Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Alhamdulillah syukur ke hardat ilahi setelah seminggu berhempas pulas akhirnya


saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh En Mohd Radzi Bin
Salleh. Kami diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan tugasan yang terdiri daripada
tiga soalan ini dan bantuan daripada En Mohd Radzi banyak membantu kami.
Tugasan ini mempunyai 3 soalan bermula dengan soalan mengenai penyediaan
satu modul pengajaran berkaitan wacana. Saya mulakan tugasan ini dengan
membaca buku rujukan Bahasa Melayu Komunikatif agar saya dapat memahami
dengan lebih mendalam mengenai tajuk ini. Ini kerana apa yang saya dapat melalui
kelas mungkin tidak mencukupi oleh itu dengan pembacaan ini saya dapat
mengetahui tentang tajuk ini dengan lebih baik.
Namun begitu saya mengalami kekangan masa ada waktu tersebut kerana saya
sedang sibuk dengan program SBE bagi semester 1 maka saya telah mengambil
inisiatif untuk mencari maklumat melalui internet dan ini memudahkan kerja saya
kerana pencarian maklumat di internet amat mudah dan boleh dilakukan dimana
sahaja. Selepas itu saya terus merangka apa yang telah saya dapat melalui
pembacaan tersebut dan akhirnya saya Berjaya menghasilkan modul yang
berkualiti.
Seterusnya saya meneruskan soalan nombor 2 yang bagi pendapat saya agak
sukar kerana saya perlu menganalisis gaya bahasa dalam sesuatu cerpen. Saya
bukanlah pembaca tegar cerpen-cerpen melayu oleh itu saya mengalami kesukaran
untuk memahami dan mencari cerpen terbaik untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu
saya telah pergi ke perpustakaan berdekatan untuk mencari cerpen-ceren yang
sesuai untuk dianalis, namun begitu saya mengalami kekeliruan kerana terlalu
banyak cerpen yang boleh dipilih dan kami hanya dibenarkan mengguna tidak lebih
daripada dua atau tiga cerpen. Oleh itu saya perlu pandai memilih cerpen yang
merangkumi semua gaya bahasa yang diminta oleh soalan. Dengan itu saya
mengambil masa yang anagak lama untuk memilih cerpen terbaik, saya menganailis
lebih daripada 5 cerpen dan akhirnya memilih cerpen Kisah Cinta Tak Berwajah
dan Aal-Kibriah.
Bukan itu sahaja masalah yang dialami malah saya mengalami masalah dengan
gaya bahasa itu sendiri kerana gaya bahasa merupakan tajuk yang boleh dianggap
sukar kerana saya sering mengalami kekeliruan di.tara beberapa gaya bahasa yang
ada. Namun begitu setelah merujuk buku dan rakan-rakan saya telah memahami
tentang tajuk gaya bahasa dengan lebih baik dan saya dapat menyiapkan soalan 2
dengan mudah.
Namun akhirnya, saya Berjaya menyiapkan 2 soalan tersebut yang secara
umumnya fokus kepada wacana dan gaya bahasa. Melalui tugasan ini saya lebih
yakin dengan pengunaan bahasa formal yang saya gunakan untuk penulisan esei
serta percakapan lisan. Saya juga mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai
tajuk wacana dan gaya bahasa hasil daripada pencarian maklumat daripada
pelbagai sumber ini.
Lebih penting lagi saya kini lebih mengetahui hasil-hasil karya pengarang
Malaysia dan berjaya menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan cerpen-
cerpen ini. Ini bukan sahaja dapat meluangkan masa saya dengan perkara yang
berfaedah malah hasil daripada pembacaan cerpen-cerpen ini akan menambahkan
ilmu saya tentang dunia luar oleh kerana saya jarang membaca berita.
Akhir kata, walaupun banyak masalah yang dialami bagi menyiapkan tugasan
ini namun semuanya amat berbaloi kerana banyak yang saya dapat pelajari dan
boleh digunaka pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai