Anda di halaman 1dari 10

AUTISME

ROHAINI BINTI RAHMAT


85021-0-5044
PK2 KPLI-KDC NOV 2009
PENGENALAN
Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan
anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk
berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak
yang autisme hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya,
walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak
mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara
mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara
yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak,
mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum
dan tidak pernah meminta untuk didukung.
SEJARAH AUTISME
1908 : Eugen Bleuler, pakar sakit jiwa dari Swiss
mengklasifikasikan sifat autism pada penderita
schizophrenic.
1911 : Berdasar penemuan pada tahun 1908, sifat-sifat tersebut
mulai diteliti dan hasil daripada kelainan tersebut diberi
nama Autis yang diambil daripada kata auto yang berarti
diri sendiri. Nama ini diberi oleh Eugen Bleuler, orang
pertama yang menjumpai masalah ini.
1938 1943 : Dr. Leo Kanner (John Hopkins University), pakar
sakit jiwa dari Austria yang telah melakukan
pemerhatian pada 11 kanak-kanak yang mengalami
kelainan (tidak boleh bersosial dengan orang lain)
semenjak berumur 1 tahun.
1943 : Pertama kalinya autism ditafsirkan sbagai kelainan yang
berbeza dengan penyakit jiwa.

1944 : Hans Asperger, pakar sakit jiwa dari Vienna menulis
artikel berjudul autistic psykchopaths
berdasarkan penemuan-penemuan daripada
pemerhatian pada tahun 1938 1943.
Tahun 60-an : autism mulai difahami dan rawatan
dilakukan kepada penghidapnya.
Tahun 60-70-an : Sebuah buku kontroversial berjudul
The Empty foretress oleh Bruno
Bettelheim diterbitkan. Buku
menerangkan kesalahan ibu yang tidak
menginginkan anaknya lahir sehingga
meninggalkan masalah pada
perkembangan otak anak dan menjadi
autism.
Tahun 70-an : Pengembangan kajian dan pelaksanaan
terapi di Swedan. Sekolah autis pertama
The Erica Foundation ditubuhkan.



Tahun 1971 2000 : Penelitian hubungan Thimerazol
(bahan pengawet vaksinasi) dengan
penyebab autism.
Mulai tahun 80-an : Banyak fakta baru autism ditemui.
Tahun 2002 : California menyatakan terdapat 9 kes
autism setiap hari.
Tahun 2002 2004 : kes autism meningkat.
Tahun 1971 2000 : Penelitian hubungan Thimerazol
(bahan pengawet vaksinasi) dengan
penyebab autism.
Tahun 2004 : Diumumkan bahawa Thimerazol dalam
vaksinasi tidak berhubungan dengan autism.

SEJARAH AUTISME DI MALAYSIA
Satu-satunya persatuan Autisme di Malaysia ialah
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).
NASOM ialah persatuan yang tidak mementingkan
keuntungan, pusat kabajikan bukan kerajaan yang
ditubuhkan pada tahun 1986 oleh ibu bapa dan para
professional.
NASOM telah didaftarkan pada 3 Mac 1987 sebagai
organisasi sukarela kebangsaan dan bertujuan menyediakan
didikan, bantuan, penjagaan dan perlindungan untuk
penghidap Autisme dan ahli keluarga mereka.
Buat masa ini, NASOM telah menubuhkan 14 Program
Inteventasi Awal dan 3 Program Vokasional untuk
penghidap Autisme.
KATEGORI AUTISME
1. Autistic Disorder -Masalah Autistik

2. Pervasive Development Disorder Not
Otherwise Specified( PDD-NOS )

3. Asperger Sindrome Sindrom Asperger

4. Rett Sindrome - Sindrom Rett

5. Childhood Disintegrative Disorder


CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISM
Perwatakan
Mempunyai watak yang selamba atau terlalu bersungguh-sungguh.
Tidak memandang wajah dan tidak mempedulikan kehadiran orang di sebelah.

Postur dan Pergerakan
Kadangkala mereka melucukan. Cara mereka berdiri ataupun bergeraktidak stabil seolah-
olahsedang menari.
Ada juga yang kaku seperti robot.

Sosial
Tidak menghiraukan orang lain.
Hipiaotif atau hiperaktif.

Bahasa dan Komunikasi
Lambat bercakap.
Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.

Tingkah laku
Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di
luar kawalan.
Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.

Masalah yang berkaitan
Epilepsi (sawan)- Hampir 30 % kanak-kanak autism menghidap penyakit sawan
Masalah tidur Semasa kacil, mereka hanya tidur tiga jam sehari dan kerap menangis.


RAWATAN AUTISME
Terapi Tingkah-laku dan Komunikasi

Rawatan asas untuk kanak-kanak bermasalah autism termasuk
program yang tertumpu terus kepada tingkah-laku, komunikasi,
kesepaduan deria dan perkembangan kemahiran sosial. Terapi ini
memerlukan hubungan akrab antara ibu bapa, guru, pakar pendidikan
istimewa dan pakar kesihatan minda.

Terapi Perubatan dan Pemakanan

Fokus utama perubatan ialah memudahkan kanak-kanak autisme
melibatkan diri dalam aktiviti seperti belajar dan terapi tingkah-laku.
Ubat digunakan untuk merawat perasaan cemas, masalah penumpuan,
tekanan, hiperaktif dan dorongan gerak hati. Terdapat kejadian
dimana kanak-kanak autism mengalami kekurangan vitamin dan

Complementary Therapy Terapi Pelengkap

Rawatan ini membantu kemahiran komunikasi bagi sesetengah kanak-
kanak autisme. Terapi pelengkap termasuk muzik, kesenian,dan terapi
haiwan seperti menunggang kuda dan berenang bersama ikan lumba-
lumba.