Anda di halaman 1dari 23

A. Sejarah Permainan Bola Baling di Malaysia.

Permainan bola baling berasal dari Negara-negara Eropah. Sebahagian besar


daripada kemahiran-kemahiranya terdiri daripada kemahiran bola jarring, bola sepak
dan bola keranjang. Selepas tahun 1963, format permainan telah diubah daripada 11
orang pemain kepada 7 orang dalam satu pasukan. Di Malaysia permainan ini
dianggap sebagai satu permainan yang baru dan diperkenalkan pada tahun 1977
oleh Encik Lim Hock Han, Pengarah Sukan Universiti Malaya dan pada tahun 1984
Persekutuan Bola Baling Malaysia ditubuhkan.


B. Kedudukan Pemain Dalam Padang Permainan Bola Baling











1. Penjaga Gol
2. Bek Kanan
3. Pemain Lengkongan
4. Bek Kiri
5. Sayap Kanan
6. Pemain Tengah
7. Sayap Kiri

C. Objektif Am Bola Baling

Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan;
Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina
kemahiran motor dan kecergasan fizikal;
Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik,
gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan
selamat;
Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi
menjaga keselamatan; Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik;
Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan;
dan Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam
suasana yang riang dan menggembirakan.


D. Bola
Bola baling hendaklah berbentuk bulat keseluruhannya dan hendaklah tidak terlalu
keras, dan bahagian kulitnya hendaklah berwarna putih. Berat bola yang diukur pada
permulaan permainan, untuk bahagian lelaki dan belia lelaki hendaklah tidak melebihi
475gram dan tidak kurang daripada 425 gram. Lilitan bulatan bola hendaklah tidak
melebihi 60 cm dan tidak kurang daripada 58cm. Untuk wanita dan ramaja lelaki, berat
bola hendaklah tidak melebihi 400 gram dan tidak kurang daripada 325 gram. Lilitan
bulatannya tidak melebihi 56cm dan tidak kurang daripada 54cm. Hanya bola yang
ditandakan dengan logo IHF sahaja boleh digunakan untuk pertandingan-pertandingan
di peringkat antarabangsa.


E. Pemain-pemain
Sesebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain yang terdiri daripada 10 orang
pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Maksimum 7 orang pemain yang
dibenarkan berada di dalam gelanggang, yang terdiri daripada 6 pemain gelanggang
dan seorang penjaga gol. Jika seseorang pemain didapati semasa dalam permainan
menyeberangi atau melangkah salah satu daripada garisan-garisan sempadan atau
kawasan, tetapi dengan serta merta memasuki semula ke dalam gelenggang maka, dia
tidak dianggap sebagai neninggalkan gelanggang.
Pemain pengganti dibenarkan meneruskan permainan tanpa memberitahu penjaga
masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan gelanggang dahulu sebelum
penggantinya masuk. Kesalahan penggantian pemain akan digantung selama dua minit
dan dihukum dengan bilangan percuma dan bilangan ini diambil dari tempat pemain itu
melakukan kesalahan. Jika kesalahan penggantian berlaku pada masa permainan
berhenti, pemain berkenaan akan digantung selama dua minit dan permainan akan
dimulakan dengan balingan percuma.
F. Masa Permainan
Untuk lelaki, dua tempoh dengan 30 minit setiap tempoh dan 10 minit masa rehat di
antaranya. Sebagai peraturan, dalam pertandingan bola baling, 15 minit setiap separuh
masa tanpa masa rehat diberikan. Untuk remaja lelaki, masa terdiri daripada dua
tempoh dengan 25 minit setiap tempoh dan 10 minit.

SENAMAN UNTUK KECERGASAN
Terdapat beberapa jenis aktiviti senaman untuk memanaskan badan:-
1) Senaman menggunakan otot leher dan kepala
2) Senaman untuk menguatkan kaki, lutut dan peha
3) Senaman untuk menguatkan anggota tubuh badan dan pinggang
4) Senaman untuk menguatkan otot belakang
5) Senaman untuk menguatkan betis, kaki, pinggang dan pergelangan kaki
6) Senaman untuk mengimbangi badan, jari kaki, tangan dan bahagian lengan
Minggu pertama mulakan dengan latihan asas membaling. Penekanan kepada
kemahiran ini sangat penting terutama kepada pelajar-pelajar yang baru mengenali bola
baling. Latihan ini sangat penting kerana balingan yang baik hasil dari latihan balingan
yang berterusan. Membetulkan kesalahan balingan perlu terutama kepada pelajar-
pelajar perempuan kerana mereka banyak terpengaruh dengan balingan atau hantaran
bola jaring yang banyak menekankan kepada hantaran bola menggunakan sendi siku
sedang balingan bagi pemain bola baling banyak menggunakan kesemua sendi yang
ada pada tangan. Bermula dengan sendi bahu, sendi siku diikuti dengan sendi
pergelangan tangan dan seterusnya sendi jari-jari tangan. Kesemua sendi-sendi ini
memainkan peranan yang penting terutama pada sendi pergelangan tangan yang akan
menentukan kekuatan ketepatan balingan. Begitu juga dengan sendi jari telunjuk, jari
hantu dan jari manis yang menentukan ketepatan sesuatu balingan yang dilakukan.
Oleh itu, kemahitran balingan perlu ditekankan oleh seseorang guru yang akan
membentuk pasukan bola baling. Jika pemain kita tidak dibaiki kesalahan balingan ini
akan memperlihatkan kegagalan kita untuk membentuk sebuah pasukan bola baling
yang bermutu. Latihan balingan ini seharusnya dilakukan tiap-tiap hari sebelum kita
beralih kepada kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi. Bagi saya, kemahiran ini perlu
mengambil masa untuk membentuk pemain yang baik mutu balingannya. Jadi dalam
masa dua minggu latihan, kami hanya memfokuskan kepada kemahiran balingan
sahaja.

Walaupun begitu, saya mempelbagaikan kemahiran balingan ini. Pertama, kami
mulakan dengan kemahiran balingan statik. Memperbaiki teknik balingan yang betul
beserta dengan gerak kaki ke hadapan (bergantung kepada pemain: Jika balingan
menggunakan tangan kanan, pemain akan melangkah kaki kiri selangkah ke hadapan
serentak dengan balingan tangan kanan dan sebaliknya)


Selain itu, pegangan bola juga harus diperhatikan agar pemain memegang bola dengan
betul. Kebanyakan pemain yang baru berkecimpung dalam permainan bola baling akan
meemgang bola dengan menggunakan jari dan atas tapak tangan sahaja sedangkan
bola seharusnya dipegang dengan sepenuh tapak tangan di samping ibu jari dan jari
kelingking akan mengawal kedudukan dan arah pergerakan bola semasa balingan
dilakukan. Tiga jari yang lain(jari telunjuk, jari hantu dan jari manis) akan menjadi
penolak bola yang terakhir.

Buat pengetahuan guru-guru yang baru melatih pasukan bola baling, balingan yang
baik akan membuat pergerakan bola dengan putaran yang sedikit. Putaran bola
tersebut menunjukkan balingan yang dilakukan itu balingan yang baik ataupun tidak.

Kemihran membaling ini bermula dengan gerakan tangan ke belakang badan dan
menarik tangan dari belakang melalui belakang kepala atas bahu terus lajak ke
hadapan seterusnya melepaskan bola setelah sendi pergelangan tangan/lengan dan
tiga jari terakhir melakukan tugasan masing-masing. Gerakan tersebut beserta dengan
gerakan kaki ke hadapan.

Selepas pemain-pemain telah agak mahir dengan kemahiran membaling menggunakan
satu langkah, latihan diteruskan dengan menggunakan dua langkahan yang dimulakan
dengan kaki kanan dan seterusnya kaki kiri beserta dengan gerakan tangan untuk
membaling bola (bagi pemain yang menggunakan tangan kanan). Biasanya fasa ini
akan mengambil masa seminggu atau dua untuk memantapkan kemahiran asas
membaling.

Cadangan kepada guru-guru agar menggunakan bilangan bola yang banyak untuk
memberikan lebih kemahiran kepada pemain-pemain melakukan latih tubi. Ada
sesetengah jurulatih yang 'sayang' untuk menggunakan bola yang banyak walaupun
mempunyai bola yang banyak. Mereka lebih gemar untuk melakukan kemahiran
balingan berkumpulan yang ramai sedangkan menggunakan bola yang banyak lebih
baik dan memberikan lebih kekerapan kepada pemain untuk memperolehi kemahiran.
Wujudkan kumpulan yang lebih kecil adalah lebih baik dari bilangan pemain yang ramai
dengan sebiji bola. Jika boleh, berikan sebiji bola untuk dua orang pemain. Ini akan
memberikan kelebihan kepada pemain untuk melakukan kemahiran membaling dengan
lebih banyak dan kerap. Dengan itu, mereka akan cepat




















Hari ini sesi latihan akan diteruskan dengan latihan fasa 1 tetapi memasuki peringkat 2.
Satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain bola baling iaitu hantaran aras
dada. Hantaran ini seringkali digunakan oleh pemain-pamain terutama bagi pasukan
amatur seperti pelajar-pelajar sekolah dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan.
Oleh itu, kali ini saya akan menerangkan bagaimana untuk melakukan 'drill' untuk
latihan hantaran aras dada.
Perkara pertama, jurulatih perlu menerangkan kedudukan tangan pemain ketika
melakukan tolakan hantaran aras dada ini. Kedudukan tangan 'mengembang' atau
'mengepak' di mana bola berada pada aras dada. Pasti pegangan bola adalah sama
dengan kaedah menyambut bola yang bet
Gerakan untuk membuat hantaran aras dada ini dimulai dengan gerak sendi siku, diikuti
dengan gerakan pergelangan tangan dan diakhiri dengan tolakan jari pada bola.
Gerakan dilakukan serentak dengan gerak satu langkah kaki ke hadapan dengan
keadaan lutut yang kendur sedikit pada awalnya. Tambahan pada sedikit lonjakan kaki
belakang untuk menambahkan kuasa tolakan ke hadapan.

Penting dalam latihan ini, kita mesti memastikan kedudukan tangan bukan di tepi bola
tetapi di belakang bola ketika melakukan tolakan. Ramai pemain yang memegang di
tepi bola ketika melakukan kemahiran ini kerana berpunca dari kesalahan mereka
ketika menangkap atau menyambut bola. Oleh itu, untuk menjadikan kemahiran ini
lebih mudah untuk dikuasai kita perlu memastikan kemahiran menangkap bola telah
diperbetulkan terlebih dahulu.

Kemahiran menghantar bola aras dada secara statik ini juga memerlukan masa untuk
pemain dapat menguasai dengan baik. Sekurang-kurangnya kita memerlukan beberapa
hari untuk menjadikan pemain-pemain kita benar-benar dapat menguasainya sebelum
kita beralih kepada kemahiran yang lebih tinggi dalam kemahiran ini. Latih tubi perlu
dilakukan dengan kerap atau banyak. Lebih baik menggunakan sekurang-kurangnya
satu bola untuk dua orang supaya latih tubi atau 'drill' untuk kemahiran asas ini dapat
dilakukan dengan banyak bagi seseorang pemain. dan jika sekiranya tempat latihan kita
mempunyai tembok atau dinding, berikan sebiji bola untuk seorang pemain melakukan
'drill' untuk kemahiran ini.

Lanjutan kepada kemahiran ini, kita boleh melakukan dengan cara bergerak perlahan
berpasangan. Tumpukan kepada hantaran bola ke arah kawan bergerak. Arah tuju bola
ke arah mana kawan bergerak dan pastikan hantaran dalam jangkauan rakan dan tidak
terlalu jauh ke hadapan dan tidak tertinggal di belakang.

Seterusnya kemahiran ini diteruskan dengan larian anak ke arah gol lawan. Istilah 'one
two' sering digunapakai oleh jurulatih kepada kemahiran peringkat ini. Kemahiran ini
menggunakan sepenuhnya ruang atau gelanggang permainan. Pada peringkat ini kita
boleh menambahkan sedikit dengan kemahiran menjaring di akhir hantaran 'one two'
tadi. Memulakan dengan hantaran penjaga gol dan dilakukan berpasangan seterusnya
melakukan jaringan.

Kemahiran Menangkap
Keupayaan pemain bola baling menangkap setiap bola hantaran rakannya dengan
selesa dan selamat merupakan kemahiran asas dalam permainan ini. Prinsip utama
dalam melakukan tangkapan dengan berkesan ialah dengan memerhatikan kelajuan
bola, melakukan tangkapan yang selamat dan mengawal bola yang baik selepas bola
ditangkap.
Kedua-dua tangan hendaklah digunakan oleh setiap pemain semasa membuat
tangkapan ini. Pemain juga hendaklah dalam kedudukan relaks selepas bola berada
pada tangannya. Keupayaan membuat tangkapan amat bergantung kepada jenis dan
cara hantaran yang diterimannya. Kemahiran menangkap bola bersama-sama
membuat hantaran merupakan asas yang perlu dimiliki oleh setiap pemain bola baling.
Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan oleh pemain. Perkara paling penting ialah
setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis
hantaran yang dibuat oleh rakan.
Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau
hantaran yang tepat dan sempurna. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa
jua keadaan dan situasi permainan, seseorang pemain mestilah memberikan perhatian
pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain dan penerima hendaklah fokus pada bola.
2. Pemain yang akan menerima tangkapan hendaklah merenggangkan kedua-dua
belah tangannya dan dihulur ke hadapan dalam kedudukan bersedia untuk
menerima hantaran.
3. Pemain hendaklah memastikan jari kedua-dua belah tangnnya sentiasa terbuka
bagi memudahkan mengawal bola, manakala ibu jarinya adalah tetap untuk
menahan bola yang ditangkap.
4. Pemain membawa bola rapat ke dada dalam kedudukan yang selamat. Ini
dilakukan sebaik sahaja bola ditangkap.
5. Pemain beralih kepada kedudukan yang seimbang dan selesa untuk melakukan
tindakan seterusnya, seperti membuat hantaran, mennggelecek, membuat
jaringan atau pergerakan lain.
6. Pemain hendaklah memastikan kedudukannya seimbang, sebaik-baiknya
dengan meletak sebelah kakinya ke hadapan dan berjarak seluas bahu dengan
kaki belakangnya.
7. Bola yang diterima berada diatas pinggang perlu ditangkap dengan tangan
terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari berbentuk w di belakang
bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola
disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki
dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.
8. Pemain hendaklah mampu menerima sebanrang jenis hantaran daripada rakan
umpamanya hantaran yang liar meninggi, rendah, ke sisi dan dalam keadaan
statik atau bergerak , dan pada kelajuan yang berbeza-beza.
Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi,
hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau
statik. Semua prinsip dalam tangkapan merupakan asas yang perlu diketahui
oleh semua pemain sama ada mereka yang baru mempelajari permainan ini
mahupun mereka yang sudah lama bermain. Sebagai pemain, anda perlu
berlatih dengan betul kerana dalam permainan bola baling, kemahiran
menghantar dan menangkap menjadi asas penting yang harus dimiliki oleh
setiap pemain. Satu perkara paling sukar untuk pemain-pemain baru ialah
keberkesanan mengawal bola sebaik-baik ia tiba di tangan pemain yang
membuat tangkapan. Selain daripada dapat mengurangkan kemungkinan
kecederaan pada jari, tangkapan bola yang betul dapat mengawal dan
mengekalkan penguasaan bola untuk diri pemain dan pasukannya.

Kesalahan-kesalahan semasa menangkap dan menghantar bola
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu
jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Tersalah kaki ke depan semasa membuat hantaran.
5. Menghantar bola terlalu tinggi, keras dan deras.
6. Gangguan dalam corak atau langkah.
7. Genggaman yang tidak kemas.
8. Menggunakan hantaran dan tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi
permainan.

Kesan daya dan impuls
Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya.
Apabila sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek, kesan ke atas objek itu boleh
mengubah saiz, bentuk, keadaan rehat, halaju dan arah gerakan objek itu.
Dalam kemahiran menangkap, bola yang sedang bergerak dengan halaju seragam
telah dikenakan daya untuk bergerak. Daya itu tidak dapat dirasa dan dilihat. Tetapi
apabila tangan pemain menahan pergerakan bola itu (daya luar), kita dapat melihat
halaju pergerakan bola itu perlahan dan seterusnya berhenti. Ini adalah kesan daya.
Mengurangkan kesan daya impuls
Dalam permainan bola baling, bola yang bergerak dengan cepat perlu ditangkap oleh
pemain. Jika bola itu dihentikan dengan cepat, daya impuls yang dikenakan ke atas
tangan adalah sangat besar dan menyakitkan tangan pemain. Selain menggunakan
sarung tangan, pemain boleh menangkap bola itu sambil mengundurkan tangan.
Dengan cara ini, masa untuk memberhentikan bola dipanjangkan dan daya impuls akan
dikurangkan.

Latihan Menangkap & Membaling
Latihan menghantar dan menangkap
Oleh sebab gerakan menghantar dan menangkap dianggap sebagai satu kemahiran,
maka latihan untuk kedua-dua gerakan ini adalah wajar diadakan berasama. Setiap
pemain harus diberi kesempatan memegang bola atau cuba bermain dengan bola di
peringkat awal khusunya untuk sesi latihan. Bola plastik yang saiznya hampir sama
dengan bola sebenar boleh digunakan untuk tujuan ini.
Latihan dalam kedudukan duduk
Kaedah ini untuk mengembangkan teknik yang betul adalah dengan kedudukan duduk,
iaitu kaki direngggangkan ke depan, dan pelatih berhadapan antara satu sama lain atau
mengahadap dinding pada jarak 2 meter. Tangan diangkat lurus dan tubuh ditolak ke
belakang. Bola dipegang menggunakan tapak tangan, dan dihantar kearah dinding atau
kepada rakan menggunakan lengan depan, jari serta pergelangan tangan. Teknik dan
kekuatan ditingkatkan dengan menjauhkan jarak.
Latihan dalam kedudukan berdiri dan berlari
1) Dua orang pemain menggunakan sebiji bola setiap seorang dalam kedudukan
berdepan dengan dinding.
a) Jarak antara kedua-dua pemain dengan dinding ialah 3 meter.
b) Hantaran dan tangkapan bola dilakukan anatar kedua-dua pemain dengan membuat
lontaran ke dinding.
c) Pelbagai jenis hantaran dilakukan oleh kedua-dua pemain.
2) Dua pemain menggunakan satu bola.
a) Hantaran dan tangkapan mudah bola di buat secara berpasangan dengan
menggunakan pelbagai jenis hantaran dan tangkapan.
b) Pemain menghantar bola tanpa henti antara satu sama lalin dalam kedudukan
berjalan, seterusnya diikuti kedudukan berlari dengan cara bergerak ke depan dan ke
belakang.
c) Pemain melakukan hantaran atas bahu, hantaran jauh dan hantaran lantun.
3) Tiga pemain menggunakan satu bola.
a) Pemain yang berdiri dalam bentuk segi tiga melakukan hantaran biasa sesama
sendiri.
b) Hantaran dipelbagaikan dengan kelajuan dan arah yang berlainan.
c) Tiga kon atau halangan diletakkan dalam bentuk segi tiga. Permainan berlari
mengelilingi kon tersebut sambil membuat hantaran. Ulangi beberapa kali dengan
mengubah arah dan kelajuan.
4) Hantaran berkumpulan dalam barisan. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan
dengan enam orang berada dalam satu kumpulan. Mereka berbaris dengan
berhadapan antara satu sama lain pada jarak 5 hingga 10 meter.
5) Hantaran zigzag dalam barisan. Pemain disusun berjarak 5 meter antara satu sama
lain dalam dua barisan yang juga berjarak 5 meter antara 2 baris.
6) Hantaran dalam barisan.
a) Hantaran dibuat dari kiri ke kanan dengan menggunakan hantaran sisi.
b) Hantaran dibuat dari kanan ke kiri dengan menggunakan hantaran dada.
c) Pemain melakukan hantaran menggunakan beberapa jenis hantaran lain.
7) Hantaran dalam bulatan.
a) Pemain membentuk bulatan.
b) Pemain menghantar dan menangkap bola dari pelbagai jenis arah, jenis dan kelajuan

Kemahiran Menggelecek
Menggelecek ialah satu pergerakan melantunkan bola secara berterusan ke tanah
dengan hanya menggunakan satu tangan tanpa memegangnya. Kemahiran ini penting
bagi membolehkan pemain bergerak dengan membawa bola dari setempat ke
setempat. Pergerakan menerusi kemahiran ini adalah lambat dan tidak digalakkan
dalam permainan kecuali jika terpaksa atau dalam keadaan terdesak. Meggelecek yang
berkesan memerlukan pemain mengawal bola secara rapat dan dapat menolak bola ke
arah padang dengan jari terbuka luas. Semasa bergerak dengan pantas , pemain
hendaklah menolak bola dengan baik ke depan. Seperti kemahiran lain, mengelecek
juga memerlukan latihan.
Dalam melakukan kemahiran ini pemain tidak dibenarkan memegang bola, kerana jika
dia sudah memegangnya, bola hendaklah dihantar kepada rakan atau sebarang
tindakan selanjutnya. Kemahiran ini juga penting untuk dipelajari. Tujuannya adalah
untuk menggerakkan bola, yakni bersama pemain ke tempat atau ruang yang
dikehendaki. Walau bagaimanapun pergerakan bola menerusi kemahiran ini juga tidak
sesuai kerana lambat. Atas alasan inilah pemain baru tidak digalakkan melakukan
kemahiran ini dalam permainan, kecuali pemain itu tidak ada cara lain atau terdesak
untuk bertindak sedemikian.
Satu perkara yang harus diberi perhatian dalam melakukan pergerakan mengelecek ini
ialah pengawalan bola yang berkesan. Pengawalan bola yang berkesan ialah
membawa bola agak rapat kepada pemain. Semasa bergerak dengan pantas, pemain
hendaklah menolak bola dengan sempurna ke hadapan sambil mata ditumpukan
kepada rakan yang akan dihantarkan bola itu serta pemain-pemain pasukan lawan
yang sudah tentu akan cuba membuat hadangan. Dalam melakukan kemahiran ini,
pemain hendaklah memastikan bola dapat dikawal dengan baik.
Teknik dalam menggelecek
Teknik dalam melakukan sesuatu kemahiran memerlukan latihan kemahiran yang betul
dan teratur, terutamanya pada peringkat awal penglibatan pemain dalam sukan
termasuk bola baling ini. Bagi menudahkan perlakuan mengelecek ini, dinyatakan
beberapa teknik yang bersesuaian:
a) Pemain hendaklah membengkokkan lutut sekurang-kurangnya pada jarak keluasan
120 dengan kedudukan badan yang kesinambungan terkawal.
b) Pemain hendaklah menyentuh tangannya pada bahagian atas bola, manakala jari
sentiasa terbuka.
c) Pemain hendaklah melakkuakn lantunan bola pada jari dan tidak pada tapak
tangannya.
d) Pemain menolak bola ke tanah dengan pergelangan tangan sambil lengan dibawa ke
bawah sedikit. Badan hendaklah dibengkokkan sedikit.
e) Pemain hendaklah memfokuskan penglihatannya pada hantaran yang akan dibuat
dan tidak pada bola.
f) Lantunan bola sebaik-baiknya hendaklah pada aras sederhana, iaitu di antara paras
pinggang dengan lutut.
g) Pemain menolak bola ke hadapan sambil bergerak pantas semasa manyambut bola
bagi mendapatkan kepantasan mengelecek.
Perkara-perkara penting dalam menggelecek
Bagi memudahkan pemahaman pemain dalam kemahiran menggelcek ini, berikut
adalah beberapa perkara penting yang boleh dijadikan panduan:
1. Pemain hendaklah mengelak daripada memandang bola yang dikawal.
2. Pemain hendaklah mengelakkan daripada menggelecek terlalu lama atau terlalu
jauh.
3. Pemain hanya boleh melakukan pergerakan menggelecek pada waktu-waktu tertentu
dan sesuai sahaja.
4. Pemain boleh menggunakan berbagai jenis-jenis menggelecek untuk mengelirukan
lawan dalam usaha mengawal dalam usahanya mengawal bola.
5. Pemain hendaklah mampu menghalang pemain lawan daripada percubaan untuk
merampas bola.
6. Pemain hendaklah memastikan ketinggian bola pada aras diantara pingggang
dengan lutut.
7. Pemain hendaklah berusaha melawan serta mengawal bola. Tangan yang tidak
menyentuh bola hendaklah sentiasa menjadi penghalang kepada pihak lawan.

Latihan Menggelecek
Ada beberapa jenis latihan menggelecek yang boleh dilaksanakan dalam memahirkan
diri dalam kemahiran ini:
Mengelecek melepasi halangan
Pemain akan membentuk barisan terdiri daripada antara 3 hingga 5 orang yang berada
pada kedudukan berbaris, didepan mereka diletak beberapa halangan. Pemain pertama
A menggelecek bola melalui tanda-tanda di hadapan mereka. Apabila sampai ke tanda
akhir, dengan cepat pemain A berpusing lalu menghantar bola kepada pemain B,
sambil membentuk barisan baru di hadapan halangan awal. Pemain B akan melakukan
kemahiran mengelecek seperti yang dilakukan pemain A, dan begitulah seterusnya.
Latihan menggelecek mengelilingi penanda
Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada antara 4 hingga 5 orang dan
menempatkan barisan mereka seperti dalam rajah. Di bahagian tengahnya terdapat
pelbagai penanda. Pemain A akan menggelecek bola mengelilingi penanda sebelum
menghantar kepada pemain B, dan pemain A mengambil tempat dalam barisan
pertama. Pemain B mengggelecek lalu menghantar bola kepada pemain C, kemudian
mengmbil tempat dalam barisan kedua. Latihan diteruskan dengan pergerakan
menggelecek oleh pemain-pemain lain.
Latihan menggelecek berhalangan
Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada tiga orang setiap barisan. Pemain A
mengelecek bola lalu memberikannya kepada pemain B yang berada di bahagian sisi
berisan. Pemain B menghantar balik bola kepada pemain A (A 1), yang menyambung
menggelecek untuk dihantar kepada pemain C. pemain C akan menghantar kembali
bola kepada pemain A (A 2). Pemain ini kemudian menggelecek dan memberi bola
kepada pemain D. Pemain D akan mengulangi menggelecek seperti yang dilakukan
oleh pemain A dari barisannya.
Latihan menggelecek dalam kedudukan berlari
Pemain membentuk dua barisan. Pemain A menghantar bola kepada pemain B,
selepas itu pemain A bergerak ke hadapan. Pemain B menerima bola lalu membuat
hantaran kepada pemain A bergerak ke hadapan. Pemain B menerima bola lalu
membuat hantaran kepada pemain A kembali. Dalam kedudukan berlari pemain A
menerima bola itu lalu menggelecek bola itu hingga ke garisan penamat dengan laju.
Sementara itu, pemain B akan berlari laju ke garisan penamat dan cuba memotong dan
merampas bola sebelum pemain A tiba.
Kemahiran Menjaring
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain
dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan,
terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang
mampu dijaringkan dalam sesuatu perlawanan bola baling ialah 40 gol. Maka bola
baling merupakan permianan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran
menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol,
namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain belakang yang
sememangnya ditugaskan menjaringkan gol, manakala pemain-pemain lain lebih
bertangunggjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan
agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol.
Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang
perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan
gol. Pemain-pemain ini juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan
tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah putus
asa.
Prinsip-prinsip utama
Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:
a) Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak
dilaksanakan.
d) Pemain mengikut lajak.
e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.
Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola baling,
iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan
menjunam.
1) Jaringan dari atas kepala.
Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula
mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan
ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau
berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
Pemain bergerak satu langkah ke depan.
Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.
Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan
ke atas kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.
Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat lontaran.
2) Jaringan dari bawah lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh
dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-
kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau
pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik
melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan
sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke
depan dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.
Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
3) Jaringan lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga
langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain beru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan
yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol
diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas.
Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak
lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala.
Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan ini adalah seperti berikut:
Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat molpatan
sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di
celah-celah kaki penjaga gol.
Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka
sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.
3) Jaringan pada aras paha
Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak memerlukan
latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras
paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini
amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga
gol atau pemain pertahanan. Cara jaringan ialah pemain berlari pantas ke kawasan
gold an membengkokkan lututnya sehinggan bola berada di bawah lengan lawan.
Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke seberang bahagian di
bawah palang pintu gol pihak lawan.
4) Jaringan sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.
Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan.
Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri,
dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendaratdi sisi, pemain berkenaan memusingkan
sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di
bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara
mengejut.
5) Jaringan junam dan jaringan jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain
baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada
aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balinga percuma. Jaringan
dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokka badan supaya
dapat membesarkan lagi sudut jaringan. Teknik melakukan jaringan junma adalah
seperti berikut:
Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju
kawasan gol.
Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa
berada di udara sebelum mendarat.
Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan badan.
6) Jaringan penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-
undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan.
Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah
fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal
dilakukan.
Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan lambung
(lob) untuk menjaring.
Pemain melakukannya mengikut lajak.
7) Jaringan lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak
ke depan gol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut
pemain lawan daripada lontaran penalti
Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
Apabila penkaga gol gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan
ketika terjadi serangan pantas.

Latihan Menjaring
Antara latihan-latihan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain dalam kemahiran
menjaringkan gol ialah:
I. Latihan bergerak. Tanpa menggunakan bola, pemain hendaklah nergerak 3 langkah
ke depan. Kemudian, bergerak lagi untuk membuat lompatan. Bagi pemain tangan
kanan atau kaki kiri, bermula dari kaki kanan sebanyak dua kali dan diakhiri dengan
kaki kiri. Bagi pemain tangan kiri pula, mereka hendaklah mula bergerak dengan kaki
kanan, kiri dan kanan serta bertindak untuk membuat jaringan dengan pergerakan kaki
kiri, kiri dan kanan. Latihan boleh dilakukan secara perseorangan ataupun bersama-
sama rakan.
II. Membaling bola ke sasaran melalui gelung rotanPemain berlatih membaling bola
menggunakan sebelah tangan ke sasaran. Pemain boleh membuat balingan berlari ke
barisan belakang. Aktiviti dilakukan dalam kumpulan kecil pada jarak 2, 3, 4 m secara
statik.
III. Membaling bola ke sasaran (jatuhkan skital). Pemain membaling bola dengan
sebelah tangan ke sasaran. Pemain yang telah membuat balingan berlari ke barisan
belakang.
IV. Menjaring dari arah hadapan, sisi kiri, dan sisi kanan pintu gol dalam kedudukan
statik. A menghantar bola ke B dan B membaling bola ke pintu gol dengan sebelah
tangan. Ulang aktiviti yang sama dan tukar kedudukan.
V. Menjaring dari arah hadapan pintu gol. A menghantar bola ke B dan B menggelecek
bola sambil berlari dan berjalan seterusnya.
VI. Aktiviti menjaraing dari pelbagai arah/penjuru dilakuakan dalam kumpulan kecil.
Pelajar yang telah menjaring berlari ke barisan belakang. Ulang aktiviti yang sama dan
tukar kedudukan.
VII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah tengah/hadapan. B
berlari ke hadapan dan melompat menyambut boal tinggi yang dihantar oleh A dan
seterusnya membaling bole ke arah pintu gol.
VIII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah sisi kiri/ kanan. B
berlari ke sisi kiri dan melompat menyambut bola tinggi yang dihantar oleh A dan
seterusnya membaling bola ke arah pintu gol.

Anda mungkin juga menyukai