Anda di halaman 1dari 40

PSS 3103

PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA



Perpaduan Nasional Dan Kepentingannya
Kepada Pembangunan Negara Masa Kini
MOHAMAD SYAFIQ FARHAN BIN SAHAROM
MOHAMMAD NADZRI BIN MD SALLEH
MOHAMAD HARIS BIN HAMBALI
NOOR ZAFIRAH BINTI ZAINOL
POLITIK
PENYATUAN RAKYAT BERBILANG KAUM
Konsep Pecah Dan Perintah - pemisahan
antara kaum dari segi penempatan, sektor
ekonomi serta pendidikan.
British mengekang jalinan kesefahaman dan
perpaduan.
Interaksi Tidak Berlaku - sifat perkauman yang
negatif.

PENYATUAN RAKYAT BERBILANG KAUM
Tragedi 13 Mei 1969.
Darurat diisytihar dan Kabinet dibubarkan.
Penubuhan Majlis Gerakan Negara diikuti
Majlis Muhibah dan Jabatan Perpaduan
Negara.
Tujuannya untuk mengurus dan mengatasi isu
sensitif dalam kalangan masyarakat majmuk.
PENYATUAN RAKYAT BERBILANG KAUM
Penggubalan Rukun Negara.
Bermotifkan kepada perpaduan dan cara
hidup yang harus diamalkan rakyat.
Mewujudkan semangat timbang rasa dan
berganding bahu bagi memberi kemakmuran
saksama kepada seluruh anggota masyarakat.

PENYATUAN RAKYAT BERBILANG KAUM
Kesannya kini rakyat belajar untuk saling
menghormati.
Gagasan 1MALAYSIA adalah kesinambungan
agenda kerajaan untuk menyatukan rakyat.
Menumpukan usaha secara bersama untuk
bangunkan negara.

PILIHAN RAYA DAN PARTI POLITIK

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Tampuk pemerintahan dipilih berdasarkan
pilihanraya umum.
Memberi peluang kepada rakyat untuk
memilih kerajaan yang diinginkan.
Rakyat mengundi individu yang bertiketkan
parti-parti politik.
PILIHAN RAYA DAN PARTI POLITIK
Ahli Dewan Undangan Negeri.
Sidang Parlimen di Dewan Rakyat.
Membincangkan pelbagai isu berkaitan
keperluan rakyat.

PILIHAN RAYA DAN PARTI POLITIK
Penubuhan parti-parti politik seperti UMNO,
MCA, MIC & PAS.
Pada 1955, parti politik gabungan UMNO,
MCA & MIC (Parti Perikatan) telah
mendominasi 51 daripada 52 kerusi parlimen
yang dipertandingkan.
Bibit permulaan penerimaan rakyat kepada
parti gabungan.
PILIHAN RAYA DAN PARTI POLITIK
Parti Perikatan telah ditukar menjadi Barisan
Nasional yang masih dianggotai UMNO, MCA
& MIC malah diperkuatkan lagi dengan
gabungan daripada parti Sabah & Sarawak.
Memberi peluang kepada wakil setiap kaum
untuk menyertai pentadbiran negara dan
bersama-sama berusaha menyumbang kepada
pembangunan negara.
PILIHAN RAYA DAN PARTI POLITIK
Parti politik di Malaysia masih lagi bertumpu
atau berasaskan perkauman.
Dianggap penting untuk kebajikan setiap
kaum.
Menyukarkan pembentukan perpaduan
nasional dalam konteks satu bangsa Malaysia.
Parti politik masih lagi mengutamakan
perjuangan hak dan kepentingan kaum
mereka sahaja.
PILIHAN RAYA DAN PARTI POLITIK
Memerlukan penubuhan parti politik yang
berteraskan semangat kebangsaan bangsa
Malaysia.
Contohnya Indonesia.
Semangat kenegaraan dan kesetiaan pada
negara hanya akan terbentuk jika terhapusnya
pengenalan rakyat berdasarkan kaum.
SOSIAL
ASPEK SOSIAL : PENDIDIKAN
pendidikan merupakan alat penting dalam
memupuk dan menanamkan semangat
perpaduan di kalangan generasi muda
terutamanya kanak-kanak sekolah. Perpaduan
melalui pendidikan hanya dapat dicapai
menerusi sistem persekolahan dengan
kurikulum yang seragam untuk semua kaum
(Malaysia Kita, 2003).
pendidikan ketika itu tidak diberi penekanan yang
begitu penting.
pendidikan hanyalah untuk kepentingan pihak British
di mana orang Melayu hanya diberikan pendidikan
supaya mereka dapat memenuhi jawatan rendah
kerajaan seperti kerani atau guru.
Bagi orang Cina dan India pula pendidikan mereka
dibiarkan berkembang dengan sendirinya.
SEBELUM KEMERDEKAAN
Pendidikan orang Cina dan India adalah
berkiblatkan negara mereka masing-masing.
Maka, wujudnya sekolah vernakular.
Akibatnya, penduduk Tanah Melayu tidak ada
perpaduan kerana tiada pergaulan dan interaksi
yang berlaku antara mereka.
Ada di antara mereka yang tidak menghormati
perbezaan yang wujud sehingga ada yang
menyentuh mengenai isu-isu sensitif berkaitan
kaum.
SEBELUM KEMERDEKAAN
konsep pecah dan perintah menyebabkan
perpaduan yang diharapkan masih tidak dapat
dicapai.
taburan penduduk tidak seragam dan wujud
jurang ekonomi yang besar.
Orang Melayu dan India rasa dipinggirkan
interaksi antara kaum masih sukar untuk
berlaku.

SELEPAS KEMERDEKAAN
ketidakwujudan sifat bertolak ansur dan saling
hormat menghormati antara satu sama lain.
Kemuncak tidak persefahaman kaum ini
adalah pada 13 Mei 1969.
Berlaku rusuhan antara kaum sehingga
menyebabkan pertumpahan darah berlaku.
SELEPAS KEMERDEKAAN
pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai
usaha/dasar supaya semua kaum mempunyai
rasa saling hormat-menghormati dan
perasaan cintakan tanah air.
Antaranya usaha yang dilakukan ialah
penerapan rasa cintakan negara melalui
bidang pendidikan.

SELEPAS KEMERDEKAAN
Penyata Rahman Talib pada tahun 1960
untuk menyeragamkan kurikulum
sistem peperiksaan persekolahan yang sama
Penekanan diberikan kepada pendidikan moral
dan keagamaan untuk keperluan kerohanian
sebagai teras.
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
SELEPAS KEMERDEKAAN
Penggunaan bahasa yang sama memudahkan
kaum untuk bergaul dan mengenali antara
satu sama.
Secara tidak lansung ia bertindak sebagai satu
alat yang dapat menyatupadukan kaum.
komunikasi - memahami dan mempelajari
tentang budaya dan adat resam kaum yang
berbeza-beza di negara ini.
SELEPAS KEMERDEKAAN
Sekolah Wawasan ditubuhkan.
gabungan 3 jenis sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.
berkongsi kemudahan seperti tapak
perhimpunan, kantin dan padang sekolah.
maka akan wujudnya interaksi antara satu sama
lain.
secara tidak langsung mereka akan mempelajari
mengenai nilai hormat-menghormati,
bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya.
KINI
ASPEK SOSIAL : BUDAYA
Kebudayaan : satu sistem atau corak hidup
yang merangkumi agama, kepercayaan, adat
resam, bahasa, ekonomi dan politik sesebuah
masyarakat. (Malaysia Kita, 2003)
Merupakan salah satu medium untuk
mencapai perpaduan

Sebelum kemerdekaan
Kedatangan imigran Cina & India membawa
budaya yg baru dari negara asal mereka
Org Melayu tidak menerima perbezaan
budaya yg wujud
-kerana merasakan org Cina & India cuba
untuk menyebarkan budaya mereka
Maka wujud benteng budaya (culture barrier)
antara golongan imigran dan penduduk
peribumi
Selepas kemerdekaan
Kerajaan ingin mewujudkan perpaduan dengan
melaksanakan dasar
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Matlamat :
Memupuk perpaduan dan integrasi nasional
melalui pembentukan kebudayaan kebangsaan
yang mengambil kira tentang kebudayaan asal
rakyat rantau ini, unsur-unsur budaya yang sesuai
dan wajar dari pelbagai kelompok etnik negara di
ambil pakai dan Islam menjadi unsur yang
penting (Kenegaraan Malaysia, 2001).

Pelaksanaan dasar ini menyebabkan
penerimaan kaum berlainan terhadap budaya
yang tidak diamalkan oleh mereka.
Contohnya:
-Apabila tiba Hari Raya Aidilfitri yg diraikan
oleh kaum Melayu turut diraikan oleh kaum
India & Cina dengan berkunjung antara satu
sama lain.
Secara tidak langsung pupuk sikap spt ambil
berat, tolong menolong & merapatkan
hubungan silaturrahim.
Perasaan negatif yang menyebabkan kepada
perpecahan & pergaduhan spt berprasangka
buruk dapat dielakkan.

EKONOMI
EKONOMI
Kesejahteraan dan keharmonian yang
dinikmati negara adalah anugerah yang tidak
ternilai.
Keamanan wujud hasil daripada perpaduan
etnik yang jitu dan harmoni.
Perpaduan inilah yang menjana pembangunan
negara khusus daripada aspek ekonomi.
EKONOMI
Isu 1
Konsep pecah dan perintah.
Kolonial British telah membawa masuk sebilangan
besar buruh Cina untuk mengusahakan kegiatan
perlombongan dan buruh India untuk
mengusahakan estet dan ladang-ladang.
Untuk elakkan etnik Melayu, Cina dan India
bersatu, British amalkan konsep pecah dan
perintah.

EKONOMI
Dalam konsep ini, setiap etnik dipisahkan dengan
fungsi ekonomi tertentu;
iaitu melayu dengan pertanian tradisional di
kampung, Cina dengan kegiatan perlombongan dan
perniagaan di bandar, India mengusahakan estet dan
ladang di desa.
Perbezaan fungsi ekonomi ini turut memisahkan
penempatan etnik dengan etnik yang lain, seterusnya
mewujudkan jurang taraf pendapatan antara etnik
satu sama lain.
Kemuncaknya, tercetus tragedi 13 Mei 1969.
EKONOMI
Penyelesaian:
Bagi menangani masalah ini, kerajaan telah perkenal Dasar
Ekonomi Baru (DEB).
DEB ada 2 matlamat:
Basmi kemiskinan
Susun semula masyarakat dan hapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.
Seperti yang sedia maklum, kekacauan dan huru-hara
dalam negara memberi impak negatif yang amat besar
kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, pelancaran DEB adalah tepat pada
masanya, demi memulihkan kembali keamanan,
perpaduan etnik dan seterusnya membenarkan ekonomi
negara terus bertumbuh.
EKONOMI
Dari aspek pencapaian DEB, agak perlahan-
kegawatan ekonomi.
Dan secara pemukaannya, DEB berjaya hapuskan
pola penempatan penduduk berasaskan
pengenalan etnik.
Walaupun tidak secara keseluruhannya, namun,
DEB berjaya mengurangkan kadar kemiskinan
rakyat dan dapat membantu tingkatkan taraf
hidup rakyat.
EKONOMI
Apabila Melayu, Cina dan India duduk dalam sebuah
penempatan yang sama, pergaulan dan interaksi sosial
yang baik dapat dipupuk.
Kesamarataan taraf ekonomi antara etnik juga amat
penting bagi elakkan wujudnya perasaan prasangka
yang boleh timbulkan perbalahan.
Gabungan 2 aspek diatas, perpaduan nasional dapat
diwujudkan, seterusnya menjamin kestabilan politik
negara.
Keharmonian inilah yang membawa kepada
pembangunan dan perkembangan ekonomi negara
yang mapan.

EKONOMI
Isu 2
Jurang pendapatan etnik Melayu dengan Etnik yang
lain.
Walaupun DEB sudah dilancarkan, namun status dan
taraf pendapatan etnik Melayu masih lagi berada pada
tahap yang rendah.
Keadaan sedikit sebanyak boleh menggugat
keharmonian antara etnik, menimbulkan masalah
perpaduan seterusnya membantutkan kepesatan
ekonomi negara.
Jurang yang jelas menunjukkan etnik Melayu
menguasai bidang yang mundur yang banyak guna
tenaga dan berteknologi rendah.


EKONOMI
Sektor Melayu
000
% Cina
000
% India
000
% Jumlah
000
%
Primer 951 68 301 21 142 10 1394 50
Sekunder 173 31
335
60 52 9 560 20
Tertiari 312 38
398
48 104 12 814 30
Jumlah 1436 51 1034 37 298 11 1768 99
Penduduk
4822 53 3274 36 978 11 9074 100
Pekerja 1563 52 1112 37 334 11 30009 100
EKONOMI
Daripada jadual berikut, jelas menunjukkan etnik
Melayu mengusai sektor primer iaitu pertanian
tetapi kurang dalam sekunder dan tertiari.
Sektor primer-pertanian- kadar upah yang rendah,
hasil pengeluaran yang rendah menyebabkan taraf
kehidupan etnik Melayu juga rendah berbanding
etnik Cina.
Jurang perbezaan ini boleh wujudkan prasangka
dan rasa tidak puas hati, akhirnya boleh
menggugat keamanan negara.
EKONOMI
Penyelesaian:
Kerajaan telah jalankan pelbagai program demi
meningkatkan bilangan profesional orang Melayu
dalam pekerjaan.
Latihan & pendidikan: penubuhan unversiti
tempatan. Contoh, UiTM, UKM,UM, UPM.
Perancangan pembukaan & penerokaan tanah
baharu. Contoh, FELDA, FELCRA.
EKONOMI
Kesan:
Bilangan peratusan yang menunjukkan ada perubahan
ke arah merapatkan jurang perbezaan taraf hidup
etnik Melayu dengan etnik yang lain.
Bilangan pekerja profesional Melayu meningkat sejak
dari tahun 1970 lagi.
Etnik Melayu bekerja dalam pelbagai sektor setanding
malah lebih tinggi daripada etnik yang lain.
Peluang mendapatkan pekerjaan cerah, kurangkan
pengangguran.
EKONOMI
Dari aspek pemilikan saham dan syer syarikat awam,
peratusnya juga meningkat daripada 1.0% pada tahun
1970 kepada 20.0% pada tahun 1990.
Dengan peningkatan taraf kehidupan etnik Melayu, jurang
perbezaan status dapat dikurangkan.
Kemiskinan juga dapat diatasi dengan wujudnya peluang
pekerjaan atas tiket kelayakan akademik mereka.
Kesamarataan ini akhirnya dapat wujudkan suasana
harmoni antara etnik dan kaum tanpa ada perasaan syak
dan prasangka. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan
Malaysia dapat sumber tenaga yang berkualiti, malah
dapat tarik pelabur asing kerana keamanan yang dikecapi.
Perpaduan nasional amat penting dalam menentukan
kemajuan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai