Anda di halaman 1dari 21

ISL Minggu 1

Nama: Tee Sha Ney


Kumpulan: PISMP MTE Ambilan Jan
2011 Sem 1
Definisi Tamadun
i. Menurut Bahasa Arab
1) Istilah Hadharah
Asal dari kata hadhara, yahdhuru,
hadhratan
Maksud: suatu wilayah, daerah, kota, bandar,
kampung atau tanah yang diusahakan
(mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial
dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam)
Digunakan abad ke2H oleh Jamil Nakhlah
Mudawwar
Malek ben Nabi berada di tahap maju
2) Istilah Umran
Asal amara
Maksud: kawasan tanah di mana
sekumpulan masyarakat yang tinggal
menetap di suatu tempat itu dalam
keadaan yang berkembang subur lagi
makmur
Ciri umran menurut Ibn Khaldun:
a) Pegangan agama yang kuat
b) Sistem kenegaraan yang tersusun rapi
c) Kehidupan cara bandar
d) Pencapaian kaedah tulisan yang tinggi
e) Kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka
3) Istilah Madaniah
Dari kata madinah bermaksud bandar.
Maddanna bermaksud:
Memperhaluskan budi bahasa & memperelokkan tingkah
laku
Membuka dan membuat bandar
Madani
Pembangunan bandar
Perbuatan memperhalus budi pekerti
Istilah madaniyyah dengan maksud tamadun jelas
dikemukakan oleh Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh
Muhammad Abduh
Menurut Muhammad Farid Wajdi suatu peringkat yang
tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat
yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan
dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan
infrastruktur
4) Istilah Tamadun
Asal tamaddana yang bermaksud memiliki
ciri-ciri hidup bandar atau memiliki sifat
keinsanan sejati atau bertamadun
Digunakan abad 20M oleh Jurji Zaidan:
tamadun ialah sekumpulan bibit dari
masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota
dan seni bina yang berupa tugu-tugu
peringatan dan suatu sistem rekod yang
nampak berdasarkan nota bertulis
Menurut Uthman El-Muhammady istilah
tamadun asal dari kata madana yang bererti
membina sesuatu bandar atau sesuatu kota,
atau seorang/masyarakat yang mempunyai
peradaban.
Tamadun: keadaan hidup seseorang
bermasyarakat yang bertambah maju ke
hadapan
ii. Menurut Bahasa Inggeris
1) Istilah Culture
Dikemukakan oleh Prof Dr Arnold J. Toynbee
Bermakna civilization yang secara langsung
memberi gambaran kepada fikiran mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan
agama, seni bina, seni lukis, akhlak dan adat
istiadat
2) Istilah Civilization
Asal dari perkataan Latin civitas bermaksud
kota atau city
Mula diungkap pada 18M dan digunakan dalam
buku-buku Inggeris pada abad 19M
Dari sudut etimologi ia berkait rapat dengan
urbanization

Definisi menurut Sarjana Barat:
1. Jacqueta Hawkes kualiti tinggi yang dimiliki
sesuatu masyarakat
- diwarisi oleh orang Roman, bandar ciri terpenting
2. Collingwood proses bagi mencapai tahap
kehidupan civil atau untuk menjadi civil ( sopan )
yang menghasilkan ciri-ciri masyarakat bandar
iaitu yang memiliki kehalusan budi
3. Samuel Johnson keadaan yang bertentangan
dengan kehidupan biadap (barbaric), iaitu mencapai
satu tahap kesopanan yang tinggi
4. Gordon Childe penekanan terhadap pencapaian
material
- kewujudan bandar sebagai pengukuran tamadun
5. E.B.Taylor tamadun dan budaya sama kedudukan
iaitu merangkumi keseluruhan pencapaian manusia (
pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-
undang, adat, keupayaan dll )
iii. Menurut Bahasa Melayu
1) Istilah Kebudayaan
Abu Bakar Hamzah: tamadun sama dengan
kebudayaan. Ianya lahir seiring sejalan
dengan perkembangan hidup kehidupan
masyarakat setempat dari semasa ke
semasa dalam bentuk pemikiran dan
kebendaan.
2) Istilah Peradaban
Dr Ismail Hamid dan Muhammad Uthman
El-Muhammadi: peradaban itu adalah
pencapaian semua aspek pemikiran, moral,
sosial dan kebendaan dalam kehidupan
sesuatu masyarakat.
3) Istilah Tamadun
Kamus Dewan tamadun ialah suatu
keadaan masyarakat manusia yang
bercirikan atau didasari pada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran, sosial, budaya, politik yang
tinggin peradabannya.
Istilah tamadun sendiri paling luas dan
tepat dengan maksud yang dikehendaki
dari istilah lain.
Ciri-ciri
Tamadun
Penempatan
Kualiti kehidupan
Kreativiti
Teknologi dan
reka cipta
Bahasa dan
sistem tulisan
Organisasi
politik dan
pemerintahan
Stratifikasi
sosial
Kehidupan
beragama
a) Penempatan

Tidak nomad tetapi menetap di kawasan yang boleh membekalkan
makanan.
Ciri-ciri geografi tertentu penting.
Lazimnya kawasan lembah sungai dipilih kerana tanahnya subur untuk
aktiviti pertanian, bekalan air mencukupi, memberi bekalan protein
seperti ikan.
Contoh:
a) Tamadun Mesir di lembah Sungai Nil.
b) Tamadun Sumeria di lembah Sungai Euphrates dan Tigris.
c) Tamadun Shang di lembah Sungai Kuning.
d) Tamadun Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Sungai Indus.
Kewujudan kota dan bandar:
Bandar- merujuk kepada satu tapak atau tempat dan pusat komoditi
dalam sesebuah kawasan.
Fungsi bergantung pada elemen penting dalam masyarakat. Contoh
jika masyarakat utamakan agama - pusat upacara keagamaan, politik
istana, perniagaan pasar.

b) Kualiti Kehidupan
Wujud Revolusi Pertanian.
Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna.
Hasil pertanian dan penternakan meningkat dan melampaui
tahap sara diri.
Kesannya mencipta aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain sama ada
secara langsung atau tidak seperti pertukangan, perdagangan
dsb.
Penciptaan peralatan lebih baik untuk meningkatkan produktiviti
makanan.
Sebahagian tenaga digunakan untuk membina kuil, istana, tembok
dan mengembangkan kemahiran.
Penggerak perubahan sosial daripada masyarakat petani kepada
masyarakat yang mempuyai kelas & pembentukan bandar-bandar
seterusnya kerajaan.
Aktiviti perdagangan lain telah membawa masuk komoditi-
komoditi dari luar seperti logam, tekstil dll turut menjadi
penghubung antara masyarakat dan masyrakat di luar.
c) Stratifikasi sosial
Wujud sistem pengelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status.
Sistem pengelasan masyarakat awal berkait rapat dengan pemilikan kekayaan
dan kekayaan yang penting ketika mencari penempatan kekal ialah tanah.
Justeru itu stratifikasi sosial berasaskan kepada pemilikan tanah pertanian.
Golongan yang miliki tanah pertanian mempunyai kedudukan tinggi.
Golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi golongan
pekerja atau buruh.
Status pula mempunyai kaitan dengan kriteria prestij tertentu dalam
masyarakat seperti gelaran, panggilan, peraturan atau adat.
Golongan yang mendapat gelaran tertentu mempunyai peraturan adat
yang istimewa yang tidak boleh dilakukan oleh golongan berstatus
rendah termasuk juga jenis pakaian, perhiasan dan bentuk binaan rumah.
Lazimnya golongan status tinggi mengawal sebahagian besar faktor
pengeluaran.
Apabila ekonomi berkembang, berlaku perubahan sosial. Pemilikan kekayaan
bukan terhad pada tanah tapi juga harta lain. Ini mempertingkatkan
kedudukan pedagang ke kelas sosial tinggi. Dalam keadaan ini golongan
bangsawan yang memiliki tanah dan kuasa politik boleh ditandingi oleh
golongan pedagang.

d) Bahasa dan sistem tulisan
Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang
serumpun atau sistem tulisan yang tersendiri.
Fungsi sebagai perantaraan komunikasi, perakam,
penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam
pelbagai bidang ilmu.
Melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat
menjadi lebih luas dan efektif.
Kesannya:
Berlaku perkembangan ilmu
Muncul kelas terpelajar ( literati )
Perkembangan ilmu astronomi
Kemunculan seni kreatif seperti epik, puisi, cerita
rakyat. Contohnya Epik Gilgamesh dalam
masyarakat Sumeria.
Penulisan doktrin agama tidak lagi di fikiran sami
atau syaman


e) Organisasi politik dan pemerintahan

Wujud sistem perundangan dan sistem nilai yang lebih teratur.
Kesatuan politik atau budaya dapat menyatukan masyarakat dalam
menentang orang luar.
Sistem politik dan pentadbiran menjadi lebih kompleks apabila
tamadun berkembang.
Sistem politik:
Beraja atau monarki. Tunggak kuasa bukan lagi seorang ketua
tetapi pemerintah yang berkedudukan lebih tinggi seperti raja
atau Sultan dalam Tamadun Melayu dan Firaun dalam Tamadun
Mesir. Unsur-unsur sakral mengangkat kedudukan mereka,
seperti daulat dalam masyarakat Melayu dan ketuhanan dalam
masyarakat Mesir. Ia milik turun temurun.
Demokrasi dalam masyarakat Greek di Athens.
Authoritarian di Sparta.
Oligarki iaitu pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan
pemerintah yang kadangkalanya terdiri daripada sami-sami atau
golongan cerdik pandai agama.


f) Teknologi dan reka cipta

Perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi
pengkhususan kerja perubahan
struktur sosial pencapaian tahap
kecekapan yang tinggi peningkatan
daya reka cipta ( teknik baru )
Contoh Tamadun China, pesat zaman
Dinasti Chou.
Inovasi teknologi alat pengangkutan
penciptaan roda, sampan, kapal besar
g) Kreativiti
Dalam menghayati falsafah, kesenian,
kesusasteraan dan nilai estetika yang
tersendiri.
h) Kehidupan beragama
Lazim bandar-bandar awal muncul di sekitar pusat
upacara agama seperti kuil.
Kepercayaan agama memainkan peranan penting dalam
pembentukan tamadun.
Stratifikasi sosial menggunakan istilah agama seperti
sistem kasta di India.
Era awal didominasikan oleh kepercayaan animisme;
unsur alam mempunyai semangat dan kuasa luar biasa
yang mempengaruhi kehidupan manusia.
Akhirnya wujud konsep dewa. Sebelum dan selepas
segala aktiviti dilaksanakan upacara keagamaan
seperti sebelum tanam dan selepas tuai padi.
Golongan agama menjadi kelas tertinggi kerana dianggap
perantara manusia dengan kuasa-kuasa supernatural. Contohnya
golongan Brahmin dalam kasta India dan Shaman dalam tamadun
awal China. Kedudukan dan penghormatan mereka kekal menjadi
milik keluarga dan tidak boleh digugat, dikenali sebagai ascribed
status. Mereka turut memiliki suatu set adat istiadat dan
peralatan yag tidak boleh dimiliki golongan bawahan.

Wujud juga kepercayaan penyembahan nenek moyang sebagai
tanda terima kasih dan memohon pertolongan. Roh mereka
dipercayai boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada
anggota keluarga yang hidup. Justeru itu ia perlu ditenangkan
melalui upacara tertentu.

Unsur spiritual penting dalam tamadun, beri kesan pada tingkah
laku dan pembinaan bangunan pusat urbanisasi. Contoh Tamadun
Mesir, Sumeria dll.

Objektif-objektif Tamadun
1) Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan
nilai-nilai murni yang ada pada setiap tamadun di
negara kita berteraskan Tamadun Melayu.
2) Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa
hormat antara kaum di Malaysia.
3) Membuka minda tentang Tamadun Dunia dan
memahami aspek-aspek penting ketamadunan.
4) Merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis,
rasional dan terbuka.
5) Pendedahan fikiran ke arah toleransi, kasih sayang
dan keamanan sejagat.
6) Pengisian minda ke arah mencapai Wawasan 2020.
Rujukan
Laman sesawang

Bab 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN.
diakses Januari 26 2011.
http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%201%20Pengenalan%20
ilmu%20ketamadunan.pdf

Anda mungkin juga menyukai