Anda di halaman 1dari 1

Namaku Iphone4.

Aku dilahirkan di USA tetapi dipasang semula di sebuah kilang di


Petaling Jaya. Badanku diperbuat daripada logam, plastik, dan barang-barang
elektronik. Kemudian aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang cantik. Aku
sungguh bangga kerana aku merupakan telefon bimbit berjenama dan popular di
Malaysia.
Suatu hari aku telah dibawa dan di hantar ke sebuah syarikat pengedar telefon terkenal
di Cheras. Aku ditempatkan dalam sebuah kedai dan dipamerkan bersama rakan-
rakanku dari jenama yang lain.
Setiap hari ramai pengunjung yang datang ke kedai itu. Ada yang meminatiku
dan menanyakan perkhidmatan yang aku tawarkan. Akhirnya aku dibeli oleh seorang
anak muda bernama Syafiq dengan harga RM2500. Aku disimpan di dalam poket
bersama beberapa barang berharga yang lain. Aku sangat teruja apabila Syafiq
menggunakanku untuk berhubung dengan rakannya,menghantar pesanan ringkas,
mengambil gambar mendengar muzik dan kadang-kala bermain permainan.
Aku benar-benar gembira berkhidmat untuk Syafiq. Ada berbagai-bagai
kegunaan aku tawarkan untuk Syafiq termasuk kemudahan halaman sosial. Pada
mulanya Syafiq menggunakan aku dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimana pun
beberapa tahun kemudian aku mulai dijaga dengan kurang cermat dan kadang kala
pernah terhempas beberapa kali. Namun aku bernasib baik kerana dilindungi dengan
kulit logam dan plastik sintetik bermutu tinggi.
Suatu hari aku tiba-tiba tidak dapat berfungsi dengan baik dan kerap mengalami
kekejangan. Syafiq telah berjumpa ayahnya dan mengadu bahawa telefonnya telah
tidak berfungsi lagi. Kemudian ayahnya telah membeli sebuah telefon baharu untuknya
yang bernama Iphone5.
Akhirnya aku disimpan dengan baik di dalam sebuah laci. Walaupun aku tidak
digunakan lagi oleh Syafiq namun aku berasa amat berbesar hati dapat berkhidmat
dengan baik kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai