Anda di halaman 1dari 19

Nurul Syahirah Faten Bt Zolhaini

7 PISMP Pengajian Melayu


IPG KSM
Pada tahun 1949, George Peter Murdock
cuba mendefinisikan keluarga sebagai
satu kumpulan sosial yang mempunyai
ciri-ciri umum seperti kediaman, kerjasama
ekonomi, dan pembiakan manusia
beliau menambah bahawa keluarga
terdiri daripada dua orang dewasa yang
berlainan jantina, yang berhak
mengadakan hubungan kelamin dan
mempunyai seorang atau lebih anak.


Keluarga itu sebagai satu institusi manusia
universal yang mengandungi satu kumpulan ahli
yang berstruktur dengan fungsi khusus untuk
mensosialisasikan kanak-kanak yang baru
dilahirkan (Reiss, 1980).
Definisi ini cuba menentukan siapakah ahli
keluarga dan apakah yang dilakukan oleh ahli
keluarga. Ini merupakan fungsi utama
keluarga.
Kamus Dewan (1989:573) pula
mentakrifkan keluarga sebagai, seisi
rumahtangga yang terdiri daripada suami
dan isteri sahaja, atau berserta anak-
anak.
Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu
dibahagikan kepada dua kelompok:

Menerapkan sistem kekeluargaan dwisisi
(bilateral)
Menerapkan sistem kekeluargaan nasab ibu
(matrilineal), yang digunakan oleh orang
Minangkabau Malaysia.

Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok
tersebut menganut agama Islam, maka
sistem kekeluargaan Melayu itu banyak
dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Orang Melayu melakukan perkahwinan
monogami dan poligami. Bentuk
perkahwinan endogami (pipit sama pipit,
enggang sama enggang), eksogami juga
terjadi, malah di sebahagian tempat
diutamakan. Perkahwinan campur juga
ada. Semua perkahwinan Melayu
dijalankan mengikut peraturan dan
undang-undang perkahwinan Islam
(Mazhab Syafi'i).

CONTOH AMALAN DALAM SISTEM
KEKELUARGAAN MELAYU
Hormat-menghormati
Yang muda disayangi, yang tua
dihormati
Apabila kamu dihormati dengan suatu
penghormatan, maka balaslah
penghormatan itu dengan yang lebih
baik, atau balaslah (dengan yang
serupa). Sesungguhnya Allah
memperhitungkan segala sesuatu. (An-
Nisa Surah ke 4: Ayat ke 86)
1. Contohnya, melalui panggilan yang
sesuai dengan status atau pangkat dalam
ahli keluarga.
Gelaran yang digunakan bertujuan
merapatkan silaturahim.
Contoh panggilan, along, angah, alang,
anjak, usu.
2. Bersalaman
Bersalaman dengan orang yang lebih tua
adalah tanda hormat bagi masyarakat
melayu.
Antara adab bersalam :
Tangan memegang erat
Mata memandang tepat ke mata orang
yang disalami
Bibir mengukirkan senyuman
Hati mendoakan kesejahteraan orang
yang disalami.

Amalan makan dalam
keluarga
Waktu makan bersama bukan saja
menjadi saat penting untuk membina
ikatan keluarga malah dapat adab
sopan ketika makan.

Kalau anda perhatikan, adab di meja
makan kini semakin hilang terutama di
kalangan generasi muda. Ramai anak-
anak lebih suka menikmati makanan di
depan televisyen. Jika makan di meja,
ada yang tergesa-gesa menghabiskan
makanan kerana mahu menonton
rancangan kegemaran mahupun
sambung mengadap permainan
komputer.
Ketika inilah anda boleh menetapkan
disiplin atau peraturan di meja makan. Ini
termasuklah mengajar anak-anak
menyiapkan meja makan, makan
perlahan-lahan (dan kunyah makanan
hingga lumat sebelum ditelan) serta
melatih mereka mengemas selepas siap
makan.
ISU DALAM INSTITUSI
KELUARGA

Anda mungkin juga menyukai