Anda di halaman 1dari 26

1

1. PENDAHULUAN

Alat Bantu Mengajar (ABM) merupakan istilah yang digunakan untuk
menggambarkan penggunaan alatan dalam membantu pengajaran guru menjadi lebih
berkesan terutamanya dalam menarik minat murid dan membantu ke arah pencapaian
objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks yang lebih besar, alat bantu
sememangnya dicipta untuk memudahkan kerja manusia. Setiap kerja yang ingin
dilaksanakan akan mempunyai alat bantuan yang spesifik yang telah dicipta
mengikut ciri-ciri kerja yang perlu dilakukan. Begitu juga dalam konteks pengajaran
di mana penggunaan alat bantu mengajar hendaklah sesuai dengan tajuk yang di ajar.
Dalam konteks mengajar Pendidikan Jasmani, guru perlu bersifat kreatif dan berani
mencuba dengan melakukan pengubahsuaian terhadap peralatan yang digunakan
bagi memenuhi kehendak aktiviti yang dicipta.
Penggunaan alatan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani sangat penting bagi
menjadikan sesebuah aktiviti kelihatan lebih menarik. Murid akan menjadi teruja
untuk bermain apabila melihat alatan yang digunakan oleh guru walaupun guru
hanya memegang sebiji bola. Secara langsung, pelbagai soalan yang diajukan oleh
murid berkaitan permainan apa yang ingin dimainkan menggunakan sebiji bola.
Situasi ini memberikan gambaran jelas bahawa penggunaan alatan sangat penting
dalam pengajaran Pendidikan Jasmani sehinggakan ia menjadi satu kewajiban untuk
menggunakan alat bantu mengajar dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, penggunaan alatan yang tidak sesuai mampu menjadikan aktiviti
kelihatan bosan dan mendapat reaksi yang negattif daripada murid-murid sehingga
menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengikuti kelas Pendidikan Jasmani.

2
Penggunaan alatan sememangnya menjadi faktor penting untuk menarik
minat murid dalam menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani. Satu kajian berkaitan
penggunaan alatan dalam Pendidikan Jasmani telah dilaksanakan oleh Howard
Mades (1978), beliau menyatakan bahawa penggnaan alatan yang tepat akan
menghasilkan keputusan yang baik sekiranya diolah dengan cara yang terbaik. Oleh
sebab itu, kemahiran guru untuk mengenalpasti alatan yang sesuai amat penting di
samping cara guru mengendalikan alatan tersebut dalam aktiviti yang dirancang.
Pengubahsuai alatan daripada guru untuk memenuhi kehendak aktiviti amat penting
untuk memotivasikan penglibatan murid secara keseluruhan.

1.1 Refleksi Pengalaman lalu

Setelah melaksanakan beberapa interaksi bersama murid tahun 5 Jujur di
Sekolah Kebangsaan Paya, penyelidik telah menerapkan konsep Teaching
games for understanding (TGFU) dengan melaksanakan pengajaran
menggunakan penciptaan dan pengubahsuaian untuk membentuk permainan
kecil yang menarik.
Masalah utama yang dihadapi adalah murid kurang berminat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Faktor utama yang
dikenalpasti menjurus kepada masalah ini adalah penggunaan alatan yang
kurang sesuai dengan jenis aktiviti yang dirancang. Keadaan ini
mengakibatkan murid tidak berminat menyertai aktiviti kerana mereka
mengalami kecederaan kecil seperti sakit terkena bola walaupun di peringkat
awal mereka menunjukkan minat yang baik. Penyelidik terpaksa
menggunakan alatan yang sedia ada untuk melaksanakan aktiviti yang

3
dirancang walaupun ia kurang sesuai. Penyelidik telah merekodkan masalah
ini pada catatan refleksi yang bertarikh 22 Februari 2014 dengan kenyataan
seperti berikut,
Guru tidak menggunakan alatan yang sesuai untuk mendorong murid
menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Keadaan ini mewujudkan kesulitan kepada pengkaji di mana objektif
pembelajaran tidak dapat dicapai 100% kerana terdapat murid yang tidak
mahu melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Oleh itu, keadaan ini perlu
diperbaiki untuk memastikan pengkaji dapat menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih baik. Oleh sebab itu, kajian perlu dilakukan
untuk pengkaji membuktikan perkaitan antara pengubahsuaian alatan dengan
peningkatan motivasi murid untuk menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.

2. FOKUS KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan berfokuskan kepada pengubahsuaian alatan mengikut
permainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Penggunaan
alatan yang sesuai mampu memberi impak yang lebih baik dalam perlaksanaan
aktiviti tertentu. Pengkaji ingin membuktikan bahawa pengubahsuaian alatan sedia
ada mampu memotivasikan murid untuk menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.
Pengubahsuaian yang alatan melibatkan beberapa bahagian seperti jenis
bahan, saiz alatan, fungsi alatan dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menjadikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan kelihatan lebih menarik

4
dengan penggunaan alatan yang sesuai. Selain itu, ia mampu menjana kreativiti
murid untuk mencipta alatan dengan kemahiran mereka sendiri untuk bermain tanpa
mengharapkan alatan yang dibeli semata-mata..

2.1 Tinjauan dan analisis masalah


Sekolah merupakan sebuah institusi yang perlu dibekalkan dengan
kelengkapan dari segi prasarana dan infrastruktur yang mencukupi bagi
memastikan penyampaian ilmu dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa
halangan atau gangguan. Pendidikan Jasmani merupakan bidang yang sering
dianaktirikan di sekolah-sekolah kerana kebanyakan pentadbiran sekolah
mementingkan perkembangan akademik berbanding bidang sukan. Oleh
sebab itu, alatan untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah
tidak diberi perhatiam sepenuhnya. Stor Pendidikan Jasmani hanya dibekal
dengan alatan untuk permainan seperti bola sepak, bola baling, bola jaring
dan alatan-alatan olahraga. Alatan ini boleh digunakan untuk perlaksanaan
permainan yang dirancang semasa kelas Pendidikan Jasmani namun ia kurang
sesuai. Ini kerana penggunaan alatan yang tidak sesuai mampu meningkatkan
risiko untuk murid mendapat kecederaan-kecederaan kecil. Akhirnya, murid
menjadi takut untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang
oleh guru.
Berpandukan kepada konsep Teaching Games For Understanding
(TGFU) yang diperkenalkan oleh Bunker and Thorpe (1982). Mereka
mencadangkan pengajaran Pendidikan Jasmani dilaksanakan menerusi
penciptaan permainan-permainan kecil yang menerapkan kemahiran yang

5
ingin diajar dalam permainan yang dilaksanakan. Murid tidak diajar sesuatu
kemahiran itu secara terus sebagaimana kaedah-kaedah tradisional tetapi
mereka akan memahami kemahiran yang diajar setelah malakukannya
permainan-permainan tertentu. Di sini timbul masalah yang melibatkan
perancangan aktiviti kerana sumber alatan yang terhad. Sekaligus menjadikan
aktiviti yang dirancang kurang berjaya memotivasikan murid untuk
meyertainya. Ini kerana, penciptaan aktiviti memerlukan guru mengambil
kira faktor keselamatan murid serta alatan yang dimiliki. Selain itu,
penggunaan alatan yang sama dalam setiap permainan akan mengakibatkan
permainan tersebut kelihatan kurang menarik.
Dalam interaksi pengajaran yang lalu, saya telah melaksanakan
aktiviti permainan kategori serangan dengan penggunaan alatan bola dan tin.
Aktiviti ini merupakan sebuah aktiviti permainan tradisional yang sering
dimainkan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu. Perlaksanaan aktiviti ini
menumpukan kepada komponen kecergasan iaitu masa tindak balas murid
untuk mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan. Dalam
masa yang sama, mereka akan cuba menyusun tin untuk menyelesaikan misi
yang telah ditetapkan. Pada peringkat awal, murid bermain dengan baik tanpa
sebarang masalah sehinggalah berlaku konflik di antara mereka. Terdapat
murid yang mengadu mengalami kesakitan dan kecederaan kecil apabila
menerima atau terkena bola yang dibaling. Hal ini sekaligus menjadikan
keadaan permainan tidak menarik dan mengakibatkan murid tidak mahu
bermain kerana takut sakit sekiranya terkena bola. Ini kerana berlaku kerana
sifat bola baling yang keras. Hal yang sama juga terjadi sekiranya
penggunaan bola baling ditukar dengan penggunaan bola getah.

6

Selain itu, penggunaan tin yang sedikit menyebabkan misi untuk
menyusun menjadi mudah dan kurang mencabar. Ini kerana, guru tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk mengumpul bilangan tin yang
banyak selain daripada masalah membawa tin-tin tersebut ke sekolah kerana
jumlahnya yang banyak. Keadaan ini menyebabkan peluang untuk kedua-
kedua pasukan bertukar peranan agak tipis seterusnya mengakibatkan
pasukan yang menyerang menjadi bosan serta hilang minat untuk meneruskan
permainan. Oleh sebab itu, saya memfokuskan kajian ini kepada
pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri
dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Alatan yang digunakan memainkan
peranan penting bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dalam suasana yang riang dan ceria. Penggunaan alatan yang tidak
sesuai akan menimbulkan pelbagai konflik yang membawa kepada kesan-
kesan yang negatif terutamanya penglibatan murid dalam aktiviti dan
meminimakan pencapaian objektif pengajaran. Guru hanya perlu
menggunakan kreativiti yang dimiliki untuk melakukan sedikit
pengubahsuaian pada alatan dari segi penggunaan bahan, bentuk, saiz dan
sebagainya. Ia bertujuan memastikan alatan tersebut bersesuaian dengan
aktiviti yang dilaksananakan seterusnya mampu meningkatkan minat murid
untuk menyertai aktiviti tersebut dan menangani sebarang masalah yang
timbul.
Keadaan ini dapat dikenal pasti secara kasar menerusi pemerhatian
yang dilakukan semasa aktiviti berlangsung. Keseronokan individu ketika
bermain akan diluahkan menerusi beberapa cara iaitu mimik muka yang

7
ditonjolkan, bunyi suara yang bergelak ketawa serta komunikasi yang wujud
di antara murid, pergerakan individu semasa melakukan aktiviti dan
sebagainya. Dengan memerhatikan beberapa ciri ini, saya dapat membuat
kesimpulan awal berkaitan tahap aktiviti yang dilaksanakan sama ada berjaya
atau tidak. Selain itu, reaksi murid di peringkat awal juga dapat dilihat
sewaktu penerangan aktiviti sama ada mereka berminat atau tidak. Sesi
bersoal jawab dengan soalan ringkas di bahagian penutup dapat memberikan
maklumat penting kepada saya dalam mengetahui pandangan murid berkaitan
aktiviti yang dilaksanakan sama ada mereka berminat atau tidak.














8

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum :
Memotivasikan murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti
Pendidikan Jasmani melalui pengubahsuaian alatan permainan yang
digunakan.

3.2 Objektif Khusus :
i. Memotivasikan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti Pendidikan Jasmani.
ii. Meningkatkan tahap keberkesanan aktiviti dalam memastikan
objektif yang telah ditetapkan tercapai.
iii. Menggalakkan murid untuk mencuba dan meneroka alatan
yang baru dengan menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.

3.3 Persoalan Kajian :
i. Apakah penggunaan alatan yang sesuai dapat memotivasikan
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani?
ii. Adakah penggunaan alatan yang diubahsuai dapat membantu
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani?

9
iii. Adakah pengubahsuaian alatan dapat mendorong murid untuk
meneroka sesuatu yang baru dengan melibatka diri dalam
aktiviti Pendidikan Jasmani?
4. KEPENTINGAN KAJIAN

Penglibatan murid merupakan salah satu faktor yang menentukan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Jenis aktiviti, alatan
dan suasana kelas menjadi di antara faktor yang menyumbang kepada penglibatan
murid di dalam sesebuah aktiviti. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa
pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti Pendidikan Jasmani. Kajian ini dapat membantu pengkaji untuk
meningkatkan lagi kualiti pengajaran yang sedia ada dengan menjadikan alatan
sebagai pemangkin motivasi murid untuk bermain bukan sebaliknya. Selain itu, ia
membuka peluang kepada pengkaji untuk meneroka dunia kanak-kanak dengan lebih
mendalam. Penerokaan ini dapat memberi input yang penting kepada pengkaji
berkaitan dunia kanak-kanak iaitu apa kemahuan mereka, apa yang diminati mereka
dan sebagainya. Hal ini sekaligus membantu pengkaji untuk mencipta permainan dan
alatan yang berkesan berdasarkan minat dan keperluan murid.
Kajian ini membuka peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti
permainan yang menarik dengan penggunaan alatan yang berkesan tanpa rasa takut
kepada kecederaan yang disebabkan oleh alatan. Ini kerana pengubahsuaian alatan
akan mengambilkira beberapa faktor penting terutamanya keberkesanan kepada
aktiviti pengajaran serta keselamatan kepada murid bagi memastikan keseronokan
bermain dapat dicapai tanpa halangan. Selain itu, golongan guru akan lebih
berfikiran kreatif untuk mencipta alatan yang berkesan dan selamat bagi memastikan

10
perlaksanaan aktiviti berjalana lancar dan mencapai objektif pengajaran. Secara tidak
langsung, alatan di stor Pendidikan Jasmani akan bertambah dari masa ke semasa
dengan pelbagai jenis alatan yang telah diubahsuai dengan pengeluaran kos yang
lebih kecil.
5. DEFINISI ISTILAH

Pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti Pendidikan Jasmani. Menurut Kamus Edisi Pelajar, ubah bermaksud
perubahan daripada rupa atau warna yang asal, menjadikan berbeza daripada yang
semula. Ubahsuai pula bermaksud membuat perubahan dan sebagainya pada sesuatu
supaya menjadi sesuai dgn sesuatu keadaan, keperluan, kegunaan dan sebagainya
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan alat didefinasikan sebagai benda yang
dipakai untuk mengerjakan sesuatu (Kamus Besar Indonesia).
Secara umumnya, pengubahsuain alatan ini melibatkan daya usaha pemikiran
yang kreatif untuk menghasilkan alatan yang lebih baik daripada alatan yang
sebelumnya. Pengubahsuaian ini dilakukan secara keseluruhan atau mengikut
beberapa elemen yang dikehendaki sahaja pada sesebuah alatan. Ia melibatkan
perubahan bentuk, warna, saiz, bahan yang digunakan dan sebagainya.
Pengubahsuian alatan ini bertujuan untuk memenuhi kehendak aktiviti yang
dirancang.dalam memastikan murid berminat serta bermotivasi untuk bermain
dengan menggunakan alatan tersebut.




11



6. KUMPULAN SASARAN

Pengkaji telah memilih murid tahun 5 Jujur Sekolah Kebangsaan Paya, Perlis sebagai
responden untuk mengumpul data yang diperlukan dalam kajian ini. Sekolah
Kebangsaan Paya merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar.
Namun begitu, kebanyakan murid-muridnya terdiri daripada golongan keluarga yang
berpendidikan tinggi seperti guru, pegawai bank dan sebagainya. Faktor utama yang
mendorong ibu bapa menempatkan anak-anak mereka di sini adalah kedudukan
sekolah yang berada di tepi jalan utama menuju ke bandar Kangar. Kelebihan ini
digunakan oleh golongan ibu bapa yang bekerja di Kangar dengan menempatkan
anak-anak mereka di sini kerana ia berada di laluan mereka ke tempat kerja. Sekolah
ini mempunyai prestasi akademik yang tinggi di negeri Perlis dan telah
dianugerahkan Baiah selama 3 tahun berturut-turut dengan ranking sekolah di Band
1.
Tahun 5 Jujur terdiri daripada 28 orang murid iaitu 12 lelaki dan 14
perempuan. Sebahagian daripada mereka tinggal berjauhan dari kawasan sekolah.
Setiap hari, ibu bapa akan menghantar mereka ke sekolah dengan menaiki kereta
sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja di bandar Kangar. Hanya 15%
sahaja murid yang tinggal di sekitar sekolah ini. Kebanyakan murid 5 Jujur bersifat
periang dan meminati aktiviti Pendidikan Jasmani. Namun, keriangan mereka mula
menurun apabila penggunaan alatan yang tidak sesuai dan menarik mengikut aktiviti

12
yang dirancang. Keadaan ini sekaligus mengurangkan minat mereka untuk menyertai
aktiviti lain yang dirancang. Pengkaji telah memilih 8 murid lelaki dan 8 murid
perempuan sebagai sample bagi mewakili kelas 5 Jujur dalam menjalankan kajian.

7. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Dalam merealisasikan kajian yang dirancang, pengkaji telah menetapkan untuk
menggunakan model Kurl Lewin (Tam, 2007) sebagai model utama untuk mengkaji
pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti Pendidikan Jasmani.
Kurl Lewin merupakan seorang pelopor kepada bidang penyelidikan tindakan
dengan mengkaji hubungan dan interaksi manusia. Beliau berbangsa Jerman dan
memegang gelaran bapa penyelidikan tindakan. Karl Lewin menjelaskan bahawa
manusia memperkembangkan potensi diri dengan inkuiri diri sendiri dan hubungan
dengan orang lain. Istilah action research buat pertama kalinya diperkenalkan
oleh beliau pada tahun 1946 dalam kertas pembentangan bertajuk Acion Research
and Minority Problems. Dapatan kajiannya memberi gambaran terhadap
penglibatan serta pertalian antara gaya hidup, persepsi dan tingkah laku individu
dengan sosial masyarakat.






13




Rajah 1.0 Gelung asas proses penyelidikan tindakan

Penyelidikan tindakan mempunyai beberapa langkah yang khusus
sebagaimana yang telah dinyatakan pada rajah 1.0 iaitu melibatkan proses
mengenalpasti fokus masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan,
mengumpul data, menganalisis data dan tindakan, membuat refleksi serta
merangka pelan tindakan bagi menangani masalah yang dihadapi. Secara
ringakasnya, ia dikenali sebagai lingkaran beberapa tahap.



Refleksi
(Reflect)
Merancang
(Plan)
Tindakan
(Action)
Pemerhatian
(Observe)
PENYELIDIKAN
TINDAKAN
Ke gelung atau
kitaran kedua

14

7.1 Perancangan Tindakan

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji hubungan antara pengubahsuaian
alatan dengan motivasi murid di bawah tajuk pengubahsuaian alatan dapat
memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani. Dengan berpandukan kepada model Kurt Lewin, pengkaji telah
menghasilkan satu lingkaran mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan.
Dalam tahap pertama (merancang), pengkaji akan melakukan
pengubahsuaian dengan menghasilkan bola yang mesra murid. Bola ini
dihasilkan daripada bahan yang lembut iaitu kertas. Kertas akan digumpal
dan digabungkan untuk menghasilkan bentuk bulat mengikut saiz yang
dikehendaki. Tape dilekatkan di sekitar bola bagi memastikan bentuk bola
dapat dikekalkan. Penggunaan kertas sangat relevan kerana ia bersifat lembut
dan mempunyai ruang udara yang banyak apabila digumpal menjadi bentuk
bulat. Ruang udara yang banyak akan menyerap momentum bola apabila ia
bersentuhan dengan badan murid sekaligus tidak meninggalkan implikasi
seperti sakit atau lebam. Seterusnya, bola akan dibalut dengan plastik dan di
ikat dengan getah. Ia bertujuan menjaga bola tersebut daripada hancur
sekiranya terkena air atau embun pagi.
Seterusnya, pengkaji menggunakan kad manila untuk menghasilkan
bongkah-bongkah kecil bagi menggantikan penggunaan tin. Setiap bongkah
akan dilekatkan dengan huruf-huruf tertentu yang bertujuan membentuk
perkataan 1 SK PAYA . Permainan akan menjadi lebih mencabar dan

15
menarik apabila murid perlu menyusun bongkah dengan menghasilkan
perkataan yang betul. Walaupun bilangan bongkah tidak banyak, situasi ini
meningkatkan tahap kesukaran menyusun bongkah kerana murid perlu
mengenalpasti kedudukan huruf terlebih dahulu. Bongkah ini bersifat
fleksibal di mana ia boleh dilipat supaya mudah dibawa oleh guru ke mana
sahaja. Selain itu, ia dapat menjimatkan ruang di stor penyimpanan barang
Pendidikan Jasmani.

7.2 Perancangan cara mengumpul data
Beberapa kaedah pengumpulan data digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklumat bagi meneruskan kajian ini. Cara pengumpulan data
yang dilaksanakan adalah menerusi pemerhatian dan soal selidik.

Pemerhatiam

Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang biasa digunakan
dalam perlaksanaan penyelididkan tindakan. Pemerhatian terhadap tingkah
laku manusia boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu pemerhatian turut
serta (Pemerhati mengambil bahagian dalam situasi yang diperhatikan) dan
pemerhatian tanpa turut serta (pemerhati memerhatikan situasi tanpa
mengambil bahagian). Kaedah pemerhatian mengandungi beberapa instrumen
yang boleh digunakan untuk mendapatkan data kajian seperti senarai semak
pemerhatian, rakaman video dan sebagainya.

16
Dalam memperolehi data, pengkaji telah menetapkan untuk
menggunakan 3 instrumen iaitu senarai semak, rakaman video dan nota
lapangan. Pengkaji menggunakan senarai semak untuk memudahkan proses
pengumpulan data dengan mengenalpasti dan merekod aspek-aspek yang
ingin dinilai untuk melihat perubahan yang berlaku dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Pengkaji menetapkan terlebih dahulu beberapa aspek yang
ingin dinilai dengan menulis setiap tingkah laku atau keadaan aktiviti tersebut
di dalam senarai semak. Semasa aktiviti berlangsung, pengkaji hanya perlu
menandakan sama ada murid mencapai atau tidak perkara-perkara yang ingin
dinilai melalui pemerhatian yang dilaksanakan. Pengkaji menggunakan
rakaman video untuk merakam setiap tingkah laku yang berlaku sepanjang
aktiviti dijalankan untuk melihat reaksi murid sepanjang aktiviti
berlangsung.. Rakaman ini boleh digunakan sebagai bahan yang boleh di
imbas kembali dan pemerhatian dapat dilakukan dengan lebih teliti secara
berulang kali untuk mendapatkan data-data yang penting. Rakaman video
sangat penting kerana ia dapat merekodkan semua pergerakan, bunyi dan
perjalanan aktiviti secara serentak.
Nota lapangan digunakan untuk mencatat perkara-perkara penting
yang berlaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebarang idea atau
rumusan yang dilakukan oleh pengkaji diperingkat awal pemerhatian akan
dicatat menggunakan nota lapangan. Ini kerana, rakaman video tidak mampu
untuk merakam maklumat tersebut. Nota lapangan digunakan bagi
memastikan maklumat tersebut tidak hilang atau dilupakan. Ia akan
digunakan sebagai rujukan untuk mengenal pasti suatu maklumat yang
diperoleh.

17


Soal Selidik

Soal selidik merupakan merupakan sebuah instrumen penilaian yang
mempunyai proses kemudahtadbiran yang tinggi. Pengkaji akan menyediakan
soalan bercetak untuk dijawab oleh responden secara individu tanpa
dipengaruhi oleh anasir luar. Penggunaan kaedah ini adalah untuk mengumpil
data kuantitatif dalam masa yang singkat dengan sekali tadbir sahaja. Soal
selidik terbahagi kepada beberapa jenis atau bentuk iaitu Jenis Ya/Tidak,
Jenis Setuju/Tidak, Jenis skala 5-Likert, Jenis Semantik, dan sebagainya
mengikut kesesuaian kajian.
Pengkaji telah memilih untuk mernggunakan kaedah mengumpul data
yang mana ternyata ia lebih mudah. Pengkaji akan menyediakan beberapa
soalan untuk dijawab oleh murid dengan menanda dua pilihan jawapan sahaja
iaitu Ya atau Tidak. Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik secara
berperingkat dan membawa murid terlibat ke tempat yang selesa untuk
menjawab soalan-soalan yang telah dicetak. Dengan cara ini, murid akan
dapat menjawab soalan soal selidik dengan lebih berkesan tanpa pengaruh
rakan-rakan sekiranya ia dijawab secara berkumpulan. Dengan ini, keputusan
soal selidik yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
lebih tinggi.


18


7.3 Perancangan cara menganalisis data

Data dapat dianalisis dalam dua bentuk iaitu kualitatif dan kuantitatif.
Analisis data kualitatif adalah satu proses mencari kenyataan umum
mengenai hubungan antara kategori data bagi membina satu teori asas untuk
memahami suatu fenomena yang sedang dikaji secara maksimum. Analisis
data kuantitatif pula ialah satu proses memberi makna terhadap data-data
yang dikumpulkan dalam bentuk angka ataupun skala (Buku Menguasai
Penyelidikan Tindakan). Analisis data penyelidikan tindakan biasanya kurang
kompleks dan kurang terperinci berbanding dengan bentuk penyelidikan lain
yang melibatkan 4 langkah iaitu membaca, memilih data, mempersembahkan
data dan menginterprestasi data dan membuat keputusan (Fraenkel & Wallen,
2012).
Pengkaji akan menganalisis data secara kualitatif iaitu membuat
kenyataan umum berdasarkan perhubungan yang wujud di antara murid dan
alatan berdasarkan data pemerhatian yang diperolehi dengan merujuk kepada
senarai semak yang telah ditanda. Senarai semak ini akan membuktikan
kewujudan unsur-unsur yang sepatutnya terhasil daripada pengubahsuaian
alatan dalam permainan. Data kuantitif akan dianalisis dengan mengambil
bilangan kekerapan setiap jawapan murid berdasarkan soal selidik yang
dijalankan. Data tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf

19
dengan mencari angka-angka yang dikehendaki. Ini kerana, angka tersebut
akan menceritakan segala hasil kajian yang dilakukan.


7.4 Perancangan Perlaksanaan Tindakan

7.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bulan Februari Mac April
Minggu
Aktiviti
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Mengenalpasti isu dan
penetapan tajuk

Merancang tindakan
pengumpulan
maklumat

Membuat jadual
perlaksanaan

Merangka proposal
kajian

Perbincangan
proposal(pembimbing)

Penambahbaikan
proposal kajian


20
Menghantar dan
pengesahan proposal




7.4.2 Anggaran Kos

Pengakji telah menggunakan beberapa jenis bahan untuk
menjalanakan kajian ini terutama dalam mengubahsuai alatan. Kos
bahan yang digunakan telah direkodkaan di dalam jadual.

Bil Bahan Unit RM
Jumlah
(RM)
01 Kad manila 4 0.50 2
02 Gam/Getah/Tape 3 0.20 0.60
03 Beg Plastik 2 0.20 0.40
04 Kertas A4 2 Rim 12 24
05 Kos fotostat 100 0.10 10
06 Kos jilid buku kulit keras 5 60 300
07 Dakwat pencetak 2 50 100
08 Fail dokumen 3 1 3
Jumlah Perbelanjaan 440






21




8. TINJAUAN LITERATUR

Kajian berkaitan pengubahsuaian alatan tidak banyak dilakukan oleh pengkaji sama
ada di dalam dan di luar negara terutama untuk bidang Pendidikan Jasmani. Namun
begitu, terdapat beberapa kajian yang pada pendapat pengkaji mempunyai kaitan
dengan kajian yang akan dilaksanakan ini. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian
berkaitan penggunaan alat bantu mengajar oleh guru dalam menjadikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Dalam membuat
alat bantu mengajar, mereka sebenarnya telah melakukan pengubahsuai atau
penciptaan alatan dalam menjadikan ia sebagai sumber pengajaran.
Christopher Lu Wei Wang (2012) telah menjalankan satu kajian tentang
kesan penggunaan alat bantu mengajar visual dalam pengajaran subjek sains tahun 3.
Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang berbentuk
visual untuk menarik perhatian murid serta mendorong mereka melibatkan diri
secara aktif sewaktu prose pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Beliau
menggunakan kaedah penyediaan bahan visual yang pelbagai dan menarik dalam
setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Ini kerana,
penyampaian maklumat dalam bentuk bahan visual dalam subjek sains sangat
berkesan untuk mendorong murid memberi peerhatian dan melibatkan diri dalam

22
proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka boleh melihat dan meyentuh alat
bantu mengajar yang digunakan.
Abdul Rasid Jamian (2013) telah melaksanakan kajian yang bertajuk
Perlaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.
Dalam kajian ini, beliau telah menyentuh aspek penggunaan alat bantu mengajar
yang menarik menjadi salah satu faktor kepada wujudnya suasaana pembelajaran
yang menyeronokkan. Guru-guru perlu rajin memerah idea dan menggunakan daya
fikir yang ada untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan
bagi memastikan murid berminat untuk mengikuti pembelajaran yang dilaksanakan.
Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (1998) telah menjalankan
kajian berkaitan kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Hasil kajian mereka menunjukkan
bahawa hampir keseluruhan murid mendapat kefahaman yang optimum dengan
pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar. Ini disebabkan oleh minat mereka
untuk belajar meningkat setelah melihat bahan bantu mengajar yang digunakan.
Kesannya, penglibatan murid dalam proses penhajaran dan pembelajaran amat luar
biasa dengan peratusan yang sangat tinggi.
Berdasarkan kepada tinjauan yang dilaksanakan daripada kajian-kajian lepas
yang berkaitan, jelas membuktikan bahawa alatan merupakan elemen yang sangat
penting dalam pengajaran kerana ia mempu membina kefahaman murid, mendorong
penglibatan muridm, meningkatkan minat murid dan sebagainya. Penggunaan alatan
tidak terhad kepada beberapa mata pelajaran sahaja namun ia digunakan untuk semua
bidang pengajaran dengan penghasilan alatan tersebut mengikut kehendak
pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan.

23






9. SUMBER RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, dan Abdul
Rahim Haman (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum. Puchong: CIPTA Printing
&Publishing (M) Sdn Bhd.

Kartini Abdul Mutalib, etc. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan :
Untuk
PISMP dan DPLI. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani.
Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

24

Chuah Y.P (2006), Kaedah Penyelidikan, Buku 1. Malaysia: McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.




10. LAMPIRAN

Senarai Semak Pemerhatian




Tahap

Aspek
Lemah
(1)
Sederhana
(2)
Baik
(3)
Terbaik
(4)
Penglibatan murid di dalam
aktiviti

Keseronokan
Reaksi murid semasa
beraktiviti

Komunikasi antara murid
Berkeyakinan menggunakan
alatan


25









Borang Soal Selidik
Jawab soalan dengan menandakan (/) di ruangan Ya atau Tidak.
Bil. Soalan Ya Tidak
1 Saya berasa seronok menghadiri kelas Pendidikan Jasmani
2 Saya suka permainan yang menggunakan pelbagai jenis alatan
3 Saya gemar bermain aktiviti permainan yang mencabar.
4 Saya takut mengalami kesakitan semasa bermain.
5
Saya tidak akan meneruskan permainan sekiranya badan saya
berasa sakit apabila terkena alatan.

6 Saya suka bermain menggunakan alatan yang dibuat oleh guru.
7 Saya berasa teruja untuk bermain alatan yang baru dilihat
8
Saya berasa bosan apabila guru menggunakan alatan sama dalam
setiap kelas Pendidikan Jasmani.



26

Anda mungkin juga menyukai