Anda di halaman 1dari 8

6/11/2012

1
Kemahiran Asas
Matematik
Pengenalan
Penguasaan Kemahiran
Asas Matematik
Penting dalam
kehidupan
Masa / Waktu
Urusan
Jual Beli
Lebih terancang
& selesa
Kemahiran Pranombor
Kemahiran pra-nombor merupakan
kemahiran yang paling awal perlu
diperkenalkan sebelum memperkenalkan
murid dengan konsep nombor.
Kemahiran pranombor ini melibatkan
pengkelasan, turutan/seriasi,
perbandingan kuantiti dan konservasi.
Pengkelasan
Warna
- mengenal warna
- menamakan warna
- mencantumkan kad warna
- mengasingkan warna
- mengasingkan warna dengan benda-benda
- mewarna mengikut arahan yang diberi
Saiz
membandingkan saiz benda konkrit yang
ditunjukkan
mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah,
panjang/pendek
menamakan saiz
mengasingkan benda semi konkrit
mengikut saiz
memadankan saiz yang sama
mewarnakan saiz yang sama
Bentuk
mengasingkan benda mengikut bentuk
menamakan bentuk
memadankan bentuk yang sama dengan
benda-benda konkrit
mewarnakan bentuk-bentuk yang sama
6/11/2012
2
Jenis
menamakan benda mengikut jenis
mengumpul benda mengikut jenis(semi
maujud)
mengkelaskan benda mengikut
jenis(gambar)
mewarna/melukis benda mengikut jenis
Turutan/ seriasi
Turutan pula merupakan faktor penting bagi
kebolehan pengaturan dalam matematik. Murid
perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur
objek-objek mengikut saiz kecil, besar, panjang,
pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut
bilangan. Konsep turutan ini akan membolehkan
murid mencari pertalian antara satu objek
dengan objek yang lain atau antara konsep
matematik dengan yang lain. Hal ini akan
menjadikan proses pembelajaran yang mereka
lalui akan lebih bermakna.
Perbandingan kuantiti
mengasingkan kumpulan
yang banyak atau lebih
yang sedikit atau kurang
yang sama banyak
yang tidak sama banyak
mewarnakan kumpulan
yang banyak atau lebih
yang sedikit atau kurang
yang sama banyak
yang tidak sama banyak
menamakan kumpulan
yang banyak atau lebih
yang sedikit atau kurang
yang sama banyak
yang tidak sama banyak
keabadian/Konservasi
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002),
keabadian/konservasi bermaksud pemeliharaan
atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi
mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain.
Dalam konteks matematik khususnya aspek
pranombor,keabadian/ konservasi dapat
diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas
berkaitan dengan pranombor dalam kalangan
murid. Untuk memelihara atau memastikan ilmu
berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh
murid ini bersifat kekal, aktiviti pengukuhan
hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.
6/11/2012
3
Mengenal nombor
Nombor merupakan asas yang penting dalam mata
pelajaran matematik kerana nombor digunakan dalam
operasi asas matematik dan juga dalam topik-topik
matematik yang lain. Seseorang murid tidak akan dapat
mempelajari matematik selanjutnya jika dia tidak
menguasai kemahiran menulis nombor, membilang serta
menulis nilai sesuatu nombor. Pada peringkat awal
pembelajaran, murid didapati boleh membilang tetapi
sering menghadapi masalah menulis nombor dengan
betul danpada peringkat seterusnya mereka sering
menghadapi masalah menentukan nilai tempat dan
membundarkan nombor.
Konsep nombor
Konsep nombor ordinal dan kardinal perlu diajar dan diberi
penekanan kepada murid sejak awal lagi.
Ini dapat mengubah struktur pemikiran kanak-kanak yang sering
menghafal nombor tanpa mengenal makna nombor itu yang
menjadi penghalang kepada mereka untuk membuat pertalian
antara nombor ordinal dan nombor kardinal.
Nombor kardinal digunakan untuk membilang berapa banyak objek
dalam satu set atau kumpulan.
Memahami nombor kardinal amat penting kerana dengan adanya
kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek, murid
akan dapat menggunakan nombor bulat untuk empat operasi
matematik.
Walaupun nombor kardinal perlu diberi lebih penekanan, murid
juga perlu diperkenalkan dengan cara kedua nombor digunakan
iaitu penggunaan nombor ordinal. Nombor ordinal ialah nombor
yang digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu objek
atau peristiwa.
Menghafal nombor
Aktiviti menghafal nombor boleh dijalankan
secara berperingkat iaitu nombor dalam
lingkungan 10, nombor dalam lingkungan 18,
nombor dalam lingkungan 50 dan nombor dalam
lingkungan 100.
Aktiviti yang paling berkesan bagi kemahiran
menghafal nombor ini adalah latih tubi.
Kebolehan murid menghafal nombor akan
membantu mereka menyelesaikan masalah
matematik yang lain dengan lebih cekap dan
pantas
Menunjuk nombor
Aktiviti menunjuk nombor juga akan dapat mendekatkan
murid dengan nombor dan secara tidak langsung mereka
dibiasakan dengan nombor tersebut dan hal ini
membantu mereka untuk lebih mengenali nombor-
nombor yang diperkenalkan.
Guru boleh menggunakan carta nombor dan meminta
murid menunjuk nombor yang disebut oleh guru.
Latih tubi begini akan meningkatkan kecekapan murid
dalam mengenali nombor.
Di samping itu juga, guru boleh menggunakan kad-kad
nombor dan meminta murid mengumpul(mengasingkan)
angka yang sama atau menunjuk kad nombor yang guru
sebut.
Menulis nombor
Sebaik-baiknya murid mula diperkenalkan dengan kemahiran
menulis nombor setelah mereka dapat mengaitkan makna nombor
dengan angka.
Mereka juga boleh mula berlatih menulis angka ketika masih dalam
proses pemantapan kefahaman tentang nombor.
Penulisan angka bagi sesuatu nombor harus dilakukan bersama-
sama perwakilan model nombor, sama ada dalam bentuk konkrit
atau gambar dengan tujuan untuk memperkukuhkan makna nombor
itu.
Sebelum menggunakan otot halus, penulisan angka boleh bermula
dengan menggunakan pergerakan otot kasar seperti menulis di
udara, kotak pasir dan sebagainya.
Aktiviti lain yang boleh dijalankan adalah menyurih nombor-nombor
timbul dengan jari mengikut urutan, menekap mengikut urutan
nombor dengan pensel warna pada acuan angka dan membentuk
angka mengikut garisan titik-titik.
Nilai nombor
Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting
dalam sistem penomboran kerana kedudukan digit
dalam sesuatu nombor mempunyai nilai tertentu.
Murid diperkenalkan kepada konsep nilai tempat apabila
mereka sudah boleh membaca dan menulis angka bagi
nombor 0 hingga 9 serta boleh membilang dengan
mengumpul secara sepuluh-sepuluh.
Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk
memperkenalkan konsep nilai tempat melalui
pengumpulan bahan berkadaran seperti menggunakan
lidi, dan rod biji kacang.
Untuk mengukuhkan konsep ini dalam kalangan murid,
guru boleh juga menggunakan kaedah permainan bingo
dan kad lipat.
6/11/2012
4
Menyebut dan menulis nombor
- counting-on, (urutan menaik)
Antara aktiviti yang boleh dijalankan
adalah membilang dan menyusun
pembilang dari nilai kecil ke besar,
meletakkan kad angka di bawah
pembilang dan menyusun angka secara
menaik dari kad angka yang diselerakkan.
- counting-back (urutan menurun)
Bagi kemahiran ini, aktiviti yang boleh
dijalankan adalah membilang dan
menyusun pembilang dari nilai besar ke
kecil, meletakkan kad angka di bawah
pembilang, menyusun angka secara
menurun dari kad angka yang
diselerakkan dan melengkapkan turutan
nombor secara menurun.
- skip counting (nombor di antara)
Pada peringkat ini, murid dilatih untuk
mengisi nombor yang tepat diantara dua
nombor.
Aktiviti yang boleh dilakukan adalah
meletakkan kad angka di antara kad-kad
angka, menamakan nombor diantara dan
mengisi tempat kosong dengan angka
yang sesuai.
Operasi Asas
Operasi Tambah
Operasi tambah ini merupakan asas untuk menumbuh
dan mencambahkan minat murid terhadap mata
pelajaran matematik.
Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka
alami semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini
memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan
kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat
seterusnya.
Sebelum operasi tambah ini diperkenalkan, murid-
murid hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran
seperti membilang hingga 10, menyusun kumpulan
benda sehingga 10, membaca dan menulis angka 1-
10, memadankan angka daripada 1-10 dengan
perkataan nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan
nombor sifar dan memahami maknanya serta
mengabadikan nombor.
Konsep Tambah
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua
nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang
dinamakan jumlah atau hasil tambah.
Contoh: 3 + 2 = 5
Juzuk tambah Hasil tambah
Dua kaedah biasa yang digunakan untuk
menjelaskan konsep penambahan ialah:
Penyatuan set
Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu
set kumpulan objek dengan satu set objek yang lain
yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama
untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan.
Pengukuran pada garis nombor
Garis nombor merupakan model geometri dengan
setiap jarak di antara titik pada garis bernilai 1.
Fakta Asas
Fakta asas tambah merupakan kombinasi
penambahan (termasuk songsangannya) yang
setiap sebutan (juzuknya) ialah nombor 1 digit.
Menguasai fakta asas tambah sangat penting
kerana fakta asas ini merupakan asas kepada
pengendalian algoritma penambahan dengan
cekap dan tepat.
Kepelbagaian aktiviti akan membantu murid
dalam menguasai pembentukan konsep fakta
asas tambah dengan lebih berkesan di samping
latihan untuk peneguhan.
Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan
terlebih dahulu untuk mengembangkan
kefahaman murid tentang penambahan.
6/11/2012
5
Kemudian, strategi yang berkesan
(strategi berfikir) diperkenalkan
berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.
Akhirnya murid dikehendaki mengingat
dan menghafal semua fakta asas tambah.
Murid akan mampu menyatakan semua
fakta asas tambah dengan cepat dan tepat
sekiranya diajar dengan cara yang
berkesan.
Seseorang guru mestilah memastikan
muridnya telah mempunyai konsep
penambahan yang mantap(termasuk
simbol yang terlibat) sebelum meminta
mereka mengingati fakta asas tambah.
Operasi
Seseorang murid boleh didedahkan
dengan operasi penambahan, sebaik
sahaja mereka telah menguasai
nombor bulat, nilai tempat serta fakta
asas tambah.
Murid akan didedahkan dengan
kemahiran menambah nombor 2 digit
dengan nombor 1 digit, dan
menambah nombor 2 digit dengan
nombor 2 digit.
Murid juga akan dibiasakan dengan
kemahiran menulis ayat matematik dan
penyelesaian masalah matematik dalam
bentuk lazim.
Operasi tambah ini akan didedahkan
secara berperingkat iaitu operasi tambah
dalam lingkungan 10, operasi tambah
dalam lingkungan 18 tanpa/dengan
mengumpul semula, operasi tambah
dalam lingkungan 50 tanpa/dengan
mengumpul semula dan operasi tambah
dalam lingkungan 100 tanpa/dengan
mengumpul semula.
Operasi Tolak
Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi
tambah.
Operasi tambah melibatkan penggabungan atau
penyatuan dua set objek, sedangkan operasi
tolak pula berhubung dengan pengasingan atau
pengurangan sesuatu set objek kepada set-set
kecil.
Dengan kata lain operasi tolak merupakan
proses menterbalikkan operasi tambah.
Kemahiran yang diajar pada peringkat ini adalah
menulis ayat matematik, melengkapkan ayat
matematik, menolak secara spontan fakta asas
tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk
lazim dan penyelesaian masalah berkaitan
penolakan.
Konsep Tolak
Konsep penolakan dapat difahami melalui
beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau
mengabil jalan keluar, perbandingan, pelengkap
dan penyekatan.
1. Pengasingan atau mengambil jalan keluar -
daripada satu set objek, satu subset
dikeluarkan.
Contohnya:
Terdapat 8 buah buku di atas meja.
Sebanyak 4 buku dimasukkan ke dalam beg.
Berapa buah buku lagikah yang tinggal di
atas meja tersebut?
2. Perbandingan - dua set objek
berasingan diberi.
Set objek pertama disusun semula dan
dipadankandengan set objek kedua.
Set objek yang tidak ada pasangan
dikenali sebagai baki atau beza.
Contohnya:
Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong
kek.
Berapakah bilangan gula-gula melebihi
bilangan kek?
6/11/2012
6
3. Pelengkap bermula dengan satu set
objek, kemudian fikirkan berapa lagi perlu
ditambah untuk melengkapkan set
keseluruhan.
Contohnya:
Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah
kandang yang boleh memuatkan 10 ekor
kuda.
Berapa ekor kudakah yang boleh saya
masukkan lagi ke dalam kandang itu?
4. Penyekatan dalam konsep ini, ahli
sesuatu set objek perlu diubahsuai
kedudukannya untuk menepati sesuatu
syarat.
Contohnya:
Terdapat 7 buah kereta di sebuah
tempat letak kereta.
2 buah kereta berwarna biru dan dan
yang lain berwarna merah.
Berapa buah keretakah yang berwarna
merah?
Fakta Asas
Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi
penolakan nombor 1 digit daripada
nombor 1 digit atau 2 digit dan hasilnya
nombor satu digit.
Terdapat dua kaedah untuk
memperkenalkan fakta asas tolak iaitu
mengekalkan bilangan unsur yang
dikeluarkan dan mengekalkan bilangan
unsur dalam set asal.
Operasi
Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan
daripada tolak tanpa mengumpul semula kepada
tolak dengan mengumpul semula.
Sebelum mempelajari operasi tolak dengan
mengumpul semula, murid perlu mahir
kemahiran yang berikut:
fakta asas bagi tolak
menolak nombor yang sama nilai tempatnya
nilai tempat bagi angka
menulis nombor dalam bentuk tambah
menggikut nilai tempat dan seterusnya menulis
nombor berkenaan dalam bentuk yang lain.
Operasi Darab
Konsep Darab
Darab mempunyai pertalian rapat dengan tambah, iaitu
tambah berulang-ulang.
Misalnya, tiga 2 diertikan sebagai 3x2 dan lima set 4
diertikan sebagai 5x4 .
Darab bermakna kali ganda. Jika ayat seperti 3x6=18
boleh disebut tiga kali ganda enam menghasilkan lapan
belas.
Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor darab, tanda x
merujuk kepada operasi ganda, tanda= merujuk
kepada hasil dan nombor 18 mewakili hasil darab atau
nombor terbitan operasi darab.
Cara menulis operasi darab adalah dengan cara
menegak dan cara mendatar.
Antara model bagi menjelaskan konsep darab ialah
model gandaan set, model turus, model turutan garisan
bernombor dan model hasil Cartesian.
1. Model Gandaan Set
00 00 00 00 --------------- 0000 0000
2 + 2 + 2 + 2 = 8
Empat set 2 ------ satu set 8
4 x 2 = 8
6/11/2012
7
2. Model Terus
0 0 0 0
0 0 0 0
0 0 0 0
3 + 3 +3 + 3 = 12
Empat turus 3 kelompok 12
4 x 3 = 12
3. Model Turutan Garisan Bernombor
0 3 6 9 12 15
,_____,_____,_____,_____,_____,___
Lima turutan 3 ------ hasil
3 pasangan ----------- 6 objek
3 x 2 = 6
Fakta Asas
Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor
pendarab satu angka atau satu digit, misalnya daripada
0 x 0 hingga 9 x 9.
Bagi menjamin komputasi efisien ( jawapan yang tepat
dan menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal
fakta asas darab.
Ada 10 fakta seperti 0 x0, 1x1, 2x2, 3x3, hingga 9 x9,
iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain
bersimetri ( 45 + 45).
Fakta bersimetri ialah seperti 4 x7 = 7 x 4.Fakta darab
perlu dibantu dengan manipulasi objek fizikal,model dan
jadual fakta.
murid digalakkan membuat pertalian antara satu fakta
dengan fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan
pengalaman konkrit mereka seterusnya memikirkan
pertalian antara berbagai-bagai fakta, menggunakan
hukum operasi darab dan menggunakan algoritma
standard.
Operasi
Operasi ialah kaedah penyelesaian matematik
secara teratur dan bertujuan untuk mengelakkan
daripada melakukan kesilapan.
Matlamat akhir pembelajaran operasi ialah
kebolehan menyelesaikan masalah menggunakan
algoritma yang efisien.
Peringkat awal pendekatan nilai tempat untuk
memantapkan kefahaman proses darab melalui
latihan angka puluh atau gandaan sepuluh.
Kebolehan menyelesaikan kira-kira darab amat
bergantung pada kemahiran mengingat kembali
fakta asas dengan cepat dan tepat.
Pendekatan nilai tempat memerlukan
pencerakinan nombor kepada puluh dan sa dan
Hukum Taburan digunakan sebagai pendekatan.
Operasi bahagi
memerlukan tahap kematangan berfikir
yang lebih tinggi untuk memahami konsep
dan algoritma bahagi.
Untuk pembelajaran yang efektif, murid
perlu faham tentang konsep dan sifat milik
, atau hukum operasi bahagi di samping
penyediaan kaedah dan pendekatan yang
terancang oleh guru untuk memudahkan
proses memahami operasi ini.
Konsep Bahagi
Operasi bahagi mempunyai pertalian
menyongsang dengan operasi darab.
Misalnya, 5 p = 10, iaitu untuk mendapatkan
faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi
dengan 5.
Operasi bahagi juga mempunyai pertalian
dengan penghitungan,iaitu turutan selangan
nombor dihitung ke belakang
( reverse) contoh:-
4 x 2 -----0-2-4-6-8
8 2 -----8-6-4-2-0
6/11/2012
8
Operasi bahagi boleh dianologikan
sebagai tolak berulang-ulang.Cara menulis
ayat matematik bahagi, contohnya;
9
18 2 = 9, 18 = 9, 2 18
2
Nombor 18 dipanggil dividen, nombor 2
dipanggil faktor pembahagi dan nombor 9
ialah hasil bahagi.
Dua model iaitu :
Model Kuotatif ( memberi gambaran berapa
kumpulan dapat dibuat daripada sesuatu dividen
atau sebilangan besar unsur.
Model Partitif atau sama rata memberi
gambaran berapa banyak unsur dalam satu
kumpulan atau kelompok.
Kemahiran menghafal dan mengingat kembali
fakta-fakta asas darab berkait rapat dengan
kebolehan menyelesaikan kira-kira bahagi secara
sikap dan ekonomik.
Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang
dengan operasi darab sekiranya sesuatu nombor
boleh dibahagi dengan nombor lain,tanpa
sebarang baki nombor bernilai.
Fakta Asas
Fakta bahagi mempunyai faktor pembahagi dan
dan hasil bahagi bernombor satu angka.
Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan
akan menghasilkan satu fakta bahagi.
Contoh,
14 2 = 7 .
Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta
bahagi ialah Pengelasan objek-objek,
Penggunaan pengalaman harian, manipulasi
objek-objek, melukis dan menganalisis gambar
dan mencari jawapan melalui pertalian.
Operasi
Bahagi ialah songsangan darab, kecuali bagi hal-
hal yang melibatkan baki.
Keupayaan murid menyelesaikan kira-kira
bahagi bergantung pada kebolehan mereka
menyongsangkan fakta darab .
Sebelum menyelesaikan 72 / 8 murid perlu
berkira-kira ________ / 8 = 9.
Persamaan dengan variasi kedudukan pengisi (
) dapat membina pemikiran berbalik dan
songsangan.
Algoritma bahagi standard diperkenalkan setelah
murid mahir mengolah cara berfikir dan fakta
darab.
Kuiz
1. Jelaskan peringkat-peringkat
pengajaran bagi kemahiran mengenal
nombor.
Cadangkan 1 kaedah pengajaran yang
berkesan bagi topik ini.
Kuiz
2. Apakah teknik yang sesuai untuk
mengajar murid khas bagi soalan
penyelesaian masalah matematik.
Jelaskan teknik tersebut.
3. Terdapat empat operasi asas dalam
matematik. Apakah operasi-operasi
tersebut dan jelaskan konsep-konsepnya.

Anda mungkin juga menyukai