Anda di halaman 1dari 6

SCE 3109 ENERGETICS IN CHEMISTRY

THERMOCHEMISTRY
QUIZ 1 (5 MARKS)

Nama : Fadhlin Zahirah Binti Suhimi
Unit : PISMP Sains Januari 2011

1. Dalam termodinamik, terma sistem dan persekitaran mempunyai
maksud saintifik yang penting dan tepat.
(a) Apa yang anda faham dengan sistem dalam tindak balas
termokimia. (1m)

Sistem dalam tindak balas termokimia ialah mana-mana bahagian atau
objek atau gabungan objek tertentu yang menjadi tumpuan kajian atau
pemerhatian. Setiap system dicirikan dengan pelbagai sifat iaitu dari segi
komposisi, suhu, isipadu, tenaga, ketumpatan, tekanan dan lain-lain.
Sistem juga ialah tindak balas kimia. Contohnya;
2H
2
+ O
2
2H
2
0

Sistem mengandungi molekul-molekul yang bertindak balas.

(b) Mendefinisi maksud persekitaran dengan merujuk kepada mana-
mana tindak balas termokimia. (1m)

Persekitaran ialah bahagian yang selebih sistem tersebut. Sebagai
contoh, tindak balas berlaku dalam keadaan gas, maka dinding-dinding
bekas bagi tindak balas tersebut adalah sebahagian daripada
persekitaran.

2. Terangkan tenaga internal dalam sistem kimia. (1m)

Tenaga internal dalam sistem kimia ialah jumlah tenaga yang terkandung
dalam sistem termodinamik. Tenaga internal bergantung kepada keadaan
bahan, bahan kimia semulajadi, jumlah bahan dan keadaan suhu dan
tekanan. Tenaga internal mempunyai dua major komponen iaitu tenaga
kinetik dan tenaga keupayaan. Tenaga internal dalam sesuatu sistem boleh
berubah apabila sistem dipanaskan atau kerja dilakukan ke atasnya. Hukum
Termodinamik pertama menyatakan, peningkatan tenaga internal adalah
sama dengan jumlah penambahan haba dan kerja yang dilakukan oleh
persekitaran.

3. Satu larutan berair kuprum (II) sulfat ialah di bawah satu kajian sistem
termodinamik. Apakah jenis sistem jika larutan dalam bikar diletakkan
atas meja makmal. (1m)

Sistem terbuka kerana larutan berair kuprum (II) sulfat berkebolehan
mengalami pertukaran jisim dan tenaga dengan persekitaran. Larutan
tersebut berada di dalam bikar tanpa ditutup dan lebih terdedah kepada
pertukaran haba maka ia dikenali sebagai sistem terbuka.

4. Apakah perbezaan antara H
system
dan E
system
.(1m)

Bagi sistem tertutup, perubahan tenaga internal dalam sistem adalah sama
dengan jumlah tenaga dalam bentuk haba ditukar antara sistem dan
persekitaran (q) dan kerja-kerja yang dilakukan ke atas sistem (w).

E
system
= q + w

Haba tindak balas H
system
yang ditandakan positif menunjukkan tindak balas
endotermik manakala haba tindak balas H
system
yang ditandakan negatif
menunjukkan tindak balas eksotermik. Haba tindak balas disukat dalam unit
joule (J). haba tindak balas dinamakan mengikut jenis tindak balas yang
berlaku.
Haba tindak balas (H
system)
= mc / bilangan mol











SCE 3109 ENERGETICS IN CHEMISTRY
THERMOCHEMISTRY
QUIZ 2 (5 MARKS)

Nama : Fadhlin Zahirah Binti Suhimi
Unit : PISMP Sains Januari 2011
1. Dengan berpandukan gambarajah lengkap, huraikan proses penyaduran satu
plat besi menggunakan logam argentum. (3m)










Katod : Plat besi
Anod : Logam Argentum
Elektrolit : Larutan argentum nitrat

Di katod, plat besi menebal kerana satu lapisan argentum berkilau terbentuk.
Ion argentum telah dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam
argentum.


Di anod pula, logam argentum menjadi semakin nipis kerana anod argentum
melepaskan elektron menjadi ion argentum. Kepekatan larutan argentum
nitrat tidak berubah.










2. Dengan berpandukan gambarajah lengkap, tunjukkan penghasilan voltan bagi
sel Zn/Zn
2+
// Cu/Cu
2+
. (2m)





























SCE 3109 ENERGETICS IN CHEMISTRY
THERMOCHEMISTRY
QUIZ 3 (5 MARKS)

Nama : Fadhlin Zahirah Binti Suhimi
Unit : PISMP Sains Januari 2011

1. Tuliskan pembentukan
a. Zarah alfa (1m)
Zarah alfa terbentuk daripada dua proton dan dua neutron tanpa
elektron. Oleh itu, zarah ini mempunyai cas positif sebanyak +2e. Oleh
sebab zarah merupakan nukleus helium. Zarah ini sering kali diberi
simbol 4He dalam persamaan-persamaan tindak balas nukleus. Zarah
daripada punca semula jadi dan buatan mempunyai tenaga sebanyak
beberapa MeV. Tenaga ini akan lenyap dengan kadar yang cepat melalui
proses pengionan yang tinggi apabila zarah menembusi jirim. Dengan
itu, zarah hanya mempunyai jarak penembusan yang pendek dalam
jirim.

b. Zarah beta (1m)
Zarah merupakan elektron yang terkeluar daripada nukleus yang tidak
stabil. Oleh itu, zarah mempunyai cas -1e.






c. Zarah gamma (1m)



2. Terangkan definisi separa hayat (1m)


3. Huraikan maksud penyepaian nukleus (1m)

Anda mungkin juga menyukai