Anda di halaman 1dari 10

1

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani


Kelas : 3 Biru
Bil Murid : 12 orang
Tarikh : 24 Sep 2013 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi hingga 9.030 pagi
Tajuk : Saya Kuat dan Tahan
Standard Kandungan : 3.4 Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan kelenturan.
Standard Pembelajaran :3.4.1 Melakukan senaman separa cangkung, ringkuk tubi separa dan jengkit kaki setempat
seberapa banyak ulangan dalam jangka masa 10 hingga 15 saat.
4.4.1 Mengenal pasti otot- otot besar yang terlibat semasa senaman daya tahan.
5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat : -
a) Psikomotor :
Melakukan sekurang-kurang satu daripada tiga aktiviti yang melibatkan daya tahan dan kekuatan
otot dengan teknik yang betul dalam jangka masa 10 hingga 15 saat.

b) Kognitif :
Memahami dan menyatakan otot-otot besar yang terlibat dalam senaman daya tahan.

c) Afektif :
Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.
2

Pengalaman sedia ada : Murid sudah menguasai teknik menghantar dan menerima bola.
Penerapan Nilai : Kerjasama, Hemah Tinggi, Berterima kasih
Strategi Pengajaran : Kecerdasan Pelbagai, Konstruktivisme
EMK : Kreativiti dan Inovasi
Bahan Bantu Mengajar :
BILANGAN ALATAN JUMLAH
1 Kon (sederhana) 4
2 Kon (besar) 3
3 Pundi Kacang 2
4 Tilam 1
5 Gelung (besar) 4
6 Gelung (kecil) 1
7 Bola Getah 2
8 Bibs 6
9 Score board 1





3

Fasa / Masa Aktiviti Pengelolaan/ Organisasi Langkah
Set Induksi
(5 minit)
Aktiviti memanaskan
badan - Permainan
Ice Man
Cara Bermain:
1. Murid-murid diberi kebebasan untuk berada di merata-rata
tempat.
2. Apabila mula, tiga Ice Man yang berada dalam kalangan
murid-murid berperanan untuk menangkap (menyentuh)
murid-murid.
3. Murid-murid diberi kebebasan untuk berlari di kawasan yang
ditetapkan.
4. Jika murid-murid ditangkap oleh Ice Man, maka dia perlu
mencangkung dan murid-murid yang berlari berperanan
untuk menyelamatkan (menyentuh) murid tersebut.
5. Jika Ice Manberjaya menangkap semua murid-murid dalam
masa yang ditetapkan, maka Ice Man yang menang.








BBM : Kon

Strategi pengajaran:
Kecerdasan Pelbagai
(Kecerdasan Tubuh
Kinestetik)















4


Murid-murid Kon

Ice Man






Langkah 1
(7 minit)
Aktiviti :
Kad Terminal






Kad terminal 1 :
Ringkuk tubi separa
dengan pundi kacang






1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan iaitu A, B,
dan C. (1 kumpulan 4 orang)
2. Guru meminta murid melakukan aktiviti dari satu terminal ke
satu terminal mengikut kad aktiviti.


1. Baring dengan fleksi lutut, kaki menapak dan tangan
memegang pundi kacang.
2. Angkat bahu ke atas secara perlahan sambil tangan yang
memegang pundi kacang dibawa ke lutut.
3. Turunkan bahu dan tangan secara perlahan dan kembali ke
kedudukan asal.
4. Ulang beberapa kali dalam masa 10 saat.



BBM : Tilam, Tali,
Pundi kacang, Wisel,
Belon

Strategi pengajaran:
Kecerdasan Pelbagai
(Kecerdasan
Interpersonal)

Nilai : Kerjasama

5



Kad Terminal 2 :
Separa Cangkung



Kad terminal 3 :
Jengkit Kaki
Setempat

1. Secara berpasangan, menghadap rakan sambil memegang
tangan secara lurus.
2. Bersama- sama mencangkung separa dan berdiri semula.
3. Ulang beberapa kali dalam masa 10 saat.



1. Lakukan jengkit kaki setempat beberapa kali dalam masa 10
saat.


6

Langkah 2
(7 minit)
Permainan Kecil :
Bola Ketam

Cara bermain :
1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan.
2. Kumpulan A akan bertanding dengan kumpulan B.
3. Murid akan menghantar sebiji bola getah dengan gaya
ketam untuk melepasi garisan gol pihak lawan.
4. Pasukan yang membuat jaringan terbanyak diisytihar
sebagai pemenang.

Peraturan-peraturan:
1. Murid-murid dikehendaki menggunakan gaya ketam untuk
bermain permainan ini.
2. Murid-murid boleh guna tangan dan kaki untuk menghantar
bola getah.
3. Apabila seseorang mendapat bola getah, orang lain tidak
boleh merampas darinya. Sesiapa yang merampas bola
tersebut, bola akan dikembalikan.
4. Murid-murid hanya boleh merampas bola getah tersebut,
semasa penghantaran bola kepada orang yang lain.
5. Orang yang dapat bola tersebut tidak boleh gerak manakala
yang lain boleh bergerak.
6. Bola yang melepasi zon goal mendapat 1 mata.
BBM :Bola Getah,
Kon, Wisel

Strategi Pengajaran:
Konstruktivisme

Nilai: Kerjasama

B4D6E1

7



Kumpulan A

Kumpulan B

Bola Getah

Kon




8

Hot Question :
Bagaimana kita dapat menjadikan permainan bola ketam ini lebih
senang dimain dan menyeronokkan?

Jawapan Ramalan Guru :
Menjarakkan Zon Goal




Langkah 3
(6 minit)
Aktiviti Pengayaan :
Bola Ketam

Cara bermain :

1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan.

2. Kumpulan A akan bertanding dengan kumpulan B.

3. Murid akan menghantar dua biji bola getah dengan gaya
ketam untuk melepasi garisan gol pihak lawan.

4. Pasukan yang membuat jaringan terbanyak diisytihar
sebagai pemenang.

BBM : Bola Getah,
Kon, Wisel

Strategi Pengajaran:
Konstruktivisme

Nilai : Kerjasama

B4D6E1

9



Kumpulan A

Kumpulan B

Bola Getah

Kon


10

Penutup
(5 minit)
Aktiviti menyejukan
badan :
Murid-murid menari
mengikut tempo
muzik


Rumusan:
Cara melaksana:
1. Guru memainkan lagu.
2. Guru menari mengikut tempo music.
3. Murid-murid menari mengikut pergerakan guru.





1. Guru membuat refleksi apa yang diajar dan meminta murid-
murid mengatakan nilai yang belajar hari ini.

2. Guru menerangkan bahagian otot yang terlibat sepanjang
aktiviti dijalankan dengan menunjukkan kad imbasan kepada
murid.


BBM:
Komputer, Speaker

Anda mungkin juga menyukai