Anda di halaman 1dari 2

3.

0 REFLEKSI KENDIRI
Saya mulai ruangan ini dengan merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin dan inayatNya ,saya telah selesai menyiapkan tugasan WAJ
3109 .Sekali lagi saya ingin memanjatkan kesyukuran dan ingin menzahirkan
kegembiraan. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat
dan perolehi daripada kerja kursus Kokurikulum Permainan yang telah diberikan
oleh pensyarah En Abdul Rahman Bin Moidu .
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan dan ucapan terima
kasih khususnya kepada pensyarah saya sendiri dan semua pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini . Malah saya
juga sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan koheren dalam kalangan ahli
kumpulan adalah penting demi menyiapkan tugasan .
Selain itu, melalui kerja kursus ini pengetahuan saya dalam Permainan bola
lisut semakin meningkat . Di samping itu , saya dapat memahami sejarah
perkembangan permainan bola lisut bermula pada tahun 1887 di Chicago, Amerika
Syarikat sehinggalah sekarang .
Saya juga sedar bahawa pengurusan masa adalah sesuatu yang penting
demi memastikan segala apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan
masa yang telah ditetapkan begitu juga dengan tugasan ini . Tugasan ini perlu
dihantar pada masanya seperti yang telah dimaklumkan namun gagal
menghantarnya pada tarikh yang ditetapkan kerana ada beberapa masalah yang
tidak dapat dielakkan . Saya sedar bahawa kelemahan saya ialah tidak pandai
dalam menguruskan masa .Namun masalah ini dapat diatasi dengan sokongan serta
pertolongan rakan-rakan sekumpulan .
Selain itu , saya dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran tentang kokurikulum permainan sofbol .Di samping itu , saya juga dapat
membentuk sikap dan nilai positif yang berterusan dalam kepimpinan dalam
kumpulan semasa melakukan kerja kumpulan .
Secara keseluruhannya, tugasan ini ternyata memberi banyak manfaat
kepada saya .Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat semasa
menyiapkan tugasan ini akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang


lebih jitu dan serba boleh. Saya dapat rasakan satu ikatan bertambah erat semasa
aktiviti dalam kumpulan semasa menyiapkan tugasan ini .Semoga pengalaman yang
saya perolehi ini akan mematangkan diri saya terutamanya semangat kerjasama
bagi menjadi insan yang berguna yang digelar guru kepada agama, bangsa, dan
negara. Akhir sekali ,saya berharap tugasan ini mencapai matlamatnya .

Anda mungkin juga menyukai