Anda di halaman 1dari 24

1

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN




SEMESTER 4 : JANUARI 2013


ABSF2103


USUL FIQH 1


MATRIKULASI : 771125105726001
NO. KAD PENGNEALAN : 771125-10-5726
NO. TELEFON : 013-4083020
E-MEL : normida@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE


2
KANDUNGAN ABSF2103
..
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.Pengenalan 3

2.Contoh alamat sesawang hadis 1 5
2.1. Contoh hadis 1
2.2. Analisis hadis 1
2.3. ketepatan makna hadis 1
3.Contoh alamat sesawang hadis 2 11
3.1. Contoh hadis 2
3.2. Analisis hadis 2
3.3. ketepatan makna hadis 2
4.Contoh alamat sesawang hadis 3 16
4.1. Contoh hadis 3
4.2. Analisis hadis 3
4.3. ketepatan makna hadis 3
5.Contoh alamat sesawang hadis 4 19
5.1. Contoh hadis 5
5.2. Analisis hadis 5
5.3. ketepatan makna hadis 5
6. Kesimpulan 23
7. Rujukan 24


3
1.Pengenalan
SEMUA mengetahui secara umum bahawa al-Quran dan hadis sahih adalah sumber pengetahuan
dan perundangan Islam yang syumul. Al-Quran merupakan wahyu Allah yang dijamin dan
dipelihara daripada diubah-ubah oleh manusia. Sebagaimana firman Allah swt,
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan
menjaganya. (al-Hijr: 9)
Kebenaran wahyu dalam al-Quran adalah bersifat mutlak dan keimanan kepada ayat-ayat atau
kalam Allah adalah wajib Hadis dari segi bahasa, ia berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu
daripada kata dasar hadatha dan haddatha.
Dari segi istilah para muhaddithin telah mengemukakan berbagai-bagai definisi. Pada asalnya
tiada percanggahan antara satu sama lain, yang menjurus kepada maksud yang sama. Imam Ibn
Hajar : Hadith ialah apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Definisi ini berbentuk
umum. Bertitik tolak dari definisi inilah ulama terkemudian telah memperincikannya lagi. Ali al-
Qari dalam Syarh Nukhbah al-Fikir telah mentakrifkan hadith sebagai Apa yang disandarkan
kepada Nabi s.a.w daripada perkataan, perbuatan, taqrir, gerak dan diam, sama ada semasa
jaga atau tidur . Jamal al-Din al-Qasimi dalam Qawa`id al-Tahdith fi Funun Mustalah al-
Hadith pula mendefinisikannya sebagai: Apa saja yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w daripada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat. Dr. Muhammad `Ajaj
al-Khatib dalam Usul al-Hadith Ulumuh wa Mustalahuh pula mentakrifkan dengan: Segala
sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w daripada perkataan, perbuatan,
pengakuan atau sifat sama ada tindak tanduk fizikal atau akhlak, sirah sama ada sebelum
atau sesudah menjadi rasul.
Ringkasnya al-Quran dan al-Sunnah merupakan dua sumber perundangan atau syariat bagi umat
Islam. Al-Sunnah dalam sejarah penulisan dan pembukuannya menghadapi cabaran dari sudut
campur aduk sehingga melahirkan hadis-hadis palsu atau maudu. Hadis palsu merupakan hadis
yang direka oleh musuh Islam, terutamanya daripada golongan zindiq dan hadis tersebut
disandarkan kepada Nabi Muhammad saw. Perbuatan golongan ini merupakan satu pendustaan
dan sikap keji untuk memusnahkan kefahaman umat Islam terhadap agamanya. Hamad bin Raid
Ibnu Darham al-Azdi berkata: ;Orang-orang Zindiq memalsukan hadis-hadis Rasulullah saw

4
sebanyak 14,000 hadis. Menurut Ibn Addi pula ketika Abd. al-Karim bin Abi al-Auja; ditangkap
dan kemudiannya diserahkan kepada Muhammad bin Sulaiman bin Ali yang memerintahkan
supaya dipenggal lehernya, berkatalah ia: Demi Allah! Aku telah memalsukan hadis sebanyak
4,000 hadis.
Hadis-hadis palsu ini amat bahaya kepada umat Islam kerana ia membuka peluang paling
terbuka kepada kesesatan dan syirik kepada Allah. Apatah lagi hadis-hadis palsu yang berhubung
dengan akidah dan usuluddin. Sebab itulah para ulama hadis dalam ilmu mustalah hadis
mengkategorikan hadis kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hadis sahih, hasan, daif mahupun
maudu. Bagi menilai kesahihan hadis dan darjahnya serta sanad yang meriwayatkan matannya
(teks hadis), para ulama menggunakan satu kaedah yang dinamakan takhrij al-hadis. Ilmu takhrij
hadis ini menjadi satu keperluan untuk dipelajari dan diketahui umat Islam bagi menilai
kesahihan dan sumber hadis Nabi Muhammad saw.
Pentingnya Ilmu Hadith untuk faham agama
Bagi mengetahui secara betul dan tepat ajaran Islam, umat Islam dituntut supaya belajar Hadith
ataupun al-Sunnah dengan tujuan untuk mempastikan apa yang diamalkan itu benar-benar dari
ajaran Rasulullah s.a.w. atau sebaliknya. Sejarah membuktikan para sahabat bahawa mereka
telah muncul sebagai orang Islam yang berilmu tinggi serta mampu untuk berijtihad dan
menguasai pelbagai bidang ilmu Islam kerana sebahagian hidup mereka ditumpukan untuk
mempelajari al-Quran dan Hadith daripada Rasulullah s.a.w.. Kegigihan mereka dan generasi
selepas mereka dalam meriwayat dan mencatatkan Hadith telah menyediakan wadah dan
kemudahan bagi generasi kurun kedua dan ketiga untuk mentadwinkan
Hadith; iaitu mengumpul, memeriksa, menulis dan membukukan Hadith sehingga dapat
dimanfaatkan oleh generasi terkemudian. Umat Islam sekarang mendapat faedah yang amat
besar dengan pengumpulan dan penulisan Hadith oleh generasi awal Islam. Umat Islam kini
hanya perlu kepada daya usaha untuk mendapatkan kitab Hadith yang muktabar, seterusnya
belajar tentang Hadith daripada kitab-kitab tersebut. Dalam menentukan nas Hadith itu sahih
ataupun palsu, rujukan kepada kitab-kitab muktabar ini amat penting agar umat Islam terselamat
daripada berhujah dengan nas palsu. Di samping itu rujukan kepada ilmuwan Islam yang mahir
dan mendalam ilmunya tentang Hadith boleh dilakukan sekiranya timbul sebarang

5
ketidakfahaman atau kekeliruan tentang kesahihan atau kepalsuan sesuatu Hadith. Ini bertepatan
dengan saranan Allah S.W.T. supaya umat Islam merujuk ilmuan agama sekiranya ada
kemuskilan.
2. Contoh alamat sesawang hadis 1
Pada masa ini, penggunaan Internet dan laman web pendidikan bukanlah suatu yang asing kerana
ia telah diperkenalkan sejak pertengahan tahun 1990an lagi. Collins (1996) telah menyatakan
bahawa tahun 1996/97 merupakan era Internet dalam pendidikan bermula. Di sini juga terdapat
laman sesawang yang menyatakan banyak pengunaan hadis Nabi yang perlu dikaji dari segi
kesahihannya. http://eprints.utm.my/1400/1/JT36E3.pdf merupakan alamat sesawang yang
mengkaji kesahihan hadis. Di dalamnya ada menceritakan panjang lebar mengenai penelitian
hadis, baik dari segi sanad (jalur) mahupun dari segi matan (teks), adalah untuk mengetahui
kualiti hadis yang dianalisis, apakah sahih atau dhaif, diterima atau ditolak. Kualiti hadis sangat
perlu diketahui dan dilakukan demi memelihara kesucian ajaran Islam terutama yang berkaitan
dengan prinsip-prinsip akidah, ibadah dan muamalahnya. Hadis yang ternyata tidak memenuhi
syarat-syarat tidak dapat dipertahan dan dipertanggungjawabkan untuk dijadikan sebagai salah
satu sumber ajaran Islam.
Tujuan utama kajian ini ialah mencari dan menentukan sumber-sumber asal hadis yang
membahagikan para syuhada kepada tiga golongan yang ternyata tidak hanya diukur pada
keikhlasan niatnya dalam berjihad, membela dan menegakkan kalimat Allah dan bentuk
pengorbanannya, tetapi juga amalan atau kebiasaan hidup yang dijalani sebelumnya apakah
dipenuhi dengan ketaatan, kemaksiatan atau kemunafikan. Pengkaji merasa terpanggil untuk
mengetahui lebih dalam akan kualiti hadis tersebut khususnya yang berkaitan dengan kesahihan
sanad dan kekuatan matannya, dengan harapan hasilnya dapat memberi masukan baru atau
tambahan informasi mengenai Jihad.
Hasil kajian hadis yang dirasakan paling tepat dan sesuai untuk digunakan oleh penulis dalam
artikel ini ialah dengan menggunakan salah satu lafaz hadis Rasulullah. Kemudian dalam
menganalisis setiap sanad dan matannya, pengkaji telah merujuk kepada kitab-kitab ulama Hadis
yang muktabar sejauh yang terjangkau. Hasil kajian menunjukkan penemuan begitu
menyakinkan terutama tentang kedudukan hadis yang menjadi objek kajian, yang semulanya

6
berstatus lemah atau tidak sahih oleh sebab-sebab tertentu telah terangkat ke posisi hadis sahih
yang tidak diragui asalnya dari Rasulullah s.a.w. Kerana itu, jihad dalam Islam yang membawa
seseorang kepada mati syahid, di samping keikhlasan niat dan pengorbanan harta dan jiwa,
bentuk amalan selama hidup ikut menjadi kriteria penting yang perlu diambil kira
2.1.Contoh hadis 1
Di dalam laman sesawang http://eprints.utm.my/1400/1/JT36E3.pdf Penulis telah memilih
hadis yang berkaitan dengan tiga golongan syuhada yang digambarkan oleh Nabi saw. Namun
status hadisnya masih perlu dikaji memandangkan tema yang diperkatakan menyentuh masalah
jihad dan para syuhada. Untuk kerja takhrij sekarang ini penulis telah menggunakan metode
iaitu dengan menggunakan salah-satu lafaz hadis. Penulis mengunakan buku senarai hadis Al-
Mujam al-Mufahras Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi adalah paling sesuai sebagai rujukan utama.
Sebagai langkah pertama, setelah mengemukakan hadis yang hendak dicari dan hendak diketahui
statusnya, penulis berusaha mempertemukannya dengan sumber asalnya atau mukharrijnya
(seperti Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain.) bersama-sama jalur atau sanadnya secara
lengkap. Kemudian, langkah selanjutnya baharulah dibuat analisis untuk setiap periwayat dalam
sanad hadisnya dan kualiti teks hadis atau matannya sebelum penulis menentukan status hadis
yang dikaji. Di akhir kajian, terdapat dua jenis hadis setelah dikaji iaitu Hadis hasan li zatihi
dan hadis sahih dalam pembahasan fiqh hadis, penulis cuba memetik beberapa pengajaran yang
berguna dari hadis Rasulullah saw. tersebut. Berikut adalah hasil kajian yang telah penulis
lakukan terhadap hadis yang menjadi tajuk atau topik penulisan ini.
Pengertian Hadis
Hadis 1 :Hadis Riwayat Al-Darimi dengan Sanad
Muhammad ibn al-Mubarak memberitakan kepada kami, diceritakan oleh Muawiyah ibn Yahya
bahwa Safwan ibn Amr menceritakan dari Abu al-Musanna al-Umluki dari Utbah ibn Abd al-
Sulami, dia berkata: Rasulullah saw. telah bersabda, Orang yang terbunuh ada tiga; orang
mukmin yang berjuang dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah kemudian terbunuh ketika
menyerang musuh, itulah syahid yang telah teruji, dia berada dalam khaimah Allah di bawah
Arsy-Nya, kedudukannya berada setingkat di bawah kedudukan para nabi terpisah oleh status

7
nubuwah. Orang mukmin yang mencampurkan amal salih dengan amal buruknya, dia berjuang
dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah kemudian terbunuh ketika menyerang musuh, dia ibarat
alat pencuci yang bakal membersihkan semua dosa dan kesalahannya. Sesungguhnya
pedangnya adalah penghapus dosa. Dia akan dimasukkan ke dalam syurga melalui mana-mana
pintu syurga yang disukainya. Terakhir orang munafiq yang berjuang dengan jiwa dan
hartanya, mati ketika berhadapan dengan musuh, dia bertempat di neraka, kerana pedangnya
tidak menghapus dosa kemunafikan. Abdullah menjelaskan kata musmisa dengan contoh kain
yang telah dicuci.
Hadis 2 :Hadis Riwayat Ahmad dengan Sanad
Abdullah ibn Ahmad menceritakan kepada kami, diceritakan oleh ayah saya bahawa Muawiyah
ibn Amr menceritakan kepada kami, Abu Ishaq yakni al-Sadafi telah menceritakan dari Safwan
ibn Amr dari Abu al-Musanna dari Utbah ibn Abd alSulami berkata, Rasulullah saw. telah
bersabda Orang yang terbunuh ada tiga golongan. Pertama; orang mukmin yang berjuang
dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah kemudian terbunuh ketika menyerang musuh, itulah
syahid yang dibanggakan, dia berada dalam khaimah Allah di bawah Arsy-Nya, kedudukannya
berada setingkat di bawah kedudukan para nabi kerana status nubuwah mereka. Kedua; orang
mukmin yang telah mengotori jiwanya dengan dosa dan kesalahan, dia berjuang dengan jiwa
dan hartanya di jalan Allah kemudian terbunuh ketika menyerang musuh, semua dosa dan
kesalahannya telah terhapus kerananya. Sesungguhnya pedangnya adalah penghapus dosa. Dia
akan dimasukkan ke dalam syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya.
Sesungguhnya syurga mempunyai delapan pintu dan neraka mempunyai tujuh pintu, sebahagian
lebih baik daripada yang lainnya. Terakhir, orang munafiq yang berjuang dengan jiwa dan
hartanya, mati ketika berhadapan dengan musuh, dia bertempat di neraka, kerana pedangnya
tidak menghapus dosa kemunafikan.
Untuk mengetahui status sahih tidaknya kedua riwayat hadis tersebut di atas perlu diadakan
kajian hadis baik tentang sanad mahupun matannya. Dengan menggunakan metode takhrij hadis
yang ada, penulis telah menemukan hadis yang ingin dibahas itu melalui kitab al-Mujam al-
Mufahras. Ternyata hadis tersebut telah diriwayatkan oleh dua mukharrij atau sumber iaitu Al-
Darimi dan Imam Ahmad. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pada redaksi tetapi tidak
merubah maksud hadis.

8
2.2. Analisis hadis 1
Setelah diteliti setiap periwayat hadis dari kedua sanad ternyata seorang perawi dari jalur sanad
al-Darimi yaitu Muawiyah ibn Yahya, sanad pertama hadisnya, mendapat tajrih atau celaan dari
ulama-ulama pengkritik hadis dengan menilaikannya sebagai halikun, zahib al-hadis, laiyin, dan
lain-lain.Tetapi pentajrihan mereka tidak sampai ke peringkat yang lebih parah dari itu.
Periwayat Muhammad ibn al-Mubarak pula, banyak ulama telah mentadilkan atau memujinya
sebagai perawi yang jujur. Hanya al-Zahabi seorang saja yang mengatakan hadis-hadisnya
tustankar atau ditolak, tetapi, kerana tidak dijelaskan bukti dan sebab-sebabnya maka tajrihnya
tidak dapat dianggap berat. Apalagi majoriti ulama telah mentadilkannya. Adapun periwayat-
periwayat lain, semuanya telah mendapat penilaian positif dari ulama-ulama pengkritik hadis
sebagaimana yang dinyatakan di atas, baik ia dari jalur sanad al-Darimi ataupun dari sanad Imam
Ahmad.
Persambungan kedua-dua sanad hadis
Dari segi persambungan sanad, ternyata sanad hadis al-Darimi termasuk muttasil (sampai
kepada Rasulullah saw.), kerana perawinya menggunakan lafaz-lafaz haddasana dan akhbarana
yang disepakati tinggi kualitinya di mana antara guru dan murid benar-benar telah terjadi
pertemuan dan dialog. {(1) Muhammad ibn Mubarak (akhbarana), (2) Muawiyah ibn Yahya
(haddasana), (3) Sofwan ibn Amr (haddasana)}. Begitu juga dengan lafaz an, meskipun
dikatakan kemungkinan mempunyai kesan-kesan tadlis, namun perawinya tergolong siqah
semua; iaitu (4) Abu al-Musanna al-Umluki (dengan lafaz an), (5) Utbah ibn Abd al-Sulami
(an). Apabila demikian halnya, maka sanad hadisnya adalah muttasil. Kemudian apabila ditinjau
dari tahun wafat tiap perawi yang telah diketahui, tidak ditemukan jarak masa yang
mencurigakan, dan masing-masing hidup masih dalam era waktu yang dapat digambarkan
kemungkinan bertemunya.
Meneliti sanad Imam Ahmad pula, kedua-dua jalur sanadnya termasuk muttasil, kerana kesemua
perawi hadisnya adalah siqah atau terpercaya dan tidak ada seorang ulamapun yang
menyatakannya munqati atau terputus sanadnya baik yang menggunakan lafaz an apalagi yang
menggunakan lafaz seperti haddasana, akhbarana dan samiahu yang kualitinya lebih
meyakinkan. Memandangkan kesiqahan tiap-tiap perawi hadisnya itu dan jarak masa di antara

9
mereka relatif dekat, dapat disimpulkan bahawa masing-masing pernah bertemu atau sekurang-
kurangnya hidup sezaman. Begitu juga, kalau dilihat jarak waktu wafat yang telah diketahui
antara perawi-perawinya, ia masih dalam batas-batas yang munasabah.
PENILAIAN HADIS
Kesimpulan yang dapat diambil khususnya tentang hadis riwayat al-Darimi ini, bahawa ia tidak
dapat dikatakan sahih tetapi adalah berstatus hasan li zatihi atas alasan salah satu dari periwayat
hadisnya, Muawiyah ibn Yahya, dinilai oleh ulama-ulama pengkritik hadis kurang
kedhabitannya iaitu layyinul hadis, laisa biqawiy dan yang seumpamanya seperti yang
dikemukakan oleh ulama-ulama hadis. Hadis Hasan Lizatihi dimaksud adalah hadis yang
memenuhi segala syarat-syarat Hadis Hasan iaitu hadis yang dinukilkan oleh seorang perawi
adil, tapi tak begitu kuat ingatannya, namun bersambung sanadnya, dan tidak terdapat illah
(cacat) serta kejanggalan pada matannya.
Berbeza dengan hadis riwayat Ahmad, ia berstatus sahih, apalagi disokong oleh mutabi yang
bermula dari Sofwan ibn Amr telah memperkuat kedudukannya menjadi hadis sahih. Ini kerana
sanad riwayat Imam Ahmad mempunyai barisan periwayat yang siqah semuanya dan tidak ada
ulama hadis yang mentajrihkannya. Jalur sanadnya muttasil iaitu sampai kepada Rasulullah saw.
dan tidak ada ulama yang menilainya putus sanad sebagaimana yang telah dihuraikan
sebelumnya, serta tidak terdapat illah (kecacatan) mahupun syuzuz (kejanggalan) baik sanad
mahupun matannya. Hanya terdapat sedikit penambahan kata-kata dan perbezaan dari segi lafaz
al-qatl misalnya pada riwayat Ahmad dan al-qatla pada riwayat al-Darimi. Namun, ia tidak
merubah konotasi makna hadis secara keseluruhan, tidak juga menurunkan kualiti salah satu
hadisnya. Oleh itu, hadis Imam Ahmad dengan kedua jalur sanadnya adalah berstatus sahih
lizatihi (sahih yang nyata) dan dalam masa yang sama telah mengangkat hadis riwayat al-Darimi
yang berstatus hasan lizatihi menjadi sahih lighairihi (sahih kerana ada sokongan dari riwayat
Ahmad). Ini kerana perawi Muawiyah ibn Yahya yang kurang daya ingatannya atau
kedhabitannya telah dapat ditutupi dengan adanya sanad lain yang lebih dhabit, iaitu dari sanad
Imam Ahmad.



10
2.3. ketepatan makna hadis 1
a. Islam bukan hanya agama di waktu damai tetapi ia juga agama di waktu perang. Islam
membimbing dan membekalkan motivasi di jiwa orang-orang Islam bagaimana memenangkan
peperangan secara mulia dan terpuji.
b. Tujuan peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Allah dengan
mengorbankan jiwa dan harta milik peribadi.
c. Kedudukan orang yang mati syahid adalah sangat mulia sekali di sisi Allah swt. kerana yang
memisahkan antara mereka dengan para nabi hanya terletak pada status nubuwahnya saja.
d. Kata-kata Khaimah Allah dan Arsy-Nya, meskipun masing-masing mempunyai konotasi
bahasa yang tersendiri: khaimah berarti tenda untuk istirahat dan arsy adalah tempat
bersemayamnya raja, namun hakikat kedua makhluk tersebut termasuk perkara-perkara ghaib
yang di luar jangkauan pengetahuan manusia. Kita mengimani eksistensi keduanya sesuai
dengan informasi yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya saw. Kaedah utama ulama salaf
dalam hal ini sebagaimana yang dipegang oleh Imam Malik











11
3. Contoh alamat sesawang hadis 2
http://usulfiqh1.blogspot.com/2009/10/kehujahan-hadis-ahad.html merupakan salah satu
sesawang yang mengkaji taraf hadis tersebut. Hadith ahad ialah hadis yang tidak mencapai
jumlah perawi seperti perawi dalam hadith mutawatir di samping tiada keseimbangan jumlah
perawi dalam peringkat Sahabat,tabi'in dan tabi' tabi'in.(Asmawi Haji Ehsan 2003:137) Menurut
ilmu Mustalah Hadith, hadith ahad ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua
orang perawi sahaja khasnya di peringkat pertama iaitu peringkat para Sahabat.(Hafiz Firdaus
Abdullah 2004: 169)
Dalam klasifikasi hadith ahad , ia terbahagi kepada kepada tiga jenis hadis berdasarkan jumlah
perawi pada setiap hadis yang diriwayatkan iaitu hadith mashhur, hadith 'aziz dan hadith
gharib.Sebahagian ulama membahagikan hadith ahad kepada dua iaitu mashhur dan ghair
mashhur. Hadith mashhur terbahagi pula pada dua jenis iaitu mashhur mutlaq dan mashhur
muqayyad. Mashhur mutlaq ialah hadis yang masyhur di kalangan ulama hadis dan juga selain
dari mereka seperti ulama usul,fiqh dan orang awam.Sementara hadith mashhur muqayyad ialah
hadis yang masyhur di kalangan ulama hadis sahaja.Hadis ghair mashhur pula terbahagi kepada
hadith 'aziz dan hadith gharib.Hadith ahad juga dilihat dari sudut kesempurnaan syarat-syarat
sanad dan matannya terbahagi kepada tiga iaitu hadith sahih,hadith hasan dan hadith
dhaif.(Asmawi Haji Ehsan 2003:137) Disini disertakan contoh hadis mashur untuk sebagai
tatapan.
3.1 Contoh Hadis 2
Hadith mashhur dari segi bahasa bermaksud terkenal manakala dari segi istilah hadith mashhur
ialah satu hadis yang diriwayatkan oleh sekumpulan tiga orang atau lebih perawi dan tidak dapat
mencapai taraf mutawatir daripada peringkat Sahabat hingga ke peringkat tabi' tabi'in tersebut.
Selain itu , tiada keseimbangan dalam jumlah perawi yang meriwayatkan hadis tersebut dalam
setiap peringkat. Kebiasaannya hanya seorang sahaja bagi setiap peringkat tersebut tetapi pada
peringkat terakhir iaitu peringkat tabi' tabi'in terdapat ramai perawi yang
meriwayatkannya.(Asmawi Haji Ehsan 2003 : 138) .Antara contoh hadith mashhur ialah hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


12



( )
Maksudnya : Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan
setiap orang itu bergantung pada perkara yang diniatkan.
Hadith mashhur terbahagi kepada tiga jenis iaitu sama ada masyhur dalam kalangan ahli hadis,
masyhur dalam kalangan ahli usul dan masyhur dalam kalangan orang awam.Ini disebabkan ada
sebahagian hadis tersebut hanya disebut dan diterima dalam kalangan ahli hadis sahaja dan tidak
diakui oleh dua kumpulan yang lain malah ada yang tidak mensahihkan atau diterima oleh dua
kumpulan sementara kumpulan yang ketiga tidak menerimanya atau sebaliknya.Kadangkala
hadis itu diriwayatkan oleh kumpulan ahli usul yang hanya masyhur dalam kalangan ahli usul
sahaja.(Asmawi Haji Ehsan 2003 : 138)

Contoh hadith mashhur dalam kalangan ahli hadis ialah:


( )
Maksudnya : Bahawa Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas ruku' selama sebulan bagi
mendoakan celaka pada keluarga Ri'lin dan keluarga Zakwan.

Contoh hadith mashhur dalam kalangan ahli usul ialah:

( )
Maksudnya : Terhapus(dosa) umatku,disebabkan oleh kekeliruan,lupa dan perbuatan yang
mereka lakukan kerana terpaksa.

Contoh hadith mashhur dalam kalangan orang awam ialah:


( )
Maksudnya : Bagi si peminta sedekah itu ada hak walaupun dia datang dengan menaiki kuda.


13

Contoh hadith mashhur dalam kalangan ulama fiqh ialah :

( )
Maksudnya : Tidak sah sembahyang bagi orang yang berdekatan dengan masjid melainkan
dalam masjid.
Contoh hadith mashhur dalam kalangan ahli hadis dan juga selain daripada mereka ialah:


( )

Maksudnya : Seorang Islam ialah orang yang menyelamatkan orang-orang dengan lidahnya dan
juga dengan tangannya.

3.2. Analisis hadis 2
Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa hadith ahad ada yang bertaraf sahih,hasan dan ada
juga dhaif.Hadith ahad sama ada mashhur,'aziz ataupun gharib dapat dijadikan hujah dan
beramal dengannya jika memenuhi syarat-syarat sah periwayatannya( hadith sahih) dan begitu
juga sebaliknya.Ahli Muhaqqiqin berpendapat bahawa, hadith ahad hanya wajib diamalkan
dalam bab-bab ibadah,kifarah dan hudud sahaja,tidak dalam bab aqidah kerana bab aqidah
memerlukan dalil-dalil yang qat'i(pasti).(Asmawi Haji Ehsan 2003 : 141)

Sebelum ini dinyatakan bahawa hadith ahad telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dilihat
dari sudut bilangan periwayatannya dan kesempurnaan syaratnya.Semua hadith ahad sekiranya
dinilai dari segi kesempurnaan syarat-syarat periwayatan dan dinilai periwayatannya terbahagi
kepada tiga iaitu hadith sahih, hadith hasan dan hadith dhaif.(Asmawi Haji Ehsan 2003 : 141)






14
CIRI-CIRI HADITH AHAD

Hadith ahad mempunyai beberapa ciri tertentu iaitu:(Abd. Latif Muda 1997 : 88)
a) Mempunyai jalan-jalan riwayat yang berhubung hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W
b) Sanadnya tidak sampai tahap mutawatir.
c) Sanadnya diriwayat menerusi berbagai peringkat perawi,ada perawi yang thiqah,perawi yang
kurang thiqah dan ada yang perawinya diterima dengan syarat- syarat tertentu serta ada
perawinya yang ditolak riwayatnya.
d) Jumlah perawinya tidak mencapai jumlah perawi hadith mutawatir.Ada yang mengatakan
jumlahnya tidak melebihi kepada sepuluh orang perawi dalam satu tabaqah,dan ada yang
mengatakan 100 perawi dan sebagainya iaitu tidak sampai kepada bilangan hadith mutawatir.
e) Jalan- jalan riwayatnya adalah terbatas. Ia berlawanan dengan jalan riwayat hadith mutawatir
yang mana ia diriwayatkan oleh perawi yang ramai dengan jalan riwayat yang banyak. Hadith
ahad melalui proses periwayatan yang tehad dengan bilangan sanad yang sedikit . Hadith ahad
dibahagikan mengikut kategorinya sedangkan mutawatir semuanya sama tanpa dihadkan kepada
sahih,hasan dan dhaif.
f) Jika disetengah tabaqah sampai ke bilangan mutawatir dan setengahnya tidak, ia juga
dipanggil hadith ahad .

Dalil kehujahan hadith ahad

Terdapat beberapa kehujahan mengenai penerimaan hadith ahad ini. Antaranya daripada Imam
Abu Hanifah,Imam Malik bin Anas,Imam Shafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Namun begitu sebagi berpegang Mazhab Imam Shafie kita teliti pengertianya, dalam masalah
hadis, Imam Syafie juga sama seperti halnya dengan Imam Abu Hanifah, beliau dikenali
sebagai nasir al-sunnah al-thani. Apabila Abu Hanifah menyelamatkan sunnah dari kaum
Mutazilah,, Imam Syafie mempertahankan kedudukan sunnah dari kelompok yang cuba ingin
mengingkari hadis. Pada masa Imam Syafie telah muncul beberapa kelompok pengingkar
sunnah, ada kelompok yang mengakui al-Quran dan menolak keseluruhan hadis. Ada pula yang
hanya mengakui hadith mutawatir sahaja dan tidak mengakui kehujahan hadith ahad dan
kelompok yang menolak hadis yang tidak jelas landasannya dalam al-Quran. Menghadapi tiga

15
kelompok ini, Imam Syafie memberikan penjelasan bahawa hadis rasul tidak dapat ditinggalkan
kerana banyak masalah ibadah yang tidak dapat dilaksanakan tanpa penjelasan sunnah.(al-
Zuhaily 1987 : 1/472)

Ada beberapa pensyaratan untuk menerima hadith ahad iaitu:
Periwayat thiqah dalam agamanya, diketahui benar dalam hadisnya dan semua
periwayatnya thiqah dari awal hingga akhir.
Baligh ketika menyampaikan hadis dan juga memahami makna hadis. Jika tidak
memahaminya secara hafal yang berasal dari Nabi S.A.W.
Periwayatnya menghafal hadis dan menjaga kitabnya jika ia meriwayatkannya secara
kitab.
Periwayatnya tidak berbeza dengan riwayat orang thiqah.
Periwayatnya tidak mudallis seperti ia meriwayatkan sesuatu yang tidak didengarnya
daripada orang yang ditemuinya.

3.3 ketepatan makna hadis 2
Yang dapat dikatakan mengenai kesemua perkara di atas, dapat disimpulkan bahawa para ahli
usul masa kini juga berpegang kepada hadith ahad. Dan menjadikannya sebagai dalil qat'iyy. Ini
kerana tidak ada hadith ahad yang berdiri dengan sendirinya melainkan semua termasuk dalam
salah satu atau lebih daripada perkara-perkara yang telah dibahaskan di atas. Dalam erti kata lain,
perbincangan sama ada hadith ahad menghasilkan ilmu qat'iyy, atau zanniyy hanyalah
merupakan perbincangan teori semata-mata. Sedangkan secara praktikalnya semua hadith ahad
diamalkan sebagai satu sumber yang qat'iyy.

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan pembahagian hadith ahad dan mutawatir, masih lagi
tidak dikenali pada zaman awal islam. Hal ini kerana selagi sesuatu hadith itu mempunyai sanad
yang sahih, umat Islam pada zaman tersebut akan beramal dengan hadith tersebut sama ada
dalam urusan aqidah atau selainnya. Pembahagian hadith kepada ahad dan mutawatir adalah
kerana pengaruh pemikiran yang mengunggulkan akal manusia di atas nas wahyu. Pemikiran ini
mendakwa hadith ahad tidak mungkin dapat menghasilkan ilmu yang pasti berkenaan hal ghaib,

16
khususnya dalam bab aqidah, melainkan ilmu sangkaan semata-mata. Para ilmuan terkemudian
pula berbeza pendapat sama ada hadith ahad dapat menghasilkan ilmu yang pasti atau sangkaan.
Namun jika hadith ahad tersebut menjadi amalan orang ramai, maka perbezaan ini tidak akan
wujud lagi. Dengan itu juga perbezaan pendapat tentang kedudukan hadith ahad dalam kalangan
ilmuan terkemudian hanyalah bersifat perbincangan teori manakala daripada sudut praktikalnya,
mereka semua beramal dengannya. Hal ini kerana di sisi ahli ilmu yang mendalam lagi luas
pengetahuannya, tidak ada hadith ahad yang berdiri dengan sendirinya melainkan semuanya
menjadi pegangan umat Islam. Dan yang terakhirnya, segelintir golongan yang mempertikaikan
dan menolak hadith ahad masa kini tidak terlepas daripada dua kemungkinan, sama ada mereka
sendiri tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai hadith ahad atau mereka sengaja ingin
menolak hadith Rasulullah S.A.W dengan alasan ianya hanyalah termasuk dalam kategori hadith
ahad yang tidak membawa apa-apa faedah dan manfaat.

4. Contoh alamat sesawang hadis 3
http://pa-makassar.net/artikel/Artikel%20Hadits%20Dhaif%20&%20Maudhu'.pdf merupakan
sesawang yang mengkaji hadis di samping menggunakan dalil sebagi hujjah untuk membuktikan
kesahihan hadis . Penulis di dalam artikel akan membahas masalah hadis maudu sebagai
menambah pengetahuan dan menjadi pengajaran mengenai hadis rasul Nabi Muhammad S.A.W.
4.1 Contoh Hadis 3 (Maudhu)
Menurut estimologi, ia berasal dari perkataan (

), perkataan mawdu adalah nama subjek


dan mempunyai beberapa pengertian, antaranya menggaris, mencipta, menganggur dan melekat.
Menurut terminologi pula hadis maudhu adalah hadis yang direka atau diadakan terhadap rasul
Sebenarnya ia bukanlah hadith tetapi dinamakan demikian sebagai sindiran terhadap
penciptanya yang mengatakan ia adalah hadith. Hadith mawdu adalah seburuk-buruk hadith
daif. Seseorang tidak harus meriwayatkannya kecuali dengan disertakan penjelasan mengenai
pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan yang ia adalah hadith sedangkan ia
mengetahui yang itu adalah semata-mata pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata ia
telah bersekongkol dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. Pihak yang terlibat telah
diberikan amaran keras oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

17
Sesiapa yang sengaja berdusta kepadaku, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam
neraka.
Antara contoh hadis palsu direka yang bermaksud,
Orang-orang yang saya wasiati, tumpuan hatiku, penggantiku dalam keluargaku dan orang
yang terbaik yang memegang khalifah sesudahku adalah Ali
4.2 Analisis hadis 3
Banyak perkara yang menjadi faktor mengapa terjadinya terjadinya pemalsuan terhadap hadis
nabi, maka antara sebabnya ialah :
a). Golongan-golongan politik sesat setelah berlakunya zaman fitnah pada masa Ali r.a. Maka
terjadilah pertarungan kepentingan kelompok politik dalam Islam, khususnya antara Syiah dan
Kelompok Muawiyah, kemudian bermunculan kelompok-kelompok lain setelahnya. Kemudian
untuk mempertahankan kepentingan kelompok tertentu maka bermunculanlah hadis-hadis palsu
sebagai jalan untuk meligitimasi kepentingan kelompok-kelompok tertentu; misalnya tentang
pengukuhan wasiat Rasul kepada Ali r.a. untuk memegang khalifah setelah baginda wafat
sehingga mereka membuat hadis palsu.
b). Perbezaan ras dan fanagtisme suku, negara dan iman.
Sebahagian penguasa Bani Umayyah dalam menjalankan dasar pemerintahan dan hanya
menumpukan pada bangsa Arab pada khususnya. Sebagian mereka sangat fanatik dari segi suku
sehingga memandang rendah terhadap orang lain.
c). Rekaan cerita
Sebahagian penulis ketika melakukan pemalsuan terhadap hadis nabi tidak lain bertujuan untuk
menarik perhatian dari orang ramai. Dan ada diantara mereka semata-mata ingin mendapat
keuntungan (hadiah dan harta) untuk kepentingan diri sendiri.
D). Perbezaan madzhab dan teologi

18
Disamping pemalsuan yang dilakukan oleh oleh para pengikut aliran politik tertentu demi
memperkuat pendapat golongan mereka, ada juga pemalsuan yang dilakukan oleh para pengikut
madzhab fikih dan teologi. Misalnya:
Barang siapa yang mengangkat tangannya ketika ruku maka tiadalah shalat baginya
Dan tentang teologi:
Semua yang ada di langit dan yang ada di atara keduanya adalah mahluk,kecuali Alquran. Dan
akan ada orang-orang dari umatku yang mengatakan,Alquran adalah mahluk. Siapa yang
diantara mereka yang mengatakan halitu, maka ialah kafir kepada Allah yang maha Agung, dan
isterinya tercerai saat itu juga.

Walaupun masih ada sebab-sebab yang lain terjadinya pemalsuan hadis, namun menurut penulis
inilah hal yang menjadi punca terjadinya pemalsuan terhadap hadis Nabi.

4.3 Ketepatan makna hadis 3

Sesungguhnya untuk mengetahui dan mengidentifikasi hadis palsu maka perlu dilakukan
penelitian hadis secara teliti dan mendalam baik terhadap sanad mahupun matan hadis. Namun
ada beberapa faktor yang menjadi penekanan terhadap hadis palsu antaranya:

a). Hadis tersebut mengandung susunan yang kacau yang tidak menentu, yang mana tidak
mungkin disabdakan oleh Nabi.

b). Hadis tersebut memiliki kandungan yang berhak mendapatkan celaan.
c). Isinya bertentang dengan ketetapan agama yang kuat dan jelas.

d). Ada beberapa pengakuan yang sah yang menunjukkan kepalsuannya.

e). Bertentang dengan Al-quran

f). Isinya bertentangan dengan akal,

19
g). Pengakuan yang dilakukan oleh si pemalsu hadis bahwa dialah yang mereka cipta
hadis tersebut, dan lain-lain. Antara nama-nama yang dikategori sebagai pemalsu hadis seperti
berikut ini:

a). Ahmad bin Abdillah al-Juwaibari
b). Abbas bin Dlahhak
c). Abu Dawud an-Nakhi, namanya Sulaiman bin Amr
d). Ali bin Urwah ad-Damsyiqi
e). Al-Mughirah bin Syubah al-Kufi
g). Al-Waiqidi, namanya Muhamad bin Umar bin Waqid

Namun begitu keupayaan ulama di dalam menjaga hadis dari pemalsuan telah mengahasilkan
beberapa karya yang dapat dlihat secara jelas, diantaranya: Tadzikraj al-Maudhuat oleh Abu al-
Fadhl Muhammad Ibnu Thahir al-Maqdisiy, Al-Maudhuat al-Kubru oleh al-Faras Abdurrahman
Ibn al-Jauziy, al-Fawaid al-Majmuah fi al-Ahadits al-Maudhuat oleh al-Qadhy Abdillah
Muhammad Abn Ali Asy-Syaukaniy, al-Laaliy al-Mashnuah fi al-Ahadits al-Maudhuat oleh
al-Hafidz Jalaluddin As-Suyuthy demi menjaga martabat Islam sendiri.

5. Contoh alamat sesawang hadis 4
http://icmsm2009.um.edu.my/filebank/published_article/4344/Jurnal.Usuluddin.29.2009.06.Jawi
ah.Takhrij..pdf merupakan alamat sesawang yang keempat sebagai menganalisa sesebuah hadis
masyhur. Pengertian Hadith masyhur dari segi bahasa ialah isim maf`ul ( ) dari
shahara ( )- yashharu ( ) shahran ( ) dan shuhratan ( ) iaitu tersebar luas
di kalangan manusia dan sering menjadi sebutan.
Dari sudut istilah pula ia terdiri daripada dua definisi. Definisi yang pertama berkaitan secara
langsung dengan masyhur yang dikategorikan di bawah pembahagian Hadith ahad iaitu sebuah
Hadith yang perawinya tidak kurang daripada tiga orang pada setiap peringkat dengan syarat
tidak mencapai bilangan perawi Hadith mutawatir.


20
5.1 Contoh hadith 4
Istilah masyhur yang berkaitan dengan kajian ini ialah masyhur dengan makna bahasa iaitu
masyhur dan sentiasa disebut-sebut oleh umat Islam. Masyhur dengan makna ini terdiri daripada
tiga bentuk iaitu:
Masyhur yang mempunyai satu sanad sahaja seperti Hadith:
;
Masyhur yang mempunyai dua sanad dan lebih seperti
Hadith: ii.
;
Masyhur yang tidak mempunyai sanad sama sekali seperti
Hadith: iii.

yang dihukumkan oleh ulama sebagai la asla lahu.

Hadith 1 yang dianalisa:


Takhrij Hadith
Hadith Ibn `Abbas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, al-Tabrani dalam al-
Mu`jam al-Kabir, Ibn Abi Shaybah dalam Musannaf, alRamahurmuzi dalam al-Amthal dan Ibn
al-Jawzi dalam al-`Ilal alMutanahiyah. Terdapat seorang perawi yang dipertikaikan dalam
sanad Hadith ini iaitu Mujalid bin Sa`id. Imam Ahmad menghukumkan Mujalid sebagai laysa bi
shay, Yahya pula menghukumkan Hadith beliau sebagai tidak boleh dibuat hujjah. Namun al-

21
Hafiz Ibn Hajar menyatakan terdapat sokongan (shahid) bagi Hadith ini dalam Jami` Hammad
bin Salamah daripada Ibn `Umar secara mawquf. Menurut al-Albani dalam kitabnya Tamam al-
Minnah fi al-Ta`liq `ala Fiqh al-Sunnah Hadith mawquf tidak boleh menguatkan hadis marfu.
Hukum Hadith ini yang riwayat Ibn `Abbas hukumnya da`if. Namun terdapat Hadith mawquf
Yang sahih iaitu riwayat Ibn Umar
5.2 Analisis hadis 4
Hukum Hadith masyhur tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Hadith tersebut.
Jika ia memenuhi syarat-syarat Hadith sahih maka hukumnya sahih. Manakala jika ia memenuhi
syarat-syarat Hadith hasan maka hukumnya hasan, begitulah juga jika Hadith da`if, tersangat
da`if dan palsu.
Namun dalam kajian ini penulis tidak terikat dengan definisi masyhur dengan maksud terkenal
dan selalu disebut-sebut oleh masyarakat Islam. Ini adalah kerana tidak semua Hadith yang akan
dikemukakan nanti terkenal dan selalu disebut-sebut oleh masyarakat Islam. Mashyur yang
dimaksudkan dalam kajian ini Hadith yang tersebar dalam pelbagai sumber di Malaysia,
walaupun mungkin tidak pernah didengari atau dikenali sebelum ini. Antara sumber-sumber
rujukan penulis dalam mengumpulkan Hadith tidak beraotoriti ialah:
Koleksi khutbah Jumaat seperti:
Koleksi Khutbah Jumaat JAIS
Koleksi Khutbah Jumaat Negeri Sembilan ii.
Kitab Jawi seperti:
al-Jawhar al-Mawhub oleh Wan Ali Kutan
Sayr al-Salikin oleh al-Falimbani
Majalah seperti:
Majalah Anis (Mei 2002)
Majalah Nur (November 2005)
Agama dan Falsafah (Jun 2003)
Majalah Cahaya (Feb 2006)

22
Buku bacaan awam seperti Israk dan Mikraj, Fadilat Sesuatu Amalan, Buku-buku yang
mengenai motivasi dan sebagainya. Dalam mentakhrij Hadith penulis banyak bergantung kepada
program alMaktabah al-Shamilah edisi ketiga yang banyak mengandungi kitab Hadith dalam
pelbagai bidang. Ia secara tidak langsung mempercepatkan usaha pencarian Hadith yang hendak
ditakhrijkan. Bagi Hadith yang disebarkan dalam bahasa Melayu dan tidak disertakan dengan
matannya dalam bahasa Arab, penulis akan berusaha mencari perkataan dalam bahasa Arab yang
bersesuaian dengan makna Hadith dalam bahasa Melayu tersebut. Setelah itu program Al-
maktabah al-Shamilah akan digunakan.
5.3 Ketepatan makna hadis 5
Pemerhatian terhadap hadith masyhur yang tersebar dikalangan masyarakat Melayu:
Kebanyakan Hadith yang tersebar dikemukakan terjemahannya dalam bahasa Melayu
tanpa matannya dalam bahasa Arab. Ini kadangkala membawa kepada kesilapan dari
sudut terjemahan maknanya.
Terdapat juga beberapa buah Hadith yang dikemukakan secara ringkas tanpa awalan
Hadith atau keseluruhan Hadith.
Kebanyakan Hadith masyhur yang tersebar di kalangan umat Islam membincangkan
mengenai fadail al-a`mal.
Terdapat beberapa buah Hadith yang merupakan kata-kata dan pendapat Sahabat,
Tabiin dan imam mujtahid yang disandarkan kepada Nabi s.a.w.
Terdapat beberapa buah Hadith yang bukan bersumber daripada Nabi atau Sahabat,
Tabiin dan imam mujtahid tetapi dinyatakan sebagai hadith Nabi
Dapatan di atas membuktikan penyebaran Hadith yang tidak berautoriti dalam masyarakat Islam
di Malaysia sangat membimbangkan. Hadith tidak berautoriti sangat mudah ditemui dalam buku-
buku bacaan awam, kitab-kitab Jawi, majalah, suratkhabar, khutbah-khutbah Jumaat dan koleksi
kuliah-kuliah agama yang direkodkan seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam, TV1 Malaysia
dan sebagainya. Kebanyakan Hadith yang tersebar dalam masyarakat Islam di Malaysia
melibatkan persoalan al-targhib wa al-tarhib dan fadail al-a`mal. Pergantungan kepada nukilan
Hadith yang terdapat dalam kitab berbahasa Arab tanpa dipastikan terlebih dahulu kesahihannya
merupakan salah satu faktor penyebaran Hadith tidak berautoriti ini. Ini ditambah lagi dengan

23
faktor keyakinan yang tinggi kepada apa yang ditulis oleh pengarang kitab asal. Pihak yang
berkenaan perlu mengambil berat agar ia tidak berleluasa.
6. Kesimpulan
Dari uraian di atas, maka dapat dirumuskan kesimpulan sebagai berikut:
1. Hadis daif adalah hadis yang didapati padanya sesuatu yang menyebabkan ia lemah. Lemah
karena ia tidak memiliki syarat-syarat hadis Sahih dan Hasan. Sebab-sebab kedaifan ketika
diteliti kembali kepada dua hal pokok yaitu: (1).Ketidakmuttashilan sanad, dan (2) Selain
ketidakmuttashilan sanad

2. Untuk hal yang berkenaan dengan akidah, sebagian ulama berpendapat bahwa hadis ahad
tidak dapat dijadikan hujjah, dan sebagian yang lain berpendapat bahwa hadis ahad yang sahih
dapat dijadikan hujjah. Sedangkan untuk hal yang tidak berkaitan dengan akidah, hadis sahih
disepakati oleh ulama sebagai hujjah dan wajib diamalkan. Untuk hadis hasan, ulama berbeza
pendapat; sebagian pendapat menerima dan sebagian lagi menolak. Tetapi pada umumnya ulama
masih menerimanya sebagai hujjah. Hadis hasan dengan kedua pembagiannya dapat dijadikan
hujjah sebagaimana hadis sahih dan dapat diamalkan, meskipun kekuatannya lebih rendah di
bawah hadis sahih.

3. Hadis maudhu ialah sesuatu yang dinisbatkan kepada Rasul saw, secara mengada-ada dan
dusta, yang tidak beliau sabdakan, beliau kerjakan, dan beliau taqrirkan.

Oleh yang demikian adalah disarankan kepada semua pihak terutamanya para penulis artikel
sama ada ilmiah atau pun tidak supaya sentiasa berhati-hati dalam menukilkan hadis Nabi saw.
Adalah lebih baik dan beramanah kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, sekiranya kita
menyemak terlebih dahulu hadis yang ingin diketengahkan kepada masyarakat agar ia benar-
benar bersumberkan dari Nabi Muhammad saw. Dalam hal ini, pengetahuan tentang ilmu
bagaimana mentakhrijkan hadis merupakan satu keperluan kepada mereka yang ingin menutur
bicara hadis sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Agar dengan sikap hati-hati itu kita
terselamat dari dosa yang cukup besar dengan mendakwa sesuatu itu hadis dari Nabi saw, namun
sebenarnya tidak sedemikian. (5000 patah perkataan)

24
RUJUKAN

http://komuniti.ipij.info/modules/newbb/viewtopic.php?viewmode=thread&topic_id=271&foru
m=12&post_id=3356[online]

eprints.utm.[online]
http://eprints.utm.my/1400/1/JT36E3.pdf

usulfiqh1.blogspot.2009.kehujahan-hadis-ahad.[online]
http://usulfiqh1.blogspot.com/2009/10/kehujahan-hadis-ahad.html

pa-makassar.artikel.HadithDhaif.Maudhu'.[online]
http://pa-makassar.net/artikel/Artikel%20Hadits%20Dhaif%20&%20Maudhu'.pdf

um.edu.my.Jurnal.Usuluddin.29.2009.06.Jawiah.Takhrij.[online]
http://icmsm2009.um.edu.my/filebank/published_article/4344/Jurnal.Usuluddin.29.2009.06.Jawi
ah.Takhrij..pdf

Anda mungkin juga menyukai