Anda di halaman 1dari 14

Kaedah pemusatan guru

Kaedah pemusatan murid



Kaedah pemusatan bahan
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID


- Guru sebagai penyampai utama maklumat berkenaan bidang
tertentu


- Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai
sesuatu yang penting


- Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


- Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu
mengajar yang akan digunakan dalan P&P.


- Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian terhadap
prestasi pelajar


- Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas.


- Pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira.


- Guru sebagai fasilitator


- Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik
minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.


- Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu,
kumpulan dan kelas.


- Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran
melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.


- Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan
sumber dan aktiviti pembelajaran.


- Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar
bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.


- Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan
pelajar.


- Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif


- Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan
panduan guru.


KAEDAH PEMUSATAN GURU
Contoh kaedah yang digunakan oleh guru:

1. Kuliah masteri, demonstrasi, dan bercerita,
latih tubi


2. Catatan nota guru menulis, pelajar
mendengar dan menyalin dalam buku


3. Satu sumber rujukan buku teks


4. Lokasi pembelajaran terhad di dalam kelas


5. Penerangan dan membuat latihan


6. Memberikan dan menyampaikan maklumat


7. Mengajarkan prosedur (SOP)


8. Membina kemahiran langkah demi langkah
KAEDAH PEMUSATAN MURID
Contoh kaedah yang boleh digunakan dalam
kelas :


1. Sumbang saran dan debat


2. Main Peranan, kerja lapangan dan projek.


3. Pelbagai sumber rujukan ensiklopedia,
internet, pemerhatian


4. Lokasi pembelajaran yang pelbagai makmal
komputer, padang sekolah, dewan


5. Penerangan dan praktikal


6. Pengajaran oleh rakan sebaya


7. Guru mencapai setiap pelajar dalam aktiviti
berkumpulan kecil
Pembelajaran Berpusatkan Guru
Kebaikan
Membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu
pengetahuan yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid.

Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat yang tidak dapat
dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam
mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh
pengalaman guru.

Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topik tersebut.

Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk
membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan
pelajaran yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan
yang baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu.

Kelemahan
Penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru gagal
untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan
guru.
Guru perlu mengakui bahawa keupayaan
pengajaran secara terus sebenarnya terbatas
untuk membolehkan murid mengembangkan
sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir
secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan
murid untuk belajar atau bekerja dalam
kumpulan.
Pembelajaran berpusatkan murid
Kebaikan
Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam
pelajaran mereka.

Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan
bukan dipaksakan oleh murid.

Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator.

Strategi ini dapat menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya
membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah.

Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya pengalaman
pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.

Kelemahan
Bersifat tumpuan pembelajaran.
Tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan
mengambil masa yang panjang jika dibandingkan
dengan pengajaran secara langsung.
Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk
mengawa pembelajaran murid-muridnya dan
kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa
ketidakselesaan di kalangan murid.
Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa
pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai
objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Pembelajaran berpusatkan bahan
CiriCiri Kaedah Pemusatan Bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan
pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau
murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan
bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran
menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif
pengajaran.
Dapat membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk
semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti
pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.

Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui
kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan
pembelajaran.

Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar.
Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat
dikaitkan dengan situasi yang konkrit

Bahan pengajaran
Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta,
model, graf, peta, gambar, slaid, radio,
perakam pita, video, televisyen dan projektor.
Bahan pembelajaran
Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran
seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang,
bahan bercetak dan komputer.

Penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran juga telah semakin berkembang dalam program
pendidikan khas.

Gearheart dan Gearheart (1989), Hawkridge dan Vincent (1992)
serta Mather dan Bos (1994), sependapat menyatakan bahawa
murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku memperolehi
pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer.
Ia mungkin disebabkan oleh kaedah ini memaparkan sesuatu yang
baru dan menarik perhatian.