Anda di halaman 1dari 2

Kenyataan TGHH:

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga
agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik.
Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan
saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO,
mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka
FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak,
penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang
begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini.
Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka
pula berundur sepuluh langkah kebelakang.Isu takfir (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan
sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah
kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan
kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut
ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam.
Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum
Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram,
hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya. Ada
yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum
menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah hantu kum-
kum dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang
berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan
masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan
mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum
murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam
dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan
terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat
Islam. Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam.
Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat
Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam
dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan
sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah
selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku. Ramai
di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya
ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati
pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : Kalau
laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh
makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri dan sebagainya. Di peringkat
kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam
sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk
mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa
dan angkasa lepas.
PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang
songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang
lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi
menulis buku Nahnu Duaat La Qudat (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman).
PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama
Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang
merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang
membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai
kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.Apabila PAS ditendang keluar daripada
BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk
Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya Batas Batas Iman dan Kufur
dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas
penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah
Muslimin.Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja
mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan
saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan
munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab
:Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya . Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat
martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada
ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada
gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.
PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui
pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat
daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak
mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat
kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO
yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan
penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan
UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh
perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti
perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.
Saya bentangkan senario tersebut semata mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir
atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya
lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.Apa yang penting bagi kita semua
ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada
kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun
80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab
yang menghina Islam.
Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih
jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan
pahala. Firman Allah yang bermaksud:"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya),
ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan
kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang
selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63)

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
10 Januari 2013

Anda mungkin juga menyukai