Anda di halaman 1dari 18

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 1

PENGAJIAN TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN


Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah
Institut Pendidikan UIAM



1- PENDAHULUAN

Tafsir al-Quran merupakan salah satu bidang ilmu yang amat penting di dalam Islam
kerana segala isi kandungan agama Islam dihuraikan secara tidak langsung oleh disiplin ini.
Jika diperhatikan secara terperinci, para ulama sepanjang zaman telah melakukan pelbagai
usaha untuk mentafsirkan isi kandungan al-Quran.
1
Fenomena tersebut secara jelas telah
menunjukkan kepentingan untuk mewujudkan kitab-kitab Tafsir al-Quran semasa yang dapat
menyesuaikan ajaran Islam dengan perkembangan zaman. Oleh itu, secara khususnya kertas
kerja ini akan menghuraikan dua perkara penting yang menjadi isu pokok kepada kajian ini
iaitu pengajian Tafsir al-Quran dan terjemahannya.

2- PENGERTIAN TAFSIR

Perkataan tafsir berasal daripada perkataan al-Fasr ( ) yang membawa makna
penjelasan dan keterangan. Dari segi bahasa berasal daripada perkataan fassara ( ),
yufassiru ( ), tafsiran ( ). Ianya diambil daripada ayat al-Quran dari surah al-
Furqn : 33, yang bermaksud penerangan dan perincian.

( 33 )


Ertinya : Dan tidaklah kami mendatangkan kepada kamu al-Quran itu
kecuali dengan perumpamaan serta perincian yang elok.
( al-Furqn : 33)

Manakala dari segi istilah pula, terdapat banyak makna yang telah diutarakan oleh
para ulama di bidang ini.
2
Di antara maksud yang terpilih dan boleh dikatakan merangkumi
kesemua perbincangan daripada pengertian-pengertian tersebut ialah suatu ilmu yang
mengkaji tentang al-Quran dari segi menghuraikan dalil-dalilnya bersesuaian dengan
kehendak Allah dan tahap kemampuan akal manusia.
3




1
Usaha pentafsiran al-Qurn dilihat berlaku secara pesat selepas kewafatan Rasulullah. Ianya dimulakan oleh para sahabat
yang telah mengajarkan segala tafsiran yang telah mereka pelajari daripada Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda. Bahkan
ada segolongan daripada mereka yang giat mentafsirkan al-Qurn seperti Ibn Abbs , Ibn Masd dan sebagainya. Tradisi
ini berterusan sehingga zaman-zaman seterusnya di mana hampir setiap ulama di sepanjang sejarah Islam telah menghasilkan
kitab tafsir tersendiri. Di antara yang kita boleh senaraikan sebagai kitab tafsir yang terkenal ialah Tafsir al-T{abari ( wafat
310H) , Tafsir Ibn Kathir ( wafat 774 H) , Tafsir al-Baghawi ( wafat 510H ) dan sebagainya.
2
Untuk melihat maksud tafsir secara istilah lihat Abu H{ayyn ( 1983 ) , Tafsir al-Bahr al-Muhit, Bayrt : Dr al-Fikr , Jil 1 ,
hal 13-14 & Ibn syr ( 1984 ) , Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, Tnis : Dr al-Tnisiyyah li al-Nasyr , Jil 1 , hal 11.
3
Op.cit , Abd al-Azim al-Ghubsyi , hal 4.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 2

3-JENIS-JENIS TAFSIR

Para ulama Tafsir telah membahagikan Tafsir al-Quran kepada dua bahagian iaitu
Tafsir bi al-Mathr dan Tafsir bi al-Ray. Seseorang individu yang hendak mentafsir al-
Quran perlu terlebih dahulu menggunakan kaedah yang pertama iaitu Tafsir bi al-Mathr
4

kerana ianya merupakan asas dan nadi kepada pengajian Tafsir al-Quran. Tanpa kaedah
tersebut pentafsiran yang dilakukan boleh tersasar dari maksud sebenar penurunan al-Quran.
Oleh sebab itulah penulis menekankan bahawa orang-orang yang benar-benar ahli sahaja yang
mampu untuk mentafsirkan al-Quran kerana mereka telah mengambil kira segala keperluan
pentafsiran yang sepatutnya.
Tafsir bi al-Ray ialah ijtihad yang dilakukan oleh seseorang pentafsir al-Quran
terhadap ayat-ayat al-Quran selepas mereka memahami serta memahiri kesemua disiplin ilmu
yang diperlukan oleh seseorang pentafsir al-Quran.
5
Kaedah ini membenarkan penggunaan
akal fikiran sihat yang dipandu oleh ilmu yang secukupnya. Pentafsiran yang hendak
dilakukan pula mestilah pada ayat-ayat yang tidak bersifat muktamad dan berkaitan dengan
perkara-perkara yang telah jelas kedudukannya di dalam Islam seperti perkara yang berkaitan
dengan akidah.
Walaubagaimanapun perlu diingat, Tafsir bi al-Ray tidak boleh sama sekali
bergantung kepada akal semata-mata kerana akal yang tidak dipandu dengan penguasaan
ilmu-ilmu agama yang tinggi akan terdedah kepada kemungkinan salah dalam mentafsirkan
al-Quran. Pendek kata hanya orang yang benar-benar menguasai pelbagai bidang ilmu Islam
sahaja yang layak dan mampu untuk menggunakan kaedah yang kedua ini. Mereka juga
boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang pentafsiran yang telah mereka lakukan.
Sebarang pentafsiran yang telah dilakukan akan menjadi amanah ilmiah yang akan dipersoal
oleh Allah di akhirat kelak kerana besar kemungkinan sebarang pentafsiran yang telah
dilakukan akan menjadi bahan ikutan masyarakat yang pada kebiasaannya bertaqlid dengan
orang-orang yang lebih alim.
Dengan adanya gabungan daripada kedua-dua kaedah itu, matlamat pemodenan dan
pembaharuan Tafsir al-Quran akan bergerak selaras dengan zaman dan kehendak Islam. Tidak
akan timbul lagi tohmahan dari sesetengah pihak yang mendakwa bahawa para ulama
sekarang hanya bergantung kepada tafsiran silam yang sudah lapuk.
6


4- KELAYAKAN MENTAFSIR AL-QURAN SERTA SYARAT-SYARAT YANG PERLU
DIMILIKI OLEH SESEORANG PENTAFSIR.

Proses mentafsir al-Quran adalah suatu proses yang penting serta kritikal kerana ianya
melibatkan pentafsiran kepada ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi sumber utama
pengajaran Islam. Kebebasan yang meluas di dalam pentafsiran al-Quran tanpa dibatasi

4
Tafsir bi al-Mathr ialah cara pentafsiran al-Qurn yang bersandarkan kepada riwayat yang diperolehi daripada baginda
Rasulullah s.a.w , para sahabat , para tabiin dan murid para tabiin. Lihat , Op.cit , Dr. Ysuf al-Qaradawi ( 2000 ), hal 206.
5
Dr. Muhammad Husayn al-Dhahabi ( t.t ) , al-Tafsir Wa al-Mufassirn, Bayrt : Dr al-Arqam ibn Abi al-Arqam , hal 170.
6
Pada satu segi , tafsiran yang telah dibuat oleh ulama silam juga amat penting kerana kemampuan mereka memahami al -
Qurn lebih mendalam daripada para ulama zaman moden yang mana kebanyakan disiplin ilmu-ilmu telah tercerai berai.
Kita tidak boleh secara total menolak dan mengatakan tafsiran mereka sudah lapuk dan tidak bersesuaian dengan zaman ini ,
bahkan banyak juga tafsiran lama yang masih segar dan boleh digunapakai sehingga ke hari ini. Menurut Imam Muhammad
`Abduh , hanya sebahagian kecil ayat-ayat al-Qurn sahaja yang perlu ditafsirkan semula bersesuaian dengan kehendak
zaman. Lihat Op.cit , Muhammad Rasyid Rida , al-Tafsir al-Manr, hal 12.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 3

dengan batasan ilmu dan akhlak akan memporak perandakan agama Islam. Oleh sebab itu,
para ulama di bidang ilmu ini telah menggariskan beberapa perkara utama yang perlu
dipenuhi oleh seseorang yang hendak menjalankan kegiatan pentafsiran al-Quran. Syarat-
syarat tersebut bagaikan penjaga serta sempadan yang akan bertugas membatasi seseorang
itu daripada melangkah jauh atau menyeleweng daripada ajaran al-Quran sebagaimana yang
benar-benar dikehendaki oleh Allah kepada hamba-hambaNya.


Sebagai seorang penuntut di bidang Tafsir al-Quran, penulis berpendapat kebenaran
untuk mentafsirkan al-Quran hanya boleh diberikan kepada ahli-ahlinya sahaja. Kebebasan
yang melampau di dalam pentafsiran al-Quran dan agama tanpa batasan-batasan yang khusus
hanya akan memporak perandakan lagi masyarakat. Sepatutnya umat Islam berhati-hati dan
senantiasa peka terhadap suatu peringatan Allah berkaitan perkara ini. FirmanNya :

( 33 )


Ertinya : Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya;sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati ; semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya
tentang apa yang dilakukannya.
7

( al-Isr : 33 )
Secara logiknya, ilmu Tafsir al-Quran boleh disamakan dengan sebarang disiplin lain
yang mempunyai lunas-lunas dan aturannya tersendiri yang tidak sepatutnya diserahkan
kecuali kepada ahlinya sahaja. Sekiranya di bidang perubatan kita meletakkan kelayakan
untuk menentukan kaedah rawatan serta preskripsi ubatan hanya kepada ahlinya sahaja bagi
mengelakkan sebarang tragedy,
8
maka ilmu Tafsir al-Quran adalah lebih utama untuk dijaga
kerana sebarang tafsiran yang silap dan tidak menepati kehendak Allah akan membawakan
tragedi kehancuran di dunia dan akhirat.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, penetapan segala syarat-syarat yang perlu
dipenuhi oleh para pentafsir al-Quran adalah untuk memastikan kegiatan pemodenan dan
pembaharuan di dalam pengajian Tafsir al-Quran akan bergerak selari dengan kehendak Allah
s.w.t. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh para pentafsir itu melibatkan dua perkara yang
utama iaitu :

4.1- Sifat kerohanian yang berkaitan dengan niat serta keikhlasan. Seseorang yang hendak
mentafsirkan al-Quran perlu bebas daripada sebarang pengaruh dan kepentingan peribadi.
9

Kesucian niat menjadi begitu penting bagi realiti dunia hari ini yang mempunyai begitu
banyak aliran agama yang berorientasikan dengan fahaman dakwah, politik dan sebagainya.

7
Larangan Allah ini adalah menjadi undang-undang yang meliputi segala soal dalam alam kehidupan ini. Kita tidak boleh
memperkatakan atau melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya kerana semua anggota badan kita akan disoal siasat
oleh Allah di akhirat kelak. Lihat , Syeikh Abdullah Basmeih ( 1992 ) , Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-
Qurn , Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri , cetakan kelima , hal 685.
8
Op.cit , Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Ulama Kedah , hal 11.
9
Perkara ini ditekankan kerana sepanjang sejarah Islam , banyak sekali tafsiran al-Qurn telah dipesongkan mengikut
kesesuaian nafsu dan fahaman puak tertentu. Lihat Op.cit , Dr Ysuf al-Qaradawi ( 2000 ), hal 316-317

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 4

Kebiasaannya para pengikut yang fanatik kepada puak masing-masing akan cuba
mentafsirkan al-Quran mengikut kesesuaian fahaman puak mereka. Oleh itu, perlu diingat
sebarang pentafsiran yang hendak dibuat mestilah diasaskan di atas nilai-nilai agama serta
ilmu akademik yang tinggi dan bukannya dipengaruhi oleh fahaman sempit mana-mana pihak
yang berkepentingan.

4.2- Memiliki ilmu-ilmu alat yang tertentu bagi memahami isi kandungan al-Quran dengan
mendalam. Ilmu-ilmu tersebut terdiri daripada beberapa bidang ilmu seperti Bahasa Arab,
Usuluddin, Fiqh, Sejarah dan al-Qas}as}, H}adith, Ulm al-Quran dan sebagainya. Segala ilmu-
ilmu yang disenaraikan di atas adalah di antara ilmu-ilmu alat yang diperlukan untuk
memahami al-Quran secara mendalam.
10
Selain daripada ilmu-ilmu tersebut penguasaan
ilmu-ilmu moden juga penting bagi menyesuaikan sebarang tafsiran yang dibuat dengan
realiti zaman moden.

Oleh yang demikian, ilmu yang tinggi sahaja tidak cukup untuk menghasilkan sesuatu
Tafsir al-Quran yang baik jikalau tidak disertai dengan akhlak yang mulia. Kedua-dua syarat
ini telah digariskan oleh para ulama bagi menjamin kesucian Tafsir al-Quran yang akan
dihasilkan oleh seseorang pentafsir.

Walaubagaimanapun, segala syarat yang telah dikemukakan itu seolah-olah mustahil
untuk dicapai oleh seseorang individu. Sebagai suatu penyelesaian kepada masalah ini kita
boleh menggunakan konsep tajdid juzi@,
11
dengan cara pemilihan panel pentafsir al-Quran
yang terdiri daripada para pakar daripada berbagai-bagai bidang ilmu.
12
Di dalam soal ini,
kesemua pakar di dalam bidang-bidang ilmu yang terbabit perlu bekerjasama untuk
melengkapi di antara satu sama lain dengan dipandu oleh pakar di dalam bidang Tafsir al-
Quran. Dengan penyeliaan yang rapi, matlamat pemodenan dan pembaharuan pengajian
Tafsir al-Quran akan terlepas dari sebarang penyelewengan yang berasaskan kepada nafsu.



SEJARAH RINGKAS PENGAJIAN TAFSIR DI ALAM MELAYU

Perkembangan pengajian Tafsir al-Quran di alam Melayu mempunyai catatan sejarah
yang panjang semenjak Islam mulai bertapak di alam Melayu. Bagi konteks Malaysia,
pengajian Tafsir al-Quran mulai terkenal apabila seorang ulama dari negeri Terengganu iaitu
Sheikh Abdul Malik bin Abdullah ( meninggal 1736 M ) yang lebih dikenali dengan Tok
Pulau Manis, telah ke Acheh dan berguru dengan salah seorang ulama Acheh iaitu Sheikh
Abd al-Raf al-Singkili>. Di sana beliau sempat menyalin semula kitab Tafsi>r al-Bayd}a>wi>>
yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh gurunya.
13
Hasil salinannya ini pula
dibawa balik dan diajar di Malaysia. Setelah itu beliau telah mendalami ilmu tafsir di

10
Op.cit , Dr Muhammad H{usayn al-Dhahabi, hal 167.
11
Maklumat lanjut mengenai pembahagian ini boleh dilihat pada perbincangan tentang ijtihad di muka surat 44.
12
Op.cit , Dr. M. Quraish Shihab , hal 204.
13
Muhammad Abu Bakar ( 1991 ) , Ulama Terengganu Suatu Sorotan , Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd , hal 53
54.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 5

samping ilmu-ilmu lain di tanah suci Mekah. Akhirnya beliau pulang membuka pondok
pengajiannya di Terengganu.
14


Selepas kurun ke 17, para pentafsir Melayu tidak dapat dikesan sehinggalah awal
kurun ke 20 apabila muncul beberapa orang tokoh ulama yang telah memberi sumbangan
kepada pengajian Tafsir al-Quran di alam Melayu. Di antara yang agak terkenal ialah Prof Dr.
Hamka dan Prof Mahmud Yunus
15
di Indonesia dan Ahmad Sonhadji di Singapura.
Manakala di Malaysia pula, para tokoh yang muncul ialah seperti Tok Kenali,
16
Tuan Haji
Muhammad Said, Maulana Abdullah Nuh,
17
Muhammad Idris al-Marbawi,
18
Dato Haji
Muhammad Noor Ibrahim, Sheikh Abdullah Basmeih dan lain-lain lagi.

Ismail Yusoff dalam penyelidikannya telah membahagikan penulisan kitab-kitab
Tafsir al-Quran di Malaysia kepada beberapa bahagian,
19
iaitu :

i) Bahagian tulisan asal yang melibatkan penulisan kitab tafsir lengkap 30 juzuk, tafsir
secara juzuk-juzuk, tafsir surah-surah tertentu dan tafsir mawd}u>i> ( secara bertajuk )

Untuk kategori kitab tafsir lengkap 30 juzuk di antara kitab-kitab yang pernah dihasilkan
ialah Tafsir Nu> r al-Ih}sa>n oleh Tuan Haji Muhammad Said b. Omar , Tafsir Pimpinan al-
Rahman Kepada Pengertian al-Quran oleh Sheikh Abdullah Basmeih
20
dan kitab Khula>s}ah
al-Quran oleh Maulana Abdullah Awang Nuh.
21


Untuk kategori kitab tafsir secara berjuzuk pula ialah Tafsi>r al-Quran al-H{aki>m yg sempat
disiapkan oleh Mustafa Abdul Rahman sebanyak 27 juzuk. Juga kitab Tafsi>>r al-Ra>wi> oleh
Yusof Rawa dan Tafsir al-Qura>n juzuk Amma oleh Muhammad Fauzi Awang.
22



14
Abdul Rahman Abdullah ( 1990 ) , Pemikiran Umat Islam di Nusantara , Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abad ke
19 , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka , hal 137.
15
Kitab Tafsir al-Qurn al-Karim karangan Mahmud Yunus agak terkenal di Indonesia dan telah diulang cetak sebanyak 23
kali. Lihat Op.cit , Howard M. Federspiel , hal 129-130.s
16
Beliau ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad ( 1870-1933 ). Lihat Yusoff Zaky Yacob ( 2001 ), Tok Kenali , dalam Ismail
Che Daud ( pngr ) Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu ( 1 ) , Kota Bharu : Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan , hal 259. Beliau telah membuat pentafsiran kepada surah Yasin dan cuba menterjemah Tafsi>r al-Kha>zin
dan Tafsi>r Ibn Kathi>r tetapi tak sempat dicetak. ( majalah pengasuh , bil 433 , hal 1 ) Selain itu beliau juga mempunyai ramai
murid yang mampu untuk mentafsirkan al-Quran seperti Sheikh Idris al-Marbawi dan Sheikh Uthman Jalaluddin ( 1880-
1952) yang menterjemah sebahagian daripada kitab Tafsi>r Jallayn. Lihat Ismail Awang ( 1996 ) , Sheikh Uthman
Jalaluddin dalam Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung, hal 512.
17
Beliau ialah Maulana Abdullah Awang Nuh ( 1905-1947) yang telah belajar di kelantan dan India. Beliau telah menulis
kitab Tafsi>r Khula>s}ah al-Qura>n yang telah disalin semula oleh anak muridnya Allahyarham Ustaz Wan Ismail Wan Nawang.
Lihat, Wan Ismail Wan Nawang ( 1990 ), Khula>s}ah al-Qura>n, Kota Bharu : Dian Darul Naim , hal v viii.
18
Beliau terkenal dengan penulisan berbagai-bagai kitab seperti Kamus al-Marbawi> , Bah}r al-Ma>dhi> Syarh} Mukhtas}ar al-
Tirmidhi> dan sebagainya. Di antara karya tafsir yang pernah dihasilkannya ialah Tafsi>r al-Marbawi> ( 2 Jilid ) , Tafsi>r Surah
Yasin ( Dari Fath} al-Qadi>r oleh al-Syawka>ni> ) dan Tafsi>r Nu>r al-Yaqi>n. Lihat Abdullah al Qari Haji Salleh ( 1967 ), Sejarah
Hidup Tok Kenali , Kota Bharu : Pustaka Aman Press, cet. pertama , hal 112-113.
19
Ismail Yusof (1992) , Perkembangan Pengajian dan Penulisan Tafsir di Malaysia , Tesis Phd , Universiti Malaya , Kuala
Lumpur , hal 137-210.
20
Dicetak pertama kali pada 1968 , lihat , Op.cit , Wan Ramizah ( 2000 ) , hal 96.
21
Pengarang asal kitab ini ialah Maulana Ahmad Ali Muhaddith dari Lahore Pakistan berdasarkan ajaran Shah Waliyullah
al-Dihlawi. Kitab ini telah diajarkan oleh Maulana Abdullah Nuh dan disalin semula oleh Ustaz Wan Ismail Wan Nawang.
Lihat , Op.cit , Wan Ismail Wan Nawang , hal v viii.
22
Op.cit , Ismail Yusof , hal 157-165.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 6

Manakala untuk kitab tafsir secara bersurah pula ialah Kitab Ramuan Rapi dari Surah al-
Kahfi oleh Tuan Haji Muhammad Noor Ibrahim, Kitab Tafsir al-Quran al-Marbawi iaitu
Tafsir Surah Yusuf oleh Muhammad Idris al-Marbawi dan Kitab Tafsi>r al-Tibya>n Fi> Tafsi>r
al-Qura>n oleh Haji Abdul Hadi Awang.
23


Juga tafsir secara bertajuk seperti ayat-ayat dialog nabi dalam al-Quran dan ayat-ayat ehwal
wanita dalam al-Quran yg dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana
Menteri Malaysia.
24


ii)-Bahagian Terjemahan Kitab al-Quran yang melibatkan terjemahan kepada kitab-kitab
Tafsir al-Quran berbahasa Arab oleh para penulis Melayu. Di antaranya ialah terjemahan
Tafsi>r Jala>layn oleh Sheikh Uthman Jalaluddin yg berasal dari Kg. Panjang, Daerah Sering,
Kota Bharu Kelantan, Intisari al-Quran terjemahan Abdullah Basmeih dari karangan Sheikh
Mahmud Syalt}}u>t} dari Mesir dengan tajuk asalnya Il al-Quran al-Kari>m.
25


Manakala kitab Tafsi>r Fi> Z{ila>l al-Qura>n pula telah diterjemah oleh 3 orang secara berasingan
iaitu (1) Ismail Mohd Hassan yang diterbitkan oleh Yayasan Islam Terengganu pada tahun
1986, (2) Siddiq Fadzil yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada
tahun 1985 dan (3) Dato Yusuf Zaki Yacob yang dicetak oleh Percetakan Dian Darul Naim
Kota Bharu Kelantan pada tahun 1989.
26


Juga kitab Tafsir al-Quran al-Hakim karya Maulana Abdullah Yusuf Ali dari India telah
diterjemah oleh Abu Solah , Muhammad Uthman al-Muhammadi pada tahun 1991.
27



TOKOH PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN DI ALAM MELAYU

Pada bahagian ini penulis menyenaraikan nama beberapa tokoh Tafsir al-Quran yang
popular dan dikenali di alam Melayu bersama dengan sumbangan salah seorang mereka
terhadap pengajian Tafsir al-Quran. Pemilihan ini dibuat berdasarkan kepada penggunaan
karya mereka yang sering menjadi rujukan umat Islam di alam Melayu khususnya di Malaysia
sehingga ke hari ini. Di antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah :
Tuan Haji Muhammad Said bin Omar ( 1854-1932).
Prof. Dr. Hamka ( 1908-1981 ).
Dato Haji Muhammad Nor Ibrahim ( 1905 1987 )
Haji Abdullah Basmeih ( 1913 1996 )
Dato Yusoff Zaky (1928 1998).

Sebagai contoh, penulis memilih Haji Abdullah Basmeih ( 1913 1996 )yang
kitabnya masih diguna meluas di negara kita.


23
Ibid , hal 170-177.
24
Ibid , hal 196-197.
25
Dicetak pertama kali pada 1965 oleh al Ahmadiyyah Press. Ibid , hal 196-97.
26
Ibid , hal 197.
27
Ibid , hal 198.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 7

Haji Abdullah Basmeih (1913 1996)

Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih berasal daripada H{ad}r al-
Mawt sebuah daerah di Yaman.
28
Beliau telah dilahirkan pada 29 Disember 1913 di suatu
tempat yang bernama Mabadah tidak jauh daripada Masjid al-Haram , Mekah. Ayahnya
yang senantiasa berulang alik di antara Mekah dan Tanah Melayu telah berkahwin dengan
seorang perempuan Melayu yang bernama Yang Chik binti Haji Kesah berasal dari Sungai
Kertah Pengkalan Balak Melaka. Beliau kemudiannya tinggal di Melaka bersama ibu dan
adik beradik tirinya. Semasa mudanya beliau ialah seorang yang gigih di dalam menghasilkan
tulisan dan pernah bertugas sebagai penterjemah rencana berbahasa Arab dan agama kepada
akhbar Utusan Melayu dan Syarikat Qalam Press pada tahun 1950.

Setelah berhenti daripada Syarikat Qalam Press pada tahun 1962 beliau telah menjadi
penulis bebas yang banyak menghasilkan buku-buku serta karya ilmiah yang masih
digunapakai sehingga ke hari ini. Beliau juga pernah bertugas di Utusan Melayu Singapura
dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1968 beliau telah dipinjamkan daripada Utusan Melayu ke
Jabatan Perdana Menteri untuk menterjemah serta mentafsirkan makna al-Quran. Selain itu
beliau juga sempat menyusun serta menulis hadith-hadith dan kitab-kitab lain. Di antara
kitab-kitab yang dihasilkannya semasa berada di Jabatan Perdana Menteri ialah Tafsir
Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Mastika Hadith, Panduan Mengurus
Jenazah dan sebagainya.
29
Beliau telah meninggal dunia pada 14 Julai 1996 kerana sakit
lemah jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat.
30


Sumbangannya terhadap pengajian Tafsir al-Quran (Tafsir Pimpinan al-Rahman)

Sheikh Abdullah Basmeih pernah menulis Tafsir al-Quran pada setiap bulan semasa
bertugas di Syarikat Qalam Press.
31
Sumbangannya yang paling besar kepada umat Islam di
Malaysia ialah menghasilkan kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman bersama Dato Haji
Muhammad Noor Ibrahim bekas mufti negeri Kelantan. Tafsir ini telah diterbitkan berkali-
kali dan banyak menjadi rujukan kepada umat Islam di Malaysia.
Kitab beliau telah disemak oleh Dato Mohd Noor bin Haji Ibrahim mufti negeri
Kelantan dari tahun 1968 hingga 1987. Kitab ini telah diterbitkan oleh BAHEIS.
32
Proses
penterjemahan dan pentafsiran kitab ini bermula pada 16 Februari 1968 dan telah mengalami
tujuh peringkat yang berasingan.
33
Kitab ini mempunyai banyak keistimewaannya seperti

28
Walaupun begitu beliau telah pun menjadi warganegara Malaysia. Inilah sebabnya penulis memasukkan karyanya di dalam
senarai tokoh tafsir di Malaysia.
29
Op.cit , Wan Ramizah Bt. Hassan , hal 109-159
30
Ibid , hal 173-174.
31
Ibid , hal 127.
32
Ringkasan kepada Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri Malaysia , yang kini dikenali sebagai Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).
33
Peringkat pertama hingga ketiga merupakan proses penterjemahan dan pentafsiran yang dilakukan oleh beliau di antara
1968 hingga ke 1972. Pada mulanya kitab ini telah ditafsirkan dengan sepuluh juzuk pertama dari al-Qurn , diikuti oleh
sepuluh juzuk yang kedua dan ketiga. Pada setiap sepuluh juzuk , kitab tersebut telah dicetak. Beliau juga terpaksa berulang
alik ke Kelantan bertemu dengan Dato Haji Mohd Noor Ibrahim selaku orang yang bertanggungjawab menyemak kitab
tersebut. Peringkat keempat pula ialah proses penukaran versi tulisan jawi kitab itu kepada tulisan rumi. Pada peringkat
kelima , ketiga-tiga jiilid yang dicetak secara berasingan itu telah disatukan dan ianya merupakan cetakan keenam pada
tahun 1983. Pada peringkat keenam pada tahun 1988 , Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri ( BAHEIS ) telah
menukarkan bentuk tulisan ayat-ayat al-Qurn kepada tulisan dengan rasm Uthmani. Pada peringkat yang ketujuh dan

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 8

menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan, bersumberkan bahan
rujukan kitab-kitab yang muktabar, diiktiraf kepenggunaannya, dicetak dalam dua versi jawi
dan rumi dan mempunyai petunjuk ayat yang diambil dari kitab Khula>s}ah al-Quran yang
dikarang oleh Wan Ismail Wan Nawang. Petunjuk ini telah ditambah oleh pihak BAHEIS.
Kitab ini amat meluas penggunaannya di kalangan orang Melayu di Malaysia. Sebagai
contohnya ramai tokoh-tokoh ilmuwan tempatan menggunakan kitab ini sebagai rujukan
mereka di dalam pengajaran. Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga
menerbitkan naskhah khusus kitab ini untuk kegunaan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Ianya juga boleh didapati di perpustakan-perpustakaan Universiti tempatan, jabatan kerajaan,
masjid-masjid serta surau-surau bahkan di seluruh rumah umat Islam di seluruh negara.



KARYA TAFSIR AL-QURA<N YANG MASIH DIAJAR DI KALANGAN ORANG
MELAYU

Penulis mendapati terdapat beberapa kitab tafsir yang agak popular serta banyak
digunakan di kalangan orang Melayu meliputi karya-karya berbahasa Arab dan Melayu.
Penulis menyenaraikan nama 3 buah kitab berbahasa Arab dan 3 buah kitab berbahasa
Melayu beserta satu huraian sebagai contoh.. Di antara kitab tersebut ialah:
1. Tafsi>r al-Quran al-Az}i>>>> m oleh Ibn Kathi>>r.
2. Tafsi>r Jala>layn oleh Jala>l al-Di>n al-Mah}alli> dan Jala>l al-Di>n al-Suyu>t}i
3. Tafsi>r al-Muni>r karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuh}ayli>
4. Tafsi>r Nr al-Ih}sa>n oleh Muhammad Said.
5. Tafsi>r al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka.
6. Tafsir pimpinan al-Rahman oleh Sheikh Abdullah Basmeih


Tafsi>r Jala>layn oleh Jala>l al-Di>n al-Mah}alli> dan Jala>l al-Di>n al-Suyu>t}i.
Pengarang kitab ini ialah 2 orang ulama yang agung iaitu Imm Jala>l al-Di>n al-Suyu>t}i
dan Jala>l al-Di>n al-Mah}alli>. Imm Jala>l al-Di>n al-Mah}alli> ( meninggal dunia 864 Hijrah ) telah
memulakan pentafsiran terhadap kitab ini bermula daripada awal surah al-Kahf sehingga ke
akhir al-Quran iaitu surah al-Ns. Selepasnya datang pula Jala>l al-Di>n al-Suyu>t}i (meninggal
dunia 911 Hijrah ) menyempurnakan tafsiran kitab tersebut. Walaupun disusun secara
berasingan oleh dua orang ulama, kaedah atau metod pentafsirannya adalah sama, kerana
Imm al-Suyu>t}i telah mengikut kaedah yang telah digunakan oleh al-Mah}alli>. Kaedah
penulisan yang digunakan di dalam kitab ini amat ringkas dan padat. Meraka hanya
mengutarakan pendapat-pendapat yang paling kuat sahaja di dalam mengutarakan sesuatu
perbincangan. Selain itu mereka juga akan mendatangkan Irb kepada beberapa ayat dan
perkataan yang dirasakan perlu serta membawakan perbincangan mengenai beberapa Qirat
yang masyhur dan sebagainya. Mereka juga mengelakkan huraian yang terlalu panjang yang
tidak diperlukan di dalam pentafsiran sesuatu ayat.

terakhir pada tahun 1993 , BAHEIS telah menyerahkan urusan kitab tersebut kepada Persatuan Qurra Malaysia. Lihat Wan
Ramizah Hasan , hal 214 -220.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 9

Secara umumnya, kaedah pentafsiran kitab ini yang amat ringkas dan padat
bersesuaian sebagai suatu kitab permulaan di dalam memperkenalkan pengajian Tafsir al-
Quran kepada orang awam. Dalam konteks alam Melayu, para pengkaji tidak dapat
menyatakan dengan tepat bilakah kitab ini mulai sampai ke rantau ini.
Walaupubagaimanapun, kitab ini ternyata telah lama digunakan oleh umat Islam di alam
Melayu berdasarkan kepada penelitian-penelitian yang diperolehi daripada karya awal tafsir
oleh ulama rantau ini. Bukti yang boleh disabitkan dengan kemasyhuran kitab ini di rantau
alam Melayu ialah dengan penemuan beberapa manuskrip di Muzium Negara, Jakarta,
Indonesia. Di antara 40 manuskrip berkaitan dengan Tafsir al-Quran yang terdapat di
muzium, terdapat 8 daripadanya merupakan manuskrip salinan serta ulasan kepada kitab ini.
Sehingga kini, tafsir ini masih lagi menjadi rujukan dan material dalam pengajian Tafsir al-
Quran di beberapa pondok, masjid dan surau di negara kita.




PENGARUH TAFSIR DAN TERJEMAHAN AJARAN AL-QURAN DI DALAM
KEHIDUPAN ORANG MELAYU

1-Penekanan kepada kepentingan membaca al-Quran dengan betul
Budaya ini selaras dengan firman Allah :
( 4 )


Ertinya : Dan bacalah al-Quran secara tartil (perlahan-lahan / bertajwid ).
( Surah al-Muzzammil : 4)

Masyarakat Melayu sememangnya amat menekankan penyuburan budaya ini sejak zaman
berzaman. Contohnya, seseorang yang boleh membaca al-Quran dengan baik akan diberikan
keutamaan untuk memimpin upacara keagamaan. Orang-orang Melayu juga menghantar
anak-anak mereka kepada guru-guru yang dipercayai kebolehannya untuk mengajarkan anak-
anak mereka kemahiran membaca al-Quran. Bagi kanak-kanak yang sudah berjaya
mengkhatamkan al-Quran akan diraikan pula oleh ibu bapa mereka dengan kenduri khatam
al-Quran. Selain itu mereka juga memberikan penghormatan kepada mus}h}af al-Quran dengan
menempatkannya di tempat yang tinggi serta tidak akan menyentuhnya kecuali dengan
berwudhu.
Pihak kerajaan juga memberikan perhatian yang serius untuk memartabatkan al-
Quran seperti dengan menganjurkan pertandingan Tilawah al-Quran dari peringkat
kebangsaan sehingga ke peringkat antarabangsa.
34
Sesetengah negeri seperti Kelantan dan
Selangor telah mengisytiharkan hari turunnya al-Quran atau nuzu>l al-Quran sebagai cuti
umum sebagai menghormati hari tersebut. Malahan pihak penyiaran negara seperti RTM dan

34
Semenjak menganjurkan pertandingan tersebut bermula 1961, nama Malaysia telah harum dengan kejayaan para qarinya.
Di antara qari lagenda dari Malaysia ialah Ustaz Ismail Hashim. Lihat , Hafidzah Abu Hashim ( 2002 ) , Ismail Hashim :
Sumbangannya Dalam Pengajian al-Qurn di Kedah , latihan ilmiah , Universiti Malaya , hal 45 48.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 10

Radio Malaysia juga telah memperuntukkan sejumlah masa tertentu untuk diisi dengan
bacaan ayat-ayat al-Quran pilihan.
35


2-Penekanan kepada kepentingan menghafaz al-Quran

Penghafazan al-Quran merupakan benteng pertahanan yang akan mengelakkan agama
Islam daripada sebarang kemungkinan penyelewengan dan penokoktambahan. Tradisi
menghafaz al-Quran sememangnya telah menjadi nadi penggerak kepada umat Islam
terdahulu. Sebagai contohnya, kebanyakan para sahabat Rasulullah s.a.w dan para ulama
silam merupakan individu-individu yang membaca, menghafaz dan menghayati al-Quran
dengan sepenuh hati. Dengan komitmen sedemikian, mereka telah mencapai kemajuan,
mencipta pembaharuan serta menjulang nama Islam di era mereka. Penyuburan budaya ini
sememangnya bertepatan dengan janji Allah di dalam surah al-H{ijr yang menjamin untuk
menjaga al-Quran sehingga ke akhir zaman :

( 9 )
Ertinya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan
sesungguhnya Kamilah yang akan menjaganya.
( Surah al-H{{ijr : 9 )

Bagi konteks alam Melayu khususnya di Malaysia, penyuburan budaya ini telah
berkembang pesat selepas penubuhan kelas Tah}fi> z}} al-Quran yang pertama di Masjid Negara
pada tahun 1966.
36
Para penghafaz al-Quran telah mendapat tempat yang tinggi pada
pandangan masyarakat dengan gelaran seperti al-H{afi>z} dan sebagainya Selain itu, penulis
mendapati akhir-akhir ini timbul kecenderungan baru di kalangan anggota masyarakat untuk
menghantar anak-anak mereka menghafaz al-Quran di pusat-pusat pengajian Tah}fi>z} al-Quran.
Penulis berpendapat, langkah meramaikan para penghafaz al-Quran yang mempunyai kualiti
sebagai ilmuwan atau pendakwah yang proaktif, berilmu dan berakhlak akan mampu untuk
mengembalikan kegemilangan umat Islam silam. Al-Quran di dada mereka akan menjadi
pemangkin semua cabang ilmu pengetahuan dan benteng utama daripada sebarang perkara
negatif yang melibatkan keruntuhan moral seperti gejala sosial, rasuah, penipuan dan
sebagainya.

3-Penekanan kepada konsep perpaduan, keutuhan tali persaudaraan dan tolong menolong


35
Contohnya pada bulan Ramadhan , pihak RTM telah menyiarkan slot-slot khusus berkaitan dengan bacaan al-Qurn
seperti tadarrus al-Qurn , siaran sembahyang terawih secara terus dari Mekah dan sebagainya. Juga slot rutin bagi
pembukaan siaran rancangan televisyen dengan bacaan al-Qurn oleh beberapa qari terpilih. Lihat , Zulkifli Abdul Ghani (
1998 ), Diffusion of Islamic Message Through Television : The Experience of Television Malaysia , Jabatan Dakwah dan
Kepimpinan , Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia , hal 8-10.
36
Kelas ini ditubuhkan berasaskan saranan bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman. Kelas
tersebut mulai beroperasi dengan generasi pertama pelajarnya seramai 8 orang. Kelas tersebut terus berkembang terus
berkembang pesat sehingga hari ini dengan kompleksnya yang tersendiri di Ampang Pecah , Kuala Kubu Baru Selangor.
Kompleks tersebut dinamakan sebagai Darul Quran , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Lihat Abdullah Bukhari Abdul
Rahim ( 2000), Ilmu Fawa>s}il : Suatu Kajian Tentang Kaedah Pembelajarannya di Darul Quran JAKIM ,latihan Ilmiah ,
Universiti Malaya , Kuala Lumpur , hal 42.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 11


Ertinya : Dan bertolong bantulah di dalam mengerjakan kebaikan serta
ketakwaan. (al-Midah : 2 )


Di dalam ayat lain pula Allah berfirman :

( 10 )
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara ,
maka hendaklah kamu mendamaikan di antara dua saudara kamu.
( al-H{ujurt : 10 )

Begitu juga dengan budaya ziarah menziarahi, menjaga tali persaudaraan keluarga dan
menghormati jiran. Kesemua budaya tersebut menjadikan hubungan persahabatan ataupun
kekeluargaan bertambah erat. Kaum kerabat dan sahabat handai yang dekat dan jauh
senantiasa diingati.
37
Perbuatan mengenepikan jiran tetangga di dalam urusan kenduri
kendara dianggap sebagai suatu perkara yang tidak sopan, apatah lagi untuk tidak
mengundang mereka bersama.
38
Budaya pertukaran juadah atau resepi yang diamalkan oleh
suri-suri rumah terutama sekali di bulan Ramadan boleh ditafsirkan sebagai konsep
menghormati jiran tetangga.
39
Semua budaya positif itu telah digambarkan kepentingannya
oleh ahli bahasa dengan berbagai-bagai peribahasa, di antaranya yang berbunyi bersatu kita
teguh bercerai kita roboh.


4- Penekanan akhlak mulia atau nilai budi pekerti yang baik

Masyarakat melayu juga mengamalkan nilai budi pekerti yang baik serta akhlak yang
mulia. Fenomena ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran
sebagaimana pujian Allah terhadap Rasulullah s.a.w yang digambarkan sebagai seorang
model akhlak yang terbaik :
( 4 )
Ertinya : Dan sesungguhnya kamu (Wahai Muh}}ammad) benar-benar berbudi
pekerti yang agung.
( Surah al-Qalam : 4)


Masyarakat Melayu boleh dikatakan kaya dengan ketinggian nilai budinya.
40

Penerapan akhlak mulia serta budi pekerti yang baik telah merangkumi anggota masyarakat
dari perbagai tahap bermula daripada anak-anak, ibu bapa, suami, isteri, ahli keluarga, kaum
kerabat, jiran tetangga, majikan, pemerintah dan sebagainya. Usaha penerapan tersebut telah
dijalankan semenjak daripada dari zaman kanak-kanak lagi seperti sikap menghormati orang

37
Wan Abdul Kadir ( 2000 ) , Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di Kalangan Orang-orang Melayu , Kuala Lumpur :
Masfami Enterprise , cet. pertama , hal 24 & 92.
38
Ibid , hal 93.
39
Ibid , hal 91.
40
Op.cit , Mustafa Haji Daud , hal 15.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 12

tua,
41
larangan mengambil hak orang, menghormati ibu bapa serta jiran dan sebagainya.
Penyesuaian budaya ini juga merupakan faktor yang memudahkan penerimaan Islam di alam
Melayu.

5- Penekanan kepada budaya ilmu
Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman begitu mementingkan budaya ini sebagai satu
cara untuk memantapkan diri mereka lebih-lebih lagi dengan ilmu-ilmu agama. Fenomena ini
telah diterapkan semenjak kecil apabila para ibu bapa menghantar anak-anak mereka kepada
guru-guru yang dipercayai kebolehannya untuk mengajarkan al-Quran dan amalan-amalan
asas di dalam beribadat seperti cara-cara sembahyang dan sebagainya.

Selain itu mereka juga kerap mengunjungi majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid,
surau, sekolah, rumah pendakwah dan sebagainya. Mereka begitu menghormati para ulama
yang dianggap sebagai pemimpin spiritual mereka yang membentuk kehidupan mereka di
dalam beragama. Segala prinsip tersebut sememangnya telah sedia termaktub di dalam al-
Quran sebagaimana firman-firman Allah :


Ertinya : Allah telah mengangkat darjat orang yang beriman dan orang-
orang yang berilmu dari kalangan kamu beberapa darjat.
(al-Mujdalah : 11)


Walaupun begitu, akhir-akhir ini terdapat beberapa kecenderungan di kalangan orang
Melayu untuk mengkritik para ulama secara sinis dan tidak beradab. Bahkan lebih berani
lagi ada penulis Islam di negara kita mengeluarkan beberapa kenyataan yang menghina
peribadi Rasulullah s.a.w sendiri. Mereka juga beranggapan pemikiran para ulama jumud,
tidak efisyen dan ketinggalan zaman.
42
Mereka menyifatkan para ulama seolah-olah
mengongkong minda masyarakat dengan memonopoli perbincangan agama kepada kelompok
mereka sahaja.
43

Para ulama bukanlah tidak boleh dikritik, tetapi cara untuk melemparkan kritikan itu
perlu beradab dan bersesuaian dengan etika Islam.

Sekiranya etika ini dipegang dengan betul,
institusi ulama sebagai pewaris para nabi akan terus mendapat kedudukan yang baik serta
tidak hilang kewibawaannya. Walaupun kata-kata atau tulisan mereka banyak menyinggung
perasaan,
44
namun secara kritisnya kita perlu mengkaji sebab musabab kenyataan itu
dikeluarkan. Kemungkinan besar kesalahan itu berpunca daripada para ulama sendiri yang

41
Op.cit , Wan Abdul kadir , hal 22.
42
Ada di kalangan mereka mengatakan bahawa pemikiran para ulama menjadi jumud dan susah ditegur kerana oksigen
tidak dapat mengalir ke otak mereka kerana ketatnya serbannya yang mereka pakai. Petikan tersebut berbunyi : Perhaps the
turbans of the mufti are too tight and therefore not enough oxygen is getting into their brains. They are not thinking
straight. Lihat Syed Akhbar Ali , Now The Mufti Blame Hindi Films , The Sun , 21 Februari 2001.
43
Chandra Muzaffar , All have a right to discuss Islam , The New Straits Times , 21 Februari 2002. Petikan artikel tersebut
telah penulis nyatakan pada muka surat ke 37 di dalam bab yang kedua.
44
Di antara beberapa perkataan kasar yang dilemparkan kepada para ulama ialah seperti ulama haprak yang bergelar
ulama hanya kerana membayar yuran dan menyertai persatuan Ulama , atau peniaga agama yang menjual agama dengan
promosi yang menarik. Lihat Syed Akbar Ali , Apabila agama jadi barang niaga, perlu ada diskaun , Berita Minggu , 15
September 2002.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 13

telah menjatuhkan kredibiliti mereka dengan berbagai-bagai kenyataan serta tindakan yang
tidak sepatutnya dilakukan.
45


6 - Penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai alat untuk perubatan tradisional dan azimat

Di antara keunikan alam melayu yang secara terus berhubung kait dengan pengaruh
Islam ialah wujudnya tradisi bomoh dan pawang. Kedua-dua institusi ini berfungsi sebagai
perawat atau doktor tradisional yang mengubat berbagai-bagai penyakit terutama sekali yang
berkaitan dengan penyakit rohani. Di dalam rawatan, mereka menggunakan doa-doa dan
ayat-ayat al-Quran sebagai bahan penyembuh.
46
Mereka percaya kepada keupayaan al-Quran
sebagai penyembuh penyakit berdasarkan ayat firman Allah :

Ertinya : Dan Kami turunkan al-Quran itu sebagai suatu penyembuh dan
rahmat kepada orang-orang yang beriman.
( al-Isr : 82)

Selain itu, mereka juga menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai tangkal atau azimat
yang dipercayai boleh memberikan perlindungan daripada sebarang bencana. Mereka
mempercayai kewujudan khadam atau penjaga bagi setiap ayat-ayat al-Quran.
47
Berbagai-
bagai pertubuhan perubatan tradisional Islam dengan orientasi sedemikian ditubuhkan di
Malaysia oleh beberapa tokoh tempatan seperti Dato Dr. Haron Din dan Dr. Amran
Kasimin. Kedua-dua nama tersebut ternyata sudah tidak asing lagi dalam masyarakat orang
Melayu di negara ini.
48



GAGASAN PENTAFSIRAN SEMULA AL-QURAN

Bertitik tolak daripada isu Ijtihad dan Tajdid inilah, kita mendapati banyak sekali
pemikir moden mengesyorkan supaya al-Quran ditafsirkan semula agar dapat disesuaikan
dengan keadaan masyarakat umat Islam yang senantiasa berkembang. Keperluan kepada
pentafsiran semula ini adalah bagi memenuhi serta menjawab berbagai-bagai permasalahan
baru yang timbul di zaman ini. Pada masa yang sama fungsi al-Quran sebagai pemandu
manusia yang sentiasa berdialog dengan manusia sepanjang zaman juga akan terserlah. Proses
pentafsiran semula al-Quran merupakan sunnah Allah atau tuntutan zaman yang akan
senantiasa berlaku sehingga hari kiamat. Perkembangan gagasan pentafsiran semula al-Quran
ini sebenarnya telah mempunyai asas atau tapaknya yang tersendiri. Di antara asas-asas yang
dikesan telah mempengaruhi perkembangan idea terbabit ialah :


45
Di antara contoh yang dapat penulis utarakan di sini ialah kenyataan seorang ahli akademik Islam dari sebuah universiti
tempatan yang menyifatkan pembayaran kepada ahli agama yang memberikan ceramah adalah suatu keperluan. Lihat
Raihanah Abdullah , Penceramah agama pernah terima sampul kosong , Berita Minggu , 8 September 2002.
46
Nik Aziz Nik Soh ( 1995) Amalan Bomoh Dalam Masyarakat Melayu Ditinjau Dari Perspektif Islam : Sebuah Kajian
Ilmiah di Daerah Tumpat Kelantan , Latihan ilmiah , Universiti Malaya , Kuala Lumpur , hal 39.
47
Zulzilawati bt Abdullah ( 2001 ), Bomoh Dalam Masyarakat Melayu : Satu Kajian Mengenai Peranan dan Pengaruhnya di
Jajahan Bachok , Kelantan Pada Masa Kini , Latihan ilmiah , Universiti Malaya , Kuala Lumpur, hal 29.
48
Di antara Pusat yang terkenal yang telah ditubuhkan oleh Dr. Haron Din ialah Dr al-Syifa di Bangi , Selangor. Lihat
Op.cit , Nik Aziz Nik Soh (1995) , hal 40.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 14

Gagasan Islamisasi ilmu

Gagasan untuk mengislamkan ilmu pengetahuan tercetus berikutan kesedaran untuk
mengeluarkan umat Islam daripada kemunduran. Masalah tersebut telah membekukan
pemikiran umat Islam serta menjadikan mereka pasif dan ketinggalan ke belakang.
Penguasaan teknologi serta ilmu pengetahuan banyak dipelopori oleh pihak Barat dan
sesetengah umat Islam tidak berminat untuk menerima segala ilmu tersebut kerana ianya
telah disadur dengan acuan Barat yang banyak bertentangan dengan prinsip Islam.
49


Di dalam menangani kemelut ini para ilmuwan Islam telah menjalankan berbagai-
bagai usaha untuk mengenalpasti masalah dan penyelesaian terhadap

penyakit kemunduran tersebut.
50
Berbagai-bagai seminar telah diadakan
51
dan hasilnya para
ilmuwan Islam telah mengenal pasti satu perkara yang perlu dilakukan bagi menangani
masalah tersebut iaitu proses pengislaman ilmu pengetahuan.
52
Proses tersebut merujuk
kepada usaha-usaha yang sepatutnya dilakukan bagi memurni serta mengislamkan semua
ilmu pengetahuan moden dengan acuan Islam.

Prinsip yang sama telah diterap masuk ke dalam pengajian Tafsir al-Quran dengan
tujuan untuk menyesuaikan tafsiran al-Quran dengan zaman moden dan menunjukkan
perinteraksian al-Quran dengan perubahan zaman. Perinteraksian itu sudah pasti akan
melibatkan penggunaan berbagai-bagai ilmu moden yang telah dimurnikan dengan neraca
Islam. Oleh sebab itulah, kita dapati beberapa sarjana Islam moden mengambil pendekatan
integrasi di antara ilmu-ilmu moden di dalam pentafsiran al-Quran. Bahkan segala ilmu-ilmu
moden tersebut berjaya mengukuhkan lagi kebenaran ayat al-Quran. Di antara tokoh-
tokoh terkini yang banyak menjalankan usaha integrasi sains moden dengan al-Quran ini
ialah Harun Yahya,
53
Dr. Maurice Bucaille
54
dan beberapa tokoh Tafsir al-Quran di alam
Melayu.
55


49
Di antara pertentangan ini ialah pemisahan di antara falsafah dan sains daripada agama. Agama hanya dikaitkan dengan
sesuatu yang seni dan tidak mampu untuk memberikan keyakinan dan ketenangan. Lihat Syed Muhammad Naguib al-Attas
(1999) , Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu , Kuala Lumpur : ABIM , hal 35. Di antara akibat lain daripada
pemisahan tersebut ialah keutamaan untuk mengejar keuntungan yang telah menghakis sistem nilai dan peranan sebenar
ilmu pengetahuan. Pemisahan itu juga telah melahirkan individu-individu yang hanya mementingkan keuntungan sehingga
sanggup memusnahkan alam sekitar dan menindas golongan yang lebih lemah. Manakala Islam pula telah mengajar semua
kemajuan dan pembangunan yang dikejar mestilah bertujuan untuk mencari keredhaan Allah serta memberi kesejahteraan
hidup kepada manusia dan alam sekitar.
50
Di antara usaha tersebut ialah penubuhan Association Of Muslim Social Scientists pada tahun 1972 dan International
Institute of Islamic Thought. Lihat , Dr Abdul Hamid Abu Sulayman ( 1989 ) , Islamization of Knowledge General
Principles and Work Plan , Virginia , U.S.A : International Institute of Islamic Thought Herndon , cet. kedua , hal xii-xiii.
51
Seminar anjuran Association Of Muslim Social Scientists di Eropah pada tahun 1977 dan Seminar Pengislaman Ilmu
Pengetahuan di Islamabad Pakistan pada tahun 1982. Lihat , Ibid , hal xii & xiv.
52
Selepas seminar pada tahun 1982 di Pakistan , pihak IIIT telah menerbitkan buku Islamization of Knowledge General
Principles and Work Plan yang menjadi panduan ke arah proses Islamisasi ilmu. Lihat , Ibid , hal xiv.
53
Beliau banyak menghasilkan buku-buku yang menghuraikan kebenaran teori yang terkandung di dalam al-Qurn. Di
antara buku-bukunya yang menggunakan pendekatan tersebut ialah Miracles of the Qur'an , Design in Nature , The Miracle
in the Spider , The Miracle of the Immune System , The Miracle in the Ant , The Miracle in the Atom , Allah's Artistry in
Colour dan Deep Thinking. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web rasmi penulis terbabit di
http://www.harunyahya.com ( 19 Januari 2004 ) dan http://store.talkislam.com/books-worship-and-spirituality-books-by-
harun-yahya.html ( 19 Januari 2004 ).
54
Beliau ialah seorang saintis dari Perancis yang telah melakukan kajian di antara ilmu Sains moden dengan teks al -Qurn.
Walaupun penulis tidak dapat memastikan status agamanya , penulis mendapati buku-bukunya seperti The Bible The

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 15


Pengaruh Gelombang Kebangkitan Islam di Seluruh Dunia.

Pengaruh kebangkitan Islam yang bertapak di Malaysia sebenarnya berasal dari Timur
Tengah dan Barat. Pada awal kurun ke 20, gelombang kebangkitan Islam yang datang
daripada Timur Tengah telah bertiup ke seluruh dunia. Malaysia yang mempunyai ramai
penuntut di rantau tersebut, turut sama menerima kesan kebangkitan ini. Pengaruh-pengaruh
pemodenan dan pembaharuan di dalam pemahaman agama seperti gagasan Is}lah} serta Tajdid
yang menyentuh secara tidak langsung tentang pentafsiran al-Quran mulai menyerap masuk
ke Tanah Melayu,
56
begitu juga dengan kesedaran masyarakat untuk membebaskan diri
daripada cengkaman pihak penjajah.
57
Proses ini bertambah rancak dengan penubuhan pusat-
pusat pengajian Islam
58
dan penerbitan beberapa majalah yang menawarkan idea berasaskan
Tajdid agama.
59
Zaman ini juga mempamerkan pertentangan yang hebat di antara golongan
reformis tempatan yang lebih dikenali sebagai kaum muda dengan golongan ulama
tradisional yang dikenali sebagai kaum tua.
60


Pada zaman berikutnya, arah penumpuan intelektual alam Melayu telah bertukar ke
Barat. Perkara ini terbukti dengan kunjungan para sarjana Islam dari alam Melayu khususnya
Malaysia ke Barat untuk menyambung pengajian dan menimba sebanyak mungkin kaedah
dan metodologi saintifik dari Barat. Segala ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu telah
diterapkan ke dalam pengajian Islam.
61

Bahkan mereka yang telah mendapat pendidikan daripada kedua-dua pusat pengajian itu
(Timur Tengah dan Barat) kebanyakannya pulang dan bertugas sebagai tenaga pengajar di
kebanyakan universiti-universiti tempatan.
62

Secara tidak langsung, pengajian Tafsir al-Quran turut sama terkesan daripada
perkembangan ini. Di antara tokoh reformis Timur Tengah yang meniup idea pemodenan dan
pembaharuan di dalam bidang Tafsir al-Quran ialah Muh}ammad Abduh dan Muh}ammad

Quran and Science &The Quran and Modern Science mempunyai banyak signifikan pemodenan dan pembaharuan di dalam
Tafsir al-Qurn.
55
Huraian mengenai penglibatan para tokoh Tafsir alam Melayu akan dapat dilihat pada bab ketiga kajian ini.
56
Mohd Sarim Hj Mustajab ( 1982 ) , Gerakan Islah Islamiyyah Di Tanah Melayu 1906 Hingga 1948 , dalam Malaysia :
Sejarah dan Proses Pembangunan , Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia , cet. ketiga , hal 149-150.
57
Sejarah telah membuktikan bagaimana para pejuang tempatan telah bangkit menentang penjajahan Inggeris. Kebanyakan
daripada mereka adalah para ulama dan tokoh agama setempat seperti Tok Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman
Limbong di Terengganu. Lihat Abdullah Zakaria bin Ghazali , Kebangkitan-kebangkitan Anti British Di Semenanjung
Tanah Melayu , dalam Malaysia : Sejarah dan Proses Pembangunan , Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia , cet.
ketiga , hal 101.
58
Penubuhan sekolah-sekolah agama di awal kurun ke 20 seperti Maahad II Ihya Assharif , Gunung Semanggol Perak ,
Madrasah Diniah Kampong Lalang Padang Rengas Perak dan Madrasah al-Mashhor Pulau Pinang telah memainkan peranan
yang besar di dalam menyuburkan pemikiran Islam di kalangan orang Melayu. Kebanyakan para guru dan pengasas sekolah-
sekolah tersebut adalah anak tempatan yang berpendidikan daripada Timur Tengah dan terpengaruh dengan idea-idea baru
berkaitan kebangkitan Islam seperti Islah dan Tajdid. Lihat Op.cit , Mohd Sarim Mustajab , hal 164-170.
59
Majalah-majalah dan akhbar-akhbar seperti al-Imam dan Pengasoh. Lihat Op.cit , Mohammad Redzuan Othman , hal 7-8.
60
Telah terjadi konflik yang hebat di antara kedua-dua kumpulan tersebut yang melibatkan berbagai-bagai perbincangan dan
perdebatan. Akan tetapi pengaruh kaum muda kelihatan menurun bermula era 1930an. Lihat Op.cit , Mohd Sarim Mustajab ,
hal 151 & 155.
61
Fred R. Von der Mehden ( 1993 ) , Two Worlds of Islam : Interaction Between Southeast Asia and The Middle East ,
University Press of Florida , hal 83-85.
62
Ibid , hal 83.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 16

Rasyid Rid}a.
63
Manakala tokoh Islam nusantara yang berpendidikan dari Timur Tengah pula
ialah Dr. M. Quraish Shihab, Dato Haji Muhammad Noor Ibrahim, Tuan Guru Dato Haji
Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sebagainya.
64
Berdasarkan penelitian ini, isu pemodenan dan
pembaharuan Tafsir al-Quran sebenarnya bukanlah suatu perkara yang asing lagi di kalangan
ahli agama dan akademik di Malaysia. Cuma penulis mendapati kajian terhadap isu ini masih
lagi kurang dalam konteks alam Melayu khususnya Malaysia.
65


Saranan pentafsiran semula al-Quran oleh Tun Dr. Mahathir.
Bagi konteks Malaysia kontemporari pula, gagasan tersebut mulai popular sejak ianya
dicetuskan beberapa kali oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat Tun Dr.
Mahathir Muhammad di dalam beberapa ucapannya seperti semasa di Majlis Pembukaan
ISTAC di Jalan Damansara Kuala Lumpur pada 4 Oktober 1991,
66
di Seminar Antarabangsa
al-Quran kali ke 4 di Kuala Lumpur pada 2 Februari 1994,
67
di Majlis Pembukaan Festival
Kebudayaan Islam Antarabangsa di Pusat Islam pada 17 Jun 1994,
68
di Pusat Pengajian
Islam di Oxford pada 16 April 1996
69
dan di Persidangan Serantau Menghadapi Abad 21 :
Reformasi dan Cabaran Umat Islam Serantau di IKIM, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1997.
70

Pandangan beliau itu telah mendapat reaksi daripada berbagai golongan yang
menyokong
71
dan menentang.
72
Ada yang berpendapat saranan beliau itu terlalu terbuka ,
berani dan boleh membawa kepada beberapa perkara negatif seperti percubaan yang telah
dibuat oleh Othman Ali ketika menghasilkan terjemahan al-Qurannya yang bertajuk
Bacaan.
73
Sebenarnya proses pentafsiran semula al-Quran mengikut kesesuaian semasa perlu
terlebih dahulu mengikut garis panduan yang telah ditunjukkan oleh para ulama Tafsir al-
Quran. Kaedah-kaedah yang telah digariskan oleh para ulama Tafsir al-Quran yang ikhlas
serta berwibawa tidak boleh dikritik dengan sewenang-wenangnya tanpa hujah yang kukuh
kerana mereka adalah pakar di bidang terbabit. Bahkan di dalam bidang lain contohnya

63
Muhammad Abduh telah menyarankan muridnya Muhammad Rasyid Rida supaya melakukan usaha pentafsiran semula
pada sesetengah ayat-ayat al-Qurn. Menurut Muhammad Rasyid Rida, bentuk pentafsiran moden perlu menyampaikan
maksud sebenar penurunan al-Qurn yang bertugas sebagai pembimbing hidup manusia dan tidak perlu meleret-leret dengan
berbagai-bagai tafsiran asing yang menutup maksud sebenar intisari al-Qurn. Lihat , Op.cit , Muhammad Rasyid Rida , hal
7 & 10. Selain itu penulisan kitab Tafsir al-Manr oleh Muhammad Rasyid Rida yang banyak mengutarakan bentuk-bentuk
pentafsiran moden juga boleh membuktikan akan penekanan beliau terhadap isu tersebut.
64
Perbincangan mengenai tokoh-tokoh nusantara akan disebut pada bab ketiga nanti.
65
Secara khususnya , topik ini tidak banyak disentuh oleh para pengkaji sebelum ini. Penulis menyedari kekurangan ini
semasa membuat penelitian terhadap kajian-kajian lepas di dalam isu ini.
66
Annual Bakri Haji Haron & Kamarul Zaman Haji Yusoff ( 2000 ) , Mendekati Pemikiran Islam Dr Mahathir , Kota Bharu :
Pustaka Qamar , cet. pertama , hal 37 43.
67
Op.cit , Hashim Makaruddin , jil 2 , hal 162-163.
68
Op.cit , Annual Bakri , hal 62-68.
69
Op.cit , Hashim Makaruddin , jil 2 , hal 127 - 139.
70
Op.cit , Annual Bakri , hal 111-121.
71
Astora Jabat , Tafsiran al-Qurn dan Kehendak Islam , Mingguan Malaysia , 1 April 2001.
72
Op.cit , Annual Bakri , hal 7-8.
73
Penulis telah menghadapi kesukaran untuk mencari teks asal Bacaan yang telah diharamkan oleh pihak kerajaan. Untuk
keterangan lanjut mengenai pengharaman buku tersebut , sila rujuk fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri
Selangor pada 19hb Oktober 1995 di laman web
www.islam.gov.my/informasi/islam/fatwa_negeri/selangor.html#GOLONGAN%20ANTI-HADITH ( 19 Januari 2004 ).
Walaubagaimanapun sebagai membuktikan kewujudan teks tersebut , penulis telah mengambil keseluruhan terjemahan
Bacaan di laman web www. http://www.e-bacaan.com/index.htm ( 19 Januari 2004 )

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 17

bidang perubatan, bukan semua orang layak untuk mengkritik seseorang doktor tanpa
memiliki pengetahuan yang meluas di dalam bidang yang berkaitan.
Bagi membuktikan kepentingan menjaga kaedah tertentu di dalam menterjemah dan
mentafsirkan al-Quran, penulis akan memberikan satu contoh kesilapan yang telah berlaku
pada terjemahan yang dibuat oleh Othman Ali di dalam kitabnya yang bertajuk Bacaan.
Tanpa berpandu kepada beberapa kriteria penting di dalam menterjemah dan mentafsirkan al-
Quran terutama sekali pendekatan bahasa Arab, beliau telah menterjemahkan ayat ke 7 surah
al-D{uha itu dengan makna :
( 7 )
Ertinya : Tidakkah Dia mendapati kamu sesat , dan memberi kamu petujuk?
( al-D{uh : 7 )
Perkataan sesat yang digunakan pada terjemahan ayat ini sebenarnya terlalu biadap
dan tidak bertepatan dengan maksud sebenar kalam Allah. Maksud perkataan d}llan itu
bukannya sesat tetapi tercari-cari akidah sebenar serta tersilap memahami hukum Allah yang
sebenar, lalu Allah telah memandu baginda ke jalan yang lurus iaitu dengan
menganugerahkan Islam kepada baginda s.a.w.
74
Tambahan pula ayat itu telah ditafsirkan
dengan ayat 51 surah al Syur :

( 52 )
Ertinya : Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (al-Quran )
dengan perintah kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah
kitab ( al-Quran ) dan tidak pula mengetahui apakah iman , tetapi Kami
menjadikan al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang
Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
(al-Syur : 51 )

Jikalau dirujuk kepada terjemahan al-Quran menurut bahasa Indonesia yang keluarkan
oleh kerajaan Arab Saudi, perkataan d}llan telah diterjemahkan dengan makna bingung
75

bukan sesat. Tindakan Othman Ali telah mendapat reaksi banyak pihak dan secara umumnya
buku tersebut telah ditolak oleh kaum Muslimin di Malaysia.
76
Keadaan ini berlaku kerana
beliau tidak mengikuti saluran yang sebenar di dalam menterjemahkan al-Quran.




74
Dr. Wahbah al-Zuhayli ( 1991 ), al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariah Wa al-Minhj, Bayrt : Dr al- Fikr al-
Muasir & Damsyiq : Dr al- Fikr , cet. Pertama , jil 30 , hal 282-283 & 286.
75
Terjemahan tersebut berbunyi : Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung ( kebingungan untuk
mendapatkan kebenaran yang tidak biasa dicapai oleh akal , lalu Allah menurunkan wahyu kepada Muhammad s.a.w ) lalu
Dia memberikan petunjuk. Lihat Al-Qurn dan Terjemahnya , Madinah : Mujamma Khdim al-H{aramayn al-Syarifayn ,
hal 1070
76
Pihak Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri ( sekarang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
atau JAKIM ) telah menjelaskan beberapa kesilapan yang nyata di dalam terjemahan yang dihasilkan oleh Othman. Untuk
keterangan lanjut sila lihat , Zulkarnain Zakaria , Bertindak Tanpa Fatwa Rasmi , Utusan Malaysia , 19 Julai 1995. Pihak
pembangkang ( PAS ) juga mempunyai pendapat yang sama terhadap terjemahan ini. Lihat , Mazlan Ohkom , Othman Ali
Boleh Dihukum Mati Hadi , Utusan Malaysia , 19 Julai 1995.

TAFSIR DAN TERJEMAHAN AL-QURAN, 21 FEB 2013 Page 18

KESIMPULAN

Pengajian Tafsir dan Terjemahan al-Quran telah memainkan peranan yang penting di
dalam membentuk struktur sosial masyarakat Melayu. Pengaruh-pengaruh daripada pengajian
tersebut telah meresap masuk dan digunapakai secara meluas di dalam kehidupan mereka
sejak zaman berzaman. Bahkan, sejarah perkembangan pengajian Tafsir al-Quran di rantau ini
sebenarnya telah bermula seawal zaman kesultanan Melayu Acheh dan berkesinambungan
sehingga ke hari ini. Ramai tokoh pentafsir Melayu telah muncul di sepanjang zaman dengan
karya-karya mereka. Perkembangan ini juga disemarakkan lagi oleh kebanjiran karya-karya
tafsir dari dunia Arab yang banyak mendedahkan ajaran Islam melalui pengajian Tafsir al-
Quran. Mereka juga mulai menyedari kepentingan ilmu ini sebagai alat atau pembimbing
mereka di dalam memahami al-Quran.
Secara umumnya aspek-aspek pemodenan dan pembaharuan yang wujud di dalam
pengajian Tafsir al-Quran di kalangan orang Melayu boleh dibahagikan kepada dua iaitu (1);
penggunaan teknologi terkini untuk memantapkan pengajian Tafsir al-Quran dan (2); aliran
pentafsiran baru dan bersifat moden yang bersesuaian dengan perkembangan zaman ini.
Kegiatan-kegiatan pembaharuan yang telah dijalankan oleh para pentafsir Melayu di dalam
karya-karya mereka agak memberangsangkan dan bertepatan dengan kehendak masyarakat
yang datang daripada berbagai-bagai tahap pemikiran. Walau bagaimanapun semua usaha
mereka ini hanya terbatas di dalam karya-karya mereka sahaja dan tidak disebarkan secara
meluas kepada masyarakat dalam erti kata yang sebenar, penulis berpendapat segala usaha
mereka yang berpisah-pisah dan berasingan itu perlu disatukan di bawah satu payung yang
akan menambah peluang pembelajaran masyarakat kepada pengajian Tafsir al-Quran.


RUJUKAN:

al-Dhahabi, Muhammad Husayn ( Dr.), ( t.t ), al-Tafsir Wa al-Mufassirn, Bayrt : Dr al-
Arqam ibn Abi al-Arqam.
al-Qaradawi, Ysuf ( Dr.), ( 2000 ), Kayf Natamal Ma al-Qurn al-Azim, Qhirah : Dr
al-Syurq, cet. kedua.
al-Qat}t}a>n, Mann ( 2000 ), Maba>h}ith Fi> Ulm al-Qurn, Bayrt : Muassasah al-Rislah,
cet. ketiga.
al-Rzi> , Muh}ammad ibn Umar ( t.t ), Tafsi>r al-Kabi>r Aw Maftih} al-Ghayb, Mis}r: Iltizm
Abd al-Rah}ma>n Muh}ammad, cet. pertama
al-Suyt}i>} , Abd al-Rah}ma>n ibn Kaml al-Di>n (1976 M / 1396 H ), T{abaqt al- Mufassiri>n,
Qhirah : Maktabah Wahbah.
Ibn Kathir, Ismil ibn Kathir (1939), Tafsir al-Qurn al-Azim, Bayrt : Dr al-Marifah.
Rid}a>, Muh}ammad Rasyi>d ( t.t ), Tafsi>r al-Qurn al-Haki>m al-Syahi>r Bi al-Tafsi>r al-Manr,
Dr al-Fikr, cet. kedua.
Syari>>f, Muh}ammad Ibra>hi>m ( Dr.), ( 1982 ), Ittijht al-Tajdi>d Fi> Tafsi>r al-Qurn al-
Kari>m Fi> Mis}}r, Qhirah : Dr al-Turth , cet. pertama.
Wan Ramizah Bt. Hassan ( 2000 ), Sumbangan Syeikh Abdullah Basmeih Dalam Bidang
Tafsir : Suatu Tumpuan Kepada Kitab Tafsir Pimpinan al- Rahman, Tesis sarjana,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.