Anda di halaman 1dari 5

Latar Belakang

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung
kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang
dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic
menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh
semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Dari Timur Tengah,
permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-
pedagang Arab.Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka
memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak
dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak
dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama
congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan
papan congkak yang berukir mewah, sementara dikalangan rakyat jelata, ia
sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini,
congkak dimainkan di seluruh dunia. Ia begitu popular dan diminati sehingga
peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.
Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak
dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Kita juga dapat bermain congkak
secara terus dengan mereka.Ini disebabkan permainan congkak melibatkan
pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul
mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah
congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan
terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di
kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka
akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah
congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut
arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan
dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri
pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti
dilubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan
sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga
kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang
terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup
lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan
memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak
cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau
apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan
kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Cara membuat permainan
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan
sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Cara membuat congkak:

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan


papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan
kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian
sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang
tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang
kayu tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang
ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai
jumlah bilangan tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai
‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini
penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti
bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang
kemerahan, perang atau hitam.
Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan
pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena
tanah.
Peraturan permainan
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,
dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di
kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah
dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya
mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak
lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun
giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan
mengaku kalah.
Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang
berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa
perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan
permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua
pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut
arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan
arah jam.

Anda mungkin juga menyukai