Anda di halaman 1dari 10

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

149

MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERDASARKAN
GAMBAR MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN MODUL
MEMBINA AYAT [MoMaA]

Oleh :
Nor Haliza Binti Md Thaib & Harun Aminarrashed Bin Nik Mahmood
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato Razali Ismail
asteramckee@gmail.com & hjnik@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji penguasaan kemahiran
membina ayat berdasarkan gambar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Penulisan Bahagian A dalam kalangan murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan
Seri Budiman, Kuala Terengganu. Kajian yang dijalankan adalah bersifat
kualitatif. Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan tahun empat. Instrumen yang digunakan bagi
menjalankan kajian ini adalah analisis dokumen (Ujian Pra, Ujian Pos, latih
tubi), pemerhatian (senarai semak), temubual dan rakaman video. Pengkaji
menggunakan Modul Membina Ayat [MoMaA] sebagai intervensi bagi
membantu meningkatkan penguasaan membina ayat subjek kajian.
Berdasarkan analisis dapatan kajian melalui analisis dokumen ujian pra dan
pos, pengkaji mendapati berlaku peningkatan dalam purata jumlah perkataan
dan kosa kata dalam ayat yang dibina. Melalui analisis dokumen (latih tubi,
ujian pra) dan senarai semak, berlaku peningkatan terhadap markah membina
ayat subjek kajian. Peratus bagi min markah kelima-lima subjek kajian
sebanyak 40% dalam ujian pra meningkat kepada 78% dalam ujian pos.
Markah subjek kajian yang pada mulanya dalam kategori sederhana telah
meningkat kepada kategori baik dan cemerlang. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa penggunaan Modul Membina Ayat [MoMaA] dapat
meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam membina ayat berdasarkan
gambar.

Kata kunci: menguasai, kemahiran membina ayat, Modul Membina Ayat
[MoMaA]


PENDAHULUAN

Semasa pengkaji menyemak buku latihan murid-murid tahun 4 Bukhari, pengkaji
mendapati terdapat segelintir daripada mereka masih belum menguasai kemahiran membina
ayat dengan baik walaupun ransangan perkataan dan bergambar diberikan. Kebanyakan
latihan membina ayat yang disiapkan hanya memperoleh markah sederhana kerana
berlakunya beberapa kesilapan terutamanya tanda baca dan penggunaan huruf kecil dan huruf
besar yang tidak bersesuaian disamping kosa kata yang terhad dan kesilapan ejaan.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


150

Pengkaji telah memberikan latihan membina ayat berdasarkan perkataan, gambar dan
juga rangkaian perkataan bagi mengesahkan masalah yang pengkaji temui. Beberapa orang
murid-murid tahun 4 Bukhari dilihat tidak dapat menyiapkan soalan latihan yang diberikan.
Terdapat juga murid yang menyiapkan tugasan membina ayat yang diberikan namun dengan
pelbagai jenis kesalahan seperti kesalahan ejaan, struktur ayat tidak lengkap dan tidak
gramatis.

Pengkaji berpendapat masalah ini adalah disebabkan oleh tahap penguasaan kosa
kata dalam kalangan murid adalah terhad. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat
membina ayat menggunakan perkataan yang lain daripada kebiasaan yang mereka gunakan.
Ayat yang dibina juga kadangkala tidak bersesuaian dengan kehendak soalan kerana hanya
menggunakan kosa kata yang biasa mereka gunakan.


FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah mengesan beberapa sebab yang menjadi punca murid-murid Tahun 4 Bukhari
tidak dapat menjawab latihan membina ayat namun masalah yang akan pengkaji fokuskan
dalam kajian tindakan ini adalah berkaitan tahap penguasaan kosa kata dalam kalangan murid
adalah terhad serta kesilapan penggunaan tanda baca serta penggunaan huruf kecil dan besar
yang tidak tepat.

Berdasarkan analisis dokumen yang telah dilakukan terhadap buku latihan subjek
kajian, pengkaji mendapati tahap penguasaan kosa kata subjek kajian adalah agak terbatas.
Keadaan ini disebabkan oleh subjek kajian sering bertanya kepada pengkaji beberapa
perkataan yang berkaitan dengan ransangan gambar yang diberikan sebelum membina ayat.
Penguasaan kota kata yang lemah dalam kalangan murid menyebabkan mereka tidak dapat
membina ayat yang gramatis atau tepat dari segi struktur ayatnya.

Pengkaji telah menggunakan instrument analisis dokumen (lembaran kerja pelajar dan
rekod keputusan Ujian 1), pemerhatian dan temu bual bagi tujuan tinjauan masalah.


OBJEKTIF

Objektif umum kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran membina ayat seterusnya dapat meningkatkan markah cemerlang dalam kertas
Penulisan bahagian A.

Objektif Khusus kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk:
1. Menambahkan bilangan kosa kata dalam pembinaaan ayat oleh murid.
2. Adakah MoMaA dapat meningkatkan kemahiran membina ayat murid Tahun 4 dalam
membina ayat berdasarkan gambar?
3. Menarik minat murid membina ayat berdasarkan gambar.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


151

Pengkaji telah menyatakan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara
persoalan-persoalan tersebut ialah :

1. Adakah MoMaA dapat menambahkan bilangan kosa kata dalam pembinaan ayat oleh
murid?
2. Adakah MoMaA dapat meningkatkan kemahiran membina ayat murid Tahun 4 dalam
membina ayat?
3. Bagaimanakah MoMaA dapat menarik minat murid dalam membina ayat berdasarkan
gambar?


KUMPULAN SASARAN

Lokasi kajian dijalankan adalah di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.
Kajian yang dijalankan ini melibatkan lima orang murid tahun 4 Bukhari Sekolah
Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu. Mereka terdiri daripada 4 orang murid lelaki
dan seorang murid perempuan. Kesemua murid adalah berbangsa Melayu. Purata markah
dalam latihan membina ayat yang diperoleh setiap subjek kajian adalah dalam kategori
sederhana.
Pengkaji mendapati kelima-lima subjek kajian mempunyai persamaan dari segi :
a. Menulis dengan tanda baca yang tidak tepat.
b. Penulisan huruf kecil dan huruf besar yang tidak bersesuaian.
c. Struktur ayat yang dibina tidak lengkap.
d. Penggunaan kosa kata yang terhad.


TINDAKAN

Pengkaji memilih model Stephen Kemmis dalam melakukan penyeledikan. Menurut
Stephen Kemmis, terdapat empat peringkat dalam penyelidikan Model Reka Bentuk Kajian
oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Rekabentuk ini menunjukkan kitar-kitar
dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian iaitu refleksi,
rancangan, tindakan, dan pemerhatian. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan
perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


152


Rajah 1 : Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis dan McTaggart(1988)


Mereflek

Melalui peringkat mereflek, pengkaji mendapati bahawa subjek kajian berhadapan dengan
masalah dalam membina ayat dengan betul dan gramatis. Masalah ini dilihat sebagai masalah
yang perlu ditangani kerana membina ayat merupakan salah satu kemahiran yang penting
dalam kemahiran menulis.

Merancang

Pengkaji merancang satu pelan tindakan iaitu satu modul pembelajaran yang dikenali sebagai
MoMaA iaitu Modul Membina Ayat yang akan digunakan oleh murid dalam membantu
mereka menguasai kemahiran membina ayat. Melalui modul ini, murid-murid akan
didedahkan kepada empat program yang menjurus kepada penguasaan kemahiran membina
ayat dimulai dengan bahagian mengenali golongan kata, diikuti bahagian untuk
memperbanyak kosa kata, serta beberapa bahagian lain seperti menyenaraikan isi
berdasarkan gambar dan membina ayat lengkap menggunakan tanda baca yang betul.

Bertindak

Pengkaji melaksanakan intervensi yang dirancangkan kepada subjek kajian selama satu jam
bagi setiap sesi yang akan dilakukan pada waktu petang selepas pulang dari sekolah. Hal ini
kerana pengkaji tidak mahu menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu
persekolahan serta dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada subjek kajian yang terlibat.

Memerhati

Pengkaji membuat pemerhatian yang tidak berstruktur terhadap subjek kajian sepanjang
proses P&P modul berlangsung. Pengkaji mendekatkan diri dengan subjek kajian agar dapat
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


153

mengetahui dengan lebih dekat situasi subjek kajian. Hal ini membolehkan pengkaji
mengetahui secara dekat tingkah laku dan masalah yangdihadapi oleh subjek kajian. Menurut
Meriam ( 1988) dalam Wee Eng Lee (2001) menyatakan bahawa kaedah pemerhatian dapat
memberi gambaran yang jelas tentang perlakuan peserta kajian kerana pengkaji berpeluang
untuk melihat peserta kajian secara terus. Dengan cara ini pengkaji dapat melihat sendiri
aspek kelemahan dan bagaimana subjek kajian menggunakan modul yang diberikan.

Gelungan kedua

Pengkaji telah mengenalpasti terdapat sedikit kelemahan dalam modul yang digunakan
berdasarkan pencapaian subjek kajian dalam ujian pos 1 yang dilaksanakan. Oleh yang
demikian pengkaji telah merancang semula kaedah yang sesuai bagi memperbaiki kandungan
yang terdapat dalam MoMaA. Pengkaji melakukan sedikit penambahbaikan dalam
kandungan MoMaA pada Program 3 iaitu Program Kenali Mereka. Hasil yang diperolehi
melalui ujian pos 2 menunjukkan berlakunya peningkatan dari segi pengolahan ayat dan
penggunaan kosa kata yang sesuai dan lebih teratur.


ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

1. Menambahkan bilangan kosa kata dalam pembinaaan ayat oleh murid.

Pengkaji melakukan analisis terhadap ujian pra dan pros yang dijalankan ke atas subjek
kajian untuk mendapatkan data yang berkaitan.


Rajah 2 : Analisis purata bilangan perkataan dalam ayat yang dibina.
0
1
2
3
4
5
6
7
Subjek
kajian 1
Subjek
kajian 2
Subjek
kajian 3
Subjek
kajian 4
Subjek
kajian 5
Ujian Pra
Ujian Pos 1
Ujian Pos 2
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


154

Setelah pengkaji mengaplikasikan Modul Membina Ayat [MoMaA] kepada subjek
kajian, terdapat peningkatan dari segi penggunaan kosa kata dalam binaan ayat yang ditulis
oleh subjek kajian. Secara keseluruhannya, persoalan mengenai adakah MoMaA dapat
meningkatkan bilangan kosa kata dalam ayat yang dibina oleh murid adalah ya kerana
melalui MoMaA, subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam jumlah perkataan yang
digunakan semasa membina ayat. Peningkatan ini menunjukkan melalui latih tubi program-
program yang terdapat dalam MoMaA yang telah dijalankan oleh subjek kajian, berlaku
penambahan perkataan terutamanya dari segi kata adjektif dan frasa sendi nama.

2. Meningkatkan kemahiran membina ayat murid Tahun 4 dalam membina ayat
berdasarkan gambar.
Pengkaji menggunakan instrumen senarai semak dan analisis dokumen untuk mendapatkan
dapatan berkaitan peningkatan kemahiran membina ayat subjek kajian. Pengkaji
menganalisis latih tubi yang terdapat dalam modul serta kertas ujian subjek kajian untuk
mendapatkan maklumat berkaitan. Pengkaji turut menganalisis dokumen berdasarkan senarai
semak yang disediakan.
Jadual 1 : Item ukuran pencapaian dalam membina ayat [selepas]

BIL ITEM SUBJEK
KAJIAN 1
SUBJEK
KAJIAN 2
SUBJEK
KAJIAN 3
SUBJEK
KAJIAN 4
SUBJEK
KAJIAN 5
1 Menggunakan
tanda baca yang
sesuai
/ / / / /
2 Penggunaan huruf
kecil dan besar
yang tepat
/ / / / /
3 Ayat yang
bersesuaian
dengan grafik
/ / / /
4 Menggunakan
ejaan yang betul
/ / / /
5 Mengandungi
pelbagai kosa
kata
/ / /

Jadual 1 menunjukkan ukuran pencapaian subjek kajian dalam membina ayat selepas
menggunakan MoMaA yang menunjukkan terdapat peningkatan dalam item yang diukur
terutamanya dari segi penggunaan tanda baca dan huruf kecil serta huruf besar yang tepat.





Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


155

Peningkatan markah yang diperolehi subjek kajian turut membuktikan bahawa
Modul Membina Ayat [MoMaA] dapat meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan
gambar. Peningkatan markah yang diperolehi dicatatkan dalam jadual 2 di bawah.

Jadual 2 : Jumlah peningkatan markah membina ayat

SUBJEK
KAJIAN
UJIAN
PRA
UJIAN
POS 2
JUMLAH
PENINGKATAN
PERATUS
Subjek Kajian 1 5 8 +3 22%
Subjek Kajian 2 4 7 +3 22%
Subjek Kajian 3 5 7 +2 14%
Subjek Kajian 4 6 9 +3 21%
Subjek Kajian 5 5 8 +3 21%


3. Menarik minat murid dalam membina ayat berdasarkan gambar.

Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah melakukan pemerhatian berstruktur
menggunakan senarai semak ke atas subjek kajian. Penggunaan kedua-dua kaedah ini akan
saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Pengkaji turut merakam video yang
memaparkan tingkahlaku subjek kajian semasa kajian dilaksanakan serta rakaman temubual
yang telah diubah dalam bentuk transkrip temubual.


Rajah 3 : Perbandingan kekerapan tingkahlaku negatif sebelum dan selepas intervensi

Menganggu
rakan lain
secara
fizikal
Bercakap
tiada kaitan
dengan
tugasan
Berjalan
dari satu
tempat ke
tempat lain
Keluar
kelas
[mengasah
pensel,
membuang
sampah]
Tidak
menyiapkan
tugasan
Membuat
kerja lain
3 3 3
2
5
1 1 1
2
1 1 1
Sebelum Selepas
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


156

Rajah 3 menunjukkan berlakunya penurunan kekerapan tingkah laku negtif yang
dilakukan oleh subjek kajian. Subjek kajian sudah mula menumpukan perhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tingkah laku negatif seperti menganggu
rakan lain secara fizikal, bercakap tiada kaitan dengan tugasan, berjalan dari satu tempat ke
tempat lain serta keluar kelas untuk mengasah pensel dan membuang sampah menunjukkan
penurunan. Hal ini kerana subjek kajian semakin menumpukan perhatian dalam tugasan
membina ayat yang diberikan. Bilangan subjek kajian yang tidak menyiapkan tugasan juga
telah menurun daripada 5 orang kepada seorang sahaja.

Pengkaji turut melakukan sesi temubual separa berstruktur bersama subjek kajian bagi
mengetahui dengan lebih lanjut kesan penggunaan Modul Membina Ayat [MoMaA] ke atas
mereka. Berikut merupakan salah satu transkipsi temubual yang telah pengkaji lakukan ke
atas subjek kajian 1.
* Pengkaji : kamu suka tak buat latihan membina ayat sebelum ni?
* Subjek kajian : suka gok. Sikit-sikit la
* Pengkaji : macam mana dengan latihan yang cikgu bagi dalam modul
ni?
* Subjek kajian : Seronok gok. Senang ingat
* Pengkaji : apa yang kamu ingat? Cuba bagi tahu cikgu
* Subjek kajian : mula-mula kena ada kata nama khas, lepas tu kata kerja,
kata nama am, kata adjektif, kata....kata apa tu..ha kata sendi
nama dengan kata nama.
Pengkaji : Ok, bagus. Sekarang cuba bagi cikgu satu contoh ayat
Subjek kajian : Muftakhir.... sedang... membaca...buku....yang tebal itu.... di
perpustakaan.
Pengkaji : Bagus. Jadi sekarang rasa susah ke senang nak bina ayat?
Subjek kajian : Boleh la cikgu. Senang gok

Hasil daripada temubual yang dijalankan, subjek kajian menunjukkan minat sedikit
demi sedikit dalam aktiviti membina ayat menggunakan Modul Membina Ayat [MoMaA]


PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa melalui modul yang digunakan
sebagai intervensi bagi membantu subjek kajian menguasai kemahiran membina ayat
berdasarkan gambar iaitu Modul Membina Ayat [MoMaA], pengkaji mendapati berlakunya
peningkatan dalam jumlah kosa kata yang terdapat dalam ayat yang dibina oleh subjek kajian
setelah mengikuti program yang terdapat dalam MoMaA serta melakukan latihan secara latih
tubi. Peningkatan kosa kata adalah kerana dalam modul yang diperkenalkan, terdapat aspek
kata adjektif yang diperkenalkan untuk digunakan sewaktu membina ayat.

Intervensi yang digunakan juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran
membina ayat subjek kajian melalui peningkatan jumlah markah yang diperolehi dalam ujian
pos yang diadakan untuk menguji tahap pencapaian subjek kajian. Kesilapan dalam ejaan,
penggunaan huruf besar dan huruf kecil turut menunjukkan penurunan berdasarkan senarai
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


157

semak yang disediakan membuktikan bahawa modul yang digunakan membantu subjek
kajian untuk menulis ayat yang dibina dengan lebih baik dan tepat.

Minat murid dalam membina ayat dapat ditingkatkan melalui modul yang digunakan
apabila subjek kajian tidak lagi melakukan tingkah laku negatif seprti menggangu rakan,
keluar kelas dan tidak menyiapkan tugasan. Dapatn yang diperolehi melalui pemerhatian
berdasarkan senarai semak ini menunjukkan bahawa subjek kajian semakin berminat untuk
membina ayat dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh pengkaji.

Kesimpulannya, modul yang digunakan iaitu Modul Membina Ayat [MoMaA] dapat
meningkat jumlah kosa kata yang terdapat dalam ayat yang dibina, meningkatkan kemahiran
dalam membina ayat seterusnya menarik minat subjek kajian dalam melaksanakan latihan
membina ayat yang diberikan.


RUJUKAN


Asmah Haji Omar (1992), Pengajaran Bahasa Melayu dalam Konteks Perancangan Bahasa
Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman bin Omar (2012), Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Dalam Penulisan Murid
tahun 5 Melalui Program Kasih Kabung.

Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006), Meningkatkan Kemahiran Murid
Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam Bahasa Inggeris
Menggunakan Formula P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2.

Chow Fook Meng Dan Jaizah Mahamud (2011), Kajian Tindakan : Konsep & Amalan
Dalam Pengajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Habsah bt Nan (2006), Teknik Four Wifes And One Husband: Membina Ayat Penyata
Berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri.

Iskandar Muda bin Ishak (2005), Penggunaan Latih Tubi Dengan Menggunakan
Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima
Membina Ayat Bahasa Inggeris.

Juriah Long (2010), Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
4, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


158


Marohaini Yusoff (2001), Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian
(Qualitative Research: Fieldwork Research Experience ), Kuala Lumpur: Universiti
Malaya Press.

Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) Meningkatkan Kebolehan Membina
Ayat Majmuk tentang sesuatu topik dengan menggunakan teknik S-R 8W1H.

Nik Safiah Karim et.al (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran (1989), Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, Petaling Jaya : Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin (2012), Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan Edisi Kedua,
Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.