Anda di halaman 1dari 37

KES SALAH LAKU GURU

MENCABUL PELAJAR
DISEDIAKAN OLEH :
SHAARENY A/P
M.SARAVANAN
RACHEL LYNE G. PIUS
HAINI SHAFIKAH BT MOHD
SHAHARUDIN
Konsep EQ atau kecerdasan emosi adalah konsep
kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan
kesedaran ke atas emosi dan perasaan dan bagaimana
perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental
atau IQ.
Perkataan emosi berasal daripada perkataan latin
emover yang bermaksud bergerak, kegembiraan dan
kegusaran.
Oxford Advanced Learners Dictionary (1995)
menyatakan emosi sebagai satu perasaan yang kuat dan
pelbagai jenis contohnya, kasih sayang, keriangan, benci
, takut, cemburu, keseronokan ataupun berlakunya
gangguan pada perasaan.
The Oxford Dictionary of Current English (1986)
menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari
dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri,
seperti kasih sayang ataupun takut.
Kecerdasan pula meliputi kemampuan membaca,
menulis, menghitung, sebagai jalur sempit keterampilan
kata dan angka yang menjadi fokus dalam pendidikan
formal seperti sekolah dan sesungguhnya mengarahkan
seseorang untuk mencapai kejayaan di bidang akademik.
Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri,
semangat dan ketekunan serta kemampuan
memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi
kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati
dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan,
mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban
tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi
membaca perasaan terdalam orang lain dan berdoa
untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya,
kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk
memimpin.
Sebelas pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah
sekolah menengah di Ampang telah mengadu di cabul guru
disiplin ketika merotan mereka bagi kesalahan tidak hadir
perhimpunan kerana menyiapkan kerja sekolah. Guru lelaki
berusia 40 an itu didakwa meletakkan tangannya pada
bahagian dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai
denyutan jantung ketika merotan punggung mereka.
Semua pelajar terbabit sebelum itu dikatakan berada
dalam kelas bersama dua lagi pelajar lelaki kerana ingin
menyiapkan kerja sekolah sebelum ketidakhadiran mereka
ke perhimpunan disedari seorang pengawas yang berlalu
di kelas mereka. Jadi apabila melihat kejadian ini,
pengawas tersebut mengambil tindakan untuk
mencatatkan nama mereka lalu membawa mereka
berjumpa dengan guru disiplin.
Apabila mereka berjumpa dengan guru disiplin,
semua 13 pelajar termasuk dua pelajar termasuk dua
pelajar termasuk dua pelajar lelaki dirotan di punggung
dengan guru berkenaan didakwa memegang dada pelajar
perempuan kononnya untuk merasai denyutan jantung
mereka. Jadi dengan berikutan kejadian itu, pelajar
perempuan terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka
sebelum ibu kepada salah seorang pelajar itu datang ke
sekolah pada hari sama untuk mendapatkan penjelasan.
Namun malangnya , seketika ibu bapa perempuan itu cuba
untuk mendapatkan penjelasan, guru disiplin itu naik
berang dan mencampakkan buku ke lantai menyebabkan
wanita terbabit cuba berjumpa pengetua sekolah namun
tetap tidak berhasil. Selepas gagal untuk berjumpa dengan
pengetua, ibu bapa pelajar tersebut membuat laporan polis
pada hari sama. Difahamkan, guru lelaki itu kini ditahan
reman empat hari bagi membantu siasatan.


Seorang guru muzik, Abdul Wahid yang telah berkhidmat
sebagai seorang pendidik selama 16 tahun telah dijatuhi
hukuman penjara 25 tahun dan dua sebatan rotan. Pesalah
dijatuhkan hukuman kerana telah dituduh melakukan tiga
kesalahan dengan sengaja melakukan persetubuhan luar
tabii dengan seorang pelajar perempuan yang berusia 14
tahun di dalam bilik muzik di sekolahnya pada pertengahan
April jam 5.30 petang. Pesalah juga didapati bersalah
kerana telah mencabul mangsa yang sama pada awal April
2007. Sebelum ini, pada bulan Mac yang lalu pula, pesalah
pernah didakwa oleh Mahkamah Seksyen tetapi dilepas
dan dibebaskan sebanyak dua kali. Pesuruhjaya
kehakiman, Datuk Akhtar Tahir telah membuat keputusan
untuk memerintahkan hukuman tersebut bermula pada 15
September 2010.

Artikel atau kes ini ialah mengenai seorang guru sekolah
rendah yang mengajar di sekitar bandar raya Kuala
Lumpur yang telah mencabul muridnya sendiri. Guru
tersebut telah didakwa mencabul pelajar lelaki yang
berumur 7 tahun pada 4 Mac 2011 di tangga sekolah
berkenaan pada 12 tengah hari. Kes ini ialah mengenai
guru tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret. Guru
tersebut telah didakwa dan telah diperuntukkan hukuman
penjara atau denda atau sebat jika disabit bersalah. Pada
mulianya Timbalan Pendakwa Raya telah menawarkan
jaminan dengan seorang penjamin tetapi peguamnya telah
membuat rayuan agar wang jaminan dikurangkan kerana
guru tersebut mempunyai tanggungannya yang sendiri.
Hasil daripada itu, Majistret telah membenarkan untuk
mengikat jamin dengan bayaran yang rendah dan bayaran
tersebut dibayar oleh ibu guru tersebut.

seorang guru itu tidak mempunyai kompetensi
kecerdasan emosi kerana elemen yang pertama guru itu
gagal untuk mengurus kendirinya dalam soal
kebolehpercayaan.
Menurut Mok Soon Sang (2012) , Kebolehpercayaan
bermaksud seseorang yang boleh mengurus emosi
kendiri untuk mengekalkan nilai integriti dan kejujuran.
Jikalau seorang guru itu mempunyai elemen
kebolehpercayaan , nescaya beliau akan bertindak
mengikut peraturan dan berintegriti dalam melaksanakan
pekerjaannya.
Pesalah telah menghancurkan kepercayaan ibu bapa
untuk mendidik anak mereka dengan cara yang betul,
malah dengan lebih memalukan, pesalah sanggup pula
mencabul anak murid nya sendiri.
Sebagai cadangan, guru itu haruslah belajar untuk
mengurus emosi kendiri nya dengan baik. Seorang guru
itu haruslah mendidik dirinya supaya menghayati kod
etika keguruan dengan baik. Jika pesalah arif tentang
kod yang telah digariskan sudah pasti pesalah akan
menjadi guru disiplin yang berintegriti dan tidak sanggup
untuk membuat perlakuan yang memalukan itu.

Selain itu pesalah juga gagal untuk mengurus kemahiran
komunikasi nya dengan baik.
Menurut Mok Soon Sang (2010) komunikasi bererti
kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan
meyakinkan, malah menurut beliau, jika seseorang yang
mempunyai elemen dan tingkah laku ini dalam dirinya,
seseorang itu akan bertolak ansur, memupuk komunikasi
terbuka dan akan menghadapi dan menyelesaikan
masalah dengan ketelusan dan bersedia menerima
makluman mahupun baik atau buruk.

Sebab berlakunya kes pertama adalah kerana pesalah
tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik.
Pesalah telah naik berang dan mencampakkan buku ke
lantai di hadapan ibu bapa sewaktu ibu bapa pelajar
yang dicabul nya menuntut penjelasan.
Pesalah gagal untuk menghadapi dan menyelesaikan
masalahnya dengan cara yang berhemah.
Sebagai cadangan, pesalah itu haruslah memupuk
komunikasi terbuka. Dia haruslah bijak dalam
berkomunikasi bagi menyesaikan masalah nya. jika
benar dia rasa dia tidak bersalah, dia haruslah berani
menegakkan keadilan dan memberi kerjasama dalam
memberi penjelasan kepada ibu bapa pelajar tersebut
bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah,
Hal ini berlaku dek kerana pesalah tidak mempunyai
pengurusan kendiri dalam soal mencari inisiatif.
Menurut Mok Soon Sang (2010), inisiatif bermaksud bijak
dalam mengurus emosi kendiri untuk memupuk sifat proaktif,
malah ciri-ciri orang yang mempunyai kemahiran mencari
inisiatif nescaya akan mempunyai bakat memimpin dengan
baik.
Kes yang pertama berlaku juga atas sebab pesalah telah
melaksanakan hukuman yang keras kepada anak murid nya.
hanya disebabkan tidak hadir ke perhimpunan, pelajar
perempuan turut dirotan di punggung.
Sebagai contoh, pesalah tidak sepatutnya merotan, tetapi
mengambil inisiatif lain untuk bertindak menghantar pelajar
yang bermasalah itu kepada guru kaunseling.
Mungkin dengan cara ini, guru kaunseling akan mencari
sebab mengapa segelintir pelajar ini gagal menyiapkan kerja
sekolah dan sekali gus dapat mencari tahu masalah pelajar
dan membantu mereka untuk berubah ke arah kebaikan
Jika seseorang itu bersikap pemimpin, beliau tidak akan
mengambil kesempatan terhadap pelajarnya.
Kes pertama berlaku juga atas sebab pesalah tidak
mempunyai kemahiran untuk menjadi pemangkin
perubahan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), pemangkin perubahan
bererti individu itu akan memulakan atau mengurus
perubahan dalam kumpulannya.
Pesalah gagal dalam menunjukkan teladan yang baik
kepada pelajar nya. Tindakan seorang guru disiplin yang
telah mencabul pelajar sekali gus telah menunjukkan
perangai buruk seorang guru telah mencetuskan kes ini.
Hal ini tidak lain tidak bukan hanya menyebabkan pelajar
tidak menghormati guru nya sendiri, malah pesalah juga
telah gagal menjadi pemangkin perubahan kepada
pelajar apabila pesalah telah bertindak mencabul
kehormatan mereka.
Sebagai cadangan, sepatutnya sebagai seorang guru,
pesalah haruslah menunjukkan tingkah laku baik kepada
pelajarnya dan dia sepatutnya menjalankan hukuman
dengan tegas dan menyelitkan kata-kata nasihat kepada
pelajar supaya dalam masa yang sama, seorang murid
yang bermasalah akan berlembut hati untuk mengambil
iktibar daripada hukuman yang telah dilalui sekali gus
menjadikan kata-kata nasihat guru nya itu tadi sebagai
pemangkin untuk dia bangkit menjadi seorang pelajar
yang positif.

Sebab yang lain berlaku nya kes ini adalah kerana gagal
nya seorang guru untuk memiliki kemahiran untuk
mengurus konflik dengan baik.
Menurut Mok Soon Sang (2010), pengurusan konflik
bererti individu itu dapat membuat rundingan dan
menyelesaikan perselisihan dalam kumpulannya.
Jadi menurut kes yang pertama, telah menunjukkan
kepada kita bahawa pesalah tidak mempunyai diplomasi
semasa menangani situasi yang tegang dan pesalah
juga telah gagal mengesan dan mengambil tindakan
yang bijak dalam penyelesaian konflik dan perselisihan.
Seorang guru disiplin yang sanggup untuk mengambil
kesempatan mencabul pelajar ini jelas telah gagal
mengawal dan mengurus konflik dengan baik sewaktu
ketegangan berlaku di antara dia dan ibu bapa pelajar
perempuan yang dicabuli itu.
Malah dia juga telah bertindak di luar kawalan dengan
mencampakkan buku ke lantai telah membuktikan lagi
bahawa dia tidak pandai untuk berbincang dengan baik
untuk menyelesaikan masalah nya secara damai.
Sebagai cadangan, guru ini haruslah bijak dalam mencari
inisiatif dalam mengurus konflik dengan baik.
Walau situasi apa pun yang berlaku, sepatutnya guru
haruslah bersabar dan berfikir dalam keadaan yang
tenang dan berusaha dalam mewujudkan penyelesaian
menang-menang .
Seseorang guru itu haruslah bijak dalam mengawal
keadaan dan konflik yang berlaku. Dalam kes ini,
sepatutnya guru itu haruslah berbincang dengan baik
bersama ibu bapa pelajar tersebut.

Sebab-sebab berlaku nya kes ini adalah kerana pesalah
tidak mempunyai kemahiran sosial seperti kepimpinan
berinspirasi.
Menurut Mok Soon Sang (2010), kepimpinan berinspirasi
bererti individu itu dapat membimbing dan memberi
inspirasi kepada kumpulan dan ahli-ahlinya.
Menurut kes kedua, pesalah sebagai guru muzik sama
sekali tiada sifat pemimpin yang memberi inspirasi
kepada pelajar.
Guru muzik itu sanggup menunjukkan tingkah laku yang
tidak bermoral dan memalukan dengan melakukan seks
luar tabii dan mencabul pelajarnya sendiri. Pesalah
gagal menjadi pemimpin dan gagal juga menjalani
amanah sebagai seorang guru untuk mendidik dan
memberi ilmu yang baik kepada anak didiknya.
Sebagai cadangan, seseorang guru itu haruslah
mempunyai sifat kepimpinan berinspirasi.
Seseorang guru itu haruslah bersedia dalam memberi
ilmu pengetahuan yang baik bukannya dengan mengajak
pelajar membuat sesuatu yang menjatuhkan martabat
seorang pemimpin itu sendiri.
Sebagai seorang guru, mereka haruslah berusaha dalam
mewujudkan minat pelajar nya dalam menuntut ilmu
pengetahuan yang baik dan menjadi pemimpin yang
beretika dan berakhlak mulia semoga menjadi ikutan
anak buah atau pelajarnya sendiri.

Menurut A.J. Michael (2006), Kesedaran Emosi Kendiri
bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya.
individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang
tepat serta mempunyai keyakinan diri.
Oleh itu, individu akan mempunyai penghormatan kendiri
yang akan membawa kepada kesejahteraan kendiri.
Sebagai contoh, dalam artikel kedua di atas, seorang
guru muzik yang telah mencabul pelajarnya sendiri
sepatutnya menyedari tentang emosinya sendiri. Pesalah
laku ini tidak dapat mengawal perbuatannya kerana
mempunyai emosi yang tidak stabil dan tidak terkawal.
Kesannya, pesalah telah melakukan perkara mengikut hawa
nafsunya dengan mencabul pelajarnya.
Pesalah ini juga tidak menyedari akan emosinya sendiri oleh
itu pesalah tidak dapat membuat tafsiran terhadap emosinya
dan apabila melakukan perkara yang buruk itu, pesalah tidak
terfikir tentang kesan-kesan yang akan berlaku padanya dan
juga pelajarnya sendiri.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, dia
sepatutnya tahu untuk mengawal dan menyedari emosinya
sendiri sebelum melakukan sesuatu.
Pesalah harus menyedari akan perasaan, pemikiran,
perlakuan dan pertuturannya untuk menjadi seorang guru
yang lebih beretika dan disanjung tinggi.

Menurut Mok Soon Sang (2010), Kesedaran Ketepatan
Kendiri membawa maksud seseorang yang berupaya
membuat keputusan tepat dan mempunyai kemahiran
berfikir.
Seperti kita melihat kes pada artikel kedua, pesalah telah
melakukan perkara yang hina itu kerana dia tidak
berupaya untuk membuat sesesuatu keputusan yang
betul .
Hal ini adalah kerana pesalah tidak mempunyai daya
kemahiran berfikir yang tinggi.
Ketiadaan elemen Kesedaran Ketepatan Kendiri ini telah
melalaikan lagi emosi dan pemikiran pesalah sehingga
dia melakukan perkara yang tidak baik ini sebanyak tiga
kali dengan mangsa yang sama.
Demi menghapuskan perbuatan sumbang ini, seorang
guru yang berkualiti baik sepatutnya pandai dan
berupaya untuk melakukan sesuatu keputusan dengan
fikiran yang sentiasa positif dan untuk membina jati diri
seorang guru.
Keputusan yang dilakukan juga seharusnya memberi
kebaikan kepada kedua belah pihak iaitu di antara
seorang guru dan seorang pelajar.
Seorang guru juga harus mempunyai kemahiran berfikir
yang tinggi untuk melakukan perkara yang sentiasa betul
dan tidak melanggar peraturan dan undang-undang
negara.

Elemen yang seterunya adalah Optimistik.
Menurut Mok Soon Sang (2010), Optimistik didefinisikan
sebagai pengurusan emosi kendiri yang sesuai untuk
memupuk konsep kendiri yang sentiasa positif.
Menurut A.J Michael (2006) pula, optimistik membawa
maksud seseorang individu itu mempunyai kecekalan
untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan
masalah.
Berdasarkan artikel yang kedua, guru tersebut tidak
mempunyai elemen optimistik dalam dirinya kerana
pesalah tidak mampu dan tidak pandai mengurus
emosinya yang sepatutnya menjadi satu hasil yang
sentiasa positif.
Pesalah juga tidak pandai fokus dan tidak pandai
berusaha untuk mencapai matlamatnya untuk menjadi
seorang guru yang beretika, malah pesalah telah
melakukan perkara yang haram pula iaitu dengan
mencabul pelajar dan melakukan persetubuhan dengan
pelajar yang sama dengan sengaja.
Pesalah juga tidak pandai mengelak atau
menyelesaikan masalahnya dengan cara baik.
Oleh itu, seorang cikgu sepatutnya pandai mengurus
emosinya sendiri untuk sentiasa berfikiran terbuka dan
positif.
Pemikiran yang positif akan memudahkan seseorang
guru untuk mencapai matlamatnya dengan mudah
walaupun terdapat halangan yang menganggu.

Menurut Mok Soon Sang (2010), elemen Berorientasi
Perkhidmatan bermakna kecekapan mengenali,
menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan orang
lain, sama ada keluarga, sahabat, pelanggan, klien,
masyarakat atau negara.
Menurut A.J. Michael pula, elemen Berorientasikan
Khidmat ini juga bererti kita dapat menjangka, mengenali
dan memenuhi keperluan pelanggan atau klien kita.
Sebagai contoh, dalam artikel yang kedua, seorang guru
sepatutnya memenuhi kehendak kliennya iaitu ibubapa
dan pelajar. Tetapi, pesalah yang merupakan seorang
guru muzik telah menyalahgunakan kuasanya dengan
mencabul pelajar perempuan yang sama sebanyak tiga
kali.
Pesalah tidak menjangka, tidak mengenali dan tidak
memenuhi hasrat dan keperluan klien iaitu ibubapa yang
telah menghantar anak mereka ke sekolah.
Ibubapa telah memberi kepercayaannya kepada pesalah iaitu
sebagai seorang guru musik untuk mendidik anak-anak
mereka, namun kes mencabul ini telah menyebabkan
kepercayaan dan rasa hormat terhadap guru telah hilang
dengan sekelip mata sahaja.
Sepatutnya sebagai seorang guru, dia perlu memberi didikan
dan ajaran yang benar kepada pelajar bukan melakukan
perkara yang tidak senonoh kepada pelajarnya.
Sebagai seorang guru yang berkhidmat sebagai seorang
pendidik, mereka haruslah menjalankan tugas mereka untuk
mendidik pelajar sekolah dengan ikhlas.
Elemen Berorientasikan Perkhidmatan ini amat penting dalam
profesion keguruan kerana guru sepatutnya berkhidmat
sebagai insan yang ikhlas melakukan kerjanya tanpa
melakukan perkara yang tidak baik kepada kliennya.

Aspek pertama yang dibincangkan dalam kes yang ketiga
ialah penghormatan kendiri
Bagi keseluruhannya, penghormatan kendiri merupakan
keupayaan untuk memahami, menghormati dan menerima diri
sendiri.
Misalnya dalam artikel ini kita boleh melihat seorang guru
sekolah rendah yang didakwa mencabul pelajar telah
menunjukkan yang dia tidak mempunyai penghormatan
kendiri kerana tidak mementingkan penghormatan dirinya
sebelum melakukan perbuatan mencabul pelajarnya.
Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru, dia
seharusnya memahami dan mengenali etikanya dalam
menjalankan tanggungjawabnya dan perbuatannya yang ini
juga akan memberi kesan yang buruk kepada profesion
perguruan.
Hal ini demikian kerana sebagai seorang guru, dia sepatutnya
sedar yang penghormatan dirinya sebagai seorang guru akan
terjejas di mata masyarakat kerana dia akan lebih dikenali
sebagai seorang pencabul.
Apa yang saya dapat analisiskan daripada artikel yang ketiga
ini ialah kawalan emosi kendiri.
Kawalan emosi kendiri boleh ditakrifkan sebagai seseorang
individu yang dapat menguruskan emosi yang destruktif dan
individu yang memiliki kompetensi ini biasanya harus pandai
menguruskan perasaan dan emosi negatif dengan baik,
tenang dan positif semasa tertekan dan berfikiran waras dan
berfokus walaupun dalam tekanan.
Misalnya, guru tersebut seharusnya mempunyai kebolehan
untuk mengawal emosi kendiri supaya dapat mengelakkan
perbuatan mencabul pelajarnya tersendiri kerana sebagai
seorang guru kita patut mempunyai kebolehan untuk
menguruskan emosi negatif dengan baik supaya tidak
mempengaruhi diri untuk melakukan perkara sumbang seperti
mencabul pelajar lelaki yang berumur 7 tahun di tangga
sekolah.
Langkah yang patut diambil oleh guru tersebut bagi
mengelakkan perkara ini daripada berlaku ialah guru itu
sepatutnya patut belajar kawal emosi dirinya apabila berada di
sekolah kerana dia sebagai seorang guru patut tahu
batasannya dan perhubungan antara guru dengan murid.
Elemen yang boleh dikaitkan ialah aspek pengaruh.
Pengaruh ini juga berlaku apabila seseorang individu
mempunyai pengaruh yang kuat bijak menggunakan
strategi berkesan untuk mendapat persetujuan dan
sokongan semua pihak .
Contohnya melalui kes ini, kita boleh melihat yang guru
tersebut meninggalkan pengaruh yang buruk kepada
pelajarnya kerana memberi contoh yang tidak baik.
Sebagai seorang guru, kita seharusnya memberi
pengaruh yang baik kepada pelajar bukannya melukai
pelajar seperti yang dilakukan oleh guru tersebut.
Seorang guru sepatutnya memberi teladan yang baik
kepada pelajarnya.
Salah satu daripada kesedaran sosial ini boleh dikaitkan
dengan artikel ini, iaitu empati.
Secara umumnya dan dalam konteks ini empati bermaksud
keupayaan untuk memahami, menyelami dan merasai perasaan
atau keadaan orang lain.
Menurut Mohd Azhar Abd. Hamid, empati ini bermaksud kebolehan
untuk menguasai keadaan dan bertindak dengan bijak memerlukan
keprihatinan kita pada perasaan orang lain dan melihat sesuatu
daripada kaca mata.
Sebagai seorang guru yang mempunyai empati, seorang guru harus
mengesan emosi dan memahami pandangan muridnya.
Berdasarkan artikel ini, kita boleh melihat yang guru yang didakwa
ini tidak mempunyai sifat empati terhadap pelajarnya kerana dia
telah mencabul pelajarnya yang berusia 7 tahun.
Hal ini demikian kerana guru sendiri sepatutnya mengambil berat
akan pelajarnya bukan menyebabkan keadaan yang bahaya
terhadapnya.
Sebagai seorang guru yang beretika, bermoral dan
bertanggungjawab, kita sepatutnya boleh memahami pelajarnya dan
perlu mempunyai sifat empati terhadap pelajarnya dan memikirkan
tentang diri pelajarnya sebelum melakukan perkara sumbang
terhadap tersebut.


Daripada penghasilan tugasan ini, kami telah mengetahui
bagaimana untuk menghalang dari isu-isu atau kes-kes
sebegini berlaku dalam kalangan guru. Pelaksanaan
tugasan ini juga mengajar untuk menggunakan carta
Kompetensi Kecerdasan Emosi ini sebagai panduan
dengan menerapkan elemen-elemen yang terkandung
dalamnya bagi mengelakkan daripada kes-kes seperti di
atas daripada berlaku. Hal ini demikian apabila kes yang
berlaku melibatkan guru, keaibannya tidak hanya
melibatkan pihak yang terlibat sahaja, malahan kepada
kesemua yang terlibat dengan profesion perguruan ini.
Secara konklusinya, kita dapat melihat bagaimana seorang
guru mengaplikasikan Kompetensi Kecerdasan Emosi
dalam kehidupan seharian mereka dan dalam
perkhidmatan mereka di sekolah.
Buku Ilmiah
Mohd Azhar Abd Hamid. ( 2004 ). EQ Panduan
Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Kuala
Lumpur. PTS Profesional Sdn Bhd.

A.J Michael. (2006). Kompetensi Kecergasan Emosi.
Kuala Lumpur. Percetakan Sentosa (K.L)
Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. ( 2010) . Kompetensi Kecerdasan
Emosi. Selangor. Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.

Internet
http://www.amaljaya.com/guru/wp-
content/uploads/2011/09/kepentingan-eq.pdf

http://www.scribd.com/doc/25773293/1-0-Konsep-
Kompetensi-Kecerdasan-Emosi-1-1-Pengenalan

http://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdf

http://repo.uum.edu.my/384/1/Ooi_Yeng_Keat.pdf

http://www.scribd.com/doc/11556237/Kecerdasan-Emosi-
EQ

http://www.scribd.com/doc/19076059/KESEDARAN-
SOSIAL-Empati