Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Teori Pembelajaran Kognitif

Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris tidak dapat
digunakan untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang berlaku dalam situasi
yang berlainan. Umpamanya, walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk
menelefon kawan, kita sentiasa perlu merujuk buku panduan telefon untuk
mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk mengingati nombor yang kurang memberi
makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengingati peristiwa yang
telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan suatu
pengalaman yang bermakna kepada kita.
Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan
bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan
sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud bentuk, pola,
konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun. Beberapa orang ahli psikologi pada masa
awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali
sebagai teori Gestalt.
Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan ,
harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Dalam situasi bilik darjah
murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa
mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya
memperolehipengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar mereka akan
mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka akan
menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih
juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.
Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang
belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif
berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola
dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman untuk
membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan
masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat
disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang
dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses
mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)
Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang aktif. Setiap
pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan
semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran
lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif
hanya melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat
keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu,
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan
dipelajari, diingati atau dilupakan

Anda mungkin juga menyukai