Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

Tugasan individu ini adalah sebagai syarat bagi melengkapkan pengajian
kursus GMGM 3043 Pembangunan Organisasi, Pengajian Jarak Jauh, Universiti
Utara Malaysia. Dalam tugasan ini pelajar dikehendaki memilih organisasi yang
dikenali serta menjalankan diagnosis di semua peringkat seperti organisasi,
kumpulan dan individu. Hasil diagnosis disediakan dalam bentuk laporan dalam
tugasan ini.
Perubahan dalam organisasi adalah penting bagi menjamin kelangsungan
sesebuah organisasi itu dan menentukan organisasi masih releven pada masa
hadapan. Perubahan juga merupakan satu subtopik yang penting dalam kajian
pembangunan organisasi. Perubahan organisasi ialah satu keadaan di mana
struktur, teknologi dan manusia dalam organisasi bertukar bentuk. Konsep
perubahan dalam organisasi merangkumi perubahan yang kecil sehingga ke
keseluruhan organisasi. Pendek kata perubahan organisasi ialah proses transformasi
dalam organisasi. Dalam konteks ini, proses tersebut merujuk kepada asas
perombakan pengoperasian sesuatu organisasi (McNamara, 1999). Oleh kerana
perubahan selalu terjadi dan pasti akan selalu terjadi, pimpinan organisasi di
samping harus memiliki kepekaan terhadap perubahan-perubahan yang terjadi di
luar organisasi dan di dalam organisasinya.
Menurut Clark (1994), Pembangunan Organisasi (OD) pula suatu pengurusan
sokongan atas ke bawah, usaha jangka masa panjang untuk memperbaiki proses
pembaharuan dan penyelesaian masalah organisasi, terutamanya melalui diagnosis
yang lebih efektif dan kerja sama serta penekanan yang lebih kepada kerjasama
kumpulan yang formal, kumpulan sementara dan budaya antara kumpulan dengan
bantuan seorang perunding, fasilitator serta penggunaan teori dan teknologi untuk
sains kelakuan aplikasi termasuk penyelidikan kelakuan.






2.0 DIAGNOSIS
Diagnosis organisasi adalah satu proses yang berdasarkan teori sains tingkah
laku untuk umum memasuki sistem manusia, mengumpul data yang sah mengenai
pengalaman manusia dengan sistem itu, dan memberi makan maklumat yang
kembali kepada sistem untuk menggalakkan pemahaman yang meningkat sistem
dengan ahli-ahlinya. Tujuan diagnosis organisasi adalah untuk mewujudkan
pemahaman yang dikongsi oleh sistem dan kemudian untuk menentukan sama ada
perubahan adalah wajar (Alderfer, 1976).
Secara umumnya diagnosis dalam konteks organisasi boleh dikatakan
sebagai satu proses untuk menilai keadaan semasa sesuatu organisasi itu dan juga
bagaimana organisasi itu berfungsi bagi mencapai maklamat yang ditetapkan.
Diagnosis juga melibatkan proses-proses pencarian maklumat, menilai kekuatan dan
kelemahan, menilai kapasiti organisasi semasa dan merekabentuk usaha-usaha
perubahan berdasarkan hasil daripada maklumat analisis itu.
2.1 Tujuan Diagnosis
Menurut Deeper.A (2001), terdapat (4) tujuan utama untuk menjalankan
diagnosis di organisasi iaitu:
Menilai keadaan semasa dan mengenalpasti masalah serta isu
semasa yang ada dalam organisasi
Mebolehkan maklumat diberi kepada ahli-ahli dalam organisasi dan
mendapatkan maklumambalas
Selepas mengenalpastipasti malalah dan isu, program perubahan
dapat dirancang.
Menilai, mengawai dan memantau usaha-usaha perubahan yang
dilakukan sebelum ini.






3.0 LATARBELAKANG ORGANISASI DIPILIH
Organisasi yang dipilih adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut (IPD
Jerantut), Pahang memandangkan saya sendiri bertugas di organisasi ini dan
mengenali organisasi ini secara mendalam. Polis Diraja Malaysia adalah sebuah
badan beruniform di Malaysia dan diletakkan dibawah kerajaan persekutuan.
Memandangkan organisasi ini adalah berpusat di Bukit Aman Kuala Lumpur dan
sebuah organisasi yang sangat besar iaitu kakitangan seramai 137,000 orang, maka
diagnosisi hanya dapat dijalankan di peringkat daerah Jerantut sahaja.
Di peringkat daerah Jerantut, organisasi PDRM dapat dibahagian kepada 6
bahagian iaitu Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Logistik, Ketenteraman
Awam dan Trafik, dan Cawangan Khas. Dibawah Jabatan Pengurusan, terdapat 3
Balai Polis iaitu Balai Polis Jerantut, Balai Polis Batu Balai, Balai Polis Kuala
Tembeling dan 6 pondok polis iaitu Pondok Polis Tebing Tinggi, Jerantut Feri, Ulu
Cheka, Kg. Bantal, Damak, dan Sungai Tekam. Unit dibawah Ketenteraman Awam
dan Trafik adalah cawangan Trafik, Kereta Peronda, dan Pusat kawalan (Gerakan).
Dari segi pertadbiran dan sumber manusia pula, IPD Jerantut diketuai oleh Ketua
Polis Daerah (juga sebut sebagai OCPD) berpangkat Supritenden Polis dan dibantu
oleh seorang pegawai polis berpangkat Deputi Supritenden Polis (DSP). Setiap
bahagian pula diketuai oleh Pegawai polis berpangkat Assisten Supritenden Polis
(ASP). Manakala Balai Polis Jerantut dketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat
Inspektor dan manakala 2 balai polis lain diketuai oleh berpangkat Sarjan. Jumlah
anggota polis di IPD Jerantut adalah 374 orang dengan sokongan 25 orang
kakitangan awam yang bertugas di pejabat dan diketuai oleh ketua kerani (CC).







4.0 DAPATAN DIAGNOSIS

Kaedah yang digunakan bagi ketiga-tiga peringkat diagnosis adalah dengan
cara analisa data yang sedia ada. Data-data ini diperolehi daripada Jabatan-jabatan
yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang dan berhubung dengan orang
ramai seperti Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
Jabatan Siasatan Komersial, Trafik dan juga Balai-balai. Data dalam konteks
perkhidmatan boleh dibahagian kepada dua iaitu data sebenar dan data persepsi.
Data sebenar meliputi data-data yang dapat dikira dengan angka seperti penurunan
kadar jenayah, penyelesaian kes, pendakwaan dibuat, jumlah kes disiplin, jumah
yang dibuat kerja dan sebagainya. Manakala data perpepsi meliputi kepuasan dan
tanggapan orang yang menerima perkhidmatan polis iaitu orang awam (ACP Ramli
Yusof,2009). Walaupun data ini sebenarnya tidak dapat dikira dengan angka secara
tepat namun data untuk tugasan ini diperolehi daripada data yang ada dalam rekod
berpandukan dengan borang maklumam balas yang diisi oleh orang awam yang ada
urusan dengan balai polis. Cara memperolehi data-data untuk diagnosis adalah
mudah memandangkan saya bertugas dalam organisasi dan tidak memerlukan
sebarang kebenaran khas selagi data-data tersebut bukanya rahsia. Hanya
kebenaran secara lisan daripada Ketua Polis Daerah adalah memadai.
4.1 Peringkat Organisasi
Sebagaimana disebutkan tadi, memandangkan pasukan polis adalah
sebuah organisasi besar maka hanya IPD Jerantut dipilih untuk
didiagnosis. Output yang boleh digunakan adalah prestasi IPD Jerantut
secara keseluruhan dalam mencegah, menyiasat, mendakwa kejadian
jenayah dan juga tangkapan-tangkapan kes dadah, pendatang tanpa izin
dan sebagainya. Output diringkaskan dalam statistik berikut:






Bahagian / Jumlah
Kes
Jabatan
Siasatan
Jenayah
Jabatan
Siasatan
Jenayah
Narkotik
Jabatan
Siasatan
Jenayah
Komersil
Cawangan
Trafik



Jan - Jun 2013 126 342 28 69
Jan - Jun 2012 130 332 36 54
Penyelesaian
2013/2012
53.9%
60.2%
100%
100%
32%
35%
96.2%
97%
Pendakwaan
2013 / 2012
43.8%
35.2%
45.6%
51.2%
24%
15%
45%
50%
Statistik Kes
Sumber: Unit Risikan Jenayah IPD Jerantut 14/7/2013

Tahap Kepuasan / Tempoh Jan Jun 2013 Jan-Jun 2012 - / +
Amat Memuaskan 1 1
-1 Memuaskan 3 4
Baik 5 4
Kurang Memuaskan 5 5
+1 Tidak Memuaskan 5 4
18 18
*Jumlah respondan sebenar adalah lebih, hanya data 18 respondon dipilih secara rawak bagi
tujuan tugasan ini memandangkan jumlah tidak bagi kedua-dua tempoh di atas.
Kepuasan Pelanggan yang berurusan dengan PDRM Jerantut
Sumber: Uni Hal Ehwal Awam, IPD Jerantut pada 13/7/2013

Manakala faktor persekitaran umum meliputi politik, ekonomi, sosial dan
teknologi. Memandangkan PDRM adalah sebuah badan kerajaan yang menawarkan
perhidmatan kepada pelanggan iaitu masyarakat maka keuntungan yang dikira
adalah kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Kuasa PDRM dalam pelantikan dan
menguatkuasakan undang-undang diwujudkan melalui statut yang diluluskan di
parlimen iaitu Akta Polis 1967. Akta polis telah memperihal dan meruntukan segala






kuasa polis termasuklah skim jawatan. Segala penugasan polis tidak boleh
melampau kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang persekutuan
seperti Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah dan sebagainya. Maka boleh
dikatakan PDRM dalam konteks IPD Jerantut dikawal secara rapi oleh peruntukkan
undang-undang di negara ini. Walaupun begitu, kuasa-kuasa polis kian dihakiskan
atas nama hak asasi yang memperlihatkan pemansuhan beberapa akta baru-baru
ini.
Segi ekonomi pula, kakitangan IPD Jerantut yang kesemuanya adalah
penjawat awam dibayar gaji mengikut skim perjawatan yang diluluskan oleh Jabatan
Perkhidmatan dan sebagai sebuah badan kerajaan sebagai segala perbelanjaan
ditanggung oleh kerajaan dan juga segala kutipan seperti saman, bayaran fi dan
sebagainya dimasukkan dalam kumpulan wang disatukan. Walaubagaimanapun gaji
anggota polis sepatutnya adalah lebih tinggi berbanding penjawat awam lain
sebagaimana yang dilakukan oleh negara lain bagi mengelakan gejalah rasuah.
Dalam konteks sosial pula PDRM sebagai mempunyai hubungan yang
langsung dengan masyarakat. Kepuasan masyarakat menjadi tanggungjawab utama
kepada PDRM IPD Jerantut. PDRM dalam itu sebagai penyedia perkhidmatan
kepada masyarakat perlu meningkatkan etika kerja profesional yang ada. Di
peringkat IPD Jerantut beberapa aduan orang awam terhadap perkhidmatan
mencerminkan tahap kepuasan masyarakat masih perlu diperbaiki.
PDRM umumnya dan khususnya IPD Jerantut tidak ketinggalan dalam
mengadaptasikan teknologi terkini dalam perkhidmatan. Jika dilihat telah terdapat
banyak permodenan impak daripda teknologi yang semakin maju. Contohnya konsep
rakan cop dimana orang awam boleh menyalurkan maklumat dengan hanya SMS.
Selain itu, sistem laporan polis yang berpusat dimana orang awam boleh membuat






laporan polis di mana-mana balai polis berdekatan walaupun tempat kejadian adalah
di tempat lain. Aplikasi Play Store untuk kecemasan telahpun dilancarkan baru-baru
ini. Masalah-masalah untuk mengadaptasi teknologi maklumat seperti kekurangan
alat IT, masalah sistem tergendala dan sebaganya sering berlaku.
Faktor persekitaran kerja melibatkan pelanggan iaitu IPD Jerantut perlu
memuaskan hati setiap pelanggan yang berurusan dengan IPD Jerantut. Pembekal
dalam konteks kepolisan boleh dikatakan adalah Pusat Latihan Polis yang
membekalkan sumber manusia kepada IPD Jerantut untuk berfungsi. Kerajaan juga
dilihatkan sebagai pembekal logistik dan sebagainya. Anggota polis yang bertukar
dari luar dan baru boleh dikatakan penganti dan pendatang baru.
Visi dan Misi IPD Jerantut adalah sama Visi dan Misi tunggal PDRM. Melihat
kepada keseluruhan organisasi bagaimana IPD Jerantut dapat mengembeling segala
sumber-sumber yang ada seperti sumber manusia, teknologi, modal, dan sebagainya
bagi mecapai Misi dan Visi di atas.
4.2 Peringkat Kumpulan
Kumpulan yang difokuskan adalah Jabatan Siasatan Jenayah yang
mempunyai seramai 15 orang. Jika dilihat data-data yang ada seperti penyelesaian
kes, pengurangan kes dan juga pendakwaan kumpulan ini mempunyai pemahaman
baik antara satu sama lain. Kumpulan ini juga mengadakan mesyuarat rutin setiap
minggu dan lain-lain mesyuarat dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan
masalah-masalah yang wujud dalam kumpulan ini. Walaubagaimanapun kumpulan
lain juga disentuh dalam diagnosis ini bagi melihat data secara kolektif.
Input dalam kumpulan ini adalah dasar-dasar organisasi yang mempunyai
impak yang amat besar. PDRM merupakan sebuah pasukan beruniform yang
bermakna perintah daripada pihak atasan wajib dituruti tanpa bantahan. Mana-






mana anggota kumpulan yang engkar akan dikenakan tindakan mengikut peraturan
yang ada. Walaubagaimana sebagai manusia memang ada individu yang menolak
dan engkar mengikut setiap perintah atau arahan pihak atasan. Input-input lain
seperti teknologi, sistem sumber manusia, sistem pengukuran dan budaya
organisasi juga mempunyai pengaruh terhadap tindakan kumpulan.
Walaubagaimanapun segala tindakan dan perbuatan mestilah berpandukan misi
dan visi PDRM.
Komponen utama rekabentuk adalah kejelasan maklamat. Melihat kepada
kumpulan, setiap dalam konteks IPD Jerantut bahagian mempunyai matlamat yang
jelas. Contohnya matlamat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah untuk
mengurangkan dan mencegah jenayah ke tahap minum, menyelesaikan dan
mendakwa kes jenayah ke tahap maksimum. Begitu juga dengan lain-lain
kumpulan. Sebagaimana disebutkan tadi setiap kumpulan mempunyai fungsi
tertentu, namun ia masih terikat satu satu sama lain. Contohnya JSJ perlu
berhubung dengan Jabatan Pengurusan berkenaan hal ehwal sumber manusia,
gaji, sistem pertadbiran dan sebagainya.

4.3 Peringkat Individu
Peringkat terakhir diagnosis adalah peringkat individu. Prestasi kerja
individu boleh dilihat dalam beberapa konteks seperti kecemerlangan tugas,
disiplin dan etika kerja yang profesional. Anggota PDRM sebagai kakitangan
kerajaan setiap tahun dinilai dengan Laporan Penilaian Tahunan (LPT) yang
mempunyai pelbagai peringkat penilaian. Selain itu prestasi kerja dapat ditentukan
melalui komitmen terhadap tugas. Contohnya bagi seorang Pegawai Penyiasa
Jenayah, perlu memyelesaikan kes sekurang-kurang 50% daripada jumlah dibuka






siasatan dan sekurang-kurang 35% perlu dibawa ke mahkamah. Mana-mana
pegawai yang tidak mencapai prestasi kerja ini akan diminta penjelasan dan juga
lain-lain tindakan yang bersesuaian.
Input kepada individu adalah elemen-elemen komponen rekabentuk di
peringkat organisasi dan peringkat kumpulan yang menentukan keberkesanan
output. Contohnya peraturan yang berpandukan matlamat organisasi dapat
memberikan panduan kepada seseorang individu dalam menjalankan tugasnya.
Komponen rekabentuk pula meliputi kemahiran, identiti kerja, signifikan
kerja, maklumbalas, dan autonomi. Dalam konteks bidang kepolisan kemahiran
meliputi pengetahuan undang-undang, kemahiran senjatapi, fizikal dan
sebagainya. Kemahiran individu yang diperlukan adalah berlainan mengikut
bidang penugasan. Contohnya seorang pegawai penyiasat mesti mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang undang-undang jenayah, manakala seorang
anggota di cawangan kereta peronda perlu mempunyai kemahiran tembak yang
cekap disamping keadaan fizikal diri yang unggul. Dalam bidang kepolisan
tanggungjawab terhadap penugasan yang dilakukan seseorang individu bukan
sahaja terletak kepada anggota tersebut tetapi kepada penyelia dan pengawai
atasan. Indentiti kerja seseorang pegawai itu dapat dilihat dengan cara komitmen
yang diberikan kepada penugasan tersebut. Bidang kepolisan adalah satu bidang
yang amat diperlukan perkhidmatan kepada masyarakat sebagaimana bidang-
bidang lain seperti perubatan, bomba, dan sebagainya. Perkhidmatan yang
berkualiti hanya dapat diberikan apabila seseorang anggota polis itu menyedari
perkhidmatan yang diberikan itu amat diperlukan orang lain iaitu orang awam.
Maklum balas penilaian dibuat semasa laporan penilaian tahunan (LPT) iaitu
pegawai yang menilai hendaklah memaklumkan hasil penilaian kepada pegawai






yang dinilai itu serta memberikan justifikasi kepada penilaian yang dibuatnya.
Autonomi dalam konteks seseorang anggota polis adalah berdasarkan peraturan
yang ketat, bertindak atas lunas undang-undang, dan araha pegawai atasan dari
semasa ke semasa. Ini tidak bermakna seseorang anggota polis itu tidak
mempunyai autonomi dalam menjalankan tugas. Ini kerana semasa menjalankan
seseorang anggota itu hanya bersama rakan setugas dan bukanya pegawai
atasan yang memberikan arahan bagi setiap masa. Oleh adalah penting bagi
seseorang anggota polis itu berpengetahuan luas dalam menjalankan tugas agar
setiap tindakan itu tidak Ultra Vires ataupun melampaui batasan kuasa yang
diperuntukkan melalui undang-undang di negara ini.





















5.0 ISU - ISU YANG DITEMUI DALAM DIAGNOSIS
Setelah diagnosis dibuat beberapa isu telah ditemui bagi setiap peringkat
dalam organisasi.
5.1 Peringkat Organisasi
Penyertaan orang awam bersama polis dalam mencegah dan
membanteras jenayah kurang memuaskan. Ini sedikit sebanyak
menjejaskan prestasi IPD Jerantut dalam menangani kes-kes
jenayah. Contohnya terbaik adalah rakan cop dimana adalah sangat
mudah untuk orang awam menyalurkan maklumat tanpa
mendedahkan identiti tetapi malangnya sambutan adalah amat
mengecewakan. Setakat ini secara purata hanya ada 1 maklumat
sahaja yang disalurkan kepada pihak polis di peringkat Jerantut bagi
setiap bulan.
Selain itu, isu logistik juga perlu diberi perhatian dimana bangunan
balai polis yang telah usang, peralatan penugasan kurang
mencukupi, gaji anggota polis masih ketinggalan berbanding
negara lain.
Penerapan teknologi moden kurang memuaskan dalam organisasi
ini. Contohnya walaupun sistem HRMIS telahpun diperkenalkan
namun sistem manual juga masih digunakan. Ia bukan sahaja
merugikan malah menyebabkan kakitangan berada di takuk yang
lama.
Secara keseluruhan sistem penyampaian perkhidmatan di IPD
Jerantut kurang memuaskan . Ini berdasarkan kepada borang
maklumbalas yang diisi semasa berurusan dengan pihak polis.






5.2 Peringkat Kumpulan
Kurang komitmen daripada anggota kumpulan dimana keputusan
secara kolektif tidak dapat diambil. Contohnya ada ahli kumpulan
tidak menghadiri mesyuarat bulanan dimana isu-isu penting
dibincangkan. Ini akan mengakibatkan keputusan yang diambil tidak
mencerminkan kesemua ahli dalam kumpulan tersebut.
Hubungan antara ahli kumpulan kurang akrab dimana selalu
berlakunya konflik antara satu sama lain. Ini mencerminkan
ketidakfahaman dalam kumpulan antara satu sama lain. Fenomena
ini bukan sahaja menjejaskan imej pasukan polis malah
menjelaskan pretasi sesuatu kumpulan itu dan seterusnya
menjelaskan prestasi organisasi itu.
Ada ahli kumpulan tidak mengetahui atau masih kabur dengan
matlamat dan fungsi kumpulannya itu. Contohnya fungsi unit dalam
kumpulan (JSJ) selalu bertindik dan masing-masing menolak antara
satu sama lain dalam sesuatu tugas itu. Contohnya pencegahan
jenayah dipertanggungjawab kepada Balai polis tetapi pada masa
yang sama JSJ juga perlu menjalankan fungsi pencegahan selain
menjalankan siasatan.
Tiada inisiatif diri. Anggota polis dalam kumpulan bertindak seperti
robot selalunya berpandukan kepada arahan. Tetapi pada masa
yang sama mereka juga perlu berfikir dan tidak hanya bergantung
kepada arahan penyelia semata-mata. Contohnya semasa
menjalankan sekatan jalan raya, kehabisan bateri pada lampu milk
kerajaan boleh diselesaikan dengan membawa lampu sendiri.






5.3 Peringkat Individu
Kurang kemahiran dan pengetahuan penugasan khususnya
pendatang baru dalam organisasi. Anggota polis perlu melengkapi
diri dengan ilmu pengetahuan yang baik agar segala tindak tanduk
mengikut lunas undang-undang. Namun ada anggota masih belum
lulus undang-undang dalam pasukan polis walaupun telah berkerja
sekian lama. Kekurangan ini akan menjelaskan keyakinan diri
seseorang anggota polis semasa menjalankan tugas dan
berhadapan dengan pelbagai situasi.
Bidang kepolisan adalah satu bidang yang memerlukan semangat
dan pengorbanan yang tinggi. Malangnya ada anggota polis tidak
menghayati kerjaya mereka sehingga terlibat dalam pelbagai
salahlaku seperti rasuah, ponteng tugas dan penyelewengan kuasa.
Anggota polis juga tidak menyedari perkhidmatan yang diberikan
oleh mereka adalah amat diperlukan oleh masyarakat setempat.
Walaupun semua anggota polis tertakluk kepada peraturan,
undang-undang dan disiplin tetapi pada masa yang sama mereka
mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas asalkan
dijalankan mengikut lunas undang-undang. Contoh kesalahan
lalulintas adalah budi bicara seorang anggota polis sama ada
menberikan saman atau memadai dengan teguran atau nasihat
sahaja. Tetapi sebalikanya bagi kesalahan jenayah, seseorang
anggota polis itu boleh didakwa sekiranya gagal mengambil
tindakan walaupun kesalahan dilakukan didepan mata.








6.0 CADANGAN INTERVENSI PERUBAHAN
Hasil daripada diagnosis yang dijalankan beberapa intervensi perubahan
dicadangkan seperti berikut:
Anggota polis khususnya yang berada di barisan pertama yang
mempunyai hubungan terus dengan orang awam perlu memiliki kemahiran
teknikal seperti pengetahuan undang-undang, teknologi dan lain-lain
kemahiran yang bersuaian. Dalam hal ini setiap anggota perlu dinilai
secara ujian atas kemahiran yang dimiliki dan mana-mana anggota yang
tidak mencapai perlu dimerit peluang kenaikan pangkat , gaji serta lain-lain
faedah berkaitan.
Satu lagi isu adalah soal intigriti dan ketelusan anggota polis dalam
menjalankan tugas dalam organisasi . Soal Intergriti dan ketelusan bukan
sahaja membabitkan anggota polis itu tetapi ia juga mencemarkan imej
pasukan polis . Intervensi perubahan yang dicadangkan adalah mana-
mana anggota polis yang didapati adalah terlibat dalam penyelewengan
dan rasuah tetapi ketiadaan bukti yang kukuh sehingga didakwa ke
mahkamah ataupun tindakan disiplin hendaklah dihantar ke pusat latihan
polis untuk latihan asas intergriti. Dengan ini nilai-nilai kepolisan yang
diterapkan semasa latihan asas dapat dipupuk semula.
Sebagaimana kita mengetahui kuasa yang berlebihan dan kedudukan
seseorang itu menyebabkan berlakunya penyelengan. Kita masih
mendapati ada anggota polis yang bertugas di sesuatu kawasan sehingga
bersara. Oleh itu adalah disyorkan setiap anggota polis khususnya yang
terlibat dalam penguatkuasaan ditukarkan setiap 5 tahun sekali. Dengan ini
diharapkan salahlaku dan penyelewengan dapat dikurangkan ke tahap
yang paling minimum.






6.1 Langkah-langkah menjalankan Intervensi perubahan
Satu intervensi perubahan sama ada di peringkat organisasi, kumpulan
ataupun individu perlu dijalankan secara teratur dan sistematik. Terdapat
beberapa jenis intervensi boleh dilakukan seperti persidangan,
perancangan strategik, kerjasama, dan lain-lain intervensi. Dalam konteks
masalah diatas intervensi persidangan digunakan untuk merekabentuk
langkah perubahan.
Langkah 1
Jawatankuasa pelaksana dibentuk atas pihak atasan dan ahlinya
menerima tanggungjawab secara sukarela. Biasanya dianggotai oleh wakil
jabatan, bahagian atau unit. Jawatankuasa ini berfungsi untuk
menyediakan tema persidangan, diagnosis awal dan lain-lain tugas.

Langkah 2
Melaksanakan persidangan dan peserta terdiri daripada semua anggota
ataupun wakil jabatan/bahagian/unit.

Langkah 3
Daripada persidangan, kumpulan dibentuk serta disarankan untuk
berbincangan kegagalan, kejayan dan impian organisasi.

Langkah 4
Kumpulan kecil tadi akan bergabung dan membentangkan hasil
perbicangan mereka. Tiada bantahan dan kritikan dibenarkan.

Langkah 5
Kumpulan keci akan bertemu semula dengan membawa tiga senarai
panjang daripada perbicangan kumpulan lain dalam langkah 4.

Langkah 6
Kumpulan kecil tadi sekali lagi bergabung dan membentangakan 5 perkara
yang setiap satu menjadi keutamaan bagi setiap kumpulan







Langkah 7
Jawatankuasa pelaksana mengambil tindakan terhadap setiap perkara
yang dicapai dalam persidangan tersebut. Setiap kejayaan dan juga
kegagalan akan dilapor kepada pihak atasan.

7.0 HALANGAN ATAU KONFLIK PERUBAHAN
Ada kalanya wujud kecenderungan dimana bila .berlaku perubahan maka
akan berlaku konflik. Ahli psikologi berpendapat bahawa konflik berpunca daripada
persaingan antara kecenderungan kelakuan yang berbeza. (Lewin, 1967).
Umpamanya, seseorang yang berhadapan dengan dua atau lebih pilihan perlu
membuat keputusan untuk memilih salah satu daripadanya. Perubahan kerja ada
kalanya tidak diterima secara positif oleh pekerja kerana dua faktor utama iaitu
pertama, pendekatan perubahan tidak dirancang dengan baik dan kedua, pekerja-
pekerja belum dapat memahami secara jelas perubahan yang cuba dilaksanakan
oleh pihak pengurusan. Di antara konflik organisasi yang berlaku adalah seperti
berikut:
Perubahan ada kalanya melibatkan penyusunan semula organisasi yang
mana akan merombak fungsi dan bidang tugas sesuatu jabatan yang akan
memberi kesan kepada kedudukan, kuasa dan beban tugas.
Perubahan menimbulkan kedudukan yang tidak pasti. Seseorang bimbang
perubahan kerja akan menjejaskan diri dan kerjaya kerana takut gagal.
Perubahan yang melibatkan suatu peruntukan perbelanjaan yang amat besar
yang mana hasilnya belum pasti setimpal dengan kos perubahan.
Pengaruh kumpulan-kumpulan tertentu yang boleh mendominasi dan
mempengaruhi keputusan pekerja-pekerja lain untuk menolak perubahan baik
yang dicadang oleh pihak pengurusan






Pegangan yang kuat kepada pemikiran lama yang mana apa-apa perubahan
yang cuba dilaksanakan tidak boleh mengubah pendirian mereka.

8.0 TINDAKAN MENGATASI HALANGAN
Menggerakkan kesedaran kepada tindakan segera, untuk mengatasi halangan
kepada perubahan, mengenalpasti dan berbincang tentang krisis, ancaman,
atau peluang yang berpotensi.
Membentuk gabungan penyokong-penyokong yang berkuasa kepada
perubahan:
Menggerakkan sekumpulan orang yang mempunyai kuasa yang memadai
untuk mendorong kepada proses perubahan bertujuan untuk membentuk
komitmen yang lebih meluas untuk merealitikan perubahan tersebut. Agen
perubahan perlu menggalakkan kumpulan-kumpulan ini untuk bekerjasama
sebagai satu kumpulan
Menjelaskan secara meluas visi dan strategi perubahan. Kumpulan
penyokong kepada perubahan boleh memudahkan perubahan dengan
menunjukkan tingkahlaku baru yang dikehendaki daripada pekerja.
Memperkasakan pihak lain untuk menyumbang kepada perubahan:
Memperkasakan orang dengan pengetahuan, sumber-sumber, dan kemahiran
untuk bergerak ke arah perubahan. Menghapuskan halangan kepada
perubahan, seperti struktur, sistem, atau prosedur yang melambatkan
perubahan.
Merancang dan merangka pencapaian jangka masa pendek:
Merancang pencapaian prestasi yang boleh dilihat, membantu mereka ke arah
kejayaan tersebut, kemudian memberikan penghargaan kepada yang berjaya.
Perubahan yang besar mengambil akan masa yang panjang; tingkatkan
motivasi pekerja dengan mengetahui dan memberi bonus dalam membuka
jalan kepada perubahan terancang.
Memperkukuhkan kemajuan dan menghasilkan perubahan dari masa ke
semasa.
Daripada kajayaan pencapaian jangka masa pendek tersebut gunakan
momentumnya untuk mengatasi masalah atau halangan yang lebih besar






kepada perubahan. Sistem atau prosedur yang melambatkan perubahan yang
belum ditangani sudah dibolehkan untuk mengubahnya.
9.0 KESIMPULAN
Diagnosis adalah satu langkah yang amat penting dalam mendapatkan
maklumat mengenai organisasi untuk merekabentuk rancangan perubahan. Tanpa
sesuatu diagnosis yang efisen kita tidak dapat memperolehi maklumat seperti
masalah dalam organisasi, kelemahan dan kekuatan secara tepat. Sesuatu
entervensi perubahan hanya berkesan sekiranya rancangan perubahan yang
dijalankan berteraskan maklumat yang tepat yang diperolehi dengan diagnosis yang
komprehensif dan efisen.
Dalam Konteks IPD Jerantut selepas dijalankan diagnosis sebagai disebutkan
dalam tugasan di atas kita mendapati memang terdapat banyak masalah di semua
peringkat sama ada organisasi, kumpulan dan individu. Walaupun ada setengah-
tengah masalah atau isu seperti gaji, peraturan dan sebagainya tidak dapat
diselesaikan di peringkat organisasi memandangkan IPD Jerantut bukannya sebuah
organisasi tunggal setempat tetapi merupakan hanya cawangan kepada Pasukan
Polis Diraja Malaysia yang berpusat di Bukit Aman Kuala Lumpur. Tetapi pada masa
yang sama masalah-masalah yang bersifat Isolated atau setempat yang melibatkan
tingkah laku, sikap, dan sebagainya boleh diselesaikan secara intervensi perubahan
yang dicadangkan seperti atas. Walaupun begitu dalam sesuatu kelompak ahli
organisasi bukanya semua yang bersetuju atau terima dengan sesuatu perubahan
dan juga terdapat halangan lain dalam membawa perubahan seperti masa,
peraturan, struktur organisasi dan sebagainya . Halangan diatas perlu ditangani
secara bijak agar perubahan yang dicadangkan hanya menjadi teori di kertas.






Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kita hanya dapat melaksanakan perubahan-
perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan adanya diagnosis yang tepat
di semua peringkat organisasi.

10.0 RUJUKAN

ACP Ramli Yosof.(2009). Kepolisan masa kini. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti
Malaya.
Alderfer.(1976). The methodology of organizational diagnosis. Journal of public
management,312(23),31. Retrieved from http://www.e-journals.org on 17/7/2013
Clark, C.(1994). New Era Organizational Development. Management Journal,
122(34), 21. Retrieved from http://www.onelinesagepub.com on 15/7/2013
Deeper, A.(2001). The Importance of organizational Diagnosis. Journal of
management,121(23),20. Retrieved from http://www.e-journals.org on 17/7/2013
Laporan borang Maklumbalas Pelanggan PDRM IPD Jerantut (2013). Unit Hal Ehwal
Awam, IPD Jerantut, Pahang.
Mc Namara.(1999). Organization Behavior. New York. New Mass Press Limited
Company. Retrieved from http://www.ebook.com on 13/7/2013
Perbandingan Statistik Jenayah Jan-Jun 2013 dan 2012. Uni Risikan Jenayah IPD
Jerantut, Pahang.