Anda di halaman 1dari 4

Contoh Teks Cerita MTQ.

Cerita yang telah disampaikan oleh Adik Zulhelmi Baba di dlm MTQ Pantai Barat Selatan Sabah.
Berjaya mendapat tempat pertama. Teks cerita ini saya buat dengan berpandukan teks cerita yang
telah dibuat oleh Cik Suzana Ali Hassan dr SK St. Mary Papar. Terima kasih daun keladi..hehehehe

CERITA LELAKI: NABI IBRAHIM A.S DENGAN RAJA NAMRUD.
Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan
seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh.
Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Nabi Ibrahim a.s dengan Raja
Namrud.
Nasyid
Mari bersama kita kenangkan,
Kisah teladan di dalam Al-Quran,
Nabi Ibrahim Nabi Pilihan,
Menentang Namrud yang tidak beriman.

Sidang hadirin,
Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar (Tarih) bin Tahur yang dilahirkan dalam kerajaan Babylon. Pada
ketika itu, kerajaan Babylon diperintah oleh Raja Namrud . Dia seorang yang gagah, namun tidak
beriman kepada Allah dan mengikhtiraf dirinya sebagai Tuhan. Disaat penduduk Babylon tenggelam
dalam kesyirikan, Allah mengutus Nabi Ibrahim bagi menyeru mereka kembali mentauhidkan Allah.
Pada suatu hari berlakulah perdebatan antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud.
"Tuhan ku adalah satu-satu yang memberi dan mengambil semula nyawa", tegas Nabi Ibrahim.
Namrud menjawab dengan sombong Aku boleh membunuh manusia dan membebaskannya juga".
Bolehkah kamu menjadikan matahari terbit dari timur?" balas Nabi Ibrahim. Mendengar akan itu,
raja terdiam kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa seperti itu.

Dalam surah al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:
(258)....@@Ii @@@j@@@@IG XFB@@Y h@@A G j@@M
@@C
Maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan tentang orang yang berhujah membantah Nabi
Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya..
Begitulah Raja Namrud yang sesat dan menyesatkan orang lain. Pada masa kini juga, masih terdapat
ajaran sesat yang cuba memesongkan akidah orang ramai. Contohnya: Ajaran Ayah Pin.

Ingatlah rakan-rakan,.
Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.

Sidang hadirin,
Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk meraikan Hari Raya bagi
Tuhan mereka.
Ahh..inilah peluangku untuk mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan, nekad Nabi
Ibrahim.
Lalu Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala dengan kapak. Tetapi pada patung yang besar,
baginda hanya menggantungkan kapak itu pada leher patung tersebut.
Hal ini diceritakan di dalam surah Al-Anbiya ayat 59 :
(59)...FB@@@@N@@@@B@@@@@@IAh@@@
A@@B@@
Maksudnya: Mereka berkata: Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan
kami...(59)

Mereka berkata lagi: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-hala ini yang
bernama Ibrahim".
Sikap Nabi Ibrahim yang berani perlu diaplikasikan di dalam kehidupan kita. Apatah lagi cabaran di
era globalisasi ini, menuntut agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi anasir-anasir yang ingin
menghancurkan Islam. Contohnya: Pergerakan Zionis yang dipelopori oleh Israel.
Rakan-rakan,
Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk menggunakan fikiran yang waras untuk membezakan
kebaikan dan keburukan.

Sidang hadirin,
Pantun
Sampai masa, saat dan ketika,
Nabi Ibrahim dipanggil Raja,
Menegakkan keadilan itulah matlamatnya,
Supaya kaum menyembah Yang Esa.

Atas arahan Raja Namrud, Nabi Ibrahim telah ditangkap atas perbuatannya. Tetapi, Nabi Ibrahim
mengatakan bahawa patung berhala yang besar telah melakukannya.
Kamu tahu bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau berbuat apa-apakata Raja Namrud.
Jadi kalau begitu, kenapa kamu menyembahnya?balas Nabi Ibrahim.
Raja Namrud menjadi sangat marah.
Lalu menjatuhkan hukuman kepada Nabi Ibrahim, dibakar hidup-hidup di kawasan lapang.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 69.
(69)j@@@@@IG F B@@@@m Aej@@I @@
iB@@@@ B@@@@@

Maksudnya: Wahai api, Jadilah Engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

Lalu Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa dimakan oleh api, bahkan dia boleh berjalan ke
sana sini dalam api tersebut.
Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika tsunami melanda beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa
kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan Allah.Contohnya: Terdapat Masjid di Acheh tidak
terjejas walaupun dilanda Tsunami. Masya Allah!
Ingatlah rakan-rakan,
Kita hendaklah percaya bahawa setiap Nabi dikurniakan mukjizat dan orang yang beriman seperti
Nabi akan dibantu oleh Allah.

Sidang hadirin,
Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang denganku".
Katanya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah.
Tentera Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana dipenuhi
dengan jutaan nyamuk. Akhirnya, mereka mati akibat digigit oleh nyamuk-nyamuk tersebut.
Allah memberinya masa 3 kepada Raja Namrud hari untuk bertaubat dengan menangguhkan
kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja, dia tetap enggan bertaubat. Lantas, serangga kecil itu
masuk ke dalam lubang hidung Raja Namrud. Beberapa ketika kemudian Raja Namrud menemui
ajalnya.
Firman Allah di dalam surah Al-Muddassir ayat 31:
(31)... G @@Ii eU @@@@ B...
Maksudnya: Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan dia sendiri.
Masya Allah, memang benarlah Allah itu Maha berkuasa, dengan hanya seekor nyamuk kecil dapat
menewaskan Raja Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga yang berlaku pada masa kini, negara
besar dilemahkan oleh kuasa kecil. Contohnya: Wabak denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes dapat
membunuh ramai nyawa di dalam sesebuah negara.
Rakan-rakan, setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri, oleh itu,kita tidak boleh sombong
dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita.

Berakhirlah sudah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud. Ketabahan Nabi Ibrahim dapat
mengalahkan keangkuhan Raja Namrud yang mengaku berkuasa. Sesungguhnya orang yang angkuh
itu termasuk di dalam orang yang rugi. Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua.

Cantik sekali si burung nuri,
Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap.

Wabillahi taufik wal-hidayah wassalammualaikum warahmatuhi wabarakatuh.