Anda di halaman 1dari 24

Bab 1: Pengenalan

1

B
BBa
aab
bb 1
11:
::
P
PPE
EEN
NNG
GGE
EEN
NNA
AAL
LLA
AAN
NN




















Di akhir bab ini pelajar akan boleh:

Menerangkan the imperial examination di China
Mengenal pasti peristiwa penting dalam perkembangan pengujian pendidikan di
Amerika Syarikat
Membezakan di antara ujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran
Menerangkan matlamat pentaksiran
Menyenaraikan perbezaan di antara pentaksiran formatif dan summatif
Memberi justifikasi menggunakan pentaksiran norm-referenced dan criterion-
referenced

Bab ini bermula dengan membincangkan perbezaan di antara ujian, penilaian dan
pentaksiran. Ini diikuti dengan menyusuri asal usul pentaksiran pendidikan. Usaha awal
orang-orang China menilai kebolehan insan akan dikaji. Gerakan ujian pendidikan
moden bermula di Eropah dan Amerika Syarikat, dan telah memberi impak yang besar di
beberapa system Pendidikan di dunia. Matlamat dan objectif pentaksiran dibincangkan;
dan perbezaan di antara pentaksiran formatif dan summatif juga dibincangkan.
Perbezaan di antara ujian criterion- dan norm-referenced dibincang bagi menunjukkan
bagaimana hasil ujian diterjemahkan.

BAB SEPINTAS LALU

1.1 Perbezaan di antara ujian, penilaian
dan pentaksiran
1.2 Asal usul pentaksiran pendidikan
1.3 Apa, mengapa, dan bagaimana
pentaksiran pendidikan
1.4 Objectif petaksiran pendidikan
1.5 Pentaksiran Formatif dan Summatif
1.6 Ujian Criterion- dan norm-
referenced

Ringkasan
Istilah penting
Rujukan


Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Memutuskan apa yang akan
ditaksir
Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Ujian Objectif
Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Ujian Karangan
Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Projek dan Amali
Bab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Pencerapan, Ujian
Lisan, dan Portfolio
Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan
Kaedah Pentaksiran
Bab 8: Analisis Item
Bab 9: Analisis Pemarkahan Ujian dan
Melaporkan Pentaksiran Pelajar


Bab 1: Pengenalan

2
Haruskah aku
menganalisis atau
menerangkan
penaklukan Jepun?
occupation of
Malaysia!!!

1.1 Perbezaan di antara Ujian, Pengukuran, Penilaian
dan Pentaksiran


Ramai yang keliru dengan perbezaan utama di antara ujian, pengukuran,
penilaian dan pentaksiran sebagai mana digunakan di dalam pendidikan. Ini tidak
menghairankan. Penerangan berikut tentang tiga konsep yang digunakan akan
menghuraikan kekeliruan tersebut.

a) UJIAN

Ramai yang biasa dengan ujian kerana
pada suatu ketika di dalam hidup mereka,
mereka mungkin telah mengambil suatu bentuk
ujian. Di sekolah, ujian diberikan untuk
mengukur keupayaan akademik dan secara tidak
langsung, untuk menilai samada kita telah
memperoleh sesuatu daripada pengajaran guru. Di
tempat kerja, ujian dijalankan untuk memilih
individu untuk pekerjaan tertentu. Ujian juga
digunakan sebagai asas untuk kenaikan pangkat
dalam pekerjaan. Di dalam sesetengah profesion,
ujian digunakan untuk mentauliahkan seseorang.
Contohnya, doktor perubatan, peguam, perunding
insuran, ejen hartanah, jurutera, penjawat awam dan
berbagai ahli profesion lain dikehendaki mengambil
ujian bagi menunjukkan kecekapan mereka dalam
bidang tertentu dan kadang kala bagi mendapatkan
lessen untuk menjadi pengamal dalam profesion
atau bidang. Ujian juga digunakan dalam pemilihan
untuk kemasukan ke kolej-kolej dan university-universiti. Di Amerika Syarikat the
Scholastic Aptitude (SAT) digunakan untuk menguji bagi tujuan kemasukan ke
program-program ijazah manakala the Graduate Record Examination (GRE)
digunakan untuk kemasukan ke program-program lepasan ijazah.
Di sepanjang kerjaya profesional mereka, guru-guru, kaunselor-kaunselor,
pentadbir-pentadbir sekolah dikehendaki menyediakan, memberi markah dan
menginterpretasi berbagai jenis ujian. Contohnya, pentadbir-pentadbir sekolah
menilai prestasi individu guru, dan kaunselor-kaunselor sekolah merekod prestasi
klien-klien mereka. Tidak mustahil bagi seorang guru membina, menjalankan dan
memeriksa beribu-ribu ujian sepanjang kerjayanya! Mengikut jawatankuasa bersama
the American Psychological Association (APA), the American Educational Research
Association (AERA) dan National Council on Measurement in Education (NCME),
sebuah ujian boleh dianggap sebagai sekumpulan tugasan atau soalan yang bertujuan
mendapatkan perlakuan tertentu apabila disediakan di dalam keadaan yang standard
dan bagi mendapatkan markah yang mempunyai kandungan psychometric yang
diinginkan. Istilah penting dalam takrifan ini adalah:


Bab 1: Pengenalan

3
sekumpulan tugasan di mana pelajar dikehendaki menjalankan tugas
tertentu.
jenis perlakuan tertentu di mana perlakuan tertentu dijalankan dan diuji. e.g.
kebolehan menganalisis, kebolehan menerangkan, kebolehan menyampaikan.
keadaan yang standard di mana ujian berlaku dalam keadaan yang sama
bagi semua pelajar. e.g. semua pelajar dikehendaki menjawab ujian dalam
masa 2 jam.
kandungan psychometric di mana markah yang diperoleh boleh dianalisis
untuk perbandingan pencapaian di antara pelajar, markah yang diperoleh
adalah sah dan boleh dipercayai.

Walaupun ramai orang tahu apa itu ujian, namun ramai yang susah untuk
membezakan di antara pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Ada yang mengatakan
bahawa itu semua adalah sama! Adakah anda bersetuju?

b) PENGUKURAN

Pengukuran adalah meletakkan nombor kepada sesuatu fenomena. Di dalam
pendidikan ia adalah suatu proses di mana ciri-ciri seseorang diukur dan diberikan
nombor (Ebel, 1986). Ingat bahawa ia adalah suatu proses, yang menandakan terdapat
langkah-langkah tertentu! Sebagai pendidik kita selalu mengukur ciri-ciri insan
seperti sikap, pencapaian akademik, keupayaan, minat, keperibadian dan sebagainya.
Maka, untuk mengukur kita harus menggunakan
alat tertentu supaya kita boleh memutuskan
bahawa Ahmad lebih baik dalam matematik
berbanding Kumar manakala Tajang lebih positif
terhadap sains berbanding Kong Beng. Kita
mengukur untuk mendapatkan maklumat tentang
apa keadaannya. Maklumat tersebut mungkin
berguna atau tidak, bergantung ketepatan alat
yang kita gunakan, dan kecekapan kita
menggunakannya. Sebagai contoh, kita
mengukur suhu menggunakan jangka suhu, dan
jangka suhu merupakan alatnya. Bagaimanakah
kita mengukur pencapaian dalam matematik?
Kita boleh menggunakan ujian matematik yang
merupakan alat yang mengandungi soalan dan
permasalahan untuk diselesaikan oleh pelajar.
Bilangan jawaban betul yang diperolehi adalah
indikasi prestasi individu pelajar dalam matematik. Perhatikan bahawa kita sekadar
mengumpul maklumat. Kita tidak menilai!

c) PENILAIAN

Setelah mengukur prestasi seseorang pelajar, langkah seterusnya adalah
membuat keputusab. Apabila kita menilai, kita mengatakan bahawa sesuatu itu bagus,
bersesuaian, sah, positif, dan sebagainya. Untuk membuat penilaian, kita perlukan
maklumat, dan ia diperolehi dengan mengukur menggunakan alat yang boleh
dipercayai. Sebagai contoh, anda mengukur suhu dalam bilik darjah dan ia adalah 30

Amboi, IQ dia 145!

Bab 1: Pengenalan

4
darjah Celsius yang merupakan sekadar maklumat. Ada pelajar yang merasakan suhu
itu terlalu panas untuk belajar manakala ada pelajar yang beranggapan suhu tersebut
sesuai untuk belajar. Pada suatu ketika setiap hari kita menilai sesuatu atau seseorang!
Pendidik sentiasa menilai pelajar dan ia selalu dibuat dengan membandingkannya
dengan suatu standard atau piawai. Sebagai contoh, sekiranya objectif sebuah
pengajaran adalah agar pelajar dapat mengaplikasi Undang-undang Boyle dalam
menyelesaikan suatu masalah dan 80% pelajar boleh menyelesaikan masalah, guru
boleh merumuskan bahawa pengajaran beliau tentang prinsip-prinsip tersebut telah
berjaya. Maka, penilaian merupakan perbandingan tentang apa yang diukur terhadap
suatu kriteria yang ditentukan dan untuk memastikan samada ianya telah dicapai,
samada bersesuaian, samada ianya bagus, samada ianya dapat diterima, samada ianya
sah dan sebagainya.


d) PENTAKSIRAN

Tidak terdapat takrifan yang sejagat tentang pentaksiran pendidikan. Huba dan
Freed (2000) mentakrifkan pentaksiran sebagai;


G




G

Rowntree (1977) melihat pentaksiran sebagai

.

Contohnya, berdasarkan maklumat daripada pentaksiran kita boleh mengenal pasti
bahawa Teck Eng memerlukan perkhidmatan khusus bagi membantu beliau membina
kecekapan membaca atau samada Khairul yang telah dikenal pasti sebagai dylexic
memerlukan tumpuan khusus. Istilah penting di dalam takrif pentaksiran adalah
mengumpul data dan membuat keputusan.

Amnya, pentaksiran dilihat sebagai suatu proses mengumpul maklumat dengan tujuan
membuat keputusan tentang pelajar. Daripada mula lagi anda perlu menentukan
indikator perlakuan yang membolehkan anda memastikan sekiranya hasil
pembelajaran telah dicapai oleh pelajar dalam mata pelajaran, kursus atau program
anda. Data dikumpul menggunakan berbagai ujian, pencerapan pelajar dan temu bual
yang akan dibincang secara lebih terperinci di dalam bab-bab berikut.
..suatu proses mengumpul dan membincangkan maklumat daripada
berbagai dan banyak sumber bagi membina pemahaman tentang apa
pelajar tahu, faham, dan boleh buat dengan ilmu hasil daripada
pengalaman pembelajaran mereka; proses tersebut terhasil apabila
keputusan pentaksiran digunakan untuk memperbaiki pembelajaran
seterusnya (p.4) (diterjemah).

suatu pertemuan insan di mana seseorang berinteraksi dengan yang
lain secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mendapatkan
dan menginterpretasi maklumat tentang ilmu, kefahaman, kebolehan
dan sikap yang dipunyai oleh orang itu (p.3) (diterjemah).


Bab 1: Pengenalan

5
Gambarajah 1.1 Dewan peperiksaan dengan
7500 sel di Guangdong dalam tahun 1873.
Penipuan merupakan masalah besar walaupun
langkah ketat diambil untuk menghalangnya.



1.2 Asal Usul Pentaksiran Pendidikan


a) Peperiksaan I mperial di China

Marilah kita mengimbau kembali sejarah untuk melihat bagaimana
pentaksiran keupayaan insan bermula. Bukti awal tentang ujian pendidikan telah
dijalankan di China, yang dikenali sebagai sistem Peperiksaan Imperial atau sistem
keju. Sebelum sistem ini diperkenalkan, kebanyakan pelantikan dalam birokrasi
imperial dibuat berdasarkan usulan daripada bangsawan unggul dan penjawat sedia
ada, dan biasanya individu yang diusul adalah dalam kalangan bangsawan.
Peperiksaan yang diperkenalkan itu bermula sewaktu dinasti Sui sekitar 600 AD.
Peperiksaan tersebut telah dijalankan sepenuhnya di seluruh negara semasa
pemerintahan dinasti Song (960 1279 AD) dan telah terus digunakan sehingga
dinasti Qing, sehingga dimansuhkan dalam tahun 1905. Sistem peperiksaan itu telah
dilaksanakan selama 1400 tahun.
Apakah itu system peperiksaan Imperial? Ianya sebuah sistem yang menguji
kecekapan dalam enam bidang seni atau Six Arts iaitu; muzik, memanah &
menunggang kuda, matematik, penulisan dan ilmu tentang adat istiadat di dalam
kehidupan awam dan peribadi. Kemudiannya sistem ini telah dikembangkan dengan
memasukkan lima kajian atau "Five Studies", iaitu; strategi ketenteraan, undang-
undang sivil, pendapatan & percukaian, pertanian dan geografi, dan Confucian klasik.
Ramai ahli sejarah menganggap Peperiksaan Imperial sebagai ujian standard
berdasarkan merit yang pertama.
Peperiksaan Imperial
merupakan satu-satunya laluan
untuk orang kebanyakan untuk
menikmati kehidupan mewah
sekiranya mereka lulus (sudah
tentunya persaingan sangat
sengit). Lulus peperiksaan itu
menjadi matlamat utama
persekolahan (rujuk
Gambarajah 1.1.). Ramai di
antara calon belajar semata-
mata untuk lulus peperiksaan
tersebut, dan bukan untuk
memahami sepenuhnya semua
bahan-bahan yang diberi.
Pelajar selalunya menghafal
hanya cukup untuk lulus
peperiksaan dan ramai tidak
mampu mengaplikasi ilmu
untuk diamalkan. Cendikiawan barat hari ini mengaku bahawa sistem Peperiksaan
Imperial China telah secara langsung mempengaruhi sistem peperiksaan
perkhidmatan awam moden di barat.

Bab 1: Pengenalan

6
Alfred Binet
1822-1911



b) Perkembangan Pentaksiran Pendidikan Moden

Francis Galton
Kajian keupayaan insan bermula daripada usaha Sir Francis Galton (1822-
1911), orang pertama mengaplikasi kaedah statistik ke atas pengukuran perbezaan dan
ciri-ciri baka insan. Beliau memperkenalkan penggunaan soal selidik dan kaedah
survey untuk mengumpul data tentang keupayaan dan kecekapan manusia. Galton
tertarik dengan usaha Charles Darwin (sepupunya) dan buku penulisan beliau, The
Origin of Species. Di dalam bukunya sendiri Hereditary Genius (1869), beliau
berhujah bahawa keupayaan mental dan ciri-ciri peribadi insan secara amnya
mengikut keturunan.
Beliau memperkenalkan perkataan eugenics dan
beliau menyarankan penggunaan kaedah memperbaiki struktur
biologi insan manusia melalui pemilihan baka ibubapa. Beliau
seterusnya mencadangkan bahawa adalah tidak mustahil untuk
melahirkan suatu masyarakat yang berbakat melalui proses
keibubapaan terpilih; Beliau juga menyarankan agar orang yang
lemah fizikal dan mentalnya dilarang daripada menghasilkan
zuriat.
Kajian Galton tentang keupayaan insan telah menjadi
asas kepada psikologi kelainan (differential psychology) dan
psychometrics. Psikologi kelainan merupakan cabang psikologi
yang menumpukan perhatian kepada perbezaan psikologikal di
antara insan seperti prestasi akademik, sikap, keperibadian dan
sebagainya. Psychometrics adalah suatu kajian yang mengukur
keupayaan mental.


Alfred Binet
Dalam tahun 1904, Menteri di Kementerian Pendidikan Awam Perancis telah
melantik seorang ahli psikologi, Alfred Binet untuk mengkaji kaedah untuk
membezakan di antara kanak-kanak yang normal inteleknya, dengan mereka yang
tidak normal. Tujuannya adalah untuk meletakkan kanak-kanak yang kurang normal
ke dalam sekolah yang akan menyediakan perhatian khusus kepada mereka. Langkah
ini juga dianggap dapat mengurangkan peluang mereka mengganggu pelajaran kanak-
kanak normal.
Dalam tahun 1905 beliau telah memperkenalkan skala Binet-Simon (bersama
Theodore Simon). Ujian ini mengkehendaki pelajar menjawab 30 tugasan pendek
seperti: menamakan bahagian-bahagian badan,
membandingkan panjang dan berat, mengira duit syiling,
SEMAKAN KENDIRI 1.1
a) Kenapa Peperiksaan Imperial dijalankan di China?
b) Bagaimana sistem Peperiksaan Imperial sama atau
berlainan daripada amalan sekarang di negara anda?


Bab 1: Pengenalan

7
Gambarajah 1.2 (b) Seorang kanak-
kanak menjalankan tugasan bead-
stringing yang merupakan sebahagian
daripada ujian Binet-Simon 1905.
menilai wajah yang 'lebih cantik', menamakan objek dalam gambar, mengingat
nombor (bilangan nombor seseorang boleh ingat selepas ditunjukkan suatu senarai
yang panjang), takrif perkataan dan mengisi perkataan kosong dalam ayat. Lihat
Gambarajah 1.2(a) dan 1.2(b).
Andaian yang dibuat adalah bahawa semua tugasan tersebut melibatkan
proses-proses berfikir yang asas. Ujian tersebut disusun secara daripada yang mudah
kepada yang payah. Setiap peringkat ujian tersebut dipadankan dengan suatu tahap
perkembangan tertentu - i.e. semua ujian pada setiap tahap harus boleh diselesaikan
oleh seorang kanak-kanak yang normal pada tahap umur tertentu. Ini merupakan titik
tolak yang penting dalam psikologi: Suatu jenis ujian baru telah dikeluarkan di mana
tahap pencapaian normal dijadikan sebagai keriteria. Dalam tahun 1908 ujian tersebut
telah dikaji semula dan sekali lagi dalam tahun 1911. Hasil ujian tersebut terbukti
mempunyai hubungan dengan criteria lain (e.g. keputusan peperiksaan sekolah,
taksiran guru dan lain-lain). Alfred Binet telah diraikan dalam sejarah sebagai orang
yang telah mencipta ujian kecerdasan (intelligence test) yang pertama dalam bentuk
yang kita kenali hari ini. Beliau dikenali sebagai bapa ujian IQ.





Lewis Terman
Lewis Terman (1877-1956) daripada Stanford
University telah menggunakan ujian Binet di Amerika
Syarikat. Beliau mendapati bahawa ujian tahap umur normal
yang dibangunkan di Paris tidak sesuai digunakan untuk
kanak-kanak sekolah di California. Dengan itu beliau telah
mengubah suai ujian tersebut dengan mengubah beberapa
soalan, menambah soalan lain, membentuk norma tahap umur
yang baru, dan memanjangkan tahap umur kepada "superior
adults". Ujian tersebut telah dikenali sebagai ujian Stanford-Binet 1916. Di dalam kaji
semula ini, perkataan Intelligence quotient (IQ) telah diperkenalkan buat kali pertama.
Gambarajah 1.2(a) Bahan Stanford-
Binet (1937) yang menunjukkan bahan
ujian untuk kanak-kanak kecil

Bab 1: Pengenalan

8
Intelligence Quotient atau IQ merupakan markah yang mengukur kuantiti
fungsi intelek agar perbezaan individu dapat dilihat. Untuk mendapatkan markah IQ,
Terman menggunakan suatu formula yang menghubungkan di antara umur mental
seseorang individu dengan umur kronologi (sebenar)nya. Kaedah ini dibina di Jerman
oleh Wilhelm Stern dalam tahun 1912. Ada yang mengatakan bahawa formula
tersebut sesuai untuk kanak-kanak tetapi tidak untuk orang dewasa.

Perang Dunia Pertama
Pada permulaan Perang Dunia
Pertama, tentera Amerika Syarikat
menghadapi masalah mentaksir kecerdikan
rekrut-rekrut untuk disaring, diklasifikasi,
dan untuk diberi tugasan yang sesuai. Ujian
Stanford-Binet memerlukan seorang yang
terlatih untuk mentadbirnya secara individu
dan ia mengambil masa yang lama serta
mahal untuk digunakan secara besar-
besaran. Maka, apabila Amerika Syarikat
terlibat dalam Perang Dunia Pertama dalam
tahun 1917, sebuah jawatankuasa telah
dilantik oleh the American Psychological
Association (APA) untuk mencari cara bagaimana psikologi dapat membantu di
dalam peperangan.
Ketua APA Robert Yerkes telah mempengerusikan jawatankuasa yang
membina sekumpulan ujian kecerdasan. Beliau telah mengumpul pakar-pakar
psikologi; dan Lewis Terman dan salah seorang daripadanya. Ujian-ujian yang
dibentuk dikenali sebagai Ujian Army Alpha dan Army Beta. Ujian Army Beta
merupakan suatu bentuk ujian Alpha yang khusus untuk mereka yang bukan bahasa
ibundanya bahasa Inggeris dan mereka yang buta huruf. Arahan di dalam ujian Beta
disampaikan dalam bentuk demonstrasi atau pantomim, dan bukan secara oral atau
bertulis. Pada permulaan tahun 1919, hampir dua juta orang Amerika telah
mengambil ujian tersebut. Pemarkahan tentera tidak menggunakan permarkatan
kecerdasan (Intelligence Quotience), sebaliknya sekadar memberi markah untuk
jawaban-jawaban yang betul. Berasaskan kaedah ini, peserta dibahagikan kepada 5
kelas yang disusun daripada A hingga E. Selepas peperangan, industri, perniagaan dan
pendidikan telah menyedari potensi nilai ujian psikologi. Dalam tahun 1926, ujian
Army Alpha telah diubahsuai untuk dijadikan the Scholastic Aptitude Test (SAT)
yang pertama digunakan untuk pemilihan kemasukan pelajar di kolej atau universiti.
Semenjak itu SAT telah melalui beberapa pengubahsuaian.











1.1 AKTIVITI
a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan Galton bahawa
keupayaan insan adalah turun-temurun?
b) Pada pendapat anda, haruskah IQ tests digunakan di
sekolah anda? Kenapa dan kenapa tidak?
c) Bagaimanakah rekrut dipilih dalam Perang Dunia Pertama?



Bab 1: Pengenalan

9
David Wechsler
David Wechsler (1896-1981) memerhati keputusan yang diperolehi kanak-
kanak dan merumuskan bahawa kecerdasan tidaklah muktamad. Beliau memerhatikan
bahawa apabila kanak-kanak semakin berumur, perbezaan markah mereka semakin
mengecil. Beliau syak bahawa ini mungkin disebabkan faktor persekitaran. Wechsler
melaksanakan ujian Stanford-Binet kepada rekrut askar dan telah mendapati bahawa
soalan ujian tersebut tidak sesuai untuk mentaksir keupayaan askar. Beliau merasakan
bahawa skala markah ujian Stanford-Binet terlalu berat dengan perkataan dan dengan
itu beliau membentuk suatu alat yang mengandungi ujian kecil untuk mengukur
keupayaan verbal dan bukan verbal, dengan meminjamnya daripada ujian lain seperti
ujian the US Army Alpha test.
Beliau telah membina Skala Kecerdasan
Dewasa Wechsler (Wechsler Adult Intelligence
Scale WAIS) yang mengandungi 11 ujian kecil,
setiap satu memberi markah. Enam ujian kecil itu
meliputi bahan verbal (seperti maklumat,
pemahaman, matematik, ingatan nombor,
persamaan, dan kecekapan kosa kata) manakala lima
ujian kecil lagi meliputi bahan pelaksanaan (seperti
penyusunan gambar, penyelesaian gambar,
rekabentuk blok, pembinaan objek serta penggantian
nombor dan simbol). Beliau juga telah
mengeluarkan Skala Kecerdasan Kanak-kanak
Wechsler (the Wechsler Intelligence Scale for
Children WISC) dalam tahun 1949, yang menyaingi ujian Stanford-Binet. Di akhir
tahun 1963, beliau telah mengeluarkan sebuah skala yang boleh digunakan untuk
kanak-kanak pra-sekolah.
Wechsler percaya bahawa kecerdasan am tidak boleh disamakan dengan
keupayaan intelek, tetapi harus dianggap sebagai suatu manifestasi keperibadian
secara umumnya. Faktor selain intelek termasuk di dalam kecerdasan seseorang, dan
dalam amalan harian, dan orang itu menggunakannya samada secara sedar atau tidak.
Wechsler menyedari bahawa factor-faktor ini termasuk kehendak, kecekalan,
kemahuan, dan waspada, atau ada kalanya, aspek-aspek kecenderungan seperti minat
dan pencapaian.









SEMAK KENDIRI 1.2
a) Apakah kegusaran David Wechsler terhadap ujian kecerdasan
Stanford-Binet?
b) Apakah tindakan beliau?
c) Apakah konsep kecerdasan menurut Wechsler?








Bab 1: Pengenalan

10
Charles Spearman
Sehingga kini pendekatan terhadap
kecerdasan berbentuk pragmatik - i.e. ujian
dibentuk untuk keperluan tertentu. Walau
bagaimanapun, suatu lagi pendekatan
memahami kecerdasan melibatkan menganalisis
data yang telah dikumpul. Dalam tahun 1927,
Spearman menganalisis markah berbagai ujian
kecerdasan dan beliau menggunakan analisis
faktor (factor analysis). Beliau berhujah
bahawa orang yang berjaya dalam beberapa
ujian kecerdasan juga Berjaya dalam berbagai
tugasan intelek yang lain seperti kosa kata,
matematik dan keupayaan berkaitan ruang. Dan
sekiranya seseorang itu kurang berjaya dalam
ujian kecerdasan, maka mereka selalunya kurang berjaya dalam ujian tugasan intelek
yang lain. Beliau memerhatikan bahawa terdapat hubungan pada pencapaian di dalam
berbagai tugasan intelek dan mencadangkan teori kecerdasan 'dwi-faktor' yang
mengandungi:

Faktor g: iaitu suatu bentuk 'tenaga mental' atau keupayaan intelek umum
yang diperlukan untuk melaksanakan berbagai jenis ujian mental.
Faktor s: iaitu suatu bentuk keupayaan yang diperlukan untuk melaksanakan
hanya satu jenis ujian mental.

Ini bermakna bahawa sekiranya seseorang melaksanakan suatu ujian yang
penuh dengan faktor g dengan jayanya; kemungkinan orang itu akan Berjaya dalam
sebuah ujian yang penuh dengan faktor s. Maka, maklumat yang paling penting
tentang keupayaan intelek seseorang itu adalah suatu anggaran tentang g orang itu.
Contohnya, markah untuk ujian kefahaman verbal selalunya ditentukan oleh tahap
kecerdasan umum seseorang tetapi mereka juga dipengaruhi oleh keupayaan khusus
mereka untuk melaksanakan tugasan kefahaman verbal.
Tonggak analisis Spearman adalah idea beliau tentang kebolehan intelek
umum. Ini merupakan landasan teori bagi berbagai pendekatan terhadap kecerdasan
yang seterusnya. Spearman mempunyai pandangan kukuh terhadap aplikasi g yang
mencerminkan pandangan beliau terhadap manusia. Contohnya, beliau menyarankan
sekatan hak mengundi bagi orang-orang yang mempunyai g melebihi tahap tertentu.
Beliau menyokong konsep dan pandangan eugenicist (eugenics berasal daripada
perkataan Greek eugenes yang bermaksud baka baik). Beliau berpendapat bahawa
hanya orang yang mempunyai tahap g tertentu harus dibenarkan mendapatkan
zuriat.

Factor analysis is a statistical
technique which is used to find
if there is an underlying
dimension among a list of
variables. For example, with
factor analysis it may be
possible to reduce 15 variables
to about 5 variables because
there is a relationship and
overlap between the 15
variables.

Bab 1: Pengenalan

11



Leon Thurstone
Leon Thurstone (1887-1955) menerima pandangan Spearman tentang faktor g
tetapj beliau tidak menjumpai apa-apa bukti tentang g. Sebaliknya beliau telah
mengenal pasti dan mencadangkan 7 'keupayaan mental primer' yang beliau anggap
lebih penting dalam menjelaskan tentang keupayaan insan. Keupayaan-keupayaan
tersebut adalah:

1. Kefahaman Verbal: kosa kata, pembacaan, kefahaman, analogi verbal.
2. Kelancaran Perkataan: keupayaan untuk menghasilkan dan memanipulasi
dengan cepat, sebilangan perkataan dengan ciri-ciri yang khusus, seperti di
dalam anagram atau ujian rhyming.
3. Nombor: keupayaan menjalankan operasi matematik dengan cepat dan tepat.
4. Ruang: visualisasi ruang serta keupayaan untuk mentransformasi bentuk-
bentuk ruang secara mental.
5. Daya I ngatan Asosiatif: Daya ingatan secara rote.
6. Kelajuan Persepi: Kelajuan menerima butiran visual, kelainan, persamaan,
7. Pertimbangan: kecekapan dalam membuat berbagai jenis tugasan
pertimbangan seperti pertimbangan induktif, deduktif, dan kira-kira.

Mentaksir Keupayan Membeza Secara Visual untuk Kuda











[Sumber: D. Mader and E. Price, 1980. Discrimination Learning in Horses: Effects
of Breed, Age and Social Dominance. Journal of Animal Science. 50: 962

Kuda diberi kad-kad yang menunjukkan
corak di sebelah untuk menguji
kebolehannya untuk membezakan
pasangan simbol mana yang dikaitkan
dengan makanan. Kad-kad tersebut
mempunyai bau yang sama bagi
memastikan haiwan tersebut tidak
membuat perbezaan berdasarkan bau.
Kad-kad tersebut juga tidak berwarna agar
tidak merumitkan kuda-kuda itu dan
mengelakkannya membezakan mengikut
warna. Hasil menunjukkan bahawa kuda
boleh membezakan di antara bentuk dan
corak.

Bab 1: Pengenalan

12

Pendekatan Thurstone adalah penting kerana ia merupakan pendekatan kecerdasan
pelbagai faktor yang pertama. Beliau berhujah bahawa kecerdasan lebih sesuai
diperhatikan dan diukur dengan mempertimbangkan keupayaan mental yang khusus,
dan bukan sekadar satu faktor g yang tidak memberi maklumat tentang mana-mana
kecerdasan yang khusus.










Perang Dunia Kedua
Seperti dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua telah menimbulkan
keperluan untuk membuat pemilihan kakitangan bagi for berbagai bahagian dalam
tentera. Pejabat Penyelidikan Kakitangan Tentera Amerika Syarikat telah
dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan, membina, mengesahkan dan
menyeratakan semua ujian saringan dan teknik temu bual dalam pemilihan kakitangan
untuk tentera. Sebagai contoh, Army General Classification Test merupakan ujian
keluaran pejabat tersebut yang paling dikenali. Di antara ujian yang telah dikeluarkan
adalah ujian kecekapan mental untuk the Womens Army Corps, ujian aptitude untuk
latihan khusus, ujian perlaksanaan dan ujian pengetahuan dalam bidang.

Raymond Cattell
Raymond Cattell (1905 1998) telah melibatkan diri dalam usaha awal pengukuran
psikologi. Beliau mencadangkan bahawa terdapat dua bahagian faktor g yang
berkaitan tetapi berasingan:

Kecerdasan Fluid iaitu keupayaan melihat hubungan, seperti analogi dan
abjad serta nombor bersiri = Keupayaan Pertimbangan Primer.
Kecerdasan Crystallised yang merupakan pengetahuan dan kecekapan yang
diperoleh = pengetahuan fakta.

Kecerdasan Fluid berkurangan mengikut usia dan kecerdasan crystallised bertambah
dengan umur. Dengan itu ahli matematik dan sains yang memerlukan kecerdasan fluid
menghasilkan kerja terbaik mereka dalam usia 20an dan 30an; manakala mereka
dalam bidang sejarah, falsafah dan kesasteraan kerja terbaik mereka dalam usia 40an,
50an dan seterusnya kerana mereka telah mengumpul pengetahuan yang lebih. Yang
menarik, pemuisi, yang bergantung kepada kecerdasan fluid dan bukan kecerdasan
crystallised, menghasilkan kerja terbaik mereka lebih awal daripada penulis: ini
diperhatikan dalam semua budaya, bahasa dan sepanjang sejarah.

Guilford
Guilford (1967-1988) bercanggah pendapat dengan kebanyakan ahli teori fakta
dengan menolak kewujudan faktor g secara mutlak. Sebaliknya, beliau
1.2 AKTIVITI
a) Komen tentang aplikasi g oleh Spearman
b) Bincang perbezaan di antara g Spearman dan 7
keupayaan Thurstone dalam menerangkan tentang
keupayaan intelek manusia.

Bab 1: Pengenalan

13
mencadangkan bahawa kecerdasan terdiri daripada berbagai keupayaan asas yang
digelar Struktur Intelek Guilford (Guilfords Structure of Intellect SI).
Keupayaan-keupayaan asas dibentuk daripada gabungan tiga dimensi yang beliau
namakan: operasi, kandungan, dan produk (lihat Gambarajah 1.3).
o Operasi: Terdapat 5 jenis operasi (kognisi, daya ingatan, penghasilan
divergent, penghasilan convergent, penilaian),
o Produksi: Terdapat 6 jenis produk (unit, kelas, hubungan, sistem,
transformasi, dan implikasi), dan
o Kandungan: Terdapat 5 jenis kandungan (penglihatan, pendengaran,
simbolik, semantik, perlakuan).
Oleh kerana setiap dimensi berdiri dengan sendirinya, secara teori terdapat 150
keupayaan-keupayaan asas atau komponen kecerdasan.


















Gambarajah 1.3 Dimensi kecerdasan Guilford

Guilford mencadangkan bahawa setiap kombinasi operasi yang khusus, jenis
kandungan yang khusus dan setiap jenis produk yang khusus menghasilkan suatu
kecerdasan yang unik. Versi-versi yang terkemudian dalam teorinya, beliau
mencadangkan lebih banyak jenis kecerdasan. Disebabkan implikasi praktikal model
tersebut, teori Guilford tidak mampu mempengaruhi ujian psikologi berkaitan
kecerdasan.



SEMAK KENDIRI 1.3
a) Bagaimanakah Cattell mentakrifkan kecerdasan?
d) Bincang perbezaan di antara kecerdasan fluid dan crystallised
sepertimana dicadangkan oleh Guilford.







Bab 1: Pengenalan

14
1.3 KENAPA, APA DAN BAGAIMANA DALAM PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN


Amalan biasa dalam kalangan pendidik yang ingin mentaksir pelajar adalah
samada dengan menggunakan ujian sedia ada atau membina ujiannya sendiri, ataupun
gabungan kedua-duanya. Di Amerika Syarikat guru-guru biasanya menggunakan
berbagai ujian setara untuk mentaksir pelajar. Ujian-ujian ini mempunyai norma
kebangsaan, dan guru boleh membandingkannya dengan pencapaian pelajar-pelajar
mereka. Contohnya, sekiranya seorang pelajar mendapat 78 markah dalam ujian
matematik; apabila markah tersebut dibandingkan dengan norma, ia akan meletakkan
pelajar tersebut dalam peratusan 85. Ini bermakna bahawa 15% pelajar yang diuji
sebelumnya telah mendapat markah lebih daripada pelajar tersebut. Ia juga bermaksud
bahawa 85% pelajar yang diuji sebelum itu telah mendapat markah lebih rendah
daripada pelajar tersebut.





























Gambarajah 1.4 Kenapa, Apa dan Bagaimana Dalam Pentaksiran



Bagaimana kita melaporkan hasil taksiran?
Bagaimana kita menginterpretasi hasil taksiran?
Bagaimana kita tahu bahawa alat taksiran berkesan?
Bagaimana kita mentaksir?
Apa yang kita taksir?
Kenapa kita mentaksir?

Bab 1: Pengenalan

15
Di dalam subjek ini kita akan fokus kepada membolehkan guru membina alat
pentaksirannya sendiri, bagaimana memastikan bahawa alat yang dibina berkesan,
bagaimana menginterpretasi hasil pentaksiran dan bagaimana melaporkan hasil
pentaksiran tersebut (lihat Gambarajah 1.4).
Di dalam Bab 1 kita akan membincangkan Kenapa kita mentaksir? ataupun
objectif pentaksiran pendidikan.
Di dalam Bab 2 kita akan menumpukan kepada Apa yang kita taksir?
ataupun hasil pembelajaran apakah atau perlakuan apakah yang kita taksir,
Di dalam Bab 3 hingga 6 kita akan membincangkan isu Bagaimana kita
mentaksir? Ataupun mentaksir hasil pembelajaran menggunakan ujian
objektif, ujian penulisan esei, projek, amali, pencerapan, ujian lisan dan
portfolio.
Di dalam Bab 7 dan 8 kita akan cuba menjawab soalan Bagaimanakah kita
tahu pentaksiran itu berkesan? ataupun bagaimana kita memastikan kebole
percayaan dan keesahan ujian dan analisis item.
Di dalam Bab 9 kita akan menangani persoalan Bagaimana kita
menginterpretasi hasil pentaksiran? ataupun cara menggunakan statistik untuk
menginterpretasi keputusan ujian.
Dan akhirnya di dalam Bab Chapter 10 kita akan menumpukan perhatian
kepada Bagaimana kita melaporkan hasil pentaksiran? ataupun melaporkan
hasil ujian yang didapati kepada pihak berkepentingan yang berkaitan.


1.4 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PENDIDIKAN


Mari kita bermula dengan bertanya soalan Kenapa pendidik mentaksir
pelajar? ataupun apakah objektif pentaksiran pendidikan. Ada di antara kita yang
merasakan soalan itu janggal. Berikut adalah tindak balas yang mungkin kita terima:


Yang di atas mungkin sebab yang pendidik berikan apabila ditanya kenapa
mereka membuat pentaksiran. Dalam konteks pendidikan pentaksiran dilakukan untuk
memahami kekuatan dan kelemahan individu agar dapat membuat keputusan yang
tepat tentang pengajaran dan pembelajaran. Keputusan tentang pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik dapat dibuat berdasarkan maklumat, maka selalunya
keputusan yang lebih baik dapat dibuat berdasarkan maklumat yang lebih (Salvia dan
Ysseldyke, 1995).
Penemubual: Kenapa anda mentaksir?
Guru: Saya mentaksir untuk tahu samada pelajar saya faham apa yang
saya telah ajar.
Penemubual: Apa maksud anda dengan faham?
Guru: Samada mereka mampu mengingat apa yang saya ajar mereka
dan boleh menyelesai masalah.
Penemubual: Apa yang anda lakukan dengan hasil pentaksiran?
Guru: Saya beri pelajar jawaban yang betul dan tunjukkan kesalahan
dalam jawaban yang mereka berikan.

Bab 1: Pengenalan

16
Kepada pelajar, pentaksiran dibuat untuk mendapatkan maklumat yang dapat
membantu membuat keputusan berkaitan pemulihan, pengayaan, pemilihan,
keistimewaan, kemajuan dan pensijilan. Bagi pengajar, pentaksiran memberi
maklumat tentang pencapaian objectif, keberkesanan kaedah pengajaran dan bahan
pembelajaran (lihat Gambarajah 1.5).


















a) Diagnosis
Penilaian atau pentaksiran Diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau unit
untuk sesuatu subjek bagi mentaksir kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang
kepada apa yang akan diajar. Pentaksiran
pra-pengajaran dilakukan apabila anda
memutuskan perlunya maklumat tentang
seorang atau sekumpulan pelajar, ataupun
seluruh kelas sebelum anda boleh
meneruskan dengan pengajaran yang
berkesan. Sebagai contoh, anda boleh
melaksanakan Ujian Pembacaan untuk
pelajar Tahun Satu bagi mentaksir tahap
pembacaan mereka. Berdasarkan maklumat
tersebut, anda mungkin berikan pembaca
lemah intervensi yang khusus ataupun
tindakan pemulihan. Ataupun, ujian-ujian
tersebut mungkin menunjukkan bahawa
sesetengah pelajar membaca pada tahap yang sangat tinggi dan anda mungkin ingin
mencadangkan agar mereka diberi program pengayaan (lihat Gambarajah 1.6).

b) Keistimewaan
Pentaksiran juga dijalankan untuk membuat keputusan tentang keistimewaan.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran, guru mungkin membuat
keputusan samada seseorang pelajar perlu dimasukkan ke kelas bersama kanak-kanak
istimewa. Kanak-kanak istimewa adalah pelajar yang berkelainan daripada sebuah
DIAGNOSIS

KEISTIMEWAAN

PENSIJILAN

PENEMPATAN

PENTADBIRAN &
BIMBINGAN

MAKLUMAN IBUBAPA

MEMBAIKI PENGAJARAN
Gambarajah 1.5 Tujuan Pentaksiran
PENTAKSIRAN


Bab 1: Pengenalan

17
populasi pelajar normal secara fizikal, mental, emosi atau kelakuan. Contohnya,
berdasarkan maklumat pentaksiran seorang kanak-kanak mungkin didapati adalah
dyslexic dan akan diberi rawatan yang istimewa ataupun seorang pelajar yang telah
didiagnosis sebagai kurang upaya dalam pembelajaran mungkin diberi pendidikan
istimewa.

iii) Pensijilan
Pensijilan mungkin merupakan sebab paling penting
untuk menjalankan pentaksiran. Contohnya, peperiksaan
umum yang dijalankan di dalam sistem persekolahan di
akhir sekolah menengah bertujuan menganugerahkan
pelajar segolong sijil. Markah yang diterima ditukarkan
kepada gred abjad yang melambangkan pencapaiannya
dalam subjek berlainan dan digunakan sebagai asas
untuk perbandingan di antara pelajar. Sijil yang diterima
itu kemudiannya digunakan untuk memilih pelajar
samada untuk melanjutkan pelajaran, biasiswa ataupun
pekerjaan.


Jenis Keputusan
Membantu Pelajar: Soalan untuk Dijawab
Mendiagnosis untuk
tindakan pemulihan
Haruskah pelajar dihantar ke kelas pemulihan agar
masalah pembelajaran dapat diatasi?
Mendiagnosis untuk
pengayaan
Haruskah pelajar diberi aktiviti pengayaan?
Keistimewaan
Adakah pelajar mempunyai keperluan pembelajaran
khusus yang memerlukan bantuan pendidikan
istimewa?
Pemilihan
Haruskah pelajar disalurkan ke X atau Y?
Kemajuan
Sejauh manakah kemajuan pelajar dalam mencapai
matlamat pembelajaran tertentu?
Makluman kepada
Ibubapa

Persijilan
Apakah kekuatan dan kelemahan dalam prestasi
keseluruhan pelajar dalam bidang khusus yang
ditaksir?
Pentadbiran & Bimbingan
Bagaimana prestasi sekolah berbanding sekolah
lain?
Kenapa pelajar harus dirujuk kepada seorang
pembimbing?
Memperbaiki Pengajaran: Soalan untuk Dijawab
Objektif
Adakah hasil pembelajaran yang diinginkan
dicapai?
Kaedah Pengajaran
Adakah kaedah pengajaran yang digunakan
berkesan?
Pengetahuan Terdahulu
Adakah pelajar mempunyai pengetahuan terdahulu
yang berkaitan?
Bahan Pengajaran
Adakah bahan pengajaran yang digunakan
berkesan?

Bab 1: Pengenalan

18
Perbezaan Guru
Adakah guru tertentu lebih berkesan daripada yang
lain?

Gambarajah 1.6 Kenapa Kita Mentaksir?

c) Penempatan
Selain persijilan, pentaksiran juga dijalankan untuk tujuan penempatan. Pelajar
dianugerahkan dengan berbagai keupayaan dan salah satu tugas sekolah adalah untuk
menempatkan mereka mengikut aptitude dan minat. Contohnya, sesetengah ujian
digunakan sebagai asas untuk menyalurkan pelajar mengikut aliran berdasarkan
prestasi akademik mereka. Telah menjadi tradisi bahawa kelas A dan B akan diisi
dengan pelajar berpencapaian tinggi berdasarkan keputusan peperiksaan akhir
semester atau peperiksaan akhir tahun. Ujian Penempatan telah digunakan dalam pra-
sekolah untuk menyalurkan kanak-kanak mengikut tahap literasi mereka! Amalan
menempatkan pelajar mengikut pencapaian akademik selalu diperdebat berdekad
lamanya di mana sesetengah cendikiawan menyokong dan ada pula yang
membangkang penggunaannya.


d) Makluman Kepada Ibubapa
Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak mereka
di sekolah, dan ahli keluarga menghargai contoh-
contoh khusus tentang kemajuannya. Dengan
menunjukkan contoh kerja anak mereka daripada
masa ke masa akan membolehkan ibubapa
mentaksir perkembangan dan kemajuan anak
mereka. Adalah penting memberi tahu cerita
sepenuhnya apabila melaporkan maklumat tentang
kemajuan pencapaian pelajar. Dengan bercakap
dengan ibubapa tentang standard, berkongsi contoh
kerja pelajar, menggunakan rubrik dalam
konferens, dan membezakan di antara pencapaian dan kemajuan merupakan di antara
cara-cara untuk memastikan agar keluarga diberi gambaran yang jelas tentang
pembelajaran kanak-kanak.

e) Pentadbiran Sekolah dan Bimbingan
Sekolah mengumpul maklumat tentang pentaksiran bagi memastikan sejauh
mana pencapaian sekolah berbanding sekolah lain bagi semester atau tahun tertentu.
Keputusan pentaksiran juga bertujuan membuat perbandingan prestasi dari tahun ke
tahun bagi sekolah tertentu. Berdasarkan keputusan, pentadbir sekolah mungkin
mengambil langkah tertentu untuk memperbaiki kelemahan. Contohnya mengadakan
sumber tambahan untuk pelajar yang berpencapaian rendah sekiranya didapati
bilangan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan membaca dan menulis semakin
bertambah.
Keputusan pentaksiran (khususnya berkaitan perkembangan sosio-emosi)
mungkin digunakan oleh pentadbir dan pembimbing sekolah untuk merancang
strategi intervensi untuk pelajar berisiko. Pentaksiran oleh pembimbing boleh
membantu untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah sosio-emosi yang
memerlukan perkhidmatan bimbingan atau dirujuk kepada pakar seperti psikiatris,
kaunselor undang-undang dan pihak penguatkuasa undang-undang.

Bab 1: Pengenalan

19

f) Memperbaiki Pengajaran
Sekiranya 60% pelajar gagal dalam suatu ujian,
adakah anda menyiasat samada strategi pengajaran-
pembelajaran anda bersesuaian atau anda menyalahkan
pelajar anda kerana lemah akademik mereka, ataupun
mereka tidak mengulang kaji pelajaran? Ramai dalam
kalangan pendidik akan menyalahkan pelajar mereka.
Maklumat tentang pentaksiran bernilai untuk memberi
indikasi hasil pembelajaran manakah yang telah
dicapai dengan jayanya dan yang mana pelajar
menghadapi kesukaran (lihat Gambarajah 1.6).
Keputusan pentaksiran bernilai memberi
indikasi tentang keberkesanan strategi pengajaran yang
dilaksanakan dan bahan pengajaran yang digunakan. Ia
juga memberi indikasi tentang sejauh mana pelajar
telah memperoleh pengetahuan terdahulu bagi
menerima konsep dan prinsip yang dibincangkan. Data pentaksiran juga boleh
memberi gambaran tentang mengapa seseorang guru lebih berjaya dalam mengajar
segolongan pelajar daripada pelajar lain.


Sebelum kita teruskan dengan perbincangan terperinci tentang pentaksiran dalam bab-
bab seterusnya, anda perlu jelas tentang konsep berikut dalam pentaksiran:
Pentaksiran (atau penilaian) Formatif dan Sumatif
Pentaksiran Criterion-referenced dan Norm-referenced


1.5 Pentaksiran Formatif dan Sumatif


Pentaksiran boleh dijalankan pada masa berlainan sepanjang tahun persekolahan
dan rancangan pentaksiran yang menyeluruh akan termasuk pentaksiran formatif dan
sumatif. Titik pada mana pentaksiran dibuat dan matlamat pentaksiran membezakan
di antara kedua-dua kategori pentaksiran.





Pentaksiran Formatif:

Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran,
dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran
pelajar dalam subjek atau suatu titik pada program tersebut. Pentaksiran dalam kelas
merupakan salah satu teknik pentaksiran formatif yang paling terkenal. Tujuann
teknik ini adalah untuk memperbaiki mutu pembelajaran pelajar dan tidak harus
berbentuk menilai atau tidak melibatkan menggred pelajar.


Bab 1: Pengenalan

20

Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif

Waktu

Dijalankan sepanjang proses
pengajaran-pembelajaran


Dijalankan di akhir suatu fasa
pengajaran-pembelajaran (e.g.di
akhir semester atau tahun)
Kaedah
Ujian kertas & pensil, pencerapan,
kuiz, latihan, sesi amali dilaksanakan
secara kumpulan dan individu
Ujian kertas & pensil, ujian lisan
dilaksanakan berkumpulan
Matlamat
Untuk mentaksir kemajuan dan
mencadangkan langkah pemulihan
untuk mereka yang tidak mencapai
objektif
Pemulihan atau pengayaan,
ataupun pengajaran semula topic
Grading to determine if the
programme was successful.
To certify students and improve
the curriculum
Contoh
Kuiz, esai, ujian diagnostik, laporan
makmal dan rekod
Ujian akhir, ujian umum, ujian
kelayakan.


Gambarajah 1.7 Perbezaan di antara Pentaksiran Formatif dan Sumatif

Di dalam penilaian formatif guru membandingkan prestasi pelajar dengan
prestasi pelajar lain di dalam kelas dan bukan semuanya pelajar dalam tahun yang
sama. Selalunya sebahagian kecil kandungan diuji untuk melihat sejauh mana objektif
telah dicapai. Pentaksiran Formatif adalah berpusatkan tindakan dan menjadi asas
pembaikan kaedah pengajaran.
Sebagai contoh, sekiranya seorang guru mendapati bahawa beberapa orang
pelajar kurang faham sesuatu konsep, dia mungkin mereka bentuk suatu aktiviti lain
atau menggunakan strategi pengajaran yang lain. Selain itu, pelajar juga boleh
memantau kemajuan mereka secara berkala menggunakan kuiz dan tugasan.
Keputusan pentaksiran formatif digunakan untuk mengubahsuai dan mengesahkan
pengajaran. Secara pendeknya, pentaksiran formatif adalah pentaksiran berterusan dan
melibatkan kaji semula, dan pemerhatian tentang apa yang sedang berlaku dalam bilik
darjah.

Pentaksiran Sumatif:

Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung
jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program
(kemungkinan di akhir semester, tahun atau selepas dua tahun). Sebagai contoh,
selepas tiga tahun dalam sekolah menengah pelajar mengambil sebuah peperiksaan
umum yang bercorak sumatif kerana ia berasas kepada pengalaman pembelajaran
terkumpul bagi pelajar tersebut. Pentaksiran sumatif
biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan
sebuah program pembelajaran pada akhir tahun
akademik atau pada waktu yang ditetapkan.
Matlamat pentaksiran sumatif adalah untuk
membuat pertimbangan tentang kecekapan seorang
pelajarselepas fasa pengajaran telah selesai.
Sebagai contoh, peperiksaan umum di Malaysia
When the cook tastes the
soup, thats formative
evaluation; when the guests
taste the soup, thats
summative evaluation
- Robert Stakes

Bab 1: Pengenalan

21
dilaksanakan di akhir 6 tahun sekolah rendah; di akhir sekolah menengah rendah dan
di akhir sekolah menengah atas. Itu semua merupakan pentaksiran sumatif untuk
memastikan tahap pemerolehan setiap pelajar di dalam subjek-subjek setelah
penyampaian kandungan sepanjang 2 hingga 3 tahun. Penilaian sumatif digunakan
untuk memastikan samada pelajar telah menguasai kecekapan khusus dang red abjad
mungkin diberi untuk mentaksir pencapaian pelajar. Lihat Gambarajah 1.8 yang
menyenaraikan perbezaan di antara dua ujian tersebut.

1.6 Ujian Norm-Referenced dan Criterion-Referenced

Terdapat dua jenis ujian bergantung kepada bagaimana hasilnya diinterpretasi dan
digunakan. Secara tradisi terdapat dua jenis ujian yang dikenali sebagai ujian Norm-
Referenced Tests dan Criterion-referenced.

Ujian Norm-Referenced:

Sebab utama penggunaan ujian norm-referenced adalah untuk mengklasifikasi
pelajar. Ujian-ujian ini direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan diantara dan
dalam kalangan pelajar agar menghasilkan darjat pelajar secara berurutan sepanjang
suatu continuum pencapaian daripada pencapai tinggi hingga ke pencapai rendah
(Anastasi, 1988). Untuk ujian norm-referenced, kumpulan pelajar yang representatif
diberikan ujian dan markah mereka dibandingkan dengan norma selepas melalui suatu
proses pentadbiran dan analisis yang rumit.
Sesiapa yang mengambil ujian norm-referenced boleh membandingkan
markahnya dengan norma. Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markah 70
dalam ujian norm-referenced hanya akan Nampak jelas apabila markah itu
dibandingkan dengan norma. Apabila dibandingkan dengan norma, dan didapati
markah pelajar itu adalah pada peratus ke-80, ini bermakna bahawa dia telah
mencapai tahap yang sama atau lebih baik daripada 80% pelajar dalam kumpulam
norma. Maklumat ini boleh menjadi berguna bagi memastikan samada pelajar perlu
bantuan pemulihan atau tidak, ataupun samada pelajar tersebut adalah calon program
pengayaan. Walau bagaimanapun, markah tersebut memberi maklumat yang sedikit
tentang apa yang pelajar tersebut tahu atau apa dia boleh buat. Kritikan utama ujian
norm-referenced ialah kerana ia selalunya fokus kepada mentaksir kecekapan asas
tahap rendah. Bilamana ia mengukur pencapaian, ujian norm-referenced selalunya
mengukur hanya sekadar sampel kandungan akademik yang diajar di sekolah seluruh
negara.
Ujian Criterion-Referenced:
Ujian criterion-referenced dapat memastikan apa yang pelajar boleh buat atau
sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain (Anastasi, 1988). Ujian
criterion-referenced melapor prestasi pelajar berbanding tahap prestasi yang
ditentukan pada suatu set matlamat atau hasil pembelajaran yang termaktub dalam
kurikulum. Ujian criterion-referenced digunakan apabila guru ingin mengetahui
sejauh mana pelajar telah memperoleh pengetahuan dan kecekapam yang mereka diharap
telah kuasai. Maklumat ini mungkin digunakan sebagai maklumat untuk memastikan sejauh
mana pelajar memperoleh kandungan kurikulum dan sejauh mana sekolah mengajar
kurikulum tersebut. Ujian criterion-referenced memberi butiran terperinci tentang sejauh
mana pencapaian seorang pelajar bagi setiap matlamat pendidikan atau hasil pembelajaran

Bab 1: Pengenalan

22
yang terkadung di dalam ujian tersebut. Contohnya, markah bagi sebuah ujian criterion-
referenced mungkin menceritakan operasi matematik mana seorang pelajar boleh laksanakan
atau tahap masalah pembacaan yang dialami pelajar. Lihat Gambarajah 1.8 yang
menyenaraikan perbezaan di antara kedua-dua jenis ujian.

Ujian Norm-Referenced Ujian Criterion-Referenced

Matlamat

Membandingkan prestasi pelajar
dengan pelajar lain
Memilih pelajar untuk persijilan

Membanding prestasi pelajar
dengan kriteria (e.g. hasil
pembelajaran)
Sejauh mana pelajar telah
memperoleh pengetahuan atau
kecekapan
Memperbaiki pengajaran &
pembelajaran

Jenis soalan
Soalan daripada senang hingga
susah
Soalan hampir sama tahap
kepayahan dengan kriteria
Melapor keputusan
Gred diberi Tiada gred diberi (samada
pengetahuan/kecekapan dicapai
atau tidak
Liputan Kandungan
Liputan kandungan yang luas Aspek kandungan yang tertentu

Contoh
UPSR, PMR, SPM peperiksaan
umum, peperiksaan akhir semester,
peperiksaan akhir tahun
Ujian kelas, latihan dan tugasan

Gambarajah 1.8 Perbezaan di antara Ujian Norm-referenced dan
Criterion-referenced














SEMAK KENDIRI 1.4
Ide a) Kenal pasti perbezaan utama di antara ujian norm-referenced
and dan criterion-referenced
b) Apakah perbezaan di antara pentaksiran formatif dan sumatif?









Bab 1: Pengenalan

23
RINGKASAN


Bukti awal tentang ujian pendidikan telah dijalankan di China, digelar Sistem
Peperiksaan Imperial atau sistem keju.

Peperiksaan Imperial pada hakikatnya satu-satunya laluan untuk orang
kebanyakan untuk menikmati kehidupan mewah sekiranya mereka lulus.

Galton berhujah bahawa keupayaan mental manusia dan ciri-ciri peribadi adalah
diturunkan melalui baka.

Dalam tahun 1905 Alfred Binet telah menghasilkan skala Binet-Simon (bersama
Theodore Simon) yang mengkehendaki pelajar membuat 30 tugasan pendek
berkaitan pertimbangan.

Lewis Terman telah mengkaji semula ujianBinet-Simon dengan mengubah
beberapa item, menambah item yang lain dan membuat norma umur yang baru,
dan menambah had umur kepada "superior adults". Ujian ini telah menjadi Ujian
Stanford-Binet dikemaskini pada tahun 1916.

Sebuah ujian boleh dilihat sebagai sekumpulan tugasan atau soalan yang bertujuan
mendapatkan perlakuan tertentu dalam keadaan yang standard dan untuk
mendapatkan markah yang mempunyai kendungan psikometrik tertentu.

Pengukuran merupakan suatu proses di mana ciri-ciri seseorang diukur dan
diberikan nombor.

Pentaksiran dilihat sebagai suatu proses pengumpulan maklumat dengan tujuan
membuat keputusan tentang pelajar.

Pentaksiran bertujuan untuk membantu pelajar dan memperbaiki pengajaran.

Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; memberi kebertanggung
jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program.

Pentaksiran formatif selalunya dilakukan pada permulaan tahun persekolahan,
dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti segera tentang
pembelajaran pelajar dalam subjek tertentu atau pada suatu ketika dalam program.

Sebab utama ujian norm-referenced digunakan adalah untuk membahagikan
pelajar. Ujian-ujian ini adalah direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan dalam
pencapaian di antara dan dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan darjat
pelajar secara berurutan.

Ujian criterion-referenced memastikan apa pelajar boleh buat dan sebaliknya, dan
bukan bagaimana mereka berbeza di antara satu sama lain.



Bab 1: Pengenalan

24













RUJUKAN:

Anastasi, A. (1988). Psychological Testing. New York, New York: MacMillan
Publishing Company.
Ebel, R. L., & Frisbie, D. A. (1986). Essentials of Educational Measurement
(4th ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Gronlund, N. (1988). How to construct achievement tesr. Engelwood Cliffs,
NJ: Prentice-Hall.

Huba, ME. and Freed, J.E. (2000). Learner-Centered Assessment on College
Campuses:Shifting the Focus from Teaching to Learning. Needham Heights,
MA: Allyn & Bacon
Lewis Terman (1916). The Uses of Intelligence Tests. First published in
The measurement of intelligence (chapter 1). Boston: Houghton Mifflin.

Lewis Terman, (1904). General Intelligence: Objectively Determined and
Measured. American Journal of Psychology. 15. 201-293.

Nitko, A.J. (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs,
NJ: Prentice-Hall.

Rowntree, D. (1977). Assessing Student How Shall We Know Them?
London: Routledge & Kegan Paul.

Salvia, G. and Ysseldyke, H. (1995). Assessing Children. Boston: Prentice-
Hall

Stiggins, R.J. (1994). Student-Centered Classroom Assessment. New York:
Merrill





ISTILAH
PENTING
Peperiksaan Imperial Keupayaan mental primer Pentaksiran
Psikometrik Kecerdasan Crystallised Penilaian
Skala Binet-Simon Kecerdasan Fluid Criterion-referenced
Quotient Kecerdasan Pentaksiran Sumatif Norm-referenced
Faktor g Pengukuran Pentaksiran Formatif

Anda mungkin juga menyukai