Anda di halaman 1dari 15

Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

1


Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran
Bab 2: Pembinaan Instrumen Pengujian
Bab 3: Pentaksiran Bahasa Melayu KSSR
Bab 4: Dokumen Standard Prestasi
Bab 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar
Bab 6: Pentaksiran Kemahiran Bertutur
Bab 7: Pentaksiran Kemahiran Membaca
Bab 8: Pentaksiran Kemahiran Menulis
Bab 9: Mentaksir Aspek-Aspek Bahasa
Tertentu
Bab 10: Kaedah Pentaksiran Alternatif

BAB 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar






















Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:
a) Menerangkan pentingnya mentaksir kemahiran mendengar
b) Menjelaskan komponen kemahiran mendengar
c) Membezakan di antara pelbagai kaedah menguji kemahiran
mendengar

5.1 Mukadimah
5.2 Pentingnya murid mendengar
secara berkesan
5.3 Komponen kemahiran
mendengar
5.4 Menguji kemahiran
mendengar
5.5 Kaedah menguji kemahiran
mendengar
5.6 Penggunaan alat perakam

Ringkasan
Rujukan





Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

2


Bab ini bertumpu kepada pentaksiran kemahiran mendengar. Rasional pentaksiran
kemahiran mendengar serta pelbagai kaedah menilai kemahiran mendengar dibincangkan.
Turut disampaikan adalah beberapa sampel ujian kemahiran mendengar yang anda boleh
gunakan dalam bilik darjah.



Terdapat orang yang minat mendengar lagu Hindi tanpa
mengetahui senikata lagu! Begitu juga dengan kaum remaja yang
minat mendengar lagu pop Korea (K-Pop) tanpa mengetahui
bahasa Korea! Secara umum, kita banyak mendengar daripada
bercakap, membaca atau menulis sama ada disekolah, rumah,
bersama rakan dan sebagainya. Contohnya, kita mendengar radio,
mendengar podcast, menonton TV, menonton video clip,
mendengar guru mengajar, mendengar kawan kita berbual,
mendengar orang berucap dan sebagainya.
3.1
Sama ada dalam kelas atau diluar kelas, kemahiran mendengar
amat penting bagi seorang murid. Kemahiran mendengar penting
kerana seseorang murid perlu mendapatkan maklumat dengan
mendengar pengajaran guru, taklimat guru besar, arahan guru
sukan, cadangan murid lain dan sebagainya. Sungguhpun sekolah
merupakan institusi yang mengajar kemahiran tersebut, latihan dan ujian bagi menilai
keberkesanan kemahiran mendengar kurang diberi perhatian kerana guru memberi perhatian
lebih kepada kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sejauh manakah anda bersetuju
dengan pernyataan tersebut?

Tidak dinafikan bahawa kemahiran mendengar yang berkesan sangat penting bagi semua
murid dalam sesebuah kelas. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), kemahiran mendengar
yang berkesan diperlukan di bangku sekolah kerana:

Bagi memahami konsep, prinsip, idea dan fakta yang berkaitan dengan setiap mata
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Penjelasan dan penerangan tentang sesuatu
topik biasanya dilakukan oleh guru secara lisan dan memerlukan murid mendengar
dan memahami dengan baik.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mendidik (mengajar dan
melatih) murid supaya boleh berfikir dan memberi idea atau pendapat sendiri
tentang sesuatu. Seseorang murid itu tidak akan dapat berbuat demikian atau
5.1 Mukadimah
5.2 Pentingnya Murid Mendengar Secara Berkesan


Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

3

memberi tindak balas yang sewajarnya, sekiranya ia tidak faham apa-apa yang
didengarnya.

Selain itu, sebahagian besar pengetahuan yang murid peroleh datangnya daripada
sumber pendengaran yang lain seperti daripada radio, televisyen, perbualan,
cermah, forum, dialog dan seumpamanya. Ini adalah sumber tambahan yang murid
atau pelajar boleh mendapatkan data atau maklumat dan menambahkan pengetahuan,
boleh berfikir, mentafsir dan menilai tentang apa yang didengarnya, dan menajamkan
pemikirannya.


Pentaksiran kemahiran mendengar seharusnya menepati konstruk atau konsep kita tentang
kemahiran tersebut. Konsep kita mengenai kemahiran mendengar seharusnya mengandungi
beberapa komponen seperti berikuti:

Kebolehan mendengar bunyi bahasa yang diperdengarkan dan mengenalinya dan
struktur linguistik bahasa tersebut, seperti perbendaharaan kata, tatabahasa, fonologi,
semantik, idiom, sintaksis dan seumpamanya.

Berdasarkan pengetahuan murid tentang struktur linguistik bahasa yang didengarnya,
murid akan menerapkan pengetahuan tersebut dalam usaha mencari makna dan
memahami apa yang didengar. Jadi aspek kefahaman mendengar (listening
comprehension) adalah teras dalam menguji kefahaman mendengar serta aspek-aspek
bahasa tertentu.

Kefahaman mendengar terdiri daripada tiga tahap utama; iaitu tahap literal, tahap
inferen dan tahap kritis. Oleh demikiran, selain menilai kefahaman murid mendengar
pada tahap literal, guru patut juga menguji kebolehan murid menganalisis dan menilai
apa yang didengarnya. Kemahiran mendengar secara kritis adalah matlamat akhir
dalam mengajar kemahiran tersebut, terutama sekali di peringkat persekolahan
menengah atau yang lebih tinggi lagi. Sebenarnya di peringkat persekolah rendah pun
mi boleh dilakukan, asalkan latihan tersebut sesuai dengan peringkat murid.



Situasi disekolah memerlukan murid mendengar dan
memahami apa yang didengar ketika guru mengajar,
murid membahas, membincang atau menyoal; atau
murid menghadiri mesyuarat kelab, persatuan dan
lain-lain.



5.3 Komponen Kemahiran Mendengar


Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

4




Pentaksiran kemahiran mendengar adalah hampir sama dengan pentaksiran kemahiran
membaca, tetapi ransangan yang diberikan memerlukan murid mendengar. Soalan-soalan
dikemukakan tentang apa yang didengarnya dan murid dikehendaki memberi repons atau
jawapan (Lihat Rajah 5.1 di bawah). Dengan perkataan lain, dalam setiap situasi pentaksiran
murid dikehendaki mendengar, memberi perhatian dan tumpuan kepada apa yang didengar
dan memberi repons tentang perkara yang didengar.



Rajah 5.1 Komponen-Komponen Pentaksiran Kemahiran Mendengar


Rangsangan mendengar hendaklah terdiri daripada petikan yang lazim didengar di
dalam dan luar kelas yang disampaikan oleh guru atau rakaman audio. Ransangan
pendengaran atau petikan yang dipilih harus menarik dan tidak menyinggung
perasaan sesuatu kaum ethnik, kumpulan atau jantina.
Soalan ujian yang dikemukakan harus memberi perhatian kepada aspek-aspek
penting dalam petikan dan bukan maklumat remeh. Jawapan yang diberi oleh murid
hendaklah diperolehi daripada petikan dan bukan pengetahuan sedia ada atau
pengalaman lampau murid. Juga, ujian yang dibina hendaklah menepati piawaian
psikometrik.
Respons atau jawapan tidak terhad kepada soalan aneka pilihan, soalan betul-salah,
jawapan ringkas atau soalan memadan tetapi juga memilih gambar-gambar
berdasarkan apa yang murid mendengar.
Persekitaran pentaksiran hendaklah bebas daripada gangguan luar. Jika rangsangan
disampaikan Jika rangsangan disampaikan sebagai pita rakaman, kualiti bunyi
haruslah baik. Jika rangsangan disampaikan oleh guru, suaranya hendaklah jelas dan
intonasi yang baik.

Persekitaran Pentaksiran



Persekitaran Pentaksiran


5.4 Menguji Kemahiran Mendengar
Rangsangan Pendengaran Penyoalan
Respons


Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

5

Rowntree (1979) mencadangkan bahawa dalam pemilihan kaedah menguji, guru hendaklah
memastikan kaedah pentaksiran yang dipiliah sesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin
dicapai. Manakah kaedah akan memberi maklumat yang paling tepat tentang kebolehan serta
ketrampilan murid? Situasi disekolah memerlukan murid mendengar dan memahami apa
yang didengar ketika:

Guru mengajar
Orang berucap
Orang berbahas.
Orang berbincang
Mendengar radio
Menonton televisyen
Orang menyampaikan puisi seperti sajak, syair,
pantun
Orang menyanyi
Orang bercenita.
Menonton drama/lakonan
Menghadiri mesyuarat kelab atau persatuan
Mendengar arahan dipadang sukan
dan lain-lain

Dalam setiap situasi mendengar yang disenaraikan diatas, murid dikehendaki mendengar,
memberi perhatian dan tumpuan kepada apa yang didengar dan memahami perkara yang
didengar. Memanglah yang sebaik-baiknya (ideal) bagi menguji kemahiran murid mendengar
ialah dalam situasi yang sebenarnya yang kemahiran tersebut diperlukan. Malangnya situasi
tersebut banyak dan berbagai-bagai jenis, dan setiap satu situasi mendengar akan memerlukan
alat ujian yang berlainan dari segi situasi dan isi perkara yang didengar. Oleh yang demikian,
para penguji bahasa telah memilih beberapa teknik yang difikirkan sah dan menepati konstrak
dalam menguji kemahiran mendengar.















a) Pada pendapat anda, mengapakah pentaksiran kemahiran mendengar
diabaikan di sekolah?
b) Mengapakah kemahiran mendengar berkesan sangat penting?
c) Jelaskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh murid yang mempunyai
kemahiran mendengar yang berkesan.
d) Nyatakan komponen-komponen utama dalam pengujian kemahiran
mendengar.



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

6





Secara ideal, kaedah pentaksiran kemahiran mendengar hendaklah melibatkan situasi yang
sebenarnya yang kemahiran tersebut diperlukan. Akan tetapi terdapat berbagai-bagai
situasi mendengar dan sukar untuk guru menentukan pengujian dilakukan dalam situasi
sebenar atau autentik yang memerlukan alat pengujian yang berlaian. Aziz Talib (1996)
mencadangkan kaedah pentaksiran kemahiran mendengar Bahasa Melayu berikut:

1. Ujian Mendengar
a. Satu Petikan Panjang
b. Beberapa Perenggan Pendek
2. Ujian Imlak
3. Ujian Mendengar Menggunakan Gambar
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), ini tidak bermakna guru tidak lagi boleh mencipta
teknik lain bagi menguji kemahiran mendengar. Malahan guru digalakkan supaya kreatif
dan mencipta mungkin beberapa lagi teknik bagi menguji dan mengukur kemahiran ini,
asalkan teknik itu boleh dianggap sah sebagai satu alat yang tepat boleh menguji kemahiran
tersebut (h: 45). Yang paling penting ialah kesahannya dari segi menguji konstrak
kemahiran ini.


1. (a) Ujian Mendengar Satu Petikan Panjang
Petikan yang dimaksudkan ialah bahagian yang dikutip daripada buku, majalah, ucapan atau
pidato, cenita, akhbar, syarahan dan seumpamanya. Sesuatu petikan boleh terdiri daripada
beberapa paragraf atau perenggan yang berterusan dan bertalian tema, isi atau topik ceritanya.
Petikan yang telah diambil oleh guru daripada salah satu sumber di atas akan
piperdengarkannya kepada munid melalui bacaan nyaring.




Dalam ujian ini, munid dikehendaki memberi tumpuan kepada guru dan mendengar dengan
teliti petikan yang dibacakan oleh guru dan memahaminya. Oleh sebab ini merupakan ujian
kefahaman mendengar dan bukan ujian kefahaman membaca, pelajar tidak dibenikan
5.5 Kaedah Menguji Kemahiran Mendengar
Panjang petikan yang akan dibacakan oleh guru bergantung kepada tahap pelajar
yang akan diuji.
Petikan tersebut hendaklah sesuai dengan tahap pelajar dari segi tema atau isi
cerita, perbendaharaan kata dan kompleksiti ayat.



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

7

petikan untuk dibaca. Pelajar hanya mendehgar petikan yang dibacakan oleh guru. Berikut
ini ialah langkah-langkah yang dicadangkan oleh Abdul Aziz Abdul Talib (1996):

Langkah-Langkah:
1. Guru mengedarkan ujian kefahaman mendengar
kepada murid yang terdiri daripada 10 soalan
aneka pilihan (A, B, C & D). [Ini merupakan
contoh sahaja; terpulang kepada anda untuk
menentukan bilangan soalan dan jenis ujian].

2. Arahan kepada murid:
a. Ujian yang diedarkan tadi terdiri daripada 10 soalan tentang petikan yang
akan saya bacakan kepada kamu.
b. Saya aka membacakan petikan ini dua kali. Kamu dikehendaki memberi
tumpuan yang penuh kepada petikan yang kamu dengar dan cuba ikut
dengan teliti dan memahami apa yang dinyatakan.
c. Saya akan memabca dua kali. Selepas bacaan pertama, kamu akan diberi 10
minit untuk menjawan soalan yang dikemukakan.
d. Selepas 10 minit, saya akan membaca petikan ini sekali lagi dan selepas itu
kamu akan diberi 10 minit lagi untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan.

3. Guru membaca petikan dengan cara dan kelajuan yang biasa, selesa dan senang bagi
pelajar mendengar dan mengikutinya.
4. yang berkaitan dengan petikan
Pada purata, murid diberikan masa lebih kurang 2 minit untuk menjawab satu-satu soalan
aneka pilihan; tetapi terpulang kepada guru menentukan masa menjawab bergantung kepada
tahap kebolehan murid yang diajar. Contoh petikan yang boleh digunakan ialah:
Cerita pendek
Rencana daripada akhbar atau majalah
Pengumuman
Berita
Syarahan
Perbahasan

Petikan tidak semestinya dibaca oleh guru. Ia
boleh dirakamkan oleh sesiapa pun dan
dimainkan untuk kedengaran murid dalam
kelas. Petikan itu juga boleh merupai berita,
pengumuman, rencana, syarahan, dialog atau
ucapan yang telah dirakamkan.
Ujian Mendengar


Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

8


Teknik Ujian Mendengar Petikan Panjang ialah teknik pengujian kemahiran mendengar
yang paling merupai keadaan mendengar yang sebenarnya. Ia bermirip situasi mendengar
ucapan formal daripada skrip yang bertulis; ataupun apabila mendengar seseorang itu
membaca secara nyaring (Abdul Aziz Abdul Talib, 1996). Ia juga hampir menyerupai situasi
apabila mendengar cerita; atau pun apabila mendengar sesuatu syarahan.

1. (b) Ujian Mendengar Beberapa Perenggan Pendek
Teknik ini berbeza sedikit daripada teknik yang dibincangkan tadi kerana ia melibatkan
beberapa perenggan pendek sebagai rangsangan pendengaran. Perenggan kecil yang
diperdengarkan oleh murid terdiri daripada tema atau kandungan yang tidak berkaitan
antara satu sama lain. Contohnya, satu perenggan mungkin tentang cerita pendek, satu lagi
perenggan ialah tentag berita kejadian gempa bumi, satu lagi perenggan ialah tentang riwayat
hidup seorang pemain bola sepak terkenal dan sebagainya. Dengan perkataan lain, setiap
perenggan merupakan satu petikan yang dikutip daripada sumber yang berlainan. Jadi,
sesuatu ujian mendengar itu mungkin terdini danipada beberapa petikan atau perenggan yang
pendek dan diberi nama petikan A, B, C, D, dan seterusnya. Setiap petikan mempunyai 2 atau
3 soalan yang berkaitan dengannya.


Langkah-Langkah:
1. Guru mengedarkan ujian kefahaman yang terdiri daripada soalan-soalan untuk
beberapa petikan ialatu Petikan A, B, C, D & seterusnya.

2. Arahan kepada murid:
a. Ujian ini terdiri daripada EMPAT bahagian. Saya telah mengedarkan soalan
untuk Petikan A.
b. Saya akan membaca Petikan A sekali sahaja. Kamu dikehendaki memberi
tumpuan yang penuh kepada petikan yang kamu dengar dan cuba ikut
dengan teliti dan memahami apa yang dinyatakan.
c. Setelah saya selesai membaca Petikan A, kamu akan diberi 4 minit untuk
menjawab dua soalan yang dikemukakan untuk petikan berkenaan.
d. Sekarang, saya akan membaca Petikan B sekali sahaja

3. Guru mengulang langkah-langkah di atas sehingga keempat-empat petikan telah
selesai.
Berikut ini ialah CONTOH petikan atau perenggan pendek yang dibaca oleh guru dan dua
soalan yang dijawab oleh murid:





Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

9


Petikan A:





Soalan Ujian Kefahaman Mendengar
1. Apakah tujuan bapa membawa aku ke Ipoh?

a) bercuti
b) melawat kawan
c) membeli gitar
d) membaiki gitar

2. Dimanakah penulis belajar bermain gitar
a) rumah
b) sekolah muzik
c) sekolah
d) rumah kawan

Petikan B:




Soalan Ujian Kefahaman Mendengar
1. Mengakah _____________________________?
a) .
b) .
c) .
d)

2. Bilakah _____________________________?
a) .
b) .
c) .
d)
Bapa memberitahuku, dia akan membawa aku ke Ipoh untuk membeli gitar. Aku
sungguh gembira kerana kawan-kawan di sekolah muzik selalu bertanya-tanya bila
lagi aku akan mempunyai gitar sendiri. Selama ini aku meminjam gitar daripada
kawan untuk belajar gitar dan tidak boleh melatih bermain di rumah.
Perenggan Pendek (m.s. petikan akhbar, buku, majalah)


Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

10



Ujian kefahaman mendengar perenggan pendek dianggap lebih sesuai bagi murid sekolah
rendah ataupun menengah rendah. Perlu diingat bahawa ini ialah ujian kefahaman mendengar
dan bukan ujian kefahaman membaca. Oleh yang demikian, skrip bacaan guru (petikan
perehnggan A, B, C, D dan lain-lain) tidak boleh ditunjukkan kepada munid. Maka
perenggan atau petikan tersebut hanya diperdengarkan kepada murid melalui bacaan nyaring
oleh guru atau melalui rakaman audio.














2. Ujian Imlak
Seseetengah orang berpendapat, ujian imlak (dictation) adalah semata-mata untuk menguji
ejaan sahaja. Ujian imlak menguji kemahiran mendengar dan menyalin semula perkataan
dan ayat yang didengar. Menurut Oller (1979), ujian imlak sesuai digunakan untuk menilai
kemahiran mendengar dalam apa jua bahasa pun. Bertambah beliau, seseorang itu tidak
mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham
struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dan segi fonologi (sistem bunyi), tatabahasa,
perbendaharaan kata dan semantik (sistem maknanya).

Contohnya, jika anda tidak mengetahui bahasa Perancis dari segi sistem
bunyi, tatabahasa, kosa kata dan sistem makna bahasa itu tidak mingkin
boleh memahani bahasa yang didengarkan apabila diberi ujian imlak
bahasa tersebut. Anda mungkin tidak dapat membezakan yang bunyi
sesuatu perkataan Perancis. Maka ujian imlak sesuai dijadikan ujian
kemahiran mendengar kerana ia tidak hanya menguji
ejaan tetapi juga kefahaman pendengaran, struktur
ayat, penambahan dan lain-lain aspek bahasa. Ujian
imlak memerlukan murid menulis semula sesuatu
petikan yang diperdengarkan dan bukan ejaan satu
senarai perkataan yang biasa terdapat dalam ujian
ejaan.

Berbanding dengan teknik lain, ujian imlak lebih praktis
e) Pada pendapat anda, mengapakah pentaksiran kemahiran mendengar
diabaikan di sekolah?
f) Mengapakah kemahiran mendengar berkesan sangat penting?
g) Jelaskan tiga ciri penting yang perlu dimiliki oleh murid yang mempunyai
kemahiran mendengar yang berkesan.
h) Nyatakan komponen-komponen utama dalam pengujian kemahiran
mendengar.



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

11

Apakah kelebihan Ujian Imlak? Berbanding dengan ujian lain, ujian imlak lebih mudah
digubal dan ditadabir kerana ia tidak memerlukan pembinaan soalan yang mungkin
mengambil masa yang lama. Guru hanya perlu memilih petikan yang sesuai dan membacakan
bahan berkenaan kepada murid.

Murid dikehendaki mendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar dan menulis
semula apa yang didengar. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), teknik ini dianggap
sesuai bagi peringkat rendah dan menengah. Pemeriksaan dan pemarkahanya adalah secara
objektif dan ketekalan pengukuran antara pemerika adalah sangat tinggi (h: 56).

Arahan bagi Ujian Imlak
Adalah amat penting bagi murid diberikan arahan yang jelas tentang ujian ini pada peringkat
awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak dijalankan. Arahan seperti yang berikut boleh
diberikan secara lisan:

Saya ingin menguji kemahiran kamu mendengar dan memahami keratan cerita yang akan
saya bacakan. Oleh kerana ujian ini dalam bentuk imlak, kamu dikehendaki menulis semula
keratan yang akan saya bacakan secara nyaring. Kamu akan mendengar saya membacakan
keratan cenita ini tiga kali.


Pada kali yang pertama,saya akan membacanya mengikut kadar kelajuan orang
bercakap. Kamu hanya mendengar dan cuba fahamkan sebanyak yang boleh.
Pada kali yang kedua, saya akan membacanya dengan hentian sementara dan
mengikut kadar kelajuan yang sesuai bagi kamu mendengarnya. Kamu tuliskan
semula setiap perkataan yang kamu dengar. Berhubung dengan bacaan seperti (1),
koma bernoktah (;) dan noktah (.) akan saya beritahu apabila ada.
Pada kali yang ketiga, saya akan membaca keseluruhan keratan cerita ini semula
menurut kadar kelajuan orang bercakap. Sambil itu kamu semaklah apa yang telah
kamu tulis. Kamu tuliskan hanya apa yang kamu dengar.

Cara Membacakan Keratan Imlak
Mula-mula bacakan keseluruhan keratan satu kali kepada murid sebelum Ujian Imlak itu
dijalankan. Selepas imlak dijalankan, bacakan teks itu keseiuruhannya sekali lagi untuk
semakan murid. Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu
pengujian dan selepas pengujian. Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan
kesempatan munid mendengar, memahami dan menulis; dan keratan dibacakan dengan gaya
yang natural (biasa). Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda (pauses) dan intonasi
yang betul. Yang berikut ialah satu contoh keratan imlak dan tanda jeda yang sesuai dalam
penyampaiannya:








Pada petang itu, / cuaca sungguh nyaman. / Matahari hampir terbenam./
Cahayanya yang merah itu menyinari permukaan air laut/ menjadikannya
berkilau-kilauan./ Ombak berkejar-kejaran / ke tepi pantai. / Apabila sampai ke
tepi/ ombak titu pun pecah./ buihnya menjamah pasir panti/ yang halus dan
putih itu./
[sumber: Abdul Aziz Talib. 1993. h:74]


Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

12



Pada petang itu,/ cuaca sungguh nyaman./ Angin bertiup sepoisepoi
bahasa./ Matahari hampir terbenam./ Cahayanya yang merah
Sebaik-baiknya, jeda atau tempat hentian sementara hedaklah pada unit bacaan yang
mengikut unit pemikiran. Ini adalah untuk menyenangkan munid mendengar dan memahami
unit itu dan menulisnya semula dalam masa yang agak selesa dan mencukupi. Kita tidak
mahu ujian imlak menjadi satu perlumbaan menulis di kalangan munid! Sebutan bunyi
perkataan hendaklah jelas mengikut sebutan bahasa yang standard. Ujian imlak harus
dijalankan dalam suasana yang senyap, tanpa gangguan atau kebisingan (Abdul Aziz Abdul
Talib, 1996).
bak itu pun pecah,/ buihnya menjamah pasir pantai/
yang halus dan putih itu./
Cara Membaca Keratan Imlak

Markah penuh bagi sesuatu Ujian Imlak adalah mengikut jumlah bilangan perkataan yang
terdapat dalam keratan imlak yang dibacakan. Misalnya, 200 markah penuh bagi keratan
yang mengandungi 200 patah perkataan atau 100 markah penuh bagi keratan yang
mengandungi 100 patah perkataan, dan seumpamanya. Pengagihan markah adalah seperti
yang berikut:

0.5 markah bagi setiap perkataan yang betul tepat dengan bacaan daripada teks
asalnya.
0.5 markah - bagi setiap perkataan yang tersilap ejaannya, tetapi mempunyai kaitan
fonologi dengan perkataan asalnya; dan tidak membawa maksud ayat/keseluruhan
teks asalnya. Misalnya, jika bilik dituliskan sebagai bilek, atau tidur dituliskan
sebagai tidor dan seumpamanya. Biasanya, yang dimaafkan ialah kelainan fonem
yang tidak mengubah maksud dalam Bahasa Melayu.













3. Menguji Kemahiran Mendengar Menggunakan Gambar
Teknik mi biasanya digunakan bagi menguji kemahiran mendengar pada peringkat
persekoiahan rendah, khususnya bagi peringkat persekolahan rendah bawah. Menurut teknik
mi, murid dikehendaki mendengar ayat, dan memadankan sesuatu ayat diperdengarkan
i) Pada pendapat anda, mengapakah pentaksiran kemahiran mendengar
diabaikan di sekolah?
j) Mengapakah kemahiran mendengar berkesan sangat penting?
k) Jelaskan tiga ciri penting yang perlu dimiliki oleh murid yang mempunyai
kemahiran mendengar yang berkesan.
l) Nyatakan komponen-komponen utama dalam pengujian kemahiran
mendengar.



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

13

dengan gambar (atau rajah) yang membawa maksud yang sama dengan ayat tersebut. Pilihan
gambar yang diberikan adalah dalam bentuk aneka pilihan A, B, C dan D.

Contoh:
Guru menyebut: Budak manakah yang sedang senyum?







A B C D


Murid menandakan dalam kertas jawapan yang diedarkan terlebih dahulu sebelum ujian
dimulakan.







Kini radio, klip audo (atau podcast) serta CD digunakan sebagai rangsangan
bagi menguji kemahiran mendengar. Kadang kala ia perlu digunakan
sekiranya guru hendak menggunakan perbualan/dialog, cerpen atau drama di
radio sebagai bahan pendengaran. Sekiranya guru terpaksa merakam
penbualan/dialog, cerpen atau drama, dia hendaklah dilakukan dengan berhati-
hati tanpa gangguan kebisingan dan dengan menggunakan alat penakam dan
kaset yang baik kualitinya. Ini kerana, gangguan akoustik dan statik boleh menjejaskan
kejelasan bahan-bahan yang hendak dipendengarkan (Abdul Aziz Abdul Talib, 1996).

Dari segi kualiti atau mutu penyampaian, sebenarnya tidak ada alat
yang boleh menandingi suara guru. Bahan pendengaran yang
disampaikan secara langsung dan mulut guru sudah tentu bebas
daripada masalah bateri lemah ataupun gangguan elektrik. Pita
rakaman boleh digunakan hanya jika guru boleh menjamin kualiti
rakaman yang baik. Sekiranya mi tidak terjamin, eloklah alat itu
jangan digunakan langsung. Sebelum sesuatu bahan rakaman itu
digunakan dalam ujian tensebut, eloklah guru mencubanya terlebih
dahulu demi menilai kejelasan atau mutu rakaman yang telah
dilakukannya. Hanya rakaman yang baik yang boleh digunakan bagi
tujuan ini.


5.6 Penggunaan Radio, Klip Audio dan CD


Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

14


Perlu ditekankan b ahawa kemahiran mendengar adalah amat
penting dalam wacana bahasa. Oleh yang demikian, aspek
pengajaran, latihan dan pengujian bagi kemahiran ini tidak boleh
diabaikan dalam bidang pendidikan bahasa. Khususnya bagi murid-
murid di sekolah rendah,
pelajar di sekolah menengah, maktab dan universiti, kemahiran
mendengar amat diperlukan dalam pembelajaran. Ini kerana
sebahagian besar daripada proses pembelajaran, iaitu menerima
ilmu pengetahuan dan maklumat adalah melalui proses mendengar
pengajanan guru, syarahan, kuliah dan seumpamanya. Di
sesetengah ujian bahasa antarabangsa, kemahiran mendengar
diwajibkan seperti TOEFL (Abdul Aziz Abdul Talib, 1993).











Sama ada dalam kelas atau diluar kelas, kemahiran mendengar amat penting bagi
seorang murid.

Tidak dinafikan bahawa kemahiran mendengar yang berkesan sangat penting bagi
semua murid dalam sesebuah kelas.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mendidik (mengajar dan
melatih) murid supaya boleh berfikir dan memberi idea atau pendapat sendiri tentang
sesuatu.

Kefahaman mendengar terdiri daripada tiga tahap utama; iaitu tahap literal, tahap
inferen dan tahap kritis.

Pentaksiran kemahiran mendengar adalah hampir sama dengan pentaksiran kemahiran
membaca, tetapi ransangan yang diberikan memerlukan murid mendengar.

Rangsangan mendengar hendaklah terdiri daripada petikan yang lazim didengar di
dalam dan luar kelas yang disampaikan oleh guru atau rakaman audio.

Secara ideal, kaedah pentaksiran kemahiran mendengar hendaklah melibatkan situasi
yang sebenarnya yang kemahiran tersebut diperlukan.




Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

15



Sesuatu petikan boleh terdiri daripada beberapa paragraf atau perenggan yang
berterusan dan bertalian tema, isi atau topik ceritanya.

Petikan tidak semestinya dibaca oleh guru. Ia boleh dirakamkan oleh sesiapa pun dan
dimainkan untuk kedengaran murid dalam kelas.

Sesetengah orang berpendapat, ujian imlak (dictation) adalah semata-mata untuk
menguji ejaan sahaja.

Berbanding dengan ujian lain, ujian imlak lebih mudah digubal dan ditadabir kerana
ia tidak memerlukan pembinaan soalan yang mungkin mengambil masa yang lama.














Abdul Aziz Abdul Talib (1996), Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oller, j. (1979). Language Test at School. New York: Longman Group Ltd.

Hameelah Adnan (2006). Meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran
dan apitan dalam pelajaran bahasa Melayu menggunakan kaedah imlak. Jurnal Kajian
Tindakan Negeri Johor. 1-8.

Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu ,
Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur.