Anda di halaman 1dari 2

SARAPAN PAGI

Sarapan pagi adalah sesuatu yang amat penting Setelah lebih kurang 5-7 jam
kita tidur, dan sebenar banyak tenaga dihabiskan sewaktu kita tidur. Ya, sewaktu
kita tidur pun banyak tenaga digunakan. Kira-kira seketul ayam goreng nilai tenaga
yang digunakan. Sewaktu kita tidur tenaga digunakan untuk tumbesaran dan
seumpamanya.

Jadi kehilangan tenaga yang banyak memerlukan kita mengantikan dengan bekalan
tenaga yang baru secepat mungkin atau di awal pagi kerana kita akan menjalani
kehidupan yang lebih aktif di siang hari. Pelbagai aktiviti dilakukan dan sudah tentu
banyak tenaga yang diperlukan.

Rugi jika tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan
menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama
untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian
terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan
berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang
lebih baik.

Berapa kuantiti yang sarapan yang diperlukan?
Kuantiti pemakanan harian yang diperlukan adalah mengikut keperluan individu.
Tetapi bagi saya, saya suka makan banyak di waktu pagi.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan
tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di
antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Pemilihan sarapan

Hidangan untuk sarapan haruslah seimbang, mudah dan cepat disediakan supaya
tidak perlu berkejar masa untuk menikmatinya.

Sarapan sihat sebaiknya mengikuti pola makanan seimbang yakni komposisi
karbohidrat 60-68 peratus, protein 12-15 peratus, lemak 20-25 peratus, dan serat
10-15 gram. Selain itu, porsi sarapan juga minima mencapai 20 hingga 25 peratus
dari jumlah keperluan kalori selama satu hari.

contoh sarapan pagi cara timur



contoh sarapan pagi cara barat

Anda mungkin juga menyukai