Anda di halaman 1dari 5

Ringkasan Nota Pengurusan Perkhemahan

PENGURUSAN PERKHEMAHAN

PENDAHULUAN

Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Kini berkhemah / perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi
pengajian.
Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan sukarela / unit beruniform.
Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan khemah dan perkhemahan ialah pengakap.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental & fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
Aktiviti berkhemah menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan &
ketidakselesaan.

SEBELUM PERKHEMAHAN

1. MENGETAHUI TUJUAN BERKHEMAH
a) rekreasi
- mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan
kemahiran Ilmu perkhemahan.
b) khusus
- kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahiran- kemahiran ilmu
perkhemahan
yang berlatar belakang suasana back woods . ( ala hutan ).
c) pengembaraan ekspedisi
- berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk tujuan berehat /
perancangan baru.
d) misteri
- siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan panduan yang diberikan
sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya.
e) penyelidikan
- membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu
lokasi.
f) ikhtiar hidup ( survival )
- untuk tujuan yang lebih khusus
- biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah
dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.

2. PERANCANGAN

Membuat kertas kerja ( organisasi / bajet / kos / logistik ).
Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.
Senarai petugas / Jadual bertugas.
Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.
Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.
Pengisian aktiviti
Senarai pegawai & peserta
Atur cara program a) Pelan A b) Pelan B
Makan minum ( Kaedah )
Pengangkutan peserta ( persendirian atau berkumpulan )
Peralatan perhubungan radio komunikasi .
Mengambil insuran tambahan ( jika difikirkan perlu ).
Jika program melibatkan jemputan sekolah yang datang dari luar daerah atau negeri Perak, ikuti
prosedur biasa iaitu melalui PPD / JPN yang berkenaan.

3. PEMILIHAN LOKASI

Berdasarkan objektif / keperluan / kemudahan / kesesuaian & keselamatan.

4. MEMPEROLEHI KEBENARAN

Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )
Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.
Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman
Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada Pengetua.
Surat kebenaran ibu bapa pelajar.

5. IKLAN / PENGUMUMAN / MAKLUMAN

Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer hutan
Memaklumkan kepada pelajar / peserta program
Taklimat awal kepada para peserta program
a) barangan yang dibawa dll.
b) apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan.
c) hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan & kemudahan ibubapa.

SEMASA DI LOKASI PERKHEMAHAN

1. TAKLIMAT KETUA PERKHEMAHAN / PENYELARAS PROGRAM
Peraturan / Larangan & Disiplin
Taklimat program aktiviti
Menyelia perjalanan program.


2. MENJALANKAN MESYUARAT / PERJUMPAAN DGN PEGAWAI KEM
Hari - 1 / 2 / 3


3. GOTONG ROTONG / KEBERSIHAN / PERJALANAN KEM


SELEPAS TAMAT PROGRAM PERKHEMAHAN

1. Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan perlu berada di sekolah atau lokasi tertentu untuk
mempastikan semua peserta telah pulang.
2. Membuat laporan.
3. Menghantar surat penghargaan.
4. Mesyuarat post mortem.

CONTOH CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN ILMU PERKHEMAHAN

1. Memasang / Menaik / Mengibar / Menurun & Melipat bendera.
2. Menganyam daun kelapa untuk membina atap & dinding.
3. Membina biovac ( tempat perlindungan / bermalam ) daripada bahan semulajadi.
4. Mendirikan & melipat khemah.
5. Membina gajet ( pepara ).
6. Membina pintu gerbang / menara / jambatan / rakit.
7. Membina unggun api.
8. Menyalakan api.
9. Membina dapur ( Cara hutan ).
10. Memasak Cara Hutan ( Backwoods Cooking ).
11. Ikatan & Simpulan.
12. Isyarat wisel / Isyarat Sulit & Semboyan.
13. Menganggar / Mengukur jarak dan ketinggian ( Estimation ).
14. Membaca peta topo / grid dan kontur.
15. Menggunakan kompas.
16. Pandu Arah ( Orienteering ).
17. Mengenal tumbuh-tumbuhan bagi tujuan rawatan sementara.
18. Pertolongan Cemas ( Anduh / Balutan & Rawatan Awal ).
19. Membina usungan ( pengusung ).
20. Kesenian kraf tangan ( daripada bahan semulajadi ).

Anda mungkin juga menyukai