Anda di halaman 1dari 2

AKU DAN "IT" 3

AKU DAN "IT"

Akibat keinginan terlalu tinggi,


nak tahu mengenai berita terkini,
dari Internet sumber dipercayai,
sebagai pengimbang media dibenci.

Aku mesti sanggup berkorban,


dapatkan komputer bukanlah beban,
buat apa malu dan segan,
bulatkan hati buat pinjaman.

Bila ada komputer sendiri,


akupun mulalah mempelajari,
dari sehari kesehari,
kini maklumat dihujung jari.

Dulu, nak pegangpun rasa ngeri,


langsung tak minat bahkan benci,
tapi kerana berita sensasi,
hati yang takut jadi berani.

Rasa syukur di dalam hati,


bila diri boleh berdikari,
nakkan berita eksis sendiri,
buka internet,Laman Reformasi.

setahun lebih masa berlalu,


komputer menjadi kegemaranku,
buat apa(!?) semua ku tahu,
depan siapapun, tidaklah malu.

telah sudah sekian lamanya,


aku menjadi pembaca setia,
setiap hari langsung tak lupa,
Laman Reformasi tetap dipuja.

sekian lama jadi pembaca,


lalu ku cuba menyumbang idea,
ku buang takut, ku buang semua,
demi berbakti untuk agama.

Tiadalah ku harap keuntungan dunia,

pangkat dan nama duit pun juga,


bahkan terdedah kepada bahaya,
namun semua lillahi Ta'ala.

Kepada kawan para pembaca,


bahkan yang lawanpun baca juga,
bukannya apa, menyumbang saja,
baik dan tidak lain cerita.

Kalau benar itulah fakta,


kalau baik eloklah cuba,
salah silap maaf dipinta,
kita hanya manusia biasa.

setakat ini saja yang ada,


lain kali lagi cerita,
mana tahu ada lagi idea,
setakat ini, bai-bai semua.

Sekian!

AZHARI (S)