Anda di halaman 1dari 12

Maksud Pensejarahan

Pensejarahan (historiography) berasal dari perkataan sejarah (history). Sejarah secara


umumnya diertikan sebagai the record of events or the events
themselves.[9][9] Dalam pengertian ini, record of event (catatan peristiwa-peristiwa)
dan the event themselves (peristwa-peristiwa itu sendiri), saling mempunyai pertalian
yang relatif. Sesuatu peristiwa yang terjadi itu dicatatkan maka jadialah ia sejarah.

Tetapi dalam pengertian yang lebih kompleks, Encyclopedia Britannica telah
memberikan kenyataan berikut:

it was only in comparatively modern times that the meaning of the word (history) was
extended to include the phenomena that form their subject.



Dalam konteks ini, peristiwa dan catatan mengenai peristiwa akan mengembang dan
membentuk perkara-perkara yang selanjutnya. Contohnya di dalam peristiwa sejarah
lazimnya dicatatkan perkara-perkara seperti (i) benar / sahih ataupun tidak peristiwa itu;
(ii) bagaimana, sebab-musabab, perkembangan dan kesan daripada peristiwa
berkenaan; (iii) tokoh / watak yang menjadi pelaku dalam sesuatu peristiwa; (iv) bila
peristiwa tersebut terjadi dan lain-lain. Manakala di dalam catatan mengenai peristiwa
pula, di dalamnya terkandung perkara-perkara seperti; (a) siapakah yang mencatatkan
peristiwa itu; (b) bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan tetap atau tidak, bias atau
sebaliknya, obejktif atau subjektif, emosional atau rasional, apa dan bagaimanakah
sudut pandangan pencatat berdasarkan peristiwa dan latar belakang yang
mengaitkannya; (c) apakah cara dan kaedah (metodologi), pendekatan dan teori,
falsafah dan pemikiran yang digunakan dan diambil oleh pencatat berkenaan; (d)
sekiranya dalam konteks pengertian pencatatan peristiwa pada masa ini, di mana nilai-
nilai ilmiah atau saintifik terterap ke dalam pencatatan tersebut dengan menggunakan
sumber kedua (secondary) dan bagaimanakah sumber-sumber ini dikendalikan dan
dipersepsikan.

Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim[10][10], pensejarahan dapat ditakrifkan
sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan.
Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang
telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan
melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti
bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial.[11][11] Pendapat ini adalah selari
dengan Khoo Kay Kim yang menyatakan pensejarahan merujuk kepada penulisan
sejarah atau karya sejarah[12][12], yang dihasilkan oleh sejarawan.[13][13]Walaupun
pada zaman sekarang memang menjadi tugas ahli sejarah untuk menulis seberapa
yang boleh berhampiran dengan kebenaran, tetapi pensejarahan merupakan tafsiran
seseorang ahli sejarah tentang masa yang lepas, maka sejarah keseluruhan masa yang
telah berlalu adalah bersifat objektif, manakala pensejarahan pula bersifat subjektif.
Justeru apabila dikatakan sejarah ditulis kembali bukanlah bermakna sejarah itu diubah,
yang diubah ialah pensejarahan iaitu tafsiran ahli sejarah tentang satu-satu peristiwa
atau perkembangan yang berlaku dahulu. Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah mudah
dan kemuktamadan sukar dicapai. Para sejarawan akan cuba menghampiri kebenaran
sedekat mungkin. Bagi sejarawan Malaysia, soal kekurangan sumber, jurang masa,
penguasaan bahasa, perbezaan kebudayaan, soal psikologi dan lain-lain lagi menjadi
hambatan.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan samada pensejarahan itu dalam bentuk tradisi
atau moden, pensejarahan itu dihasilkan untuk mencari kebenaran yang paling hampir
terhadap peristiwa-peristiwa yang dikaji. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari
segi tanggapan terhadap kebenaran ataupun kenyataan sejarah dan juga kaedah untuk
menentukannya.[14][14] Mohd. Taib Osman pula mentakrifkan pensejarahan sebagai
kisah tentang peristiwa peristiwa bersejarah yang telah disusun dalam bentuk sastera
yang agak baik juga dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan kemegahan generasi
semasa pengarang dan keturunan-keturunan mereka.[15][15]


[1][1] Masyarakat berbilang keturunan atau masyarakat majmuk di Malaysia bukan wujud secara
semulajadi. Sebaliknya kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai detik sejarah dan latar
belakangnya yang tersendiri. Apa yang jelas lagi nyata ialah masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai
kaitan rapat dengan dasar zaman kolonial British. Anwar Ibrahim, Menangani Perubahan, Berita
Publishing, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 52, Milne dan Mauzy , Politic and Government in Malaysia, Federal
Publishing, Singapore,1978, hlm. 23
[2][2] Sungguhpun Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tetapi hubungan kaum
masih perlu diperbaiki. Apabila menjelang Pilihanraya 1969, isu-isu perkauman telah ditimbulkan oleh
pelbagai pihak dan kemuncak ketegangan hubungan antara kaum tercetusnya Peristiwa 13 Mei
1969.Peristiwa itu sudah cukup memberi tauladan dan pengajaran besar kepada mana-mana pemimpin
dan generasi masa depan agar tidak terjebak dalam malapetaka yang serupa. Malangnya meskipun
sudah 37 tahun peristiwa itu berlaku tetapi politik perkauman masih tidak dapat dihapuskan kerana
seringkali pemimpin-pemimpin politik menggunakan isu-isu perkauman menjelang kempen pilihanraya.
Lihat Jomo ,Kemiskinan : Isu takrif dan kemampuan dlm Dewan Budaya, Sept.2001 hlm.20-23, Wan Liz
Ozman Wan Omar, Mengurus Abad ke-21: Cabaran dan persiapan dalam era globalisasi, Golden Books
Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur 2000, hlm. 77
[3][3] Lihat Abdullah Zakaria Ghazali, Etika dalam Penulisan Sejarah dalam Bengkel Pasca Siswazah,
Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 19 Ogos 2006, hlm.
3-14
[4][4] Khoo Kay Kim, Etika dalam Penulisan Sejarah dalam Bengkel Pasca Siswazah, Jabatan Sejarah,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 19 Ogos 2006, hlm. 2
[5][5] Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan
Karya, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 1
[6][6] H.M Omemar Bakry, Tafsir Rahmat, Kuala Lumpur, Victory Agencie, 1988, hlm. 861
[7][7] Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 26 April 1986 di Rumah Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[8][8] Khoo Kay Kim, Etika dalam Penulisan Sejarah,. hlm. 7
[9][9] Encyclopedia Britannica, Vol. II, William Benton Publisher, Chicago, London, Toronto, 1970, hlm.
529; 530 -544
[10][10] Muhd. Yusof Ibrahim adalah antara tokoh sejarawan yang banyak menjalankan kajian tentang
histriografi di Malaysia antara hasil penyelidikan beliau adalah:, Pengertian dan Beberapa Perbahasan
Mengenai Teori dan Kaedah (1986), Sejarah Sejarawan dan Pensejarahan (1988), Pensejarahan
Sejarahan Melayu 1800-1960 (1994), Akhbar dan Majalah ditinjau dari sudut Pensejarahan Melayu dlm
Mohd. Sarim Mustajab (ed) Akhbar dan Majalah di Malaysia : Sejarah dan Pembangunan (1988),
Kesedaran Sejarah Satu Tinjauan Umum Mengenai Pengertian, Fungsi dan Perkembangannya di dalam
Masyarakat Melayu dlm Seminar Sejarah Malaysia Moden: Penilaian terhadap Pembinaan Negara -
Bangsa (1992) dan beliau banyak menghasilkan makalah-makalah dalam jurnal-jurnal sejarah di
Malaysia.
[11][11] Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan
Karya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1988 , hlm. 1
[12][12] Pada pandangan penulis, karya sejarah bukan hanya buku-buku sejarah, malah kajian ini akan
melihat beberapa bentuk penulisan seperti makalah di dalam akhbar dan majalah, cerpen dan novel yang
ditulis dengan berlandaskan peristiwa sejarah.
[13][13] Khoo Kay Kim, Panji-panji Gemerlapan dalam Ungku Abd. Aziz & Shahril Talib
(Penyelenggara) Syarahan Perdana : Dua Puluh Lima Tahun Pertama,Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, 1988, hlm. 337.
[14][14] Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya, hlm. 8
[15][15] Mohd. Taib Osman, Bahasa, Jilid IV. Bil. 1, 1964/65 , hlm. 44 tetapi bagi ahli sejarah yang
mementingkan kebenaran dan ketepatan maklumat, sejarah bercorak sastera adalah lebih bernilai
daripada sastera yang bercorak sejarah kerana dalam sastera bercorak sejarah fakta sejarah kerap
diubahsuai atau bahkan diselewengkan demi mencapai hasrat tertentu atau kerana seni
sasteranya.Namun begitu, ini tidak bermakna sastera bercorak sejarah atau hasil-hasil kesusasteraan
secara umum tidak berguna dalam kajian sejarah. Malah dalam kajian ini penulis telah menggunakan
beberapa karya kesusasteraan untuk melihat sejauhmanakah penulis sesebuah karya itu menerapkan
unsur patriotisme dalam karya tersebut di samping menyelami pemikiran dan perasaan masyarakat yang
menghasilkannya dan sebab karya itu dihasilkan. Ini amat bererti terutama apabila masyarakat penghasil
karya dikongkong kebebasan mereka atau merasa diri mereka tidak selamat andainya sesuatu itu
dinyatakan secara tepat dan terbuka.















Perbezaan Pensejarahan dengan Sejarah
Jawatankuasa Historiografi dari Majlis Kajian Sains
Sosial (Social Science Research Council) di New
York mengemukakan bahawa kata `sejarah' itu
dipergunakan sekurang-kurangnya meliputi lima
pengertian: [Social Science Research
Counvil, Theory and Practice in Historical Study, N.
York, 1946, 133]:
i. Penyelidikan yang sistematik tentang gejala-
gejala alam.
ii. Masa lampau umat manusia atau sebahagian
daripadanya.
iii. Benda peninggalan masa yang lalu (misalnya
artifak) dan pertulisan-pertulisan (rekod) baik yang
sekunder mahupun primer atau sebahagian
daripadanya yang telah ditinggalkan oleh manusia.
iv. Penyelidikan, pengajian dan penjelasan tentang
masa lampau umat manusia atau sebahagian
daripadanya mengenai benda-benda peninggalan
dan pertulisan; dan
v. Cabang pengetahuan yang mencatat,
menyelidik, menyajikan dan menjelaskan tentang
masa lampau umat manusia atau sebahagian
daripadanya.
Selain itu, sejarah membawa pengertian sebagai
peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu
yang lampau atau kajian dan pengetahuan tentang
peristiwa-peristiwa yang telah lalu tentang seluruh
dunia.

Ensiklopedia Britannica (1970 : Vol 11) pula telah
memberikan sejarah sebagai bermaksud the
Pensejarahan (historiography) berasal dari
perkataan sejarah (history). Sejarah secara
umumnya diertikan sebagai the record of events or
the events themselves.[9][9] Dalam pengertian ini,
record of event (catatan peristiwa-peristiwa) dan
the event themselves (peristwa-peristiwa itu
sendiri), saling mempunyai pertalian yang relatif.
Sesuatu peristiwa yang terjadi itu dicatatkan maka
jadialah ia sejarah.

Tetapi dalam pengertian yang lebih
kompleks, Encyclopedia Britannica telah
memberikan kenyataan berikut:

it was only in comparatively modern times that
the meaning of the word (history) was extended to
include the phenomena that form their subject.

Dalam konteks ini, peristiwa dan catatan
mengenai peristiwa akan mengembang dan
membentuk perkara-perkara yang selanjutnya.
Contohnya di dalam peristiwa sejarah lazimnya
dicatatkan perkara-perkara seperti (i) benar / sahih
ataupun tidak peristiwa itu; (ii) bagaimana, sebab-
musabab, perkembangan dan kesan daripada
peristiwa berkenaan; (iii) tokoh / watak yang
menjadi pelaku dalam sesuatu peristiwa; (iv) bila
peristiwa tersebut terjadi dan lain-lain. Manakala di
dalam catatan mengenai peristiwa pula, di
dalamnya terkandung perkara-perkara seperti; (a)
siapakah yang mencatatkan peristiwa itu; (b)
bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan tetap
atau tidak, bias atau sebaliknya, obejktif atau
subjektif, emosional atau rasional, apa dan
bagaimanakah sudut pandangan pencatat
berdasarkan peristiwa dan latar belakang yang
record of events or the events themselves iaitu
catatan peristiwa-peristiwa atau peristiwa-peristiwa
itu sendiri.

Menurut Muhammad Yusoff Hashim, sesuatu
peristiwa itu boleh dianggap sejarah sekiranya
memenuhi empat kriteria seperti kesahihan
peristiwa, sebab dan akibat peristiwa, tokoh dalam
peristiwa dan tarikh peristiwa tersebut berlaku.
mengaitkannya; (c) apakah cara dan kaedah
(metodologi), pendekatan dan teori, falsafah dan
pemikiran yang digunakan dan diambil oleh
pencatat berkenaan; (d) sekiranya dalam konteks
pengertian pencatatan peristiwa pada masa ini, di
mana nilai-nilai ilmiah atau saintifik terterap ke
dalam pencatatan tersebut dengan menggunakan
sumber kedua (secondary) dan bagaimanakah
sumber-sumber ini dikendalikan dan dipersepsikan.

Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim[10][10],
pensejarahan dapat ditakrifkan sebagai hasil karya
atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau
sejarawan. Sejarawan akan mengkaji dan
menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa
yang telah berlaku dan akan menghasilkan
penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan
melakukan kajian dalam bidang atau mengikut
kepakaran masing-masing seperti bidang politik,
ekonomi, ketenteraan dan sosial.[11][11] Pendapat
ini adalah selari dengan Khoo Kay Kim yang
menyatakan pensejarahan merujuk kepada
penulisan sejarah atau karya sejarah[12][12], yang
dihasilkan oleh sejarawan.[13][13]Walaupun pada
zaman sekarang memang menjadi tugas ahli
sejarah untuk menulis seberapa yang boleh
berhampiran dengan kebenaran, tetapi
pensejarahan merupakan tafsiran seseorang ahli
sejarah tentang masa yang lepas, maka sejarah
keseluruhan masa yang telah berlalu adalah
bersifat objektif, manakala pensejarahan pula
bersifat subjektif. Justeru apabila dikatakan sejarah
ditulis kembali bukanlah bermakna sejarah itu
diubah, yang diubah ialah pensejarahan iaitu
tafsiran ahli sejarah tentang satu-satu peristiwa
atau perkembangan yang berlaku dahulu.
Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah mudah dan
kemuktamadan sukar dicapai. Para sejarawan
akan cuba menghampiri kebenaran sedekat
mungkin. Bagi sejarawan Malaysia, soal
kekurangan sumber, jurang masa, penguasaan
bahasa, perbezaan kebudayaan, soal psikologi dan
lain-lain lagi menjadi hambatan.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan samada
pensejarahan itu dalam bentuk tradisi atau moden,
pensejarahan itu dihasilkan untuk mencari
kebenaran yang paling hampir terhadap peristiwa-
peristiwa yang dikaji. Walau bagaimanapun
terdapat perbezaan dari segi tanggapan terhadap
kebenaran ataupun kenyataan sejarah dan juga
kaedah untuk menentukannya.[14][14] Mohd. Taib
Osman pula mentakrifkan pensejarahan sebagai
kisah tentang peristiwa peristiwa bersejarah yang
telah disusun dalam bentuk sastera yang agak baik
juga dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan
kemegahan generasi semasa pengarang dan
keturunan-keturunan mereka.[15][15]










Perbezaan Pensejarahan Tradisional dengan Pensejarahan Moden
CIRI-CIRI PENSEJARAHAN MODEN
Penggunaan konsep pensejarahan yang lebih
saintifik dilihat bermula hasil daripada cetusan idea
yang dicanang-canangkan oleh Bapa Pensejarahan
Moden iaitu Leopold von Ranke pada abad ke-
19.[1]Konsep yang agak sinonim dengan diri
beliau dalam dunia pensejarahan ialah konsep yang
berbunyi Saya hanyalah berhajat semata-mata
untuk memperlihatkan bagaimana keadaannya
yang sebenar (wie es eigentlich
gewesen).[2] Menurut Profesor Leonard Krieger,
Ranke merupakan seorang yang memulakan sains
tentang sejarah yang berdasarkan kajian yang
lebih kritikal terhadap sumber-sumber. Beliau juga
telah memperkenalkan beberapa lagi konsep
pengkajian sejarah. Antaranya ialah konsep
Historicism dan Quellinkritik.[3]
Selain itu, sejarah yang dikatakan sebagai suatu
displin ilmu yang ilmiah menurut pandangan
R.G.Collingwood haruslah mempunyai empat ciri.
Pertama, sejarah yang bersifat ilmiah ialah sejarah
yang bersifat saintifik iaitu bermula dengan
mengemukakan pelbagai persoalan. Persoalan-
persoalan yang dikemukakan oleh ahli sejarah
adalah bertujuan mencari jawapan terhadap setiap
perkara yang dikaji oleh mereka. Kedua, sejarah
juga perlulah merupakan suatu bidang tentang
kemanusiaan iaitu mengemukakan perkara-perkara
yang telah dilakukan oleh manusia pada waktu-
waktu tertentu pada masa lalu. Ketiga, sejarah
perlulah merupakan suatu bidang kajian yang
rasional dan memerlukan bukti-bukti tertentu
dalam penyelidikannya. Akhirnya, sejarah juga
perlulah bersifat menjelaskan diri iaitu dapat
CIRI-CIRI PENSEJARAHAN TRADISIONAL
Terdapat beberapa ciri khusus dalam karya
pensejarahan tradisional. Kebanyakan ciri yang
terkandung dalam karya pensejarahan tradisional
kelihatannya begitu bertentangan dengan ciri-ciri
pensejarahan moden. Menurut Ismail Hussein,
pensejarahan tradisional ialah sejarah atau
historiografi yang berdasarkan dakyah politik untuk
diperturunkan kepada generasi akan datang dan
mengandungi unsur-unsur kesusasteraan. Unsur-
unsur sasteranya dilihat dalam bentuk puisi, syair,
mitos, lagenda dan sebagainya.[6]Selain itu,
pensejarahan tradisonal juga dipengaruhi oleh
unsur penaungan iaitu kebanyakan penulisnya
menulis dalam keadaan yang tidak bebas kerana
dikongkong oleh kuasa pemerintah. Ciri lain pula
ialah terdapatnya unsur anakronistik iaitu kesilapan
atau percanggahan untuk menempatkan sesuatu
peristiwa, tokoh dan tempat pada zaman yang
sebenarnya.[7] Seterusnya, unsur mitos, lagenda,
dongeng merupakan unsur yang kerapkali
mewarnai karya-karya pensejarahan tradisional
yang akhirnya menyebabkan karya-karya ini
dihurungi pelbagai konterversi jika dilihat
berdasarkan konsep pensejarahan moden.
memberi pengetauhan dan penerangan tentang
sesuatu perkara yang telah berlaku dan mungkin
berlaku. Selanjutnya, sejarah sebagai sains juga
memperlu mempunyai empat ciri yang tertentu
iaitu berdasarkan penyelidikan, menunjukkan
kebenaran, membantu dalam membuat ramalan
dan perlu bersifat objektif.[4]Selain itu juga, isu
pengadilan moral juga ditekankan dalam bidang
pensejarahan moden. Menurut Kasim Ahmad,
pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan
hukuman, ataupun mengenakan penilaian tertentu
kepada peristiwa sejarah atau kepada seorang
pelaku dalam sejarah.[5] Semua teori dan kaedah
ini diaplikasikan dalam bidang pensejarahan
bertujuan memastikan sejarah yang ditulis itu
benar-benar objektif dan berdasarkan konsep
saintifik. Perkara inilah yang mencetuskan sedikit
permasalahan dalam mengkaji karya pensejarahan
tradisional di negara ini. Hal ini kerana,
kebanyakan isi kandungan yang tersurat dalam
teks-teks ini sememangnya mempunyai
percanggahan yang agak lebar umpama langit dan
bumi. Justeru itu, timbullah persoalan iaitu adakah
layak karya-karya pensejarahan tradisional Melayu
dinilai dan dikaji berdasarkan teori-teori dan
kaedah-kaedah ini.







Sentrik
Sentrik (centric ) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderunganatau satu pandangan atau satu
pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara.
la merupakan satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yangdigunakan atau tema yang
diutamakan di dalam penulisan sejarah.
Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan sebagai bersentrik subjek (politik,ekonomi, sosial dan
sebagainya) dan terdapat pula penulisan yang bersentrikkannegeri atau kaum seperti Barat sentrik,
Malaysia sentrik dan sebagainya.
Sebagai contoh, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itubersentrik Malaysia, ia
membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkanitu ditulis dengan memberikan penumpuan
kepada perlakuan orang Malaysia sendiri.
Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan dengan penulisan sejarahMalaysia yang ditulis
berdasarkan kepada euro-centric kerana pendekatan euro-centric lebih mengutamakan seseorang
tokoh atau segala kepentingan pihak Barat.
Jika dilihat, konsep penulisan sejarah euro-centric banyak memaparkan mengenai sumbangan positif
pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang menggunakan falsafah dan prinsip-
prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional.
Penulisan yang bersifat euro-centric ini lebih menumpukan terhadap penulisanmengenai politik dan
ekonomi sesebuah negeri sementara penulisan yang bersentrikMalaysia pula lebih memusatkan
pandangannya terhadap persoalan-persoalan yangberkait dengan kemasyarakatan.
Sejak timbulnya kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula sejarahMalaysia banyak kritikan di
lemparkan terhadap golongan penulis yang bersifat euro-centric. Misalnya Profesor Dieter Geyl dari
Universiti Utrecht berpendapat; "Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat
untuk mengenepikan pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar teriepas dari keadaan diri
sendiri, dari warisan kebudayaannya."
Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru agar bahan-bahan tempatandigunakan dalam
penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan sejarawan yangingin menulis mengenai sejarah
tempatan.
Salah seorang penulis sejarah yang menggunakan pendekatan euro-centric ialah Sir Frank Swethenham
melalui karyanya yang berjudul British Malaya (1906). Judulbuku tersebut sudah memberi gambaran
tentang isi kandungan, idea utama atautemanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan peranan
dan kejayaan pihakimperialis British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba mendakyahkan
kepadarakyat tentang kebagusan dan kehebatan sistem penjajahan.
Penulisan Sejarah moden bersentrik Malaysia lebih kepada mengambarkan tentangkesedaran di
kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan masyarakat dengan tidaklagi menjustifikasikan tentang
kedudukan penjajah semata-mata. Contohnya Ibrahim Yaakob yang telah berjaya mengangkat konsep
"Melayu Raya" didalam bukunya Melihat Tanah Air
Dengan tidak segan silu mengkritik sikap golongan elit Melayu yang tidak mahu mengikut arus
perkembangan perasaan orang-orang Melayu ketika itu.
Oleh sebab itulah, maka penulisan sejarah moden Tanah Melayu mulai mengambilkira aspek-aspek luar
dari kepompong istana dengan memasukkkan unsur-unsur ekonomi dan sosial dalam kalangan
masyarakat.











Sejarah Tempatan

Perkara yang telah berlaku di dalam Negara.
Contohnya, kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.