Anda di halaman 1dari 6

52

BAB 6

PENILAIAN PROJEK

Penilaian projek merupakan menilai sejauh mana pencapaian dalam pelaksanaan dan
pengurusan sesuatu projek yang dilaksanakan. Segala maklumat yang diperolehi di
peringkat ini akan dikumpulkan untuk merancang dan mengenal pasti sama ada strategi
yang digunakan untuk melaksanakan projek berjaya atau tidak dalam usaha mencapai
objektif yang disasarkan . Sekiranya penilaian menunjukkan objektif yang boleh dicapai
maka ini bermakna strategi yang digunakan itu telah berjaya. Penilaian yang di lakukan
terhadap pelaksanaan Projek Amalan Kebersihan dan Keceriaan kelas 2 Bestari
merupakan langkah awal untuk memperbaiki kemudahan fizikal terutama kelas-kelas
lain di sekolah untuk menyediakan suasana iklim yang kondusif kepada murid.
6.1 Teknik Pengumpulan Data
Projek Amalan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2 Bestari di pantau dan dinilai oleh
pentadbir dan JawatanKuasa Audit 3K SMKTB. Pemantauan dan penilaian dilakukan
untuk mengetahui sejauh mana projek ini mencapai objektif . Sehubungan itu pelbagai
kaedah kajian digunakan seperti pemerhatian, Borang Soal Selidik dan Borang Audit
Amalan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
6.2 Bukti Pengumpulan Data
6.2.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian dilakukan sepanjang pelaksanaan projek ini melalui satu senarai
semak . Senarai semak ini mengandungi beberapa sudut atau bahagian di dalam kelas
2 Bestari yang yang mengalami proses amalan kebersihan dan keceriaan . Rakaman
gambar foto menunjukkan bukti sokongan perubahan yang berlaku iaitu sebelum dan
sesudah pelaksanaan projek ini dilaksanakan.
53

Jadual 6.1 Senarai Semak Kaedah Pemerhatian Kelas 2 Bestari
Bil Lokasi Sebelum Projek Selepas Projek Ulasan
1 Sudut Carta / /
2 Meja Murid / /
3 Meja Guru /
4 Sudut Bacaan / /
5 Sudut Headcount /
6 Sudut Info /
7 Tahap Kebersihan dan
Keceriaan
/
8 Pelaksanaan 5S / Kurang
diamalkan

Rakaman gambar foto sebelum projek amalan kebersihan dan keceriaan menunjukkan
kelas tingkatan 2 Bestari tidak diuruskan dengan sistematik terutama sudut-sudut info,
sudut bacaan , sudut headcount, meja murid , meja guru serta pelaksanaan 5S.
Kegagalan menguruskan kebersihan dan keceriaan kelas dengan baik boleh
menyebabkan perencatan pembentukan iklim dan kelas kondusif untuk proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pendapat ini selaras dengan pandangan
yang diberi oleh Alimuddin Mohd Dom (2009), yang menyatakan bilik darjah yang
terurus dengan baik , selesa, ceria dan menarik menjadi idaman guru kerana ia
membolehkan murid dapat mengikuti pengajaran guru dengan mudah dan berkesan.
Selepas melalui program gotong royong kelas, penerangan guru, sudut-sudut
seperti sudut info, bacaan , carta serta headcount telah diwujudkan dan disusun
teratur mengikut cara yang betul. Segala maklumat akan ditempatkan di sudut tertentu
supaya kelihatan menarik dan mudah mendapat maklumat. Murid-murid boleh melihat
pencapaian prestasi akademik mereka melalui sudut headcount di atas meja mereka.
Melalui proses ini juga dapat membina sikap berdisplin, etika kerja baik di kalangan
guru dan murid seperti semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.
54

6.2.2 Borang Soal Selidik
Set borang soal selidik yang digunakan semasa kajian keperluan telah diedarkan
semula kepada semua pelajar selepas mengikuti Program Amalan Kebersihan dan
Keceriaan Kelas. pada 11 November .2013 .Terdapat sebanyak sebelas belas item
yang perlu pelajar 2 Bestari memberi jawapan berdasarkan lima skala iaitu Sangat
Tidak Bersetuju, Tidak Setuju, Tidak Tahu, Setuju dan Sangat Setuju. Analisis data
dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) for Windows versi 20.0 dan di persembahan dalam bentuk deskritif iaitu min
(purata).(Sila lihat lampiran).
Berdasarkan hasil analisis dapatan soal selidik seperti yang ditunjukkan pada
jadual 6.2 pengkaji mendapati tahap pemahaman pelajar 2 Bestari terhadap amalan
Kebesihan dan Keceriaan Kelas berada di tahap tinggi. Ini dapat dibuktikan
berdasarkan dapatan dari item 1 hingga 11 yang dianalisis , respoden menunjukkan
tahap pemahaman yang positif terhadap amalan kebersihan dan keceriaan dengan
peningkatan min sebelum (min 3.32) berbanding selepas taklimat amalan Kebersihan
dan Keceriaan Kelas (Min 4.24).
Keseluruhan respoden bersetuju iaitu tahu yang dimaksudkan amalan kebersihan
dan keceriaan. Ini menunjukkan pelajar 2 Bestari memahami pelaksanaan amalan
kebersihan dan keceriaann kelas pada tahap yang baik. Seterusnya , analisis turut
mendapati responden bersetuju bahawa amalan kebersihan dan keceriaan adalah
satu amalan ke arah pengurusan yang baik, menjadikan ruang kerja yang selamat dan
kondusif. Ini menunjukkan pelajar 2 Bestari tentang kepentingan amalan kebersihan
dan keceriaan adalah tinggi. Kerjasama antara guru kelas dan pelajar yang lebih
mudah dibentuk menyebabkan respoden bersetuju melaksanakan amalan kebersihan
dan keceriaan kelas ini.


55

Jadual 6.2 Perbandingan Analisis Soal Selidik Sebelum dan Selepas Taklimat
Amalan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.

Bil Item-Item Sebelum Sesudah
1 Saya bangga menjadi pelajar kelas ini. 3.12 4.47
2 Saya selesa berada di dalam kelas ini. 3.47 4.47
3 Saya seronok belajar di dalam kelas ini. 3.50 4.71
4 Saya tidak akan membuang sampah merata-rata. 3.24 4.56
5 Saya akan terus ceriakan kelas saya. 3.06 4.24
6 Saya tidak teragak-agak membuang sampah yang tidak
digunakan.
3.15 4.41
7 Saya akan meletakkan buku, beg dan barang-barang
keperluan saya di tempat yang sepatutnya di dalam kelas
ini.

3.26

4.26
8 Saya akan kerap mengingatkan rakan untuk menceriakan
kelas kami.
3.32 3.97
9 Saya berusaha untuk mengekalkan keceria kelas saya. 3.74 4.26
10 Saya akan membuang barang-baraang yang saya tidak
perlu lagi.
3.11 4.00
Purata 3.32 4.24


6.2.3 Borang Audit Amalan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
Keputusan laporan Audit Amalan Kebersihan dan Keceriaan Kelas oleh Jawatankuasa
Audit membuktikan Amalan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2 Bestari mampu
memberikan impak positif dalam membentuk persekitaran kelas yang kodunsif.
Berdasarkan perbandingan Laporan Audit Dalaman Amalan Kebersihan Dan Keceriaan
kelas tingkatan 2 Bestari iaitu bermula pada 8 Oktober.2013 sehingga15 Nov.2013
56

,menunjukkan berlaku peningkatan dalam peratusan. Perbandingan peratus markah
penilaian Amalan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2 Bestari ini jelas menunjukkan
peningkatan mendadak untuk semua indikakator yang dinilai. Peningkatan peratus
pencapaian amalan kebersihan dan keceriaan mengatasi sasaran peratus pencapaian
iaitu 70%
Jadual 6.3 Perbandingan Keputusan Audit Amalan Kebersihan Dan Keceriaan (8
Oktober 15 Nov. 2013 )


BIL
PERKARA/
INDIKATOR SKOR 8/10 18/10 21/10 28/10 1/11 4/11 15/11 JUM PUR
1 Meja guru & meja murid 5 1 1 2 2 3 3 4 16 2.29
2 kerusi guru/ meja murid 5 1 1 3 1 3 3 4 16 2.29
3
Moto/ slogan/ kata
hikmat 5 0 0 1 0 2 2 2 7 1.00
4 Sudut bacaan 5 3 0 2 1 3 3 2 14 2.00
5
Penyapu/penyodok/bakul
sampah 5 3 0 2 1 2 2 2 12 1.71
6
Papan Kenyataan
lengkap 10 2 1 1 1 2 3 8 18 2.57
7 Almari dan loker 10 2 1 4 1 4 4 7 23 3.29
8 Lantai bersih 10 2 1 5 3 5 5 7 28 4.00
9
Cermin tingkap/ langsir
ceria 10 7 1 7 3 7 7 8 40 5.71
10
Pokok bunga hidup
(dalam & luar) 10 1 1 2 0 2 2 0 8 1.14
11
Papan putih bersih
sebelum/selepas P&P 5 2 1 2 4 2 2 4 17 2.43
12 Koridor sentiasa bersih 10 10 1 5 6 2 2 10 36 5.14
13
Keceriaan hiasan
dalaman (menyeluruh) 10 2 1 3 2 8 8 7 31 4.43
JUMLAH MARKAH 100 36 10 39 25 45 46 65 266 38

Kecerian sesuatu kelas dinilai sekali seminggu oleh guru yang berbeza. Markah purata
kedua-dua penilaian itu akan menentukan tahap sesuatu kelas bagi minggu itu.
Terdapat 13 kriteria yang dinilai dan makrah penuh ialah 100 markah. Kelas yang
mendapat markah 95-100 akan dianugerahkan dengan 5 bintang, 90-95 dengan 4
bintang, 85-90 dengan 3 bintang, 80-84 dengan 2 bintang dan 70-79 dengan 1 bintang.
57

Ini bermakna sesuatu kelas hanya akan melepasi piawai jika mendapat 70 markah ke
atas.

6.3. Rumusan
Projek Amalan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2 Bestari telah mencapai sasaran
objektif yang disasarkan iaitu meningkatkan kualiti pengurusan bilik darjah yang
berkesan terutama dari segi kefahaman dan keceriaan kelas. Kejayaan ini merupakan
hasil gabungan beberapa strategik seperti Program gotong royong kelas yang
berkenaan disamping itu memujudkan kerjasama erat yang diberikan oleh warga
sekolah SMKTB. Kesimpulannya untuk memastikan kejayaan sesuatu projek
memerlukan kerjasama semua pihak seperti ibubapa , guru serta murid dengan penuh
komitmen dan berkualiti.