Anda di halaman 1dari 12

http://kumpulan7psikomotor.blogspot.

com/
1.0) Pengenalan
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi
keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat.
Perubahan yang berlaku adalah hasil proses menjadi yang di alami oleh sistem biologi
seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan, dan penuaan. Ia dapat dilihat
menerusi dua aspek iaitu peningkatan keupayaan dari bayi hingga dewasa dan
penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Aspek keupayaan dari bayi hingga
dewasa dikenali sebagai tahap bagi golongan muda di mana mereka mempunyai
banyak tenaga dan sentiasa bergiat cergas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aspek
kedua ialah penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Pada tahap ini, peningkatan
umur berlaku dan mereka melalui proses penuaan. Ianya memberi kesan kepada
perkembangan mereka. Contohnya, untuk perkembangan fizikal, golongan ini tidak lagi
bergiat cergas dan mungkin tidak berupaya melakukan sesetengah aktiviti.
Kanak-kanak secara semula jadinya suka melakukan pergerakan. Mereka secara
fitrahnya ingin belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Apabila kanak-
kanak melibatkan diri dengan aktiviti fizikal, mereka akan melakukan dengan sepenuh
hati dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan
mereka. Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan
merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah
penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga
bergerak untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, kanak-kanak yang belajar berjalan
akan menggunakan pergerakan untuk meneroka persekitaran mereka. Sebelum
mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai minat dan
menguasai kemahiran tentang sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan. Guru juga
hendaklah bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan dipelajari oleh kanak-
kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka.
Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk dipelajari oleh
kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana
guru dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira. Menurut Wall
(1981) dalam Zainun Ishak (2006), suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan
oleh tubuh badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman yang
menguntungkan. Selain itu, kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan
yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat
dilakukan secara berpasangan.
Pergerakan asas terdiri daripada tiga jenis iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor
dan juga pergerakan manipulatif. Ketiga-tiga pergerakan ini melibatkan kemahiran
motor kasar. Lantaran itu, guru dan juga ibubapa perlu membantu kanak-kanak untuk
mengembangkan kemahiran tersebut secara berkesan. Ini kerana tubuh badan
merupakan alat yang penting dalam melakukan pergerakan.
2.0) Motor kasar
Kemahiran motor kasar bermaksud satu kawalan pada tingkah laku badan yang
memerlukan banyak tenaga dari otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas
dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor kasar banyak bergantung
pada perkembangan otak kerana ianya memerlukan keseimbangan badan dan juga
kemahiran mata tangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak mengalami masalah
penglihatan atau pendengaran, mereka akan sukar mengimbangkan badan. Antara
contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, melompat, berjalan, dan sebagainya.
Tetapi, sedari awal bayi, mereka mula menunjukkan kemahiran-kemahiran asas motor
kasar seperti mengangkat kepala, memusingkan badan, merangkak, dan lain-lain.

Perkembangan fizikal kanak-kanak pada umur 3 hingga 6 tahun berada pada tahap
sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu keturunan, pemakanan,
pendapatan keluarga, dan kumpulan etnik. Contohnya, jika ibu bapa kanak-kanak
mengalami obesiti, maka kanak-kanak tersebut juga mengalami keadaan yang sama
dan mereka mungkin amat sukar melakukan aktiviti fizikal di sebabkan tubuh badan
mereka yang besar. Selain itu juga, ibu bapa perlu menjaga pemakanan seimbang bagi
kanak-kanak agar meraka dapat bergiat cergas dalam melakukan aktiviti. Pendapatan
keluarga juga turut mempengaruhi dimana ibu bapa yang berpendapatan besar dan
prihatin akan perkembangan kanak-kanak mampu menyediakan makanan berkhasiat
dan peralatan fizikal bagi kanak-kanak. Akhir sekali, bagi kumpulan etnik, contohnya
masyarkat Cina yang gemar melakukan senaman Tai Chi mampu menarik minat anak-
anak mereka untuk melakukan aktiviti kecerdasan tersebut.
Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi ruang kepada
kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang perlu dilakukan
dalam kedudukan yang berbeza seperti arah depan, belakang, kiri, dan kanan.
Contohnya, kanak-kanak berlari ke depan, belakang, kiri, dan kanan. Guru perlu
menjadi lebih kreatif dalm memperbanyakkan variasi dalam pergerakan kanak-kanak.
Ini perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak merasa bosan dan ini akan
menyeronokkan lagi kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Di dalam gerakan motor
kasar, terdapat 2 kemahiran iaitu kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor.
3.1) Pergerakan Lokomotor
3.1.1 Definisi

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu akan
menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan,
berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu, pergerakan
lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan
tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau
bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita
berubah dan bergerak dari temapt asal keran kita berlari ke arah depan atau belakang.
Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Ini
bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu
mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti
larian setiap hari kerana kanak-kanak tersebut memasang angan-angan bahawa dia
mahu menjadi atlet sukan terkenal pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga
membolehkan kita melarikan diri dari keadaan berbahaya seperti di kejar anjing,
penjahat, dan sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga mempunyai
matlamatnya sendiri dan membolehkan kita pergi ke satu tempat ke satu tempat yang
lain.

3.1.2. Konsep pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran merupakan
beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Jika
pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah
gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan
persembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan
lokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek arah tinggi,
sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak boleh
melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana, dan
seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi, mereka
perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran seperti awangan,
lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara contoh gerakan yang boleh dilakukan kanak-
kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan), kemudian berjalan berliku-
liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketiga aspek beban seperti halus-ringan
dan berat-kuat. Pergerkan halus-ringan bermaksud pergerakan halus yang memerlukan
tenaga yang ringan atau sedikit seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-
kuat bermaksud pergerakan berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang
memerlukan tenaga yang lebih dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti
cepat dan lambat. Masa bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-
kanak berlari, maka masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan
perlahan, maka masa yang diambil menjadi lambat.

3.1.3 Contoh-contoh pergerakan lokomotor
Terdapat pelbagai contoh yang melibatakan pergerakan lokomotor antaranya ialah:

1. Berjalan
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya dalam
kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah.
Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang lain. Selain kaki
ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnyan boleh
dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang
sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan
yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan
berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanak-kanak biasanya mula berjalan sejak
berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermula sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri
bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap ini kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang
dewasa supaya kanak-kanak dapat menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak
boleh berjalan dengan betul bermula umur 1 tahun.
Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke
hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu
garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yang bertentangan
dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi
imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan.
Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah
satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh menahan anggota badan
daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang
selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok
ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan. Tapak kaki terlalu rapat
semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala condong ke hadapan.

2. Berlari
Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara laju
dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang banyak dan
mereka meyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan aktiviti yang lasak.
Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari dengan lancar dan laju
tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik. Pada usia 5 hingga 6
tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendang bola. Selain itu, pada tahap
ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanak-kanak yang lain. Ketika berlari,
pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan
meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-
kanak perlu menggunakan hujung jari kaki dan jangan menggunakan telapak kaki
penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk
mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan serta terangkat dari tanah
setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Panjangkan langkah
kaki, percepatkan langkah, dan yang paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk
mengawal pernafasan dengan baik.

3. Melompat
Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan kehidupan
seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan anggota
badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah pergerakan yang
mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan
sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian
turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk
menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Selain itu, lompatan juga
melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat melakukan lompatan dengan
selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak-kanak sudah mula menjadi sempurna.
Selalunya kanak-kanak melompat dengan bantuan papan spring. Ini boleh dijadikan
peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus melompat. Kanak-kanak juga boleh
diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan seperti lompat seperti katak, kangaroo,
arnab, dan sebagainya. Ini juga akan menyeronokkan kanak-kanak disamping dapat
mempelajari cara lompatan bagi haiwan-haiwan tersebut.

4. Skip
Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasa dilakukan
di taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia pra-sekolah. Antara
langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan
kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi.
Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah
serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap
pertukaran langkah.

5. Galop (berlari seperti kuda)
Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanak
kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat dari
satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh kanak-
kanak pada usia pra-sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti seekor kuda.
Selain itu, ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari dan ianya adalah satu
cara yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah-langkah untuk melakukan
aktiviti ini adalah satu kaki bergerak kehadapan dan kaki tersebut mengimbangi badan.
Kaki belakang pula digerakkan kehadapan dan ke belakang dan seterusnya tumit kaki
bergerak ke hadapan. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat
kehadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang. Menolak dan mendarat
bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut dan pergelangan kaki sentiasa
dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.

6) Hop (melompat dengan sebelah kaki)
Hop merupakan satu lompatan kehadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja dan
mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanak-kanak
yang paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hop merangkumi urutan
yang tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop, mereka perlu dapat
mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna, kanak-kanak perlu
berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak berjaya
mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan hop tanpa bantuan. Antara
cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiri dengan betul dan
kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. Angkat sebelah kaki dan lutut kaki
tersebut dibengkokkan kebelakang. Selepas itu, lompat dengan kaki tersebut dan
bergerak ke hadapan. Antara bentuk-bentuk pergerakan hop yang boleh dilakukan oleh
kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan zigzag. Dengan itu kanak-kanak akan
berasa seronok melakukannya. Contoh permainan popular di kalangan kanak-kanak
yang menggunakan hop ialah permainan ting-ting.

7) Slide (berjalan di arah tepi)
Slide ialah merupakan satu teknik melangkah kehadapan tetapi ianya menggunakan
arah tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui konsep kiri dan kanan. Selain
berjalan lurus dengan badan ditegakkan kehadapan, kanak-kanak boleh berjalan
dengan arah tepi. Badan dibengkokkan samada mengikut bahu kanan atau kiri dan
seterusnya berjalan kehadapan. Ia juga dapat melatih keseimbangan badan dan
mengembangkan koordinasi mata dan kaki. Ibu bapa boleh menggalakan kanak-kanak
ini melakukan pergerakan slide tidak kira di mana jua keadaan. Justeru itu, kanak-
kanak dapat memperkembangkan motor kasar mereka.

8) Leap (berlari sambil melonjak)
Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika berlari,
pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan
meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu mahir berlari
dahulu kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut diangkat
kehadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak. Kaki belakang
bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk
bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas satu
kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah
larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.
3.2) Pergerakan bukan lokomotor
3.2.1 Definisi

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakakan tubuh badan
tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan
atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud
kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ke tempat lain
contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya.
Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti
permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-
kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.

3.2.2 Konsep pergerakan
Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan
membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan
seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam
keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep pergerakan bukan
lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih kepada pergerakan halus-
ringan.

3.2.3 Contoh-contoh pergerakan bukan lokomotor

1. Twist
Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu menjadi
lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist dengan
memainkan muzik yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih
seronok. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melakukan twist dengan menggunakan
gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukan dan diletakkan pada aras
pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan gelung rotan. Aktiviti ini boleh
dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi gelung rotan itu adalah untuk menahan
ketahanan badan untuk mengawal keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru
juga boleh mengadakan satu pertandingan melakukan twist dikalangan kanak-kanak.
Faedah dari aktiviti ini adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang.

2. Imbangan Y
Ini pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanak
berdiri statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y. Selain
itu, ia juga dapat mengajar kanak-kanak tentang huruf Y.

3. Menarik tangan pasangan
Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkan kanak-
kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagi
keseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara amnya mereka suka melakukan
aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak perlu berkerjasama dengan
pasangan masing-masing. Kanak-kanak perlu memegang tangan pasangan dan mula
menarik tangan pasangan secara serentak sambil berdiri statik. Selain itu kanak-kanak
dapat belajar cara untuk berkerjasama dan bertolak-ansur dengan pasangan.

4. Meregang dan mengendur
Aktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendur
pula dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada dikalangan kanak-kanak
yang tidak tahu melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlu mengajar
kanak-kanak tentang pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak-kanak perlu
berdiri statik pada peringkat permulaan. Selepas itu, secara perlahan-lahan badan
diturunkan ke bawah lalu menjadi mengecil atau merapatkan badan dalam keadaan
mencangkung atau badan kanak-kanak menjadi k, kemudian meregang seperti
melompat bintang.

5. Imbangan satu tapak
Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat
melakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala dengan
berdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kiri
mencapai kaki kiri kemudian mebuat imbangan satu tapak sokongan dilakukan.

6. Memutar gelung di tangan
Kanak-kanak pada unur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerak dan
memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya membuatkan
mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tangan bergerak. Guru
perlu menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contoh untuk kanak-kanak
denagn meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti ini
dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan
berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu lagi. Kanak-kanak
juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di kedua-dua belah tangan
mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapat menguatkan otot-otot tangan.

7. Melambung bola
Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlu
kreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikal kanak-
kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam dua cara.
Pertama, melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang, depan,kiri atau
kanan dalam keadaan berdiri statik. Kedua, melempar bola ke arah pasangan secara
bergilir-gilir. Dengan melakukannya sejak dari awal, ianya tidak mustahil bagi kanak-
kanak untuk menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bola baling, dan sebagainya
apabila mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan
koordinasi mata tangan.

8. Membongkok
Selain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdir secara
bongkok. Ini boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencuba
sesuatu yang baru dan suka bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktiviti dengan
membongkokkan badan ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan-lahan
menegakkan badan. Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam lakonan permainan
nenek-nenek si bongkok tiga. Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan daya
ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi bongkok.

9. Memusing kepala
Selain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanak perlu
diajar untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain-lain. Ini
adalah kerana kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah mati akal
dengan asyik melakukan pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-cara melakukan
aktiviti ini ialah kanak-kanak berdiri statik dan memusingkan kepala mengikut arah jam
dan memusingkan semula mengikut arah lawan jam. Daripada aktiviti ini, kanak-kanak
dapat menguatkan otot leher dan belajar konsep arah jam. Selain itu, kanak-kanak
boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang konsep kiri, kanan, atas, dan
bawah ketika memusingkan kepala mereka mengikut konsep tersebut.

10. Mendekam
Guru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalah
dengan mengunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalam
keadaan setempat. Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai.

Anda mungkin juga menyukai