Anda di halaman 1dari 11

KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN

EDU3106
Tajuk: Prejudis dan Sterotaip dalam kalangan murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Malaysia
Isu yang paling utama: Kumpulan etnik lebih suka belajar atau berbincang
dengan rakan-rakan mereka dalam kumpulan etnik yang sama

Berdasarkan tugasan 1, bincangkan implikasi isu yang paling utama terhadap
amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mesra budaya dan
cadangkan penambahbaikan melalui langkah-langkah
berikut:
Implikasi positif kepada guru dan murid

1. Mungkin pelajar tersebut lebih selesa dan mudah faham apabila berada dalam
kumpulan etnik yang sama
2. Apabila pelajar dalam kumpulan etnik yang sama, mereka tidak berasa
terancam dan mempunyai perasaan lebih selamat seperti dinyatakan dalam
keperluan Hierarki manusia oleh Maslow
3. Guru dapat membentuk penilaian kendiri apabila tidak mepertikaikan
kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid dan
berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa
murid.

Implikasi negatif kepada murid dan guru:
1. Murid tidak akan mengenali budaya kaum lain dan akan bertimbul diskriminasi
dalam kalangan mereka.
2. Murid tidak dapat memberi kerjasama dengan kaum lain dan menerima
pandangan mereka apabila mempunyai tanggapan salah terhadap sesuatu
kaum.
3. Guru dikehendaki menggunakan gaya pengajaran yang berbeza bagi mengatasi
masalah budaya dalam kalangan murid.
KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
4. Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis
perkauman yang kuat dan membentuk masalah dalam kelas

Cadangan penambahbaikan:
1. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid
mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus
ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi
terbuka luas.
2. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra
murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas
dengan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan
budaya dan agama.
3. Guru melayan murid sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas
atasan atau bawahan
4. Guru perlu merancangkan pelbagai aktiviti sosio-budaya bagi mengurangkan
yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan
berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.
5. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang
diamalkan oleh murid-murid. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang
sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.
6. Guru perlu menggunakan bahasa yang standard akan memberi peluang
yang sama rata kepada semua etnik murid untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
7. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta
peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan
supaya pembelajaran lebih efisen.



KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
Tugasan 2 : Prejudis dan Sterotaip dalam kalangan murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Malaysia
Isu yang paling utama: Kumpulan etnik lebih suka belajar atau berbincang
dengan rakan-rakan mereka dalam kumpulan etnik yang sama

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai
agama, bangsa dan budaya dan inilah dipanggil sebagai multicultural. Kepelbagaian
kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan terbesar, iaitu
Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam
sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang
etnik yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta
orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai
sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Budaya
dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban.
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan
kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula
ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara
hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya
boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya
dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Kepelbagaian kaum ini mewujudkan
perbezaan antara individu. Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational
Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk
kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan
keupayaan seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam
persekitaran sekolah. Kepelbagaian sosio budaya antara kaum telah mewujudkan
sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina, Sekolah Jenis
Tamil dan Sekolah Kebangsaan. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain
dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu
generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya walaupun mereka berada dalam
kelompok yang sama di Sekolah Menengah. Jadi tapak persekolahan perlu
KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
menyediakan pendidikan formal yang menempatkan semua kaum untuk mendapat
pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan individu ke arah
memaksimumkan tahap pencapaian.
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi
kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah
memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara.
Implikasi positif kepada guru dan murid
Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri
kepada setiap individu secara tidak langsung atau langsung. Kepelbagaian
sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap
guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi
kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh
pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada
1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub
dalam konsep 1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah.Murid adalah pelanggan
bagi setiap guru di dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Dalam sesebuah
kelas, terdapat perbezaan antara individu atau antara kumpulan etnik yang lain. Faktor
ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik
darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkah laku dan budaya
murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat.
Walaubagaimana pun, berdasarkan isu yang dibincangkan iaitu kumpulan etnik
lebih suka belajar atau berbincang dengan rakan-rakan mereka dalam kumpulan etnik
yang sama. Murid-murid lebih selesa dan mudah faham apabila berada dalam
kumpulan etnik yang sama. Walaupun dalam sesebuah kelas terdapat beberapa kaum
KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
yang berbeza dan etnik yang berbeza tetapi murid masih selesa untuk berduduk dalam
kumpulan etnik masing-masing. Hal ini merupakan kesan daripada sekolah rendah
yang mana murid biasa berada dalam kelompok etnik yang sama, menggunakan
bahasa yang sama dan murid-murid rasa lebih selamat dan bebas untuk bergerak.
Apabila murid yang berlainan etnik masuk ke kumpulan etnik yang lain mereka berasa
kehadiran mereka dalam kumpulan tersebut mungkin tidak akan diterima atau
dipandang rendah. Persepsi seperti ini menghalang murid daripada berkomunikasi
dengan murid etnik lain dan lebih gemar bergaul sesama rakan seetnik mereka.
Selain itu, apabila pelajar dalam duduk dan belajar dalam kumpulan etnik yang
sama, mereka berpendapat bahawa tidak berasa terancam dan mempunyai perasaan
lebih selamat seperti dinyatakan dalam keperluan Hierarki manusia oleh Maslow. Setiap
insan di dunia perlu dilengkapi diri dengan semua keperluan untuk menjadi manusia
yang sempurna dan sihat. Jadi apabila menjadi seorang murid mereka dikehendaki
mendapat keperluan keselamatan dari segi fizikal dan juga mental untuk mendapat
pendidikan yang lebih bermakna. Dalam keadaan ini, murid di Sekolah Menengah
berpendapat mereka lebih berselamat menduduki dalam kumpulan etnik yang sama
uuntuk belajar yang mana disokong oleh jurnal PREJUDIS DAN STEREOTAIP
DALAM KALANGAN MURID PELBAGAI ETNIK DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN MALAYSIA Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim. Faktor keselamatan mungkin
terpengaruh oleh latar belakang setiap orang murid. Murid-murid dari kawasan luar
bandar lebih berminat untuk bergaul dengan etnik mereka yang mana diperaktikkan
oleh nenek moyang mereka berbanding dengan murid dari kawasan bandar yang lebig
bersosial dengan semua orang.





KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
Implikasi negatif kepada murid dan guru:
Selain kesan positif, terdapat juga kesan negatif yang akan timbul bersama-
sama apabila pelajar bergerak dalam kumpulan etnik yang sama dalam kelas. Masalah
pertamanya daripada tindakan ini ialah murid tidak akan mengenali budaya etnik lain
dan akan bertimbul konsep salah faham terhadap kebudayaan etnik lain.Perkara ini
mengundang sikap diskriminasi dalam kalangan mereka. Lama-kelamaan ia akan
menjadi prejudis dalam kalangan murid dan mencetuskan masalah dalam kelas. Punca
utama fenomena ini ialah jenis persekolahan semasa di Sekolah Rendah yang mana
hanya bergaul dan berkomunikasi dengan rakan yang sama etnik dan mereka tidak
dapat menerima rakan baru dari kaum lain apabila memasuki Sekolah Menengah dan
mungkin ini adalah kerana mereka tidak berserasi dengan kaum lain sebelum ini.
Mereka juga tidak ingin mengambil peluang untuk mengenali etnik lain dan sering
mengelak diri dari mereka apabila berlakunya sesuatu perkara atau majlis di
sekolah.Murid tidak dapat memberi kerjasama dengan kaum lain dan menerima
pandangan mereka apabila mempunyai tanggapan salah terhadap sesuatu kaum.
Contohnya, dalam keluarga murid India atau Melayu menyatakan murid Cina datang ke
sekolah tanpa mandi dan biasanya badan mereka berbusuk. Apabila murid-murid kaum
India atau Melayu dengar perkara seperti dari rumah dan datang ke sekolah, mereka
pasti akan guna term di mana-mana tempat apabila berlakunya perselisihan faham
antara kaum Cina.
Keduannya, apabila murid duduk dalam kumpulan etnik masing-masing ia akan
terbentuk banyak kumpulan dalam kelas yang mana akan merumitkan keadaan kelas
serta agak susah untuk guru bagi mengawal mereka.Hal ini kerana, apabila murid
dalam kumpulan mereka sangat teruja dan tahap disiplin dalam kelas tidak dapat
dikawal lagi. Jadi guru dikehendaki menggunakan gaya pengajaran yang berbeza bagi
mengatasi masalah budaya dalam kalangan murid. Guru perlu merancang aktiviti
dengan lebih rasional supaya aktiviti yang dirancang tidak mengungkit sebarang isu
berkaitan dengan etnik murid dalam kelas.Contohnya, guru tidak boleh sediakan aktiviti
yang berkaitan dengan kepercayaan dan amalan agama. Hal ini kerana, proses
sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya
proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
Tambahan pula, murid-murid yang duduk dalam kumpulan etnik yang sama juga
akan mengundang masalah sendiri kepada diri mereka.Hal ini kerana, di sesetengah
sekolah terdapat juga guru-guru yang kurang meminati kerjaya perguruan kerana
mereka mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Apabila guru, melihat
murid dari etnik lain duduk dalam kelompok masing-masing mereka tidak berpuas dan
cuba memisahkan mereka. Keadaan ini mengungkitkan masalah antara murid-guru.
Seterusnya, masalah ini akan bertambah teruk apabila murid itu salah faham lagi
terhadap kaum yang guru itu sokong dan wujud lagi prejudis antara mereka. Sebagai
contohnya, guru yang mempunyai prejudis perkauman boleh dilihat di Sekolah
Menengah yang mana asyik mencari alasan untuk mengamuk pelajar perempuan Cina
seperti memakai pemakaian yang tidak diseterika dan rambut yang tidak kemas.
Disebabkan salah seorang guru, hancur sebuah generasi yang akan membina masa
depan negara.

Cadangan penambahbaikan
Sistem pendidikan di Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana
mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai
masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak
ansur, penyayang, saksama, serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai
cabaran yang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak
murid yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Sistem
pendidikan di Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua
rakyatnya, merupakan satu cabaran besar guru dalam menyampaikan pembelajaran
yang bermakna kepada murid-murid. Bagi mengurangkan segala implikasi positif yang
dibincangkan diatas dan bagi membaiki segala implikasi negatif, di dalam bilik darjah,
guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum
merancang pengajaran. Ini penting supaya objektif pengajaran yang hendak
disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu di
lakukan oleh pelajar.
KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
Pertamanya, guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak
mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Guru juga perlu bijak bagi
menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan.
Sebagai seorang pemimpin di kelas, guru perlu melayan murid sama rata tanpa
mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan
dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial
dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak
berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang
mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi
serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza
akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada
perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik
dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Murid dari
kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama
supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Oleh yang demikian pemahaman yang
mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari
segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan
kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan
terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap murid.
Keduannya, guru harus bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran
yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan
kelas dengan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan
budaya dan agama. Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang
berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara.
Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya
mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal
demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala
pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan
yang positif yang boleh menyebelahi mereka saling menghormati dan sedia mendengar
pandangan mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman
KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru
juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan
pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep
1Malaysia.
Selain itu, guru juga tidak harus menyentuh atau mempertikaikan
kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Biasanya kesan daripada sekolah
rendah akan Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia
yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar
murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-
murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama
dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti
murid.
Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa
standard iaitu penggunaan Bahasa Melayu dalam kelas yang mampu difahami oleh
semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan
lebih berkesan. Pada masa yang sama, penggunaan bahasa yang standard akan
memberi peluang yang sama rata kepada semua etnik murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah dan dapat berkongsi
pengetahuan sesame mereka.
Guru yang bertanggungjawab menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan
apabila beliau baik memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah
sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah
bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah. Walaupun
seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru perlu memberikan perhatian
yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang. Guru-guru juga
perlu mempunyai pengetahuan, sikap yang baik, dan kemahiran apabila mengajar.
KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
Dengan adanya pengetahuan yang mendalam mereka dapat mengajar dengan lebih
mendalam tentang sesuatu kaum, bangsa, budaya sesuatu kumpulan tersebut. Guru
perlu merancangkan pelbagai aktiviti sosio-budaya bagi mengurangkan yang tidak
diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik
dan meniupkan api perkauman dikalangan murid. Semasa merancang,melaksana dan
menilai sesuatu aktiviti guru harus mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti
serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan
supaya pembelajaran lebih efisen.
Kesimpulannya, pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan
norma-norma baru di dalam masyarakat terutama di dalam bilik darjah. Guru sebagai
agen perubahan yang dapat membentuk interaksi sosial pelajar serta berperanan
dalam memperkembangkan bakat dan minat pelajar tanpa mempunyai pemikiran yang
diskriminasi antara kaum. Guru perlu diingatkan bahawa kejayaan seseorang pelajar
bukan boleh dilihat dar segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga mengambil kira
pembentukkan sahsiah diri bagi setiap pelajar supaya mereka seimbang dari segi
intelek dan rohani. Kepelbagaian sosiobudaya ini jika tidak ditangani dengan baik akan
menimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalam
masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang
berbeza,bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang
dibuatmurid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka
sahajatanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam.
Halini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan murid
tersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya ini harus
diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami serta mengenali
perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. Secara langsung
semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah.Cara ini juga
dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai tarafsosioekonomi yang
berbeza terutamanya bagi kaum India yang setengah daripadamereka terdiri daripada
golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain.Seterusnya kesedaran ini membantu
guru untuk membentuk masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan
negara.
KERJA KURSUS BUDAYA & PEMBELAJARAN
EDU3106
Rujukan
Buku:
1. Mok Soon Sang, Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran, 2012, Penerbitan
Multimedia
2. Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan
Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Jurnal atau Internet:

1. Implikasi kepelbagaian sosio budaya dalam bilik darjah di akses pada 15 Mac 2014 di
URL http://www.scribd.com/doc/46594253/Implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-
dalam-bilik-darjah
2. Jurang perbezaan sistem pendidikan negara dengan negara luar membimbangkan
PPPM di akses pada 16 Mac 2014
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jurangperbezaansistempendidikann
egaradengannegaraluarmembimbangkan-PPPM/Article/
3. Prejudis dan stereotaip dalam kalangan murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah
Kebangsaan Malaysia oleh Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim diakses pada 10 Mac
2014
http://worldconferences.net/proceedings/gse2013/papers_gse2013/257%20Muh
ammad%20Amar%20Ibrahim.pdf