Anda di halaman 1dari 15

KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

TAJUK:
ASAS PERKAHWINAN MENURUT
ISLAM






NAMA: MOHAMAD SHAWALLUDEN BIN MUSLIMIN
NO K/P: 970224-01-5381
KURSUS: TEK. PENYEJUKBEKUAN
NAMA PENSYARAH: PN ANIDAH BINTI ZULKARNAIN
MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN ISLAM



3.1. KONSEP MUNAKAHAT DALAM ISLAM

munakahad dari segi bahasa, Ikatan atau simpulan. Dari segi istilah Syarak,
Suatu ikatan antara lelaki dan perempuan melalui akad yang menggunakan lafaz
nikah atau bahasa-bahasa lain yang membawa maksud menghalalkan pergaulan
dan batas hak dan kewajipan serta bertolong-tolongan di antara seorang lelaki
dengan seorang perempuan, yang di antara keduanya bukan mahram.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan digalakkan di dalam Islam
serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:
"Nikah itu sunnahku, maka barang siapa membenci sunnahku maka sesungguhnya
ia bukan dari golonganku."
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Konsep perkahwinan dalam islam seperti mana yang disebutkan untuk
memenuhi fitrah semula jadi yang memerlukan pasangan dan teman hidup. Selain
itu, melalui perkahwinan dapat mengatur kehidupan dengan lebih terurus melalui
pelaksanaan tanggungjawab di dalamnya. Seterusnya, perkahwinan ini merupakan
satu ibadat kerana mengikut sunnah rasulullah SAW dan mendapat pahala apabila
perkahwinan diisi dengan wajar menurut islam.









3.1.1. GALAKAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM


Berdasarkan firman allah SWT dalam surah An-Nur : ayat 32. Melalui ayat ini
allah memberi jaminan bahawa orang yang mendirikan rumahtangga akan
dikurniakan rezeki daripadanya (allah).



Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di
dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud :

"Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka
sesungguhnya ia bukan dari golonganku ".( Riwayat Ibnu Majah )

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja
serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya
perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal
dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin
hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )








3.1.2. HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM


1. Wajib bagi mereka yang berkemampuan memberi nafkah zahir dan batin,
sihat tubuh badan serta dikhuatiri terjerumus kepada zina kerana tidak dapat
mengawal nafsu.
2. Sunat bagi orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan
batin,sihat tubuh badan sertaberkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak
dikhuatiri terjerumus kepada zina atau melakukan kezaliman terhadap
pasangan.
3. Makruh bagi mereka yang tidak berkemampuan tetapi berkeinginan untuk
beristeri.
4. Haram orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin
atau diyakini melakukan kezaliman terhadap pasangan.
5. Harus bagi orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin
dan tidak ada perkara yang mengharamkannya untuk berkahwin

Hukum perkahwinan ini boleh berubah ubah mengikut keadaan ini adalah kerana
kemampuan seseorang adalah berbeza antara satu sama lain. Ini supaya
perkahwinan ini tidak menjadi suatu yang membebankan bagi umat islam sekiranya
ia diwajibkan oleh islam. Hal ini untuk menunjukkan kebijaksanaan dan keadilan
Allah SWT terhadap hambanya.









3.2. Persediaan Sebelum Berkahwin

Perkahwinan adah perkara yang tidak boleh dipermainkan kerana ianya
adalah perkra yang melibatkan maruah. Oleh itu sebelum berkahwin persediaan
yang perlu disedikan terebih dahulu baik kaum lelaki mahupun wanita ialah:
1. Dari segi ilmu rumah tangga dan fardu ain seperti padai memasak,
mengemas, sempurna solatnya, boleh mengaji dan boleh memimpin sebuah
rumahtangga (keluarga).

2. akhlak mulia seperti, taat kepada ibu bapa, sopan santun dan hormat kepada
orang yang lebih tua mahupun yang sebaya dan lebih muda.

3. fizkal yang sihat iaitu sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sakit yang
melibatkan jangka masa yang panjang yang mungkin memberikesan kepada
pasangan.

4. mental yang sihat iaitu waras seperti tidak gila atau mempunyai tekanan
perasaan dan panas baran yang mungkin akan menyebab seseorang itu
menzalimi pasangannya.

5. Mempunyai ekonomi yang kukuh iaitu berkemampuan untuk membayah mas
kahwinnya, menanggung belanja majis pernkahan mahupun pekahwainan
dan menanggung kos perbelanjaan keluarga.









3.2.1. Pemilihan Calon
Sebagai langkah dan syarat- syarat yang sesuai untuk dijadikan suami atau isteri
ialah, islam telah menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon
suami atau isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan, sabda Rasulullah SAW dikahwini
perempuan itu kerana empat perkara iaitu krana agamanya, keturunannya,
kecantikannya dan hartanya. Oleh itu pilihlah perempuan yang beragama dan
bahagialah engkau.
Ciri ciri pemilihan calon suami atau isteri yang sesuai dan digalakkan menurut islam.
Calon suami Calon isteri
1. Beriman & bertaqwa kepada Allah
2. Berahklak mulia
3. Bertanggungjawab
4. Berilmu
5. Dari keturunan yang baik dan
beriman kepada Allah
6. Tidak mempunyai hubungan
kekeluargaan
1. Masih gadis
2. Beriman & bertaqwa kepada Allah
3. Dari keturunan yang ramai anak
4. Dari keturunan yang baik dan
bertaqwa kepada Allah
5. Tidak mempunyai hubungan
kekeluargaan

Islam mementingkan pemilihan pasangan yang berpegang teguh pada agama
supaya tanggungjawab rumahtangga dapat disempurnakan. Selain itu, supaya
mudah mendidik anak menjadi anak yang soleh. Seterusnya, supaya mudah untuk
memastikan rumahtangga berada di jalan yang diredai Allah. Selanjutnya, mudah
untuk saling menasihati dan menerima nasihat antara satu sama lain.
Syarat-syarat yang wajib ada dalam pemilihan calon suami dan isteri.
Calon suami Calon isteri
1. Islam
2. Lelaki tulin
3. Tidak beristeri empat
4. Bukan mahram
1. Islam
2. Perempuan tulin
3. Bukan isteri orang
4. Tidak dalam iddah talak rajie
5. Bukan mahram



3.2.1. Merisik Dan Bertunang
Merisik bermaksud langkah awal dalam proses memilih calon isteri atau
melihat bakal isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang diehendaki oleh
seseorang. Menurut Imam Syafie hukumnya sunat. Setrusnya, had yang boleh
dilihat hanya muka dan tapak tangan sahaja dan boleh dilihat secara berulang-
ulang.kali sama ada diketahui oleh calon isteri atau tidak.
Hikmah diharuskan melihat bakal isteri ialah supaya tidak timbul salah faham di
kemudian hari. Selain itu, untuk mendapatkan kepastian perempuan yanag ingin
dikahwini. Seterusnya untuk menimbukan rasa puas hati terhadap kedua- dua belah
pihak dan untuk mengelakkan berlakunya penipuan dan penganiayaan.

Meminang bermaksud lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang
perempuan untuk dijadikan isteri dan ia merupakan tanda persetujuan pihak lelaki
mengambil seseorang wanita sebagai isteri.
Cara meminang terbahagi kepada 2 cara iaitu secara terang seperti
menggunakan perkataan melamar. Seterusnya secara kiasan seperti perkataan
menyunting atau memetik bunga ditaman. Peminangan boleh dinyatakan kapada
wali perempuan atau melalui orang perantaraan dan sebagai mengisytiharkan
pertunangan pihak lelaki boleh memberi hadiah kepada pihak perempuan.

Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan, bakal suami dan isteri
merupakan orang asing dalam tempoh pertunangan. Haram bergaul bebas dan
berdua- duaan tanpa mahram.

Perempuan yang haram dipinang:
1. Perempuan yang telah dipinang
2. Perempuan yang telah dinyatakan orang untuk dipinang
3. Isteri orang
4. Perempuan yang ditalak dan masih dalam iddah talak rajie




3.3. Tatacara Perkahwinan
Tatacara perkahwinan adalah rancangan yang diambil untuk memenuhi rukun dan
syarat perkahwinan serta konsep perkahwinan dalam islam. Hal ini kerana kesempurnaan
dalam perkahwinan amat penting bagi menjamin kebahagiaan dalam berumah tangga.
Tatacara perkahwinan yang sempurna dapat dipenuhi apabila 5 rukun nikah dalam islam
dipenuhi dengan sempurna.
5 rukun nikah dalam islam:
1. Bakal suami
2. Bakal isteri
3. Wali
4. 2 orang saksi
5. Akad nikah iaitu ijab dan Kabul










3.3.1. Rukun dan Syarat Perkahwinan
Tatacara perahwinan di dalamnya terdapat rukun nikah dan syarat perkahwinan yang
terbahagi kepada 5 rukun nikah dalam islam.
1. Bakal suami. Syarat bakal suami:
I. Islam
II. Lelaki
III. Tidak beristeri empat
IV. Buan dalam ihram haji atau umrah
V. Bukan mahram kepada isteri
VI. Lelaki tertentu
VII. Dengan pemilihan sendiri (tidak dipaksa)
VIII. Tahu bakal isteri sah dikahwini
2. Bakal isteri. Syarat bakal isteri:
I. Islam atau ahli kitab
II. Perempuan
III. Bukan isteri orang
IV. Bukan dalam ihram haji atau umrah
V. Bukan mahram kepada suami
VI. Perempuan tertentu
VII. Tidak dipaksa bagi janda
3. Wali. Wali ialah orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.
Pembahagian Wali
I. Wali nasab (keturunan)
Terbahagi kepada dua.
Wali mujbir: iaitu bapa dan datuk yang berhak menikahkan anak gadis atau
cucu yang masih gadis tanpa persetujuannya dengan syarat sekufu dengan
perepuan tersebut.
Wali bukan mujbir: wali selain bapa dan datuk.

Syarat bagi wali bukan mujbir mengahwinkan anak atau cucu yang masih
gadis tanpa persetujuan
a) Tidak ada permusuhan antara anak/cucu dan bapa
b) Tidak ada per permusuhan antara anak/cucu bakal suami
c) Bakal suami sekufu dengan anak
d) Bakal suami boleh membayar mas kahwin
e) Mas kahwin semasa
f) Mas kahwin secara tunai daripada mata wang negeri
g) Bakal suami tidak dikalangan mereka yang sukar menjalani kehidupan
seperti buta, tuli, atau terlalu tua
Maksud sekufu ialah sama taraf antara bakal suami dan isteri,
pendidikan, pekerjaan keturunan, kekayaan, dan fizikal.
II. Wali hakim. Ialah mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah
untuk mengahwinkan seseorang perempuan ketika ketiadaan wali yang
menikahkan perempuan tersebut kerana tidak memenuhi syarat sah wali

Wali akrab: wali yang hampir dengan perempuan yang hendak berkahwin
iaitu bapa dan datuk.





Syarat Wali Nikah
I. Islam
II. Lelaki
III. Baligh
IV. Tidak dalam ihram
V. Tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta
VI. Merdeka
VII. Adil
VIII. Tidak dipaksa
IX. Tidak fasiq
Susunan Wali Nikah
i. Bapa
ii. Datuk sebelah bapa
iii. Saudara lelaki seibu sebapa
iv. Saudara lelaki bapa
v. Anak saudara daripada adik beradik lelaki sebapa ke atas.
vi. Bapa saudara seibu sebapa dengan bapa ke atas
vii. Bapa saudara sebapa dengan bapa ke atas
viii. Anak lelaki daripada bapa saudara saudara seibu sebapa dengan
bapa ke bawah (sepupu)
ix. Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa dengan bapa ke bawah
(sepupu)
x. Wali hakim
Sebab sebab Pepindahan Kuasa Wali Nasab Kepada Wali Hakim
i. Tiada wali nasab mengikut susunan
ii. Wali akrab tidak dapat dikesan
iii. Wali tinggal jauh melebihi 2 marhalah
iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
v. Wali sedang dalam ihram
vi. Wali menyembunyikan diri
vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan
viii. Wali sendiri yang hendak dengan yang setaraf dengannya
ix. Wali enggan mewalikan
x. Wali nasab tidak cukup syarat
4. Saksi. Syarat saksi:

I. Islam
II. Baligh
III. Adil iaitu tidak melakukan dosa besar
IV. Lelaki
V. Memahami lafaz ijab dan kabul
VI. Sejahtera pancaindra iaitu tidak pekak, buta, dan bisu
VII. Tidak menjadai wali dan saksi serentak
VIII. Berakal
IX. Merdeka
X. Tidak fasiq
XI. Untuk memberi keterangan mengenai penikahan tersebut sekiranya
timbul masalah
I. Supaya dapat menjamin sesuatu penikahan itu sah
II. Dapat mengelak berlakunya fitnah
III. Memuliakan majlis akad nikah



5. Sighah nikah (ijab & Kabul):

Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali: aku nikahkan anakku dengan mas
kahwin RM1000 tunai.

Kabul ialah jawapan penerimaan yang diucap oleh bakal suami: aku terima nikah
dengan mas kahwin RM1000 tunai.

I. Syarat ijab:
i. Hendaklah dilafazkan oleh wali atau wakilnya
ii. Berlakunya dalam satu majlis
iii. Tidak dalam bahasa sindiran
iv. Jelas dan difahami maksudnya oleh wali, bakal suami, dan saksi.
v. Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan lain yang tidak
berkaitan
II. Syarat Kabul:
i. Tidak menyalahi ijab
ii. Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan lain yang tidak
berkaitan
iii. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
iv. Menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya
v. Tidak dengan lafaz taliq. Cth: aku terima nikahnya apabila mendapat
pekerjaan.
vi. Tidak dibataskan oleh tempoh masa.












3.3.2. Mahar
Mahar dan kepentingannya
Mahar ialah suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam
wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah
Hukum pemberian mahar
Wajib ke atas suami sebagai sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab
dan kasih sayang
Sunat disebut dalam akad nikah

Jenis mahar
Mahar musamma Mahar misil
Mahar yang ditentukan kadarnya
dan dipersetujui oleh kedua dua
belah pihak
Mahar yang ditentukan kadarnya
mengikut kadar mahar saudara
saudara perempuan pihak isteri


Kadar mahar
Tidak ditentukan kadarnya oleh islam tetapi bergantung kepada
persetujuan dan budi bicara kedua-dua belah pihak.
Sebaik baik mahar ialah yang sederhana kadarnya
Hikmah galakkan mahar secara sederhana:
i. Supaya tidak membebankan pihak lelaki
ii. Menghindari budaya kebendaan dalam perkahwinan
iii. Mengelakkan perasaan sombong dan iri hati
iv. Mengelakkan lelaki dari hidup membujang

Syarat mahar
Ulama mazhab Syafie dan Hambali menyatakan bahawa semua barang
atau manfaat yang boleh dijadikan upah boleh dijadikan sebagai mahar
Contoh: wang, emas, perak pengajaran al-Quran dan pekerjaan yang
halal
Hikmah diwajibkan mahar
Melahirkan keihklasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama
Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumah tangga
Sebagai persiapan pertama bagi suamimemikul tanggungjawab
memberinfkah kepada isteri
Mengembirakan hati isteri
Memuliakan dan mengiktiraf kaum wanita





3.3.3. Walimatul Urus/ Kenduri Kawin
Walimatul urus ialah kenduri atau jamuan sempena perkahwinan (kenduri kawin)dan
hukumnya sunat muakkadah.
Adab walaimatul urus:
i. Secara sederhana
ii. Tidak berlaku pembaziran
iii. Tidak dengan tujuan riya dan menunjuk nunjuk
iv. Tiada unsur maksiat dan kurafat
v. Tidak berlaku perempuan
Hikmah walimatul urus
i. Melairkan rasa keyukura kepada Allah
ii. Melahirkan kegembiraan
iii. Tanda tahniah & selamat kepada pasagan
iv. Mengsytirharkan kepada orang ramai
v. Mengikut ajaran Islam & sunnah Rasulullah
Hukum menghadirkan diri ke majlis walimatul urus
Wajib sekiranya tiada keuzuran syarie dengan syarat :
i. Dijemput oleh orang Islam
ii. Kenduri tidak membezakan antara orang kaya & miskin
iii. Kenduri tiada unsur maksiat & khurafat
iv. Kenduri dari unsur halal
v. Tidak menerima jemputanlain dalam masa yang sama
vi. Tiada halagan syarie untuk menghadirkan diri






PENUTUP
Perkahwinan dalam islam dilaksanakan mengikut konsep asas perkahwinan dalam islam
kerana untuk menjamin kesihatan daripada dijangkiti penyakit kelamin seperti siplis,HIV
positif dan AIDS.Selain itu ,untu memenuhi tuntutan rohani (perasaan kasih saying ) dan
tuntutan jasmani (hubungan seksual) . Seterusnya, demi memeupuk kasih saying suami
isteri dan menjalinkan silaturahim dan persaudaraan antara pihak lelaki dan perempuan
serta merapatkan hubungan antara masyarakat selanjutnya memeberi ketenteraman
kepada suami isteri dengan cara menghadapi susah senang bersama serta kehadiran
cahaya mata atau zuriat yang sah dan soleh serta mendapat ganjaran pahala.

















ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN M/S
1
2
3
4
5
6
7



8
KONSEP MUNAKAHAT DALAM ISLAM
GALAKAN BERKAHWIN DALAM ISLAM
HUKUM PERKAHWINAN
PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN
PEMILIHAN CALON
MERISIK DAN BERTUNANG
TATACARA PERKAHWINAN
1. RUKUN DAN SYARAT PERKAHWINAN
2. Mahar
3. Wamahtul arus / kenduri kawin
PENUTUP
3
4
5
6
7
8
9
10-12
13
14
15

Anda mungkin juga menyukai