Anda di halaman 1dari 84

IPG KAMPUS DARUL AMAN

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM


DAN TAMADUN ASIA :-
ISLAM
CINA
INDIA
JEPUN
TAJUK PEMBENTANGAN:
1
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
DISEDIAKAN OLEH:-

RACHEL LYNE G. PIUS (930221-12-5212)
HAINI SHAFIKAH BT MOHD SHAHARUDIN (931203-05-5040)
SHAARENY A/P M.SARAVANAN (930819-07-5934)
2

3
TOKOH-TOKOH ISLAM
NAMA TOKOH TAHUN
Ibnu Khaldun 1332-1406M

Ibnu Sina 1037 M
Ibn Taimiyah

10 Rabiulawal 661 H-2
Zulkaedah 728 H)

Al-Ghazali 1058M-1111M
Al-Khawarizmy 194H/780 M
Al Masudi 283H-895M

Ibnu Battutah 703H-1304M

IBNU KHALDUN
CRITERIA HURAIAN
BIODATA
ASAS
Nama Penuh:
Wali al Din Abd al Rahman ibn
Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad
ibn al Hassan ibn Khaldun
Tahun Kelahiran:
1332 M-1406M
Tempat Kelahiran:
Tunis-Kaherah
Bidang:
Sejarah,Sosiologi,Politik,Tokoh
Agama
CRITERIA HURAIAN
TENTANG DIRI
DAN
PENCAPAIAN
-berasal dari keluarga berada
-mendapat pendidikan terbaik
-merupakan pakar sejarah Arab teragung
-dikenali sebagai bapa sejarah kebudayaan dan sains
moden
-adalah orang yang terawal mengembangkan falsafah
yang tidak berasaskan keagamaan.
-orang pertama menulis berkenaan sejarah Muslim di
Afrika Utara
-jawat beberapa jawatan d bawah pemerintah Tunisia
dan Morocco.
-1363,bertindak sebagai duta Raja Moor di Granada
-Oktober 1382,belayar ke Alexandria
Menghabiskan riwayat sebagai guru dan pensyarah di
U.Al Azhar dan U lain.

CRITERIA HURAIAN
Sambungan..
TENTANG
DIRI DAN
PENCAPAIAN
-pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh
Sultan Abdul Abbas,Cairo
-menyertai orang-orang Mesir dalam kempen
memerangi Temerlane
-pemerintah Monggol dan bertanggungjawab
mengatur penyerahan diri bandar Damsyik
semasa ketiadaan Sultan Faraj.
-karya teragungnya bermula dengan
penulisan yang mengetengahkan sejarah
orang-orang Arab dan Barber,tetapi
mengandungi pendekatan saintifik mengenai
pemahaman sejarah,politik dan ekonomi.
-mempercayai bahawa perkara yang
dikurniakan Allah SWT boleh dibuktikan
secara empirikal.
IBNU SINA
CRITERIA HURAIAN
BIODATA
ASAS
Nama Penuh:
Abu Ali Al Huseyn bin Abdullah Bin
Hassan Ali bin Sina
Tahun Kelahiran:
375 H
Tempat Kelahiran:
Desa Afshanah dekat kota
Kharmaitan Propinzi Bukhara
Afghanistan
Bidang: Perubatan
CRITERIA HURAIAN
SUMBANGAN
1. telah memperkembangkan ilmu psikologi
dalam perubatan
2. membuat beberapa perjumpaan dalam
ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu
perubatan psikosomatics psychomatic
medicine.
3. memperkembangkan ilmu diagnosis
melaui denyutan jantung (pulse
diagnosis) untuk mengenal pasti dalam
masa beberapa detik sahaja
ketidakseimbangan humor yang
berkenaan.
4. sehinggakan diagnosis melalui denyutan
jantung ini masih dipraktikkan oleh para
hakim (doktor-doktor Muslim) di
Pakistan,Afghanistan dan Parsi yang
menggunakan ilmu perubatan Yunani.
CRITERIA HURAIAN
SUMBANGAN
5. Ibnu Sina juga adalah doktor perubatan
yang pertama mencatatkan bahawa
penyakit paru-paru (plimonary
tuberculosis) adalah suatu penyakit yang
boleh menjangkit( contagious)
6. banyak menulis berkenaan gangguan
psikologi.
7. menghasilkan 250 buah karya dan
masih kekal hingga ke hari ini
8. termasuklah menghasilkan 116 buah
karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan
9. karyanya seperti Qanun Fitt Tibb paling
selalu dicetak di Eropah .Karya Qanun
itu telah mempunyai pengaruh yang
asas dalam ilmu perubatan di Eropah
dan menjadi rujukan utama universiti-
universiti Eropah hingga ke abad 17 .
CRITERIA HURAIAN
SUMBANGAN
10. Ahli geografi yang mampu menerangkan
bagaimana sungai-sungai berhubungan
dan berasal dari gunung-ganang dan
lembah-lembah. Malahan mampu
mengemukakan suatu hipotesis/teori
yang tidak dapat dibuat oleh ahli Yunani
dan Romani.
11. Bidang geologi,menurut A.M.A
Shustery,karangan Ibnu Sina mengenai
ilmu pertambangan(mineral) menjadi
sumber geologi di Eropah.
12. Bidang kimia,menurut Reuben Levy,
Ibnu Sina telah menerangkan bahawa
benda-benda logam sebenarnya
berbeza antara satu dengan yang lain.
Setiap logam terdiri dari berbagai-bagai
jenis.
IBN TAIMIYAH
CRITERIA HURAIAN
BIODATA
ASAS
Nama Penuh:
Taqi al Din Ahmad bin Taymiyah
Tahun Kelahiran:
10 Rabiulawal 661 H-20 Zulkaedah
728 H
Bidang:
Ahli Teologi
CRITERIA HURAIAN
TENTANG DIRI
DAN
PENCAPAIAN
Ahli teologi bermazhab Hambali dan tokoh Islam
yang digeruni
Bapanya ialah pengarah Madrasah Sukkariyah
dan disinilah dia menerima pendidikan agama
Pernah mengajar tafsir al Quran di Masjid Umawi
di Damsyik
693H/1293M ,dipenjara kerana terlibat dalam
kes Assaf al Nasrani yang dituduh
memperkecilkan Nabi Muhammad saw
Menyertai ekspedisi tentera Mamluk di Mesir
bagi menentang kaum Syiah yang dituduh
memberikan bantuan kepada tentera Kristian
dan Mongol.
Menyertai ekspedisi menentang tentera Monggol
pada tahun 702H/1303M dan diminta memberi
fatwa supaya tentera Islam dikecualikan
daripada berpuasa sewaktu perang.

CRITERIA HURAIAN
TENTANG DIRI
DAN
PENCAPAIAN
704 H/1305 M,menyertai ekspedisi menentang
kaum Syiah Rawafid di Kasrawan
Telah mengecam amalan-amalan bidaah seperti
menziarahi kubur-kubur keramat dan mendewa-
dewakan orang tertentu.
Oleh itu ,beliau ditentang oleh tokoh Tasawuf
Mesir seperti Ibn Ataullah dan Karim al-Din al
Auli dan pernah dipenjarakan beberapa kali
Akibat penyiksaan yang diterima di
penjara,beliau telah meninggal dunia.
Dianggap sebagai imam mujtahis reformis Islam
yang unggul
Terkenal sebagai sarjana yang pintar, warak dan
zahid
Idea dan pemikirannya telah mempengaruhi
golongan reformis Islam dan tokoh-tokoh Islah di
Tanah Melayu
CRITERIA HURAIAN
SUMBANGAN 1. Dalam gerakan reformasinya,beliau
terlibat dalam membersihkan unsur-
unsur pemikiran Yunani seperti di dalam
ilmu kalam dan membanteras unsur-
unsur syirik dan bidaah hasil daripada
kegiatan pendukung-pendukung tasawuf
falsafah dan tasawuf terekat.
2. Beliau mengecam golongan Wujudiyah
yang mengemukakan teori bahawa
Tuhan dan alam termasuk manusia
merupakan satu. Menurut beliau,konsep
ini bercanggah dengan konsep tauhid.
CRITERIA HURAIAN
SUMBANGAN 3. Beliau menentang tasawuf terekat yang
memasukkan unsur-unsur bidaah ,tetapi
menyanjungi tokoh-tokohnya seperti Imam
al Ghazali,Junayd al Baghdadi dan Zu al Nun
al Misri.
Al Ghazali
CRITERIA HURAIAN
BIODATA
ASAS
Nama Penuh:
Abu Hamid Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad al Ghazali al
Tusi al Shafie
Tahun Kelahiran:
1058 M
Tempat Kelahiran:
Kota Tus Parsi
Bidang: Falsafah,Akidah,Fiqah Ilmu
Kalam,Tasawuf,Pendidikan,Politik
CRITERIA HURAIAN
TENTANG
DIRI
DAN
PENCAPAIAN
Digelar sebagai Hujjatul Islam
kerana kehebatannya
mempertahankan Islam.
Bg kalangan ilmuwan Barat, beliau
dikenali dengan nama Latin,iaitu
Algazel
Nama lain,Siraj al Mujtahin dan
Zainal Abidin.
Merupakan tokoh pemikir Islam yang
amat terkenal.
CRITERIA HURAIAN
TENTANG DIRI
DAN
PENCAPAIAN
al Madrasah an Nizamiyyah yang terletak
di kota Nisyabur,ketajaman fikiran Imam Al
Ghazali yang luar biasa itu sudah terserlah.

Di pusat pengajian tinggi,beliau telah
belajar ilmu-ilmu agama dan bahasa seperti
ilmu Fiqah,usul,mantik ,falsafah,kalam dan
ilmu perdebatan(dikuasai dengan mudah)

Menulis kitab di pusat pengajian tinggi.

Beliau seorang yang gemar mempelajari
bermacam-macam jenis ilmu .
CRITERIA HURAIAN
SUMBANGA
N
1. Kitab yang ditulis amat banyak dan
telah dianggarkan melebihi 400 buah
dalam pelbagai bidang seperti
teologi,falsafah,sains dan ilmu sufi.
2. Antara kitab yang terkenal di Malaysia
adalah:
-Ar Risalah al Ladunniyah
-Al Munqidh Min ad Dalal
-Bidayah al Hidayah
-Minhaj al Abidin
-Mizan al Amal
-Kimiya as saadah
-Misykah al Anwar
-Ihya Ulumiddin
Al Khawarizmy
CRITERIA HURAIAN
BIODATA
ASAS
Nama Penuh:
Muhammad Ibn Musa al
Khawarizmi
Tahun Kelahiran:
194 H/780 M
Tempat Kelahiran:
Bukhara
Bidang:
falsafah,logik,aritmetik,geometri
,muzik,kejuruteraan ,sejarah
islam,kimia.
CRITERIA HURAIAN
Tentang diri
dan
Pencapaian
Juga dikenali sebagai Abu Abdullah
Muhammad bin Ahmad Bin Yusoff.
Telah dikenali di Barat sebagai al
Khawarizmi,al Cowarizmi,al Ahawizmi,Al
Karismi,al-Goritmi, al Gorismi
Sebagai guru Al Jabar di Eropah
Telah menciptakan penggunaan Secans
dan Tangens dalam penyelidikan
trigonometri dan astronomi.usia yang
muda,beliau bekerja dalam sebuah
observatory iaitu tempat menekuni belajar
matematik dan astronomi.
Pernah memperkenalkan angka-angka
India dan cara-cara perhitungan India pada
dunia Islam
CRITERIA HURAIAN
SUMBANGAN Sumbangan hasil karya beliau sendiri,antaranya ialah:
1. Al-Jabr Wal Muqabalah
Beliau telah mencipta penggunaan secans dan
tangens dalam penyelidikan trgonometri dan
astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan
matematik dan telah mengemukakan 800 buah
soalan yang sebahagian daripadanya merupakan
persoalan yang dikemukakan oleh Neo.Babylian
dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan
kebenarannya oleh Al-Khawarizmi.
3. Sistem Nombor
Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia
penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang

CRITERIA HURAIAN
SUMBANGAN Beliau juga banyak menghasilkan karya agong
dalam bidang Matematik. Hasil karya nya
terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali
di Barat.
1. Sistem Nombor: ia telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin iaitu De Numero Indorum
2. Mufaith al Ulum: yang bermaksud beliau adalah
pencinta ilmu dalam pelbagai bidang
3. Al Jami wa al Tafsir bi Hisab al Hind:karya ini
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh
Prince Boniopagri.
4. Al Mukhtasar Fi Hisab Al Jabr wa al Muqabalah:
pada tahun 820 M dan ia mengenai Algebra
5. Al- Amal bi Usturlah
6. Al Tarikh
7. Al- Maqala Fi Hisab al Jabr wa al Muqabilah.

CRITERIA HURAIAN
Sumbangan Beliau memperkenalkan cabang
seperti geometri,algebra,aritmetik dan
lain-lain.
Geometri merupakan cabang kedua
dalam matematik.
Geometri dari segi bahasa berasal
daripada perkataan Yunani iaitu geo
bererti bumi dan metri bererti
sukatan.
Dari segi ilmunya pula geometri itu
adalah ilmu yang mengkaji hal yang
berhubung dengan magnitud dan
sifat-sifat ruang.
Algebra/ Al Jabar merupakan nadi
untuk matematik algebra.
Al Masudi
CRITERIA HURAIAN
BIODATA
ASAS
Nama Penuh:
Abu al Hassan Ali bin Husayn bin Ali Al
Masudi
Tahun Kelahiran:
283H/895 M
Tempat Kelahiran:
Baghdad,Iraq
Bidang:Pelayaran,Geografi
CRITERIA HURAIAN
TENTANG DIRI
DAN
PENCAPAIAN
Berketurunan Arab daripada keturunan Abdullah
al-Masudi, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW
yang dihormati.
Mendapat pendidikan daripada orang tuanya dan
mempunyai cita-cita yang tinggi
Menceburi bidang pelayaran kerana ingin
menjalankan penyelidikan
Terdapat faktor yang menggalakkan pelayaran dan
penyelidikkannya:
-Faktor Persekitaran
-Faktor Budaya
-Faktor Nilai dan Sikap
CRITERIA HURAIAN
Sumbangan Bidang Geografi
Kitab beliau,Muruj al Dhahab, disusun khas untuk membicarakan
aspek geografi, malah dianggap sebagai sebuah ensiklopedia
geografi
Berkenaan geografi kawasan ,beliau cuba menerangkan secara
terperinci mengenai India melalui karya-karya beliau.
Beliau membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan
aspek wilayah.
Juga pernah mengkaji flora dan fauna di India
Bidang Pelayaran
Telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelaut-pelaut
dan ahli-ahli pelayaran tentang kekeliruan mereka dengan nama-
nama sungai yang dilalui oleh mereka lalui dalam pelayaran.
Menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui
pantai Afrika yang dinyatakan dalam buku beliau,Muruj al Dhahab.
Hasil daripada soal selidik,mendapati bahawa Laut Kaspia tidak
bersambung dengan Laut Hitam.
Juga menerangkan keadaan muka bumi dan jarak dari benua
Eropah hingga ke China yang tercatat dalam karya beliau,Muruj al
Dhahab.Beliau memberikan pandangan bahawa jaraknya ialah
setengah lingkungan bumi.
Bidang Sejarah
Masyarakat Arab lebih mengenali beliau sebagai Herodutus dan
Plinius kerana revolusi beliau dalam ilmu sejarah.
Ibn Battutah
CRITERIA HURAIAN
BIODATA
ASAS
Nama Penuh:
Muhammad bin Abdullah al-Lawati
Tahun Kelahiran:
703H/1304 M
Tempat Kelahiran:
Tanjah/Tanger sebuah daerah di
Maghribi
Bidang:Pengembaraan
CRITERIA HURAIAN
TENTANG DIRI
DAN
PENCAPAIAN
Menerima pendidikan agama sejak kecil kerana bapa
dan datuk beliau merupakan ulama serta bertugas sebagai
kadi.
Beliau meninggalkan kampung pada usia 21 tahun untuk
menunaikan haji dan belajar agama di Makkah.
Di Damsyik,sempat menghadiri kuliah kitab Sahih al-
Bukhari.
Beliau seorang ilmuwan dalam bidang pelayaran ,agama
dan bahasa. Mahir dalam bahasa asing seperti Bahasa
Parsi, Turki dan Arab.
Seorang yang tegas,kuat cita-cita,tidak mudahh putus
asa dan mempunyai sifat-sifat terpuji,seorang yang
berperibadi tingi,berakhlak mulia,berwibawa dan pandai
berdiplomasi.
Sifat-sifat terpuji yang ada pada diri beliau memudahkan
beliau mendapat segala bantuan dan kemudahan dalam
pengembaraan oleh kenalan beliau di tempat-tempat yang
dilawati.
Dianggap sebagai The Prince of Muslim Travellers oleh
para orientalis dan selalu dibandingkan serta disamakan
dengan pengembara-pengembara terkenal seperti Marco
Polo dan lain-lain.
CRITERIA HURAIAN
Sumbanga
n
Merupakan seorang tokoh pengembara
dan sejarawan Islam terkenal pada Zaman
Pertengahan.
Tuhfat al-Nazar atau lebih dikenali sebagai
Rihlah Ibn Battutah (Pengembaraan Ibn
Battutah) merupakan rekod pengembaraan
beliau yang telah menarik perhatian para
sarjana dan telah diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa.
Catatan pengembaraan beliau merupakan
satu daripada sumber sejarah abad
pertengahan yang penting bagi negara-
negara yang dilawati beliau dan di situlah
terakam jasa serta sumbangan beliau yang
besar.
SHIH HUANG TI (259-210 S.M)
Memerintah Dinasti Chin pada 246-221 S.M
Dinasti Chin mencapai zaman kegemilangan
semasa pemerintahan Shih Huang Ti.
Menyatukan wilayah-wilayah di China yang
berpecah-belah dan membentuk sebuah
empayar yang luas pada 221 S.M.
Menjadi Maharaja yang pertama memerintah
negara China yang telah disatukan.

SHIH HUANG TI (259-210 S.M)
Menghapuskan sistem feudal dan
mengukuhkan sistem kerajaan pusat.
Mengamalkan sistem undang-undang yang
ketat berasaskan fahaman legalisme untuk
mengawal tingkah laku rakyat.
Bagi mengelak berlaku penentangan terhadap
pemerintahan baginda mengarahkan
tenteranya merampas alat-alat senjata di
setiap rumah.
SUN TZU (544 496 S.M)
Penulis buku Seni Ketenteraan atau The Art of
War yang mengandungi 13 bab dan berkisar
mengenai taktik peperangan.
Buku tersebut merupakan kitab ketenteraan yang
berpengaruh dan penting dalam peperangan di
China.
Merupakan jeneral semasa kerajaan Wu yang
berjaya mengalahkan negeri Chu yang kuat ,
menawan Ying dan berjaya menggugat 2 buah
kerajaan iaitu Qin dan Jin.
SUN TZU (544 496 S.M)
13 teknik peperangan Sun Tzu yang menjadi
panduan peperangan iaitu
anggaran,melancarkan peperangan,strategi
menyerang,penempatan,situasi,kesempatan,
muslihat
perang,penyesuaian,perjalanan,bentuk muka
bumi,sembilan keadaan,pembakaran dan
pengintipan
KUNG FU TZE (551-479 S.M)
Pengasas falsafah Confucius.
Falsafah ini menyentuh tentang kerperluan
menjaga keharmonian antara manusia dengan
alam dan masyarakatnya.
Beliau pernah menjadi Perdana Menteri dan
Menteri Keadilan kerajaan China.
Selepas meletak jawatan, beliau mengembara
selama 13 tahun untuk menyebarkan
ajarannya.
KUNG FU TZE (551-479 S.M)
5 buku klasik utama Confucius adalah :
Book of Odes
Book of History
Book of Changes
Book of Rites
Spring and Autuumn Annal.

I-CHING (635 713M)
Dilahirkan di Peking pada 635 M.
Merupakan seorang penganut agama Buddha
yang bercita-cita untuk mengunjungi India kerana
ingin menuntut ilmu tentang agama Buddha di
sana.
Semasa pelayaran ke India, I-Ching singgah di
Kepulauan Melayu iaitu Srivijaya dan Jambi.
Beliau mendapati bahawa terdapat ramai sami
Buddha di Srivijaya dan perkara tersebut
menunjukkan agama Buddha telah lama bertapak
di Kepulauan tersebut.
I-CHING (635 713M)
Beliau mendalami bahasa Sanskrit di Srivijaya selama 6
bulan agar beliau dapat memahami mengenai agama
tersebut dengan lebih mendalam lagi kerana ajaran
tersebut semuanya dalam bahasa Sanskrit.
Dengan mempelajari bahasa Sanskrit , beliau dapat
menyebarkan agama Buddha dengan lebih senang
kerana beliau dapat menterjemah kepada bahasa Cina.
Pelayaran beliau ke negara-negara yang mempunyai
pengaruh agama Buddha yang kuat telah membantu I-
Ching menjadi seorang penyebar agama Buddha yang
terkenal di negara China.
CHENG HO (1371-1434 M)
Dilahirkan pada 1371 M dan berasal daripada
Kunyang.
Nama sebenar beliau ialah Ma Sanbao.
Merupakan ahli pelayaran harapan zaman
Maharaja Yung Lo.
Beliau beragama Islam dan ketokohan serta
ketrampilan beliau sebagai ahli pelayaran telah
mendorong Maharaja Yung Lo untuk membuat
pelayaran di Kepulauan Melayu (1405M).
CHENG HO (1371-1434 M)
Beliau telah singgah di beberapa tempat seperti
Champa,Jawa,Sumatera,India dan Ceylon.
Maharaja Ming mempunyai agendanya tersendiri
untuk melantik Cheng Ho sebagai ketua ekspedisi
pelayaran iaitu sebagai simbol
keagungan,mendapatkan sokongan daripada
serangan orang-orang Mongol dan untuk
meluaskan perdagangan.
Perjalanan Cheng Ho meliputi jarak yang panjang
sehinggalah ke Afrika.
TOKOH-TOKOH INDIA
50
51

Nama asal ialah Mohandas
Karamchand Gandhi
Dilahirkan di Porbandar pada 2
Oktober 1869
Dibunuh oleh seorang lelaki Hindu
yang marah kerana kepercayaan
Gandhi yang menginginkan rakyat
Hindu dan Muslim diberikan hak
yang sama (30 Januari 1948)
Merupakan seorang pemimpin
spiritual dan tokoh politik tersohor
dari India
Bapa Kemerdekaan India
52
Antara idea-idea Gandhi :
Sathyagraha = taktik corak perjuangan
Swadesyi = kesederhanaan bagi menentang
kerakusan golongan koprat idea ekonomi,
kesan Perang Dunia Pertama, ekonomi India
jatuh. Maka Gandhi melihat ekonomi cukup
hidup penting. Beliau menekankan barangan
local. Memintal kain kapas untuk berdikari
namun tidak praktikal untuk sara hidup sahaja
tetapi penting konsep idea Gandhi.
Hind Swaruj = idea politik
Ahimsa = pegangan agama
Sumbangan :
Berupaya menarik golongan massa iaitu
rakyat jelata untuk terlibat dalam politik.
Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga
1940-an. Kesannya politik India berkembang
pesat.
Beliau membawa method perjuangan yg
bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha -
Kartel 1919.

53
Menjalin hubungan orang Muslim dengan
Hindu melalui Gerakan Khilafat
Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari
bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat
Hindu Islam dan Budishsm

54
55
Nama aslinya ialah pangeran
Siddhartha.
Pendiri Agama Buddha
(563 SM - 483 SM)
Lahir di Lumbini
Putra raja Kapilavastu, timur laut
India
Meyebut dirinya sebagai buddha -
orang yang diberi penerangan
Siddharta telah menjadi seorang Buddha iaitu manusia
yang memperoleh kesedaran kerohanian yang
sempurna.
Agama Buddha ini juga melarang manusia melakukan
kekejaman sesama manusia selain menghalang
manusia daripada melakukan perkara-perkara ghaib
dengan menggunakan kuasa luar biasa.
Manusia juga mencapai tahap nirvana yang merupakan
1 kehidupan yang kekal abadi.
Gautama juga telah menekankan konsep ahimsa iaitu,
menolak penyeksaan serta pembunuhan, walaupun
untuk mengisi perut yang lapar.

56
Sumbangan :
Ajaran Buddha adalah berdasarkan
kepada Empat Kebenaran Mulia:
Dukka-kehidupan yang penuh penderitaan,
kesakitan dan kesedihan.
Samudaya-punca kesengsaraan berpunca
dari nafsu.


57
Nirodha-menghapuskan kesengsaraan
dengan mengatasi nafsu.
Menimbang benar, berfikir benar, berbicara
benar, berbuat benar, cari nafkah benar,
berusaha benar, mengingat benar, meditasi
benar.

58
Ajaran Buddha dapat diringkas di dalam apa yang menurut istilah
penganutnya "Empat kebajikan kebenaran:"

Kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia;

Sebab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri
sendiri serta dibelenggu oleh nafsu;

Pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat diatasi
apabila segala nafsu dan hasrat tiada dalam ajaran Buddha atau
disebut nirvana;

Mempertimbang secara benar, berfikir benar, berbicara benar,
berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat
benar, meditasi benar.

59
Nama penuhnya ialah Rabindranath Tagore
Dikenali sebagai Gurudev
Seoarang Brahmo Samaj, penyair, penulis
drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik dan
sasterawan berbangsa Bengali

60
Falsafah pendidikannya merangkumi beberapa
aspek:
1. Konsep pendidikan merupakan satu proses yang
menyediakan setiap individu untuk menyara
hidup masing-masing
2. Matlamat pendidikan ialah menghasilkan
individu yang menyeluruh melalui interaksi dan
integriti dengan persekitaran
3. Kurikulum menekankan komponen ilmu dan
aktiviti fizikal

61
4. Peranan guru sebagai fasilitator serta
pemangkin bagi menggerakkan perbincangan
murid dan penjana idea dan bernas dalam
kalangan murid
Seoarang yang berpelajaran mempunyai
kecekapan untuk berkhidmat kepada
masyarakat dan negara serta berpandangan
dengan sikap ninternasionalisme yang positif
62
TOKUGAWA IEYASU (1543-1616)
Lahir dengan nama Matsudaira Takechiyo dan
merupakan seorang daimyo (berpengaruh)
dan shogun (general) di Jepun.

Pengasas Keshogunan Tokugawa yang
memerintah Jepun sejak menakluk Ishida
Mitsunari dalam Pertempuran Sekigahara
pada tahun 1600 hingga Kebangkitan Meiji
pada tahun 1868.

TOKUGAWA IEYASU (1543-1616)
Pada tahun 1600, Ieyasu telah berjaya
mengalahkan musuh-musuhnya dalam
pertempuran Sekigahara dan atas kejayaannya
itu maka pada tahun 1603, Maharaja Jepun
memberi gelaran Shogun kepadanya.

Dengan ini lahirlah pemerintah Shogun dari
keluarga Tokugawa.

TOKUGAWA IEYASU (1543-1616)
Setelah mendapat kuasa secara perlahan-lahan
Shogun Tokugawa mengambilalih kekuasaan dari
Maharaja sehingga Shogun Tokugawa yang benar-
benar berkuasa di Jepun.

Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo
sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto dan
tidak dibenarkan bergiat dalam urusan
pentadbiran.

TOKUGAWA IEYASU (1543-1616)
Beliau telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa
(1603-1867) yang merupakan kerajaan tentera yang
memerintah paling lama dalam sejarah Jepun.

Beliau telah berjaya menyatukan Jepun yang
merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah
diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi
Hideyoshi.

Secara amnya, Bakufu (Kerajaan) Tokugawa telah
membawa satu era yang aman dan stabil serta
berlanjutan selama hampir 200 tahun.


TOKUGAWA IEYASU (1543-1616)
Pada zaman ini banyak kemajuan yang telah dilakukan
terutama dalam bidang pertanian, perdagangan,
kesenian, sastera dan lain-lain.
Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang
berpelajaran dan terdapat hampir 60 000 sekolah
kampung yang menampung keperluan pendidikan
anak - anak kaum tani.
Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan kepada
anak - anak samurai juga telah didirikan.
Kajian tentang buku - buku klasik Cina dan Kung Fu Tze
telah dimajukan , di samping pembelajaran bahasa
Belanda yang juga telah menerima sokongan.

TOKUGAWA IEYASU (1543-1616)
Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang,
pemerintahan Bakufu telah mengalami
kemerosotan dan tumbang pada tahun 1867.

Masyarakat Tokugawa mengalami masalah
dalaman yang menjadi punca kemusnahan
masyarakat itu sendiri.

MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan
pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3
Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda.

Nama diri baginda ialah Mutsuhito .

Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun
merupakan sebuah negara yang terpencil, belum
berindustri dan sistem feudal yang didominasi Syogun
Tokugawa dan daimyo yang memerintah lebih 250
kawasan di Jepun.

MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Era Meiji yang berlangsung selama 44 tahun iaitu dari 1868
hingga 1912 itu merupakan satu era yang penting dalam
sejarah Jepun.
Maharaja Meiji adalah simbol kepimpinan dalam era
Pemulihan Meiji di mana pemerintahan Syogun Tokugawa
digulingkan oleh tentera diraja ketika Peperangan Boshin.
Pengenalan kepada sistem baru dalam Kerajaan Meiji telah
menghapuskan sistem feudal dan mengisytiharkan sistem
pemerintahan demokratik untuk kerajaan Jepun.
MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Maharaja Meiji menunjukkan kekuasaan
politiknya yang lebih lama berbanding dengan
pemerintah sebelumnya kerana dia adalah
monarki Jepun yang pertama yang masih di
atas takhta selepas 50 tahun semenjak
pelepasan takhta oleh Maharaja Ogimachi
pada tahun 1586.

MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Di bawah pemerintahn Maharaja Meiji, Jepun
telah mengalami perubahan atau evolusi yang
besar dalam sejarah negara itu sendiri.
Banyak perubahan-perubahan yang telah
dilaksanakan oleh beliau sebagai ketua
masyarakat Jepun, antara langkah yang paling
signifikan ialah dengan memindahkan ibu negara
Jepun pada masa itu, Kyoto ke Edo dan Edo ke
Tokyo (1868).


MAHARAJA MEIJI (1852-1912)

Oligarki Meiji telah mempengaruhi golongan- golongan
daimyo ataupun tuan tanah supaya menyerahkan tanah
secara sukarela kepada maharaja yang mana membawa
kepada penghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos
1871.
Sistem hierarki sosial yang diaamalkan dahulu juga
dihapuskan, dan golongan samurai juga telah
kehilangan hak istimewa dan hak mereka menggunakan
pedang di tempat-tempat awam.
Pada September 1871,golongan samurai secara
rasminya diharamkan menggunakan pedang dan juga
hilang status sebagai pahlawan.


MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Memodenkan angkatan tentera darat dan juga tentera laut.
Maharaja Meiji telah memperkenalkan sistem ketenteraan
moden yang terdiri dari rakyat biasa( helmin ) yang mana
berusia 20 tahun ke atas.
Beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri
bagi mempelajari sains, pentadbiran, dan juga teknik
perindustrian barat, manakla pakar-pakar, golongan
professional,serta pakar teknologi barat telah digaji oleh
kerajaan Jepun untuk mengajar berbagai kemahiran kepada
rakyat-rakyat Jepun kerana beliau mementingkan pendidikan
untuk memajukan negara.
Seluruh sistem pelajaran tertakluk kepada keperluan negara
yang mana menuntut rakyat menjadi warganegara yang
terlatih dan penuh dengan ilmu pengetahuan serta
berdisiplin.


MAHARAJA MEIJI (1852-1912)

Sistem perundangan yang moden telah
dibentuk bagi mengakaji semula perjanjian yang
dianggap tidak adil antara Jepun dengan kuasa
barat.
Dengan memodenkan sistem perundangan,
Maharaja Meiji telah pun berjaya mengatasi
masalah-masalah yang timbul berikutan
perjanjian berat sebelah denagn negara-negara
barat.

MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Aspek idealogi dan agama turut dititikberatkan
bagi membentuk negara Jepun yang baru.
Idealogi negara sangat penting dan ianya berperanan
meninggikan semangat cintakan negara atau
nasionalsime.
Meiji telah memperkenalkan idealogi kokutai yang
mana prinsip ini menekankan keunggulan kerohanian
masyarakat jepun .
Rakyat juga diseru supaya menunjukkan taat setia
sepenuhnya kepada raja dan negara dan agama Shinto
Negara telah dijadikan agama rasmi di Jepun.

MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Pemodenan dalam bidang pertanian dan berpendapat
bahawa sebuah ekonomi moden berasaskan industri
kapitalisme merupakan kunci utama kepada keselamatan
dan keagunagan nasionalisme.
Proses pemodenan ekonomi bermula dengan pembanguan
sektor pertanian yang merupakan dominasi dalam hasil
jumlah pendapatan Jepun dalam tahun 1870-an dan 1880-an.
Sistem pembayaran cukai juga mengalami perubahan dengan
menggantikan cara pembayaran lama iaitu dengan
menghapuskan cara pembayaran cukai dengan hasil tanaman
oleh petani



MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Pemimpin Meiji meletakkan asas bagi perkembangan
perindustrian dengan membina industri baru yang berasaskan
perdagangan.
Penekanan telah diberikan dalam bidang industri pertahanan
seperti pembinaan kapal, peralatan perang dan lain- lain lagi.
Pihak kerajaan menubuhkan beberapa industri pembuatan
seperti kilang penggulungan sutera moden, kilang memintal
kapas, kilang benang bulu kambing, kilang simen dan kilang
kaca.
Meletakkan asas bagi kewujudan penggabungan industri yang
dikuasai golongan pemodal kaya yang dikenali sebagai
Zaibatsu.
Kumpulan Zaibatsu berkembang menjadi konglomerat yang
memainkan peranan penting dalam menukarkan Jepun
kepada sebuah negara perindustrian.

MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Kementerian Kewangan telah dipertanggungjawabkan untuk
membentuk sistem mata wang yang seragam.
Unit mata wang ini juga ditukar daripada Ryo kepada Yen yang
digunapakai sehingga hari ini.
Kerajaan juga menanggung inflasi dan penurunan nilai mata
wang akibat penggunaan jumlah wang yang begitu besar dalam
memodenkan negara .
Namun demikian, masalah ini dipulihkan setelah Count
Matsukata Masayoshi menjadi Menteri Kewangan pada tahun
1880.
Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Matsukata ini
membolehkan kerajaan menarik kembali wang kertas yang
diedarkan oleh pihak kerajaan seterusnya mengurangkan inflasi.
Satu sistem kredit moden diperkenalkan dan beberapa buah
bank rasmi dan separa rasmi diwujudkan.

MAHARAJA MEIJI (1852-1912)
Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu
sistem wang yang baru.
Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal
kepada sistem pemerintahan secara demokrasi.
Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji.
Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan
rakyat.
Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah
pemerintahan pusat.
Pemerintah Meiji juga telah menamatkan sistem class lapisan masyarakat yang
sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang
Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-
keistemewaan sebagai rakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan
pendidikan.
Pada 11 Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji
(Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis).
Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan
Dewan Perwakilan.


BIBLIOGRAFI
________,2001.Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mahdi Shuid & Saliza Saad,2011. Teks Pra-U STPM
Tamadun Dunia. Selangor : Pearson Malaysia Sdn
Bhd.

Ros Aiza Mohd Mokhtar,Abd Hakim Mohad,Dg
Hafizah Ag Basir,Siti Halimah Putung,2011.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).
Selangor:CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn
Bhd.

Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai
Letchumanan , 2001. Tamadun Dunia.
Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


83
84