikh Mansukh dan sebagainya.






2.0 Latar Belakang

Kemahiran dan kebolehan untuk membaca Al-Quran merupakan antara kemahiran awal
dan utama yang perlu dimiliki oleh orang Islam (Maimunah Ismail, 1995; Muhamad
Endut, 1992; Wan Bakar Wan Dagang, 1994). Penekanan ini telah digambarkan dengan
jelas oleh Allah seawal wahyu yang pertama diturunkan dalam sejarah Islam yang
memerintahkan agar umat Islam berupaya untuk membaca, khususnya Kalam Allah bagi
membolehkan mereka memahami dan menghayati ajaran yang baru diturunkan itu.

Justeru itu, sejarah perkernbangan pendidikan dalam Islam amat berkait rapat
dengan pengajaran Al-Quran kepada anak- anak, Ibnu Khaldun (2000) dan Al-Qabisi
sebagaimana yang dinyatakan oleh An-Nukmy (1995), telah meletakkan pengajaran
Al- Quran sebagai kurikulum utama dan yang paling awal diajarkan kepada anak-
anak Muslim pada rnasa itu, Ia penting, rnenurut mereka, kerana pengajaran Al-Quran
mampu memberikan as as akidah yang kukuh dalam diri anak-anak.

Ekoran daripada keutamaan dan kepentingan penguasaan kemahiran ini dikalangan
Muslim, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Menengah (KBSM) yang
digubal bagi menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Menengah
(KLSM), hasil daripada Laporan Kabinet 1979, menggariskan bahawa antara matlamat
dan objektif Pendidikan Islam adalah untuk memastikan pelajar Muslim mempunyai
kemahiran untuk membaca Al-Qur'an setelah tamat persekolahan mereka (Maimunah
Ismail, 1995).











2.0 Tujuan Mata Pelajaran Ulum Al-Quran Dalam Pendidikan Islam.


Perubahan kurikulum ini adalah didasarkan kepada dapatan hasil Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979, yang mengkaji mata pelajaran Pendidikan Islam untuk
tempoh dua puluh tahun (1962-82) menunjukkan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan
menengah masih berada di tahap yang kurang memuaskan dalam pendidikan Al-Quran
(Zainal Abidin, 1990). Sehubungan dengan itu, KBSR mula diperkenalkan secara
berperingkat bermula tahun 1982 melibatkan 302 buah sekolah dan sepenuhnya pada
tahun 1983 (Malaysia,1984). KBSM pula mula diperkenalkan pada tahun 1988
sebagai kesinambungan kepada KBSR. Semakan dan perubahan kurikulum yang
diperkenalkan turut mempengaruhi dan me1ibatkan Pendidikan Islam sebagai salah
satu mata pelajaran teras kurikulum ini yang telah menjadikan pelajaran Al-Quran
sebagai teras pengajarannya (Fazlina Fadzil,1999).

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan bahawa dalam KBSM, mata
pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada dua komponen utama, bidang Tilawah
Al-Quran dan bidang Ulum syariah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Mengikut
garis panduan yang telah dikeluarkan, bidang Tilawah Al-Quran diperuntukkan masa
sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran
ini (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988). Bidang Tilawah Al-Quran ini pula
terbahagi kepada dua aspek berikut; (Maimunah Ismail, 1995; Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1990)

a. Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul mengikut hukum-hukum tajwid serta
memahami secara keseluruhan ayat-ayat tertentu berdasarkan tajuk-tajuk yang
sesuai.

b. Menghafaz ayat-ayat tertentu mengikut hukum tajwid untuk amalan doa, wirid
dan tahlil.




Wan Bakar Wan Dagang (1991) pula menyatakan bahawa objektif Tilawah Al-Quran
KBSM adalah bagi;

1. Melahirkan pelajar yang sentiasa membaca dan menghafal Al-Quran dengan baik
dan fasih;

2. Melahirkan pelajar yang sentiasa membaca dan menghafal Al-Quran di sekolah
dan juga di luar sekolah;

3. Melahirkan pelajar yang terdidik dengan didikan Al-Quran;

4. Pelajar yang sentiasa menghayati Al-Qur'an dalam kehidupan individu dan
berjemaah.




3.0 Mata Pelajaran Ulum Al-Quran Sebagai Subjek Elektif.


Di tingkatan ernpat, pelajar akan diberikan pilihan untuk rnengikuti aliran pilihan mereka
berdasarkan kepada pencapaian dan keputusan dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Umurnnya aliran yang ditawarkan meliputi aliran Sastera Ikhtisas, Sastera
Perakaunan, Sains Tulin, Sains Perakaunan, Agama Tulin dan Agarna Perakaunan. Bagi
pelajar yang mengikuti aliran Agama Tulin atau Agama Perakaunan, mereka
dikehendaki untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan Al-Quran atau Ulum Al-Quran
dan As-Sunnah (PQS). Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah yang diperkenalkan
bermula tahun 1995 turut menjadikan kemahiran pel ajar untuk membaca al-Qur'an
sebagai salah satu objektifnya yang utama (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
(JAPIM),Xementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2002).




Oleh kerana mata pelajaran ini hanya diperkenalkan kepada pelajar di tingkatan empat
dan lima, kemahiran pelajar untuk menguasai kemahiran ini di peringkat sekolah rendah
dan menengah rendah banyak mempengaruhi tahap kemahiran mereka di peringkat ini
(Che Pee Saad, 1993). Pembelajaran Tilawah Al-Quran di sekolah menengah sekarang
merupakan sebahagian daripada kandungan Pendidikan Islam yang berasaskan kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan mulai 1988.
Melalui Pusat Perkembangan Kurikulum, kurikulum baru Pendidikan Islam mula
menggantikan kurikulum lama Pendidikan Islam yang telah digunakan sejak 1982 di
sekolah menengah.

Semakan kurikulum Pendidikan Islam KBSM oleh JAPIM pada 2002 membawa kepada
perlaksanaan kurikulum baru mulai 2003 pada peringkat Tingkatan 1. Kini, kandungan
mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM terbahagi kepada bidang-bidang berikut;
Pertama, Tilawah Al-Quran yang merangkumi bacaan, hafazan dan kefahaman dan
Hadis; Kedua, Ulum Syariyah yang merangkumi Akidah, Ibadah, Sejarah Nabi
Muhammad s.a.w dan Tamadun Islam dan akhir sekali Adab dan Akhlak Islamiah
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005). Manakala peruntukan masa pengajaran
Pendidikan Islam bagi peringkat menengah rendah ialah 240 minit atau enam waktu
seminggu dan bagi peringkat menengah atas ialah 160 minit atau empat kali seminggu.

Berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam KBSM, bidang Tilawah Al-Quran bukanlah
suatu ilmu yang berasingan, malah bersifat bersepadu. Dengan kata lain, Tilawah Al-
Quran tidak hanya dilihat dari sudut membetulkan bacaan semata- mata, malah lebih
daripada itu. Hal ini kerana Tilawah Al-Quran meliputi Tilawah (bacaan), kefahaman,
penghayatan dan amalan. Justeru, objektif dan matlamat pendidikan Tilawah Al-Quran
adalah seperti berikut:

i. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca dan menghafaz Al-Quran dengan
fasih dan baik.

ii. Melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa membaca dan menghafaz Al-Quran di
rumah dan luar sekolah.

iii. Melahirkan pelajar yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan



iv. Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati ajaran al-Quran dalam kehidupan
individu dan jemaah (Kementerian Pelajaran Malaysia 2005).


Objektif dan matlamat pendidikan Tilawah al-Quran KBSM seperti yang dinyatakan di
atas merupakan kesinambungan daripada pendidikan Tilawah al- Quran KBSR yang
bermatlamat untuk:

i. memperkukuhkan kemahiran membaca, memahami, menghafaz dan menghayati
al-Quran yang diajar pada peringkat sekolah rendah
ii. membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran serta menghafaz ayat-
ayat yang ada kaitan dengan amalan dalam kehidupan harian (Kementerian Pelajaran
Malaysia 2005).

Kini, penekanan kepada bidang Tilawah al-Quran dalam kurikulum Pendidikan Islam
semakin ketara berikutan daripada keprihatinan tentang penguasaan al-Quran oleh
Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan
Malaysia pada 30 Disember 2003 yang membawa kepada tercetusnya program j-QAF.
Antara objektif program j-QAF ialah, semua pelajar Islam diharapkan dapat khatam al-
Quran semasa berada pada peringkat sekolah rendah lagi. Sebelum ini bidang Tilawah
al-Quran hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam
tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkan kepada masyarakat (Halim Naam
2005).
Kesimpulannya, dalam Pendidikan Islam KBSM, Tilawah al-Quran merupakan salah
satu bidang yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Bidang
Tilawah al-Quran mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan mata pelajaran lain kerana
ia memberi penekanan kepada kemahiran lisan, aspek kelancaran bacaan, penguasaan
kemahiran fasahah, penguasaan kemahiran tilawah bertajwid dan kemahiran bacaan
seperti tadwir dan tartil.

Anda mungkin juga menyukai