Anda di halaman 1dari 5

5.

0) ILMU PENGETAHUAN BARU


5.1) PEMERHATIAN
Saya telah memerhatikan banyak perkara sepanjang PBS saya di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Paya Rumput, Melaka. Saya telah memerhatikan keadaan sekolah
tersebut dari pelbagai aspek iaitu keceriaan, kebersihan, dan keselamatan. Saya juga
telah membuat pemerhatian di padang semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani.
Dalam lima hari di sekolah ini, saya telah membuat banyak pemerhatian di
sekolah ini khususnya berkaitan dengan Pendidikan Jasmani. Saya telah membuat
pemerhatian terhadap padang sekolah, stor peralatan permainan, gelanggang bola
jaring, bola baling dan sebagainya. Pemerhatian juga dibuat terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani.
Selain itu, saya juga telah memerhatikan persekitaran sekolah yang melibatkan
pengurusan atau pentadbiran sekolah, prasarana yang dapat merangsang proses
pembelajaran, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Saya telah menangkap
beberapa gambar yang berkaitan dengan tugasan saya seperti aktiviti Pendidikan
Jasmani, padang, peralatan permainan dan sebagainya. Saya juga telah menyediakan
senarai semak untuk memudahkan pemerhatian saya.
Melalui pemerhatian ini, saya dapat merumuskan bahawa sekolah ini
mempunyai banyak kemudahan yang disediakan untuk murid-murid khusunya bagi
Pendidikan Jasmani. Walaubagaimanapun, peralatan permainan tersebut tidak dijaga
dan diatur dengan baik dan kemas. Melalui pemerhatian saya semasa proses P&P
Pendidikan Jasmani, saya telah mengetahui cara yang lebih berkesan untuk
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Saya juga dapat mempelajari cara yang baik
untuk mengawal murid-murid semasa di padang dan untuk melibatkan semua murid
dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dengan lebih aktif. Pemerhatian saya di bilik
stor peralatan permainan pula memberi pengetahuan kepada saya cara menguruskan
bilik stor dan peralatan permainan yang terdapat di dalamnya dengan sistematik.
Secara keseluruhannya, saya telah memperoleh banyak maklumat dan ilmu
pengetahuan melalui pemerhatian saya di sekolah ini. Pemerhatian Ini merupakan
salah satu pengalaman yang amat berkesan dan baik bagi menjadikan saya sebagai
seorang guru yang bertanggungjawab dan peka terhadap proses P&P subjek
Pendidikan Jasmani dan pengurusan bilik stor di sekolah pada masa hadapan.

5.2) SENARAI SEMAK
Semasa pemerhatian saya telah menggunakan satu borang senarai semak, iaitu
senarai semak tentang proses P&P Pendidikan Jasmani. Senarai semak ini membantu
saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang cara mengendalikan aktiviti
Pendidikan Jasmani.









Bil.

Item

Ya

Tidak

Catatan

1. Semasa aktiviti memanaskan badan;
i. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan
/
ii. Adakah penerangan tentang kepentingan aktiviti
memanaskan badan diberikan kepada murid-murid?
/
iii. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti untuk aktiviti
yang dirancang diberikan tumpuan?
/
iv. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot,
sendi dan lain-lain anggota badan?
/
2. Adakah keperluan warm down dijalankan? /
3. Adakah keperluan warm down diberi penjelasan
kepada murid?
/
4. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani digunakan? /
5. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan
mencukupi untuk semua murid?
/
6. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan
selamat?
/
7. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan
sesuai dengan aktiviti yang dirancang?
/
8. Adakah pembahagian masa permulaan aktiviti sesuai
seperti yang dirancang?
/
9. Adakah pembahagian masa aktiviti yang utama sesuai
seperti yang dirancang?
/
10. Adakah pembahagian masa tamat aktiviti sesuai seperti
yang dirancang?
/
SENARAI SEMAK TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI
5.3) TEMU BUAL
Saya telah berkesempatan untuk menemu bual Guru Besar, Guru Penolong
Kanan 1, guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Guru-guru penolong, kakitangan
sekolah, dan murid SJK(T) Paya Rumput, Melaka. Melalui temu bual ini, saya telah
memperolehi banyak maklumat yang bermanfaat untuk saya pada masa hadapan.
Saya telah mendapat tahu tentang peranan dan tanggungjawab seorang guru
dan cara berkomunikasi dengan murid di sekolah. Saya juga telah mengetahui dengan
lebih lanjut tentang aktiviti sukan di sekolah ini. Melalui temu bual ini, saya telah
mengetahui bahawa aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh guru sebelum, semasa dan
selepas Pendidikan Jasmani memberi implikasi terhadap pencapaian murid-murid
dalam bidang kokurikulum.
Seterusnya, saya juga berpeluang untuk berinteraksi dengan beberapa orang
murid di sekolah tersebut. Melalui interaksi tersebut, saya telah mengetahui minat dan
kecenderungan mereka dalam sukan. Saya juga mengetahui apa yang diharapkan oleh
seseorang pelajar daripada gurunya. Dengan ini, saya mendapati bahawa guru
memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah setiap pelajar dan
pencapaian mereka.





5.4) SOAL SELIDIK
Saya telah mengedarkan borang soal selidik bagi mengkaji penglibatan dan minat
murid-murid terhadap subjek Pendidikan Jasmani. Bagi soal selidik ini saya telah
memilih 20 orang pelajar dari darjah 5 dan telah menyuruh mereka untuk mengisikan
borang kaji selidik.yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani di sekolah. Tujuannya
adalah untuk mengetahui pendapat dan pandangan murid terhadap pelaksanaan P&P
Pendidikan Jasmani di sekolah mereka selama ini.
Melalui pengumpulan data ini, saya telah mendapati bahawa kebanyakan murid
sekolah ini minat belajar dalam Pendidikan Jasmani tetapi ada juga murid yang tidak
begitu berminat dalam subjek ini. Saya juga dapat mengetahui bahawa guru
memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat dan kemahiran murid-murid
dalam sesuatu subjek khususnya dalam subjek Pendidikan Jasmani.

Anda mungkin juga menyukai