Anda di halaman 1dari 9

MASALAH GEJALA SOSIAL

NAMA : ANI NABILAH BT MD ZAILANI


KELAS : 3KAA2
GURU : PUAN KHAIRUNNISA BT MASJEDI


PENDIIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


PENGENALAN

Masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan
kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan
dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah
membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan
kita.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu
mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi
fizikal, emosi mahupun sosial.
Oleh yang demikian, mereka bukan sekadar nakal dengan
menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan
tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng
sekolah , lari dari rumah , seks bebas, dan sebagainya.
Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat
seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan
gengsterisme , membunuh, merogol, pelacuran, judi, vandalism,
penyalahgunaan dadah, minum minuman keras, terbabit kes
video lucah dan sebagainya.
Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di bandar ataupun luar
bandar.




CONTOH GAMBAR :






PUNCA MASALAH GEJALA SOSIAL

1.Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba.
-Pada peringkat remaja,remaja mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi.Ini boleh mendorong mereka melakukan
perkara-perkara tersebut.
2.Pengaruh rakan sebaya.
-Berkawan dengan seseorang yang bersikap negatif akan
mendorong kita menjadi sepertinya.
3.Pengaruh persekitaran
-Membesar dengan persekitaran yang bermasalah akan
mendorong seseorang memupuk sikap yang tidak baik.
4.Pengaruh media massa.
-Ada segelintir program-program dan drama-drama yang
memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja.
5.Sikap keluarga.
-Keluarga yang mengamalkan sikap terlalu
mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada
para remaja,boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya
masalah ini.
KESAN-KESAN MASALAH SOSIAL
Kesan-kesan gejala soaial boleh terbahagi kepada beberapa
bahagian :

1.INDIVIDU
-Akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.
-Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih
yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana
dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya
dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu
yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang
serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar
muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan
perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya,
kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang
sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat
dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam
pada diri seseorang remaja itu.
2.KELUARGA
-Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya
kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat.
-Memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu
institusi kekeluargaan itu.
-Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah
kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian.
-Masa depan anak-anak terbiar serta hilang tempat bergantung & bermanja.
3.MASYARAKAT
- Masyarakat akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu
terutamanya akan rosak dan binasa.
- Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan
tidak bersatu-padu.
- Perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat.
- Saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
- Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara
dua kaum.

4.NEGARA
- Menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa
hadapan.
- Menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
sosioekonomi negara menjadi lembap.
- Menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan
untuk mengurangkan kadar jenayah.
- Remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak,
maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini
tentulah serong dan buruk.




CARA-CARA MENANGANI MASALAH
SOSIAL

1.PERANAN IBU BAPA
- Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu
memberi perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-
lebih lagi pada peringkat remaja.

2.PERANAN SEKOLAH
- Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenal pasti,
merancang & melaksanakan segala program & aktiviti tindakan berhubung
dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah.
- Menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat
dengan gejala sosial & mewujudkan persekitaran yang menjadikan masalah sosial
itu dibenci & jijik.

3.KESEDARAN DIRI SENDIRI
- Perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar.
- Pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah
diri remaja.
- Perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu
perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa & guru.
- Melibatkan diri secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan
oleh jabatan kerajaan & pertubuhan bukan kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai