Anda di halaman 1dari 1

Lampiran B

Johari Bin Arshad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Salleh dilahirkan di pada
Mac 1944 di Kampung Kundang Ulu Muar Johor. Beliau mendapat pendidikan awal
sehingga Darjah Khas Sekolah Umum. Pak Salleh mula mempelajari seni muzik ghazal
ini seawal umur 11 tahun dan mendapat tunjuk ajar daripada bapanya sendiri. Sekitar
awal tahun 70 an Pak Salleh menubuhkan kumpulan ghazalnya sendiri yang bernama
Sri Wana dan beliau adalah merupakan pemimpin bagi kumpulan tersebut. Pada tahun
1986 beliau berhijrah dari Kampung Kundang Ulu ke bandar Muar kerana mengikuti
isterinya yang diarahkan bertugas sebagai kerani di pejabat Jabatan Kerja Raya. Di
Muar beliau menubuhkan pula Kumpulan Ghazal Sri Muar dan bertahan sehingga ke
hari ini. Kumpulan Ghazal Sri Muar di bawah pimpinan Pak Salleh telah banyak
menempa kejayaan antaranya, juara tiga tahun berturut-turut dari tahun 2001-2003
Pertandingan Ghazal Johor Peringkat kebangsaan. Selain itu kumpulan Sri Muar
mendapat banyak undangan majlis-majlis resmi terutamanya dari Kerajaan Negeri
Johor. Berdasarkan kredibilitinya serta ketokohannya dalam seni muzik ghazal pada
tahun 1998 beliau telah dilantik oleh Yayasan Kesenian Johor sebagai salah seorang
jurulatih yang menjalankan program pengajaran ghazal dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah-sekolah Negeri Johor. Kejayaan paling manis apabila sekolah di bawah
bimbingannya, SMK Tun Mamat menjadi Johan Pertandingan Ghazal Johor kategori
sekolah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006. Kini beliau merupakan salah seorang
pengadil bagi pertandingan Ghazal yang dianjurkan oleh Yayasan Kesenian Johor.

Anda mungkin juga menyukai