Anda di halaman 1dari 10

SISTEM PERMAINAN

Sistem permainan hoki terbahagi kepada dua iaitu secara liga dan kalah mati.
Bagi secara liga, permainan dibahagi kepada dua kumpulan seperti kumpulan A dan
kumpulan B. Kemudian, dibahagi pula kepada pusingan pertama, pusingan suku
akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. Seterusnya, johan kumpulan A
akan bertemu dengan johan kumpulan B bagi pusingan akhir. Bagi penentuan
pemenang ketiga dan keempat pula ditentukan melalui pusingan separuh akhir.

Manakala bagi secara kalah mati pula, pasukan yang kalah bagi sesuatu
perlawanan akan dikeluarkan dari permainan dan pasukan yang menang akan
bermain sehingga akhir. Bagi membuat keputusan secara liga dengan
menggunakan mata iaitu menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
Kemenangan secara liga ditentukan dengan mata terbanyak, tetapi jika seri
kemenangan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaring tolak
jumlah gol yang kena atau dengan mengambil kira keputusan perlawanan
sebelumnya. Bagi sistem kalah mati jika seri, pasukan akan bertukar kawasan
permainan dan bermain dalam masa tambahan 10 minit. Jika masih seri, lima
pukulan penalti akan dijalankan bergilir-gilir dan jika masih seri, pasukan yang
menjaringkan gol dikira pemenang.










PERANAN JURULATIH HOKI


Sebelum pertandingan:
Mengajar pemain-pemain hoki dengan kemahiran asas hoki
Mendedahkan pemain-pemain hoki dengan syarat-syarat permainan hoki
Member latihan asas yang kukuh kepada pemain hoki.

Contoh-contoh latihan yang wajar diberikan kepada pemain hoki:

Latihan Takel J ab










(a) Berdua
Seorang pemain sebagai penyerang, sedang berhenti dengan bola pada kayu
hokinya. Pemain yang lain sebagai pemain pertahanan, mengambil kedudukan dan
pegangan yang betul dan berdiri lebih kurang 6 kaki di depan penyerang. Pemain
pertahanan berlatih menerpa satu langkah ke hadapan dan mencucuk bola tersebut
dengan kayu hoki, menaikkan bola melintasi kayu hoki dan ke belakangnya.

(b) Berdua
Seperti di atas tetapi selepas mencucuk bola, mengambil satu langkah lagi ke
hadapan dan terus mengutip bola.

(c) Berdua
Seperti di atas tetapi penyerang bermula dengan jarak 5 ela lebih jauh di belakang
dan golek-menggelecek bola ke arah pemain pertahanan. Pemain pertahanan akan
merebut bola tersebut apabila penyerang telah sampai di jarak merebut.
(Penyerang pada mulanya akan berjalan, kemudian apabila pemain pertahanan
mendapat keyakinan dia akan menambah kelajuan).

(d) Berdua
Penyerang berada di satu tempat, menggerakkan bola ke hadapan dari kiri ke kanan
menggunakan kemahiran menggelecek Indian. Pemain pertahanan mengatur masa
untuk merebut kemudian bergerak ke hadapan untuk mengambil bola.

(e) Berdua
Penyerang menggelecek bola ke arah pemain pertahanan menggunakan berbagai-
bagai jenis kelajuan. Pemain pertahanan cuba merebut bola dan memperolehnya.













LATIHAN ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR
1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan
hanya satu biji bola.
2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama
rata.
3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang
lurus.
4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola.
Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.
5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada
kumpulan B memperoleh bola tersebut.


A --------------10 meter-------------- B

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut
sehingga pelajar benar-benar mahir.
7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat
membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.
10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua
memperoleh bola tersebut.
11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah
seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan
aktiviti ini.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke
hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada
dua atau tiga.
2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.
3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada
pasangan.
4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D.
Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul
bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam
kawasan D.
5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.
a) Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C
bertukar tempat dengan D.
B C

A D
b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak
bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke
dalam gol.
c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun,
pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar
tidak menimbulkan sebarang masalah ketika membuat latihan seperti
di (c).
6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS
1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan
menguit di atas garisan pada dinding tersebut.
2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan
lalu kuit bola yang berada di hadapan.
3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan.
4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut.
5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 5 langkah lalu menguit bola.
Peringatan. Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit.
Namun, selepas latihan yang berulangan, pelajar akan mengurangkan masa
itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa
berhenti.






STRATEGI PERMAINAN

Strategi permainan hoki melibatkan semua kemahiran hantaran.
Hantaran berbentuk segi empat (square passes)
Hantaran yang dibuat adalah selari dengan garisan gol
Dilakukan di sebelah kiri atau kanan dengan menggunakan reverse stick
Juga boleh dilakukan dengan satu tolakan, pukulan atau kuit.
Biasanya dilakukan apabila serangan mula berlaku.
Dua jenis hantaran square digambarkan di bawah :
(i) Menghantar daripada sayap kanan (RW) kepda apit kanan (RI)
(ii) Menghantar daripada apit kanan (RI) kepada apit kiri (LI)


Rajah 1 : Hantaran berbentuk segi empat

Perhatikan:
(a) Hantaran-hantaran adalah selari dengan garisan gol
(b) Jika bola dihantar ke hadapan dan bukan square, penerima akan berlari lebih
jauh dan memaksa mereka bekerja lebih kuat untuk mendapatkan bola

A dan B adalah daripada pasukan yang sama. A menggelecek bola beberapa ela
dan menghantar bola itu kepada B seperti 1 dalam rajah 2. Perhatikan jarak yang
terpaksa dilalui oleh B untuk mendapatkan bola jika bola itu dihantar ke hadapan
seperti 2 dalam rajah 2.


Rajah 2 : Latihan melakukan hantaran



Rajah 3 : Latihan melakukan hantaran
A dan B adalah penyerang-penyerang. Y dan Z adalah permain pertahanan.
A memperoleh bola dan Y bergerak untuk merebut bola daripada A. A menghantar
square kepada B. Pada masa hantaran itu berlaku Y dan Z akan berada dalam
posisi square. Pada masa itu B bergerak ke arah bola dan menolaknya di antara
kedua-dua pemain pertahanan untuk Aberlari dan mendapatkan semula bola seperti
rajah 3.

2. Hantaran depan (Forward Pass)
Dilakukan apabila bola menghampiri gol lawan
Boleh dilakukan secara pepenjuru(diagonally), ke hadapan atau tegak lurus
(perpedicularly) kepada garisan gol
Hantaran 1 dan 3 dibuat secara pepenjuru depan manakala hantaran 2 dibuat
secara tegak lurus ke depan. 4 adalah hantaran udara ke depan oleh haf
tengah (CH) kepada sayap kiri (LW) seperti ditunjukkan dalam rajah 4.

Rajah 4 : Hantaran depan
Hantaran depan dibuat bagi mendapatkan kawasan untuk mempercepatkan
serangan atau untuk mengalahkan pertahanan pihak lawan dengan hantaran bola
menerusi (a through ball). Dalam pertahanan ia digunakan untuk membawa bola
jauh dari tempat yang bahaya. Satu hantaran square jika digunakan dalam
pertahanan, adalah kurang selamat kerana ia boleh dihalang dan anda tidak dapat
menjauhkan bola daripada tempat berbahaya.
3. Hantaran belakang (back pass)
Jarang digunakan, kadang-kadang digunakan untuk melambatkan permainan,
mendapatkan lebih ramai penyerang berada di kawasan permainan atau
menarik pemain-pemain pertahanan daripada kawasan yang terkawal yang
anda tidak boleh menembusi.
1 dan 2 adalah hantaran belakang daripada apit kanan (RI) kepada haf kanan
(RH) dan daripada haf kanan (RH) kepada fowad tengah (CF) seperti dalam
rajah 5.
3 adalah hantaran depan oleh haf tengah (CH) kepada sayap kiri (LW) seperti
dalam rajah 5.

Rajah 5 : Hantaran belakang

Anda mungkin juga menyukai