Anda di halaman 1dari 13

Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah


tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga
tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam
sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk
mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah
yang dimaksudkan dengan pentadbiran.
Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu
corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan
mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan
pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah
satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran
sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk
mencapai matlamat.
Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan
Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui
cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi
dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan
individu-individu menikmati kehidupan yang baik.
Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public
Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal
pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-
kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif
yang ditetapkan.
Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk
Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan
ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi
memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Definisi lain ialah:
- Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi lain.
- Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para pensyarah terutama
Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain.
- Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia
dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi. Kesemua bidang ini berkaitan
dengan pentadbiran pendidikan.
Jadi secara ringkasnyamatlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk
meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan
pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang
lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan
ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.
Dalam organisasi.konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar
ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama denganpentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu
institusi yang melibatkanperancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih
memberantkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.Walaubagaimanpun ramai bersetuju
pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya.Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan
ialah :
-Pengendalian
-Matlamat
-Kualiti/mutu
- Keberkesanan
- Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia

















Tugas Pentadbiran Sekolah
Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran sekolah, tetapi
hanya tiga yang di ambil iaitu :
1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )
2. Clark (1977)
3. Kimbraugh & Nunnery (1976)
1.
L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )
Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran sebagaiPOSDCORB . Akroni ini diwujudkan dengan merangkumkan
huruf-huruf pertama perkataan -perkataan : planning {P},organizing {O},staffing {S},directing
{D},coordinating {CO}, reporting {R},dan budgeting {B}.Penerangan lanjut adalah seperti berikut :
1.Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara
melaksanakannya.
2.Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang
pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang.
3.Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik pengawai baru atau melatih pegawai
yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan.
4.Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan
tunjuk ajar kepada kakitangan.
5.Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan
atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian.
6.Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau
bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian.
7.Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan
dari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan.
2. Clark (1977)
Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan membuat
keputusan. Clark juga telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada :
1. Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi
2. Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan
cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab.
3. Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan
dalam matlamat dan polisi .
4. Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan
juga di luar organisasi.
5. Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program.
6. Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel
kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain.
3









7. Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan
perbelanjaan wang.
8. Menilai prestasi.
9. Mewujudkan proses kawalan mutu kerja. Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan ,
komunikasi, mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan tugas- tugas
pentadbiran ( lihat rajah di bawah).
Rajah 3.1 Proses Pentadbiran Sekolah
Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan
yang telah diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai
kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.
3.
Kimbrough dan Nunery (1976)
4
Merancang
Membuat keputusan
Komunikasi
Mengawal
Menilai


Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah.
2. Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan khidmat
bimbingan.
3. Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan cadangan
alternatif.
4. Merancang dan melaksanakan perancangan.
5. Menilai kemakmuran.
Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat keputusan
tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan ,
mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh
mendorong kakitangan , mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian
antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi.
Tugas Pengurusan Sekolah
5
Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran
yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling
melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan
yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.
Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan
aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja
dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara
langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran
pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama.
Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan
diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat
dengan keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah
yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat
dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu
memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.
Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara,
peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang
6
dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan
jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang
berdaya tahan.
Peranan Guru Besar
Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi
pendidikan ialah:

memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara
yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.

membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika
melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang
dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat
pendidikan tersebut.

memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat
memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara
tersurat atau tersirat.

mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-
cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.

membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan
semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran
berkomunikasi.

menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-
cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk
menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.
Peranan Guru
Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati
di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui
pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.
Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam
proses pembelajaran.

Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang
bersikap positif, kreatif dan inovatif.

Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan
serta bersistematik.
7
Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan
pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori,
pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap
pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang
peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat
penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat
bekerjasama dalam satu pasukan.

Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai
kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.

Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang
rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.

Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej
kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek
motivasi diri.
Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di
pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan
juga aktiviti-aktiviti sosial.
Kurikulum Sekolah
Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid
secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya,
kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan
penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang
dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.
Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan
setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
8
Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran,
penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-
aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-
bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum
di peringkat sekolah.
Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat.
Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan
dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara-
perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-
bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang
tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan
dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan.
Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai
pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah
tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan
persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi
dan kepercayaan seseorang murid.
Panitia Mata Pelajaran
Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan
pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan
kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan
mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan
pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan
rohani murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga
mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah
ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan
kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP
juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan
persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.
Fungsi dan peranan PMP sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:

memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang
diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas.

memilih dan mencadangkan kepada guru besar buku teks untuk digunakan oleh
murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut.

memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan
9
pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di
pusat sumber sekolah.

menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang
penggunaannya kepada pelajar.

menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi
tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.

mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap
peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru.

merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam
hal-hal berkaitan profesional perguruan.

membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas.

membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan
peruntukan yang diberi.

merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid
dari masa ke semasa.
Gerakerja Kokurikulum
Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus ada
perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan
rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan
juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga
bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana
masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu.
Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:

menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan
murid-murid.

memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-murid.

mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam
sekolah dan di antara sekolah-sekolah.

membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.

membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan
menggembirakan.

membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah
dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
10
Kewangan Sekolah
Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar.
Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peraturan
ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan
penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara
betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan
sekolah.
Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar
untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya dapat
menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi kepada sekolah dan lain-lain wang
sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada
sekolah amnya.
Fizikal Sekolah
Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur yang lain seperti pejabat, pusat sumber sekolah
(PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan, kawasan
rekreasi memainkan peranan dalam membentuk sekolah itu sebagai sebuah organisasi
pendidikan.
Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini
letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga
perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang
berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan
masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong
kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar.
Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan maklumat
dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-satunya punca
pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih berperanan sebagai fasilitator
pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab dengan memberi kesempatan
kepada murid menggunakan keupayaannya secara optimum. Peranan murid pula diubah
dari pada pasif kepada penglibatan dan pelakuan yang aktif. Di antara kemudahan-
kemudahan yang disediakan di pusat sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa,
bahan-bahan cetak, carta, peta, transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan
pelbagai koleksi buku bacaan.
Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani
dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan jasmani
11
sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan
individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di antara objektif
umum pendidikan jasmani ialah:

memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental,
sosial dan emosi.

menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari dan
lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif.

menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas
gimnastik.

mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam
persekitaran.

mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.

merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di
dalam dan di luar sekolah.

menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan menyedari peranan sukan
dalam kegiatan masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian sebagai
perserta atau penonton.
Peraturan Sekolah
Di antara ciri-ciri organisasi yang baik ialah mengadakan peraturan. Peraturan dalam
organisasi pendidikan ditujukan kepada semua ahli yang ada dalam sekolah iaitu guru
besar, penolong-penolong kanan, guru-guru, kakitangan bukan guru dan juga kepada
murid-murid. Kesanggupan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan itu
menjadikan organisasi itu berdisiplin.
Disiplin dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan
mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu
dengan dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan
mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain,
kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat
tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha
yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat .
Disiplin ke atas murid akan menjadikan murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin
diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah
mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat sekolah yang bertatasusila,
bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan
individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat
yang bergerak ke arah kemajuan.
12
Kepentingan mewujudkan suasana persekolahan yang sihat sememangnya tidak dapat
dinafikan lagi. Kecemerlang murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor persekitaran
pembelajaran dan persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor ini saling
berinteraksi antara satu sama lain. Alam sekeliling memberi peluang pelaksanaan seluruh
potensi murid. Suasana keceriaan yang dibina itu memungkinkan perkembangan
maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek murid.
Keadaan persekitaran sekolah juga termasuk dalam pendidikan. Murid-murid yang
didedahkan dengan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan
membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Matlamat utama keceriaan sekolah
ialah:

Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat,
bersih dan indah.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan
pembelajaran.

Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya
mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.

Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan
masyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha keselamatan,
kebersihan dan keindahan.

Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-
sekolah,
Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar
tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada
guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing.
Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting
dalam program keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin
kepada peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai
kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta
sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.
Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar yang
cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama yang
dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar dipelihara dalam
keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam sekitar, yang dilekatkan
dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman
Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum
matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai
kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslah
diutamakan.
Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga
diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru,
14
para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk
membantu murid-murid yang tidak berkemampuan.
Sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman misalnya, mempunyai dusun buah-buahan
seperti durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan petai. Paya-paya dan anak-
anak sungai di kawasan dusun dikekalkan kecantikan dan keasliannya dengan pokok
rumbia, bemban dan pokok-pokok hutan paya yang lain. Di samping itu boleh
dipelbagaikan kegiatannya, seperti taman perubatan, dataran minda, rumah tradisional,
mini muzium serta laluan refleksi. Koleksi bahan-bahan antik yang boleh dikumpulkan
daripada penduduk setempat, dipamerkan dan dijadikan mini muzium.
Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah
Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat
bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick
Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific
Management(1911).Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank
Gilberth.
Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada
tahun 1900.Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat
profesionalisme dalam pengurusan.Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar
sbagai bapa pengurusan SAINTIFIK.Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat
mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel
Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.
Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:
1.
Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan
2.
Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak.
3.
Gaji seimbang dengan kerja
4.
Perlu memotivasikan pekerja.
5.
Masa yang standard bagi semua pekerja.
6.
Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran.
7.
Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja.
8.
Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan.
9.
Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerj.
Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan
demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk
mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecil
selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.Pentadbir sekolah
bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu
mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang terlibat
dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak
tindakan yang perlu dilaksanakan.
15
RUJUKAN
a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd
b. Mohd Salleh Lebar (2000),Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di
Malaysia,Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd.
c. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
d. Ahmad Kilani Mohamed(2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai.
e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai