Anda di halaman 1dari 16

ZIKIR AS MAUL HUSNA DAN KELEBIHANNYA

1. ALLAH.
Yang mencipta sekalian makhlukNya daripada tiada kepada ada. Ia merupakan nama yang
meliputi serta mencakupi seluruh nama-namaNya yang lain.Sesiapa yang mengamalkan YA
ALLAH sebanyak 5000 kali setiap malam, selama sebulan, insyaallah akan menjadikan hati
kusyuk dan tawadhuk, juga segala apa yang dihajati akan tercapai.

2. AR- RAHMAN ( MAHA PEMURAH )
Bersifat Pemurah dengan mengurniakan rahmat dan kemakmuran terhadap semua hamba-Nya
didunia tanpa membeza-bezakan sama ada mereka itu Muslim atau Kafir, yang taat maupun
yang engkar. Segala kurniaanNya tersimpul sebagai rahmat dan nikmat.
Amalkan zikir YA RAHMAN 100 kali setiap selepas solat, insyaallah akan terhindar dari sifat lalai
dan pelupa, mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah.

3. AR- RAHIM ( MAHA PENYAYANG )
Yang bersifat Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin pada hari kiamat,
sekalipun mempunyai iman seberat zarah, mereka tidak akan kekal didalam neraka dan akan
mengecap syurga jua akhirnya. Namun bagi golongan yang ingkar , di akhirat kelak mereka tidak
akan mendapat rahmat dan belas kasihan Allah, serta bakal ditempatkan di Neraka.
Membaca YA RAHIM setiap hari akan dilembutkan hatinya dan akan timbul perasaan sayang
kepada sesama makhluk. Jika dibaca 100 kali selepas solat Subuh akan disayangi dan disukai
oleh orang ramai.

4. AL- MALIK ( MAHA MEMERINTAH )
Yang Maha Mengatur kerajaan-Nya mengikut kehendak-Nya. Dialah raja dari segala raja-raja,
yang memiliki dan menguasai seluruh alam ini, dunia dan juga akhirat. Dialah yang berkuasa
meminjamkan kekuasaan itu kepada sesiapa, dan Dialah juga yang mencabut kekuasaan
tersebut daripada sesiapa menurut kehendak-Nya.
Sesiapa membaca YA MALIK sebanyak 121 kali setiap hari, yakni setelah terbit fajar atau
tergelincir matahari, insyaallah akan dilimpahkan kekayaan harta dan jiwa oleh Allah, jika
dibaca 100 kali setiap pagi,insyaallah akan bersih hati dan diri menjadi terhormat.

5. AL- QUDDUS ( MAHA SUCI )
Allah Maha Suci dan bebas daripada segala kekurangan, kesilapan , kelemahan, ketidakupayaan
dan sebarang cacat cela.
Sesiapa yang membaca YA QUDDUS 100 kali setiap hari, ketika tergelincir matahari, insyaallah
akan bersih hatinya dari sifat sombong, rakus ,dengki, iri hati, dendam serta terlepas dari
kebimbangan. Membacanya 1000 kali, insyaallah akan diselamatkan dari malapetaka.





6. AS- SALAM ( MAHA MEMBERI KESEJAHTERAAN )
Maha Sejahtera daripada segala kekurangan dan memberi perlindungan kepada hamba-hamba-
Nya serta memberi kenikmatan kepada ahli syurga. Sesiapa yang membaca YA- SALAM
sebanyak 160 kali dihadapan orang yang berpenyakit , insyaallah akan sembuh penyakitnya
selama belum sampai ajalnya atau sekurang-kurang bertambah ringan penyakitnya.
Sesiapa yang membacanya ketika merebaknya wabak penyakit, insyaallah akan diselamatkan
daripada wabak penyakit itu. Bacaannya ialah:
ASSALAMMU KAULAN MIRRABBIRAHIM.
( Kepada mereka dikatakan salam( kesejahteraan ), sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang
Maha Penyayang. ) Di baca 28 kali setiap hari.
Sesiapa yang membaca ayat ini 100 kali setiap hari, insyaallah dia tidak merasai kesakitan
sakaratulmaut. Bacaannya ialah:
ASSALAMUALAIKA AYYUHANNABIU WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
( Kesejahteraan keatas kamu wahai nabi dan Rahmat Allah serta keberkatanNya.)

7. AL- MUMIN 9 MAHA PEMELIHARAAN KEAMANAN )
Allah yang Maha Memiliki dan Memelihara Keamanan. Dialah Allah menjadikan alam dan
mentadbirnya dengan hokum dan peraturan yang lengkap, adil dan teratur. Daripada-Nya
jualah terbitnya keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.

Sesiapa yang membaca YA MUMIN sebanyak 136 kali, maka amanlah dirinya dan hartanya dari
sebarang yang menakutkan.
Jika diamalkan sebagai wirid, insyaallah akan terselamat dari sebarang bencana, dan
bertambahlah imannya.

8. AL- MUHAIMIN ( MAHA MELINDUNGI DAN MEMELIHARA )
Allah Maha Melindungi dan Maha Memelihara setiap sesuatu. Dialah yang Maha Melindungi
serta Memelihara seluruh makhlukNya pada setiap ketika dan keadaan.
Sesiapa yang membaca YA MUHAIMIN sebanyak 100 kali selepas solat sunat dua rakaat (
terutama pada waktu tengah malam ), insyaallah dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap
bercahaya hatinya.
Membaca sebanyak 145 kali selepas solat Isyak, insyaallah akan kuat hafalannya( ingatan ).

9. AL- AZIZ ( MAHA MULIA / PERKASA )
Allah Maha Mulia dan Maha Perkasa dan serta mampu melakukan segala kehendakNya. Dialah
yang Maha Mulia kerana keperkasaan-Nya pada zat sifat dan perbuatan-Nya. Kemuliaan dan
keperkasaan Allah kerana Keagungan-Nya. Dialah yang disembah, dimuliakan dan diagungkan
segala yang ada di langit dan dibumi.
Berzikir YA AZIZ sebanyak 140 kali selama 40 hari, insyaallah akan mendapat kemuliaan dan
kewibawaan.




10. AL- JABBAR
( MAHA PERKASA/ MAHA KERAS )
Zat yang tidak dapat dialahkan,dan tiada sesuatupun yang dapat berselisihan dengan-Nya
mengenai apa sahaja.
Selalulah berzikir YA JABBAR , insyaallah akan terpelihara daripada melakukan perkara yang
bercanggah dengan syariat, terselamat daripada bahaya dan ancaman serta terhindar dari
sebarang bentuk paksaan.

11. AL-MUTAKABBIR
(MAHA BESAR / MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN)
Yang Maha mempunyai sifat keagungan dan kemegahan. Dialah Allah yang Maha Besar. Hanya
Dialah berhak menyombongkan diri kerana Keagungan-Nya yang mutlak. Allah berfirman :
Tiada Tuhan selain Aku dan Muhammad rasul-Ku, Islam adalah agama-Ku, ikutlah perintah-Ku,
tiada yang hak dan berhak disembah selain Aku. Janganlah sesiapa meniru Takabbur-Ku.
Sesiapa yang melakukannya, Nerakalah tempat tinggalnya.
Sesiapa yang membaca YA MUTAKABBIR sebanyak 662 kali setiap hari, insyaallah orang yang
takabur dan sombong akan tunduk padanya.

12. AL- KHALIQ ( MAHA PENCIPTA )
Yang Maha Menciptakan seluruh makhluk-Nya daripada tiada kepada ada tanpa sebarang
perantaraan. Dialah Khaliq, selain-Nya adalah makhluk. Dialah yang mengetahui apa yang telah,
sedang dan akan berlaku ke atas makhluk ciptaan-Nya. Sesiapa yang membaca YA KHALIQ pada
waktu malam , Allah swt akan mengirimkan malaikat yang akan membantunya untuk menjalani
kehidupan di atas jalan yang benar.
Bacalah 5000 kali setelah solat sunat dua rakaat, insyaallah harta atau orang kesayangan yang
hilang akan kembali semula padanya.

13. AL- BARI ( MAHA MENGADAKAN )
Mengadakan setiap sesuatu yang bernyawa yang ada permulaannya. Segala hak penciptaan
hanya milik Allah secara mutlak.
Sesiapa yang membaca YA BARI sebanyak 100 kali setiap malam dan diwiridkan selama tujuh
malam berturut-turut, insyaallah akan disembuhkan segala penyakit yang dihadapinya.

14. AL- MUSAWWIR ( MAHA PEMBENTUK )
Maha pembentuk segala rupa makhluk-Nya yang berbagai bentuk dan unik, indah dan
sempurna.
Sesiapa yang membaca YA MUSAWWIR sebanyak 336 kali, insyaallah segala yang dikerjakan
akan menjadi baik. Jika perempuan hendak bersalin, puasa selama 7 hari dan ketika berbuka
bacalah pada air, YA KHALID, YA BAARI dan YA MUSAWWIR sebanyak 21 kali lalu berbuka
dengan meminum air itu maka akan dimudahkannya bersalin.

15. AL- GHAFFAAR ( MAHA PENGAMPUN )
Sesiapa yang membaca YA GHAFFAAR sebanyak 100 kali setelah mengerjakan solat jumaat,
maka akan diberikan keampunan oleh Allah. Jika dibaca sebanyak 70 kali maka akan diberikan
harta dan anak yang banyak.
16. AL- QAHHAAR ( MAHA MENGUASAI )
Maha menguasai akan setiap makhluknya dan tiada suatu apapun yang dapat mengatasiNya.
Sesiapa yang membaca YA QAHHAAR sebanyak 306 kali sehari, insyaallah akan terhapus dari
hatinya perasaan cinta dunia dan Allah akan menolongnya menghadapi musuhnya. Jika ada
hajat dibaca 100 kali lalu berdoa agar hajatnya ditunaikan Allah.

17. AL- WAHHAAB ( MAHA PEMBERI )
Allah Maha Pemberi segala nikmat yang kita perolehi seperti mata, telinga, pendengaran, udara
dan lain-lain. Sesiapa yang membaca YA WAHHAAB sebanyak 300 kali setelah solat fardhu maka
akan diberikan Allah kekayaan, kehebatan dan kebesaran. Menyebutnya 7 kali semasa
memohon sesuatu, insyaallah permohonannya akan dikabulkan.

18. AR- RAZZAAK
( MAHA PEMBERI REZEKI )
Maha pemberi segala rezeki dan nikmat kepada semua makhluknya di dunia ini tidak kira
manusia ataupun haiwan.
Sesiapa yang membaca YA RAZZAK 20 kali sebelum sarapan selama 20 hari, insyaallah akan
diberikan kefahaman dalam sesuatu perkara. Untuk murah rezeki hendaklah dibaca 10 kali
setelah selesai solat subuh, berdiri di sebelah kanan rumah dengan menghadap kiblat. Baca 10
kali di kiri rumah dan 10 kali di tengah rumah dan akhir sekali 10 kali di belakang rumah.

19. AL- FATTAAH ( MAHA MEMBUKA )
Maha pembuka pintu rahmat-Nya kepada semua makhluknya, juga membuka pintu kemaafan
kepada yang ingin bertaubat.
Sesiapa yang membaca YA FATTAH sebanyak 71 kali selepas solat subuh dan diletakkan tangan
di atas dada, maka Allah akan bersihkan hatinya, dipermudahkan segala urusan dan
menghindarkan dirinya dari cinta dunia.

20. AL-ALIIM ( MAHA MENGETAHUI )
Maha mengetahui segala apa jua yang berlaku di alam ini, juga apa yang tersembunyi walaupun
di mana sahaja.
Sesiapa yang membaca YA ALIIM sebanyak 100 kali selepas solat fardhu, insyaallah akan
memperolehi marifat dan iman yang sempurna. Dan jika selalu menjadi wirid maka hatinya
akan disinari cahaya yang suci.

21. AL-QAABIDH ( MAHA PENYEMPIT )
Allah Maha Pemberi rezeki, tetapi Allah juga boleh menyempitkan rezeki setiap hamba-
Nya.Sesiapa yang membaca YA QABIDH sebanyak 1000 kali dengan niat menghalang kezaliman
orang, insyaallah akan menyebabkan orang itu tidak sanggup berbuat zalim. Jika dibaca 100 kali
di malam jumaat, maka akan semakin hampir dirinya kepada Allah.




22. AL- BAASITH ( MAHA MELAPANGKAN )
Maha penyayang akan hamba-Nya dan melapangkan segala urusan hamba-Nya.Sesiapa yang
membaca YA BAASITH sebanyak 10 kali selepas solat Dhuha maka akan diperluaskan rezekinya.
Dibaca 300 kali sambil ditadahkan tangan lalu disapu ke muka akan dibukakan pintu kejayaan.

23. AL- KHAAFIDH ( MAHA MENJATUHKAN )
Maha mnejatuhkan jika hamba-Nya itu ingkar dan sombong akan segala perintah-Nya.Sesiapa
yang membaca YA KHAAFIDH sebanyak 500 kali setiap hari dalam keadaan kusyuk dan bersih
dari hadas, maka akan dikabulkan Allah hajatnya untuk menjatuhkan martabat musuh. Jika
dibaca 1000 kali akan diberi keamanan daripada musuh.

24. AR- RAAFI ( MAHA MENINGGIKAN )
Jika kita selalu mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya, Allah akan meninggikan
darjatnya.Sesiapa yang membaca YA RAAFI sebanyak 70 kali setiap hari terutama pada waktu
malam, akan terpelihara daripada kecurian, rompakan dan sebagainya. Jika dibaca 70 kali ketika
didatangi orang yang zalim, insayallah akan selamat daripada aniayanya.

25. AL- MUIZZ ( MAHA MEMULIAKAN )
Allah akan memuliakan hamba-Nya jika hamba-Nya itu berpegang teguh kepada agama dan
beramal soleh.Sesiapa yang membaca YA MUIZZ 140 kali selepas solat isyak setiap malam isnin
dan jumaat, insyaallah akan menjadi mulia dalam pandangan orang dan dia juga tidak di
pandang takut oleh orang lain. Dia juga tidak akan takut selain dari Allah sahaja.

26. AL- MUZIL ( MAHA MENGHINAKAN )
Allah akan menghinakan hamba-Nya yang melanggar syariat dan perintah-Nya.Banyakkan
membaca YA MUZIL sebanyak yang mungkin jika ada orang yang liat membayar hutang, jika
dibaca 75 kali, insyaallah akan dijauhkan Allah dari bahaya orang yang ingin memudaratkannya.

27. AS- SAMII (MAHA MENDENGAR )
Allah Maha Mendengar walaupun hamba-Nya itu berbicara di dalam hatinya sekalipun.Sesiapa
yang membaca YA SAMII sebanyak 500 kali setelah solat Duha pada hari khamis, maka doanya
akan dikabulkan Allah dan disembuhkan penyakit pekak atau pendengarannya akan semakin
baik.

28. AL- BASIIR ( MAHA MELIHAT )
Allah Maha Melihat dan kita tidak dapat bersembunyi atau melarikan diri daripada-Nya walau
di mana sahaja.
Sesiapa yang membaca YA BASIIR sebanyak 100 kali sebelum solat jumaat, insyaallah akan
bertambah cerdas hatinya menerima pengajaran. Jika selalu dibac tidak kira siang dan malam,
akan disembuhkan daripada penglihatan yang lemah.




29. AL- HAKAM ( MAHA MENETAP HUKUM )
Allah sebagai hakim yang menetapkan hukum dan tiada siapapun yang dapat menolak
keputusannya.Sesiapa yang membaca YA HAKAM sebanyak 68 kali selepas tengah malam, dan
bersih dari hadas dan najis dalam keadaan kusyuk, insyaallah akan dijadikan hatinya tempat
rahsia dan hikmat.

30. AL- ADL ( MAHA ADIL )
Allah Maha Adil yang membalas segala amalan hamba-Nya dengan penuh keadilan dan
bijaksana.Sesiapa yang membaca AL- ADL 104 kali selepas solat fardhu, insyaallah akan
menjadi seorang yang adil dan masyhur. Jika dibaca 100 kali selepas solat Jumaat, insyaallah
akan terhindar dari perbuatan jahat.

31. AL- LATIIF ( MAHA LEMBUT HALUS )
Allah Maha Lembut keatas semua hamba-Nya dan juga mengetahui semua perkara walaupun
sekecil mana sekalipun.Sesiapa yang jatuh miskin hendaklah banyak menyebut YA LATIIF
sebanyak 100 kali selepas solat sunat dua rakaat, maka kehendaknya akan dipenuhi oleh Allah.
Jika dibaca 130 kali, insyaallah perniagaannya akan menjadi maju.


32. AL- KHABIIR ( MAHA MENGETAHUI )
Allah mengetahui setiap apa yang dikerjakan makhluk-Nya atau sentiasa mengawasi setiap
perbuatan mereka.
Sesiapa yang membaca YA KHABIIR, insyaallah akan dihindarkan dari perbuatan orang yang
selalu menyakitinya dan jika selalu membacanya akan terhenti daripada tabiat yang buruk.


33. AL- HALIIM ( MAHA PENYANTUN )
Allah yang penyantun tidak terburu-buru untuk menghukum atau menyiksa hamba-Nya yang
melakukan maksiat kepada-Nya.
Sesiapa yang menyebut AL- HALIIM 88 kali setelah solat fardhu, insyaallah akan bertambah baik
kedudukan dan pangkatnya. Jika dibaca ke telinga orang yang sakit, insyaallah akan sembuh
sakitnya.


34. AL- AZIIM ( MAHA AGUNG )
Maha Agung kerana bersifat dengan segala sifat kebesaran dan keagungan.Sesiapa yang
membaca AL-AZIIM sebanyak 12 kali setiap hari maka penyakitnya akan segera sembuh dan
terhindar dari kejahatan. Jika dibaca sebanyak 1020 kali, insyaallah penyakitnya akan sembuh.
Jika tiada penyakit, ia akan memperolehi kebesaran dan kemuliaan.





35. AL- GHAFUUR ( MAHA PENGAMPUN )
Allah yang mempunyai sifat pengasih yang akan mengampunkan segala taubat hamba-
Nya.Sesiapa yang sakit kepala atau demam hendaklah selalu membaca YA GHAFUUR
berulangkali, insyaallah akan hilang sakitnya . Jika dibaca 7000 kali setiap malam , insyaallah
segala kesulitannya akan hilang.

36. AS-SYAKUUR ( MAHA MENSYUKURI )
Allah yang membalas segala kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya walau sekecil mana
sekalipun.Selalulah membaca YA SYAKUUR
sebanyak 11 kali setiap hari, insyaallah masalah-masalah yang dihadapi akan dapat diatas.
Dibaca 5000 kali setiap hari, insyaallah akan dikurniakan kebaikan di akhirat.

37. AL- ALIY ( MAHA TINGGI )
Allah Maha Tinggi dan tiada sesuatu apapun yang dapat menandingi ketinggian Allah.Jika selalu
membaca YA- ALIY ketika bermusafir ,anda akan kembali dengan selamat. Jika wanita yang
lambat bertemu jodoh hendaklah membaca YA ALIYUL AZIM sebanyak 11 kali, dan ayatul kursi
lalu hembus ke tapak tangan lalu disapu ke muka.


38. AL- KABIIR ( MAHA BESAR )
Kebesaran Allah tidak dapat diukur oleh akal fikiran manusia dan tiada satu makhlukpun yang
dapat menandingi kebesaran-Nya.
Jika dibaca YA KABIIR 1000 kali kedudukan kita akan meningkat naik, dibaca 232 kali akan
dilapangkan oleh Allah untuk melangsaikan hutangnya. Pelajar yang baca 232 kali setelah solat
fardhu insyaallah akan lulus dalam ujian yang dihadapinya.

39. AL- HAFIIZ ( MAHA PEMELIHARA )
Allah akan selalu menjaga kita jika selalu berdoa agar dilindungi oleh-Nya.
Jika dibaca YA HAFIIZ 99 kali ketika berada di dalam hutan maka akan diselamatkan Allah dari
binatang buas. Jika dibaca sebanyak 11 kali selepas solat subuh atau maghrib insyaallah akan
selamat dari kemalangan dan malapetaka.

40. AL- MUQIIT ( MAHA MENCUKUPKAN )
Allah menjaga segala sesuatu dan memberi segala keperluan dan mencukupkan seperti
makanan dan miniman untuk semua makhluk-Nya.
Jika berzikir dengan banyaknya YA MUQIIT akan mengurangkan lapar dan dahaga. Jika dibaca
41 kali dan dihembus di dalam air lalu diminum, insyaallah akan menyihatkan badan.
41. AL-HASIIB ( MAHA MENGHITUNG )
Allah akan menghisab atau menhitung akan semua amalan baik dan jahat setiap hamba-
Nya.Dibaca YA HASIIB sebanyak 777 kali sebelum solat subuh atau sebelum matahari terbit dan
sebelum solat maghrib maka akan mengukuhkan kedudukan anda di tempat kerja.



42. AL- JALIIL ( MAHA LUHUR )
Allah memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifat-Nya.Dibaca YA HASIIB 21
kali oleh wanita yang hamil agar diri dan anaknya sihat. Dibaca 73 kali di awal pagi, insyaallah
dengan sifat pemurah-Nya akan diangkat darjat dan kedudukannya.

43. AL-KARIIM ( MAHA MULIA )
Allah Maha Mulia dan Pemurah serta memberi segala nikmat kepada hamba-Nya.Dibaca YA
KARIIM 270 kali sebelum tidur dan Allah akan menjadikan anda mulia di dunia dan akhirat, jika
dibaca 100 kali akan terhindar dari penyakit dan kemiskinan.

44. AR-RAQIIB ( MAHA MENGAWASI )
Allah mengawasi segala sesuatu, mengawal dan menjaga setiap amal perbuatan yang dilakukan
hamba-Nya.Dibaca YA RAQIIB 50 kali dengan niat Allah melindungi harta, insyaallah akan
dilindungi-Nya, jika isteri yang mengandung bimbang akan keguguran, banyakkan wirid,
insyaallah akan selamat.

45. AL-MUJIIB ( MAHA MENGABULKAN )
Allah Maha Mengabulkan segala permintaan hamna-Nya dan selalulah berdoa agar selalu
dikabulkan Allah.Dibaca YA MUJIIB sebanyak 521 kali selepas solat isyak diikuti surah
al-fatihah, insyaallah segala masalah yang berat akan berjaya diatasi. Jka dibaca 55 kali setiap
kali selepas solat subuh, doa kita akan dikabulkan Allah.

46. AL-WAASI ( MAHA LUAS )
Allah Maha Luas keupayaan-Nya dan rahmat-Nya meliputi segala apa yang ada pada sekalian
makhluk-Nya.Dibaca YA WAASI sebanyak yang mungkin maka masalah kewangan yang
dihadapi akan dapat diselesaikan. Jika dibaca 128 kali sehari akan dilindungi dari kebimbangan
dan irihati.

47. AL- HAKIIM ( MAHA BIJAKSANA )
Allah Maha Bijaksana dalam menyusun dan mengatur seluruh alam dengan segala
kesempurnaan.Dibaca YA HAKIIM sebanyak 300 kali setiap hari, insyaallah akan cerdas akal dan
fikirannya dalam menghadapi pelajaran.
Jika dibaca 111 kali berterusan maka segala kerja yang dilakukan akan menjadi mudah.

48. AL- WADUUD ( MAHA MENYINTAI )
Allah Maha Menyintai setiap hamba-Nya terutamanya yang beriman dan beramal saleh.Dibaca
YA WADUUD 1000 kali setiap hari. Insyaallah diperbaiki segala urusannya di dunia dan akhirat.
Jika dibaca 10000 kali setiap malam, maka rumahtangga itu akan bahagia dan segala apa yang
dihajati akan ditunaikan Allah.






49. AL- MAJIID ( MAHA MULIA )
Kemuliaan Allah meliputi sekalian makhluk-Nya dan kemuliaan-Nya bersifat abadi dan tiada
akhirnya.
Dibaca YA MAJIID sebanyak 99 kali setiap hari selepas solat subuh lalu dihembus ke tapak
tangan dan disapu ke muka, insyaallah akan dihormati dan disayangi keluarga. Jika selalu
dibaca, Allah akan menerangi hati dan jiwanya.

50. AL- BAAITS ( MAHA MEMBANGKITKAN )
Allah Maha Membangkitkan segala makhluk-Nya yang sudah lama sekalipun ia mati.Di baca YA
BAAITS 101 kali sambil meletakkan tangan di atas perut sebelum tidur, insyaallah anda akan
bermimpi baik. Baca 70 kali sambil meletakkan tangan di dada sebelum menemui pemerintah
atau sebagainya, insyaallah akan diperkenan apa yang dikemukakan.

51. AS-SYAHIID ( MAHA MENYAKSIKAN )
Allah Maha Menyaksikan setiap yang dilakukan hamba-Nya dan diakhirat Allah menjadi saksi
semua perbuatan hamba-Nya.Dibaca YA SYAHIID sebanyak 319 kali setiap malam, anda akan
menjadi seorang hamba yang baik dan taat kepada perintah Allah. Jika ada anak yang nakal dan
degil, selalulah menyebutnya terhadap anaknya itu, insyaallah anaknya itu akan mengikut
katanya.

52. AL- HAQ ( MAHA BENAR )
Allah Maha Benar dalam semua firman yang diturunkan-Nya, dan janji-Nya pada hari kemudian.
Dibaca YA HAQ 21 kali dalam doa, insyaallah akan menjumpai semula barang yang hilang, jika
takut akan ancaman orang yang berbuat jahat maka bacalah 21 kali setiap hari, insyaallah akan
dilindungi.

53. AL- WAKIIL ( MAHA PEMELIHARA )
Allah Maha Pemelihara semua makhluk-Nya sehingga tidak ada satu maklukpun yang terlepas
dari urusan-Nya.dibaca YA WAKIIL sebanyak mungkin, insyaallah akan terhindar daripada
bencana gempa bumi, rebut dan banjir. Jika dibaca 66 kali setiap hari, insyaallah akan
dibukakan pintu kebaikan dan rezeki untuknya.

54. AL- QAWIY ( MAHA KUAT )
Allah Maha gagah dan kekuasaan-Nya tiada tolok bandingnya dengan apa jua makhluk di
seluruh alam ini.Dibaca YA QAWIY sebanyak 300 kali selepas asar, insyaallah akan terselamat
dari musuh dan wajar dibaca semasa menghadapi peperangan, jika dibaca YA QAWIYUL MATIN
1000 kali akan terselamat daripada kezaliman dan penganiayaan orang yang zalim.

55. AL- MATIIN ( MAHA TEGUH )
Allah mempunyai kekuatan dan keteguhan yang luarbiasa yang dimiliki oleh sebarang makhluk
selain-Nya.Dibaca YA MATIIN di medan perang akan memberikan semangat dan kekuatan, jika
dibaca 99 kali selepas solat magrib, insyaallah akan menjadi seorang penyantun. Jika baca 10
kali dan hembus kepada anak lelaki atau perempuan, insyaallah akan terhindar mereka dari
melakukan zina.
56. AL- WALIY ( MAHA MELINDUNGI )
Allah melindungi setiap hamba-Nya terutama-Nya yang beriman dan selalu memohon ampun
kepada-Nya.Dibaca YA WALIY sebanyak 1000 kali pada malam jumaat, insyaallah akan
dipermudahkan hisab pada hari kiamat, jika dibaca banyak kali dan dihembus kepada isteri yang
semakin kurang rasa cinta, insyaallah akan semakin bertambah rasa cintanya.

57. AL- HAMIID ( MAHA TERPUJI )
Allah sahajalah yang layak dipuji disebabkan kesempurnaan sifat dan kelebihan-Nya yang tiada
tolok banding. Dibaca YA HAMIID 62 kali selepas solat maghrib dan subuh, insyaallah anda akan
menjadi seorang yang hebat didalam masyarakat, jika dibaca 100 kali setiap kali selepas solat
fardhu lima waktu, insyaallah dia akan menjadi orang yang soleh.

58. AL- MUHSI ( MAHA MENGHITUNG )
Allah Maha Menghitung segala amalan hamba-Nya, yang baik dibalas syurga dan yang jahat
dibalas neraka.Dibaca YA MUHSI sebanyak mungkin di malam jumaat, insyaallah akan dilindungi
dari siksa kubur dan akhirat, jika dibaca 7 kali sebelum tidur dengan diletakkan tangan di dada
maka akan bersemangat untuk mengerjakan solat.

59. AL- MUBDI ( MAHA MEMULAI )
Allah yang memulai dan mencipta setiap kejadian di alam ini daripada asalnya tiada kepada
ada.Dibaca YA MUBDI 56 kali sebelum memulakan kerja, insyaallah pekerjaannya akan menjadi
mudah dan berjaya, jika dibaca 99 kali oleh wanita hamil dengan diletakkan tangan di perut,
akan mengelakkan keguguran, jika dibaca siang dan malam akan bertambah hartanya.

60. AL- MUIID ( MAHA MENGEMBALIKAN )
Allah berkuasa mengembalikan atau membangkitkan mereka yang mati di alam kubur untuk
diadili di alam akhirat.Dibaca YA MUIID 124 kali sebelum solat fardhu , akan dikembalikan
semula barang yang hilang, jika dibaca 70 kali dengan harapan ahli keluarga yang merantau
akan kembali semula dengan selamat.

61. AL- MUHYI ( YANG MENGHIDUPKAN )
Allah berkuasa memberikan kehidupan kepada semua makhluk-Nya baik dari haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.Dibaca YA MUHYI 68 kali selepas solat fardu, insyaallah akan hilang masalah
penyakit yang dihadapi. Jika dibaca 199 kali sambil berdoa ke atas orang sakit, insyaallah
penyakitnya akan sembuh.

62. AL-MUMIIT ( MAHA MEMATIKAN )
Allah berkuasa mematikan setiap mahkluk-Nya dan tiada suatupun yang hidup selama-
lamanya.Dibaca YA MUMIIT 490 kali, insyaallah akan ditundukkan nafsu dan mudah
mengerjakan suruhan Allah, jika dibaca 7 kali sehari maka tidak akan terkena ilmu jahat, jika
dibaca 25 kali sambil diletakkan tangan di perut maka dipelihara Allah dari mimpi buruk.



63. AL-HAYY ( MAHA HIDUP )
Allah maha hidup dan akan kekal Selma-lamanya tidak seperti hidup makhluk yang akan
mati.Dibaca YA HAYY 3000 kali sehari setiap hari, insyaAllah akan dipanjangkan usia, jika baca
11 kali di tempat kerja maka akan dilindungi dari kemalangan, jika dibaca 30 000 kali, insyaAllah
tidak akan jatuh sakit.


64. AL-QAYYUUM ( MAHA BERDIRI SENDIRI )
Allah melakukan sendiri semua pekerjaan-Nya seperti mengatur dan mengurus semua makhluk-
Nya.Dibaca YA QAYYUUM 1000 kali setiap hari, insyaAllah hartanya akan bertambah dan
dikasihi oleh orang ramai, jika selalu dibaca akan terpelihara daripada sifat lupa dan lalai dan
jika dibaca 17 kali akan mendapat semangat dan tenaga untuk bekerja.

65. AL-WAAJID ( MAHA MENEMUKAN )
Allah dapat menemukan apa sahaja yang dikenhendaki-Nya dan tiada suatupun yang dapat
meloloskan diri daripada-Nya.Dibaca YA WAAJID 11 kali sebelum makan, insyaallah akan
mendapat keberkatan dari makanan itu, jika dibaca pada setiap makanan yang hendak dimakan
akan dikuatkan hatinya.

66. AL-MAAJID ( MAHA MULIA )
Allah bersifat mulia, agung, suci dan hanya Dialah yang layak dimulia dan dipuji oleh hamba-
Nya.Dibaca YA MAAJID 400 kali sehari sebelum memulakan kelas, insyaAllah murid yang sedang
belajar akan menjadi pintar dan bijak, jika selalu membacanya menyebabkan orang sayang dan
jiwa menjadi kuat dan bertambah iman.

67. AL-WAAHID ( MAHA ESA )
Allah bersifat Esa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada berketurunn dan tiada yang dapat
menandinginya.Dibaca YA WAHIDUL AHAD 1000 kali, insyaallah akan diberi kebahagiaan dan
keluar dari kesusahan. Jika inginkan isteri agar hamil, dibaca 190 kali selepas solat fardhu
selama sebulan di samping berpuasa isnin dan khamis, insyaallah isteri akan hamil.

68. AS- SAMAD ( MAHA DIPERLUKAN )
Allah Maha Diperlukan oleh setiap makhluk-Nya kerana Dialah yang menjadi tempat untuk
bergantung.
Dibaca YA SAMAD 313 kali dalam masa 3 hari di samping berpuasa, insyaallah hajatnya akan
diperkenankan, jika dibaca 40 kali sehari akan terhindar dari kemiskinan, jika kehilangan
barang, maka selalulah menyebutnya, insyaallah akan ditemukan semula barangnya.


69. AL- QAADIR ( MAHA KUASA )
Allah Maha Kuasa dan kekuasaan-Nya meliputi segala sesuatu, tidak setakat di dunia malah
seluruh alam.Dibaca YA QAADIR 41 kali ketika buntu dalam pekerjaan, insyaallah akan
mendapat penyelesaian, jika dibaca 305 kali setiap hari bagi mereka yang bercita-cita tinggi,
insyaallah hajat dan cita-citanya akan tercapai.
70. AL- MUQTADIR ( MAHA MENENTUKAN )
Allah yang merancang dan menentukan segala apa yang berlaku di alam ini dan semua itu
mempunyai hikmatnya tersendiri. Dibaca YA MUQTADIR 111kali bila bangun tidur, insyaallah
waktu siang dan malamnya akan berlalu dengan aman, jika dibaca 100 kali selepas subuh,
insyaallah ingatan kita akan bertambah baik.

71. AL- MUQADDIM ( MAHA MENDAHULUKAN )
Allah Maha Mendahulukan, tiada yang lebih dahulu sebelum Dia dan Allah sudah ada sebelum
alam ini ada. Dibaca YA MUQADDIM sebanyak 184 kali sehari, insyaallah apa jua pekerjaan yang
dilakukan akan mendapat kemajuan dan kejayaan. Jka dijadikan wirid ketika menuju medan
perang, insyaallah akan terselamat dari sebarang bahaya.

72. AL- MUAKHKHIR ( MAHA MELEWATKAN )
Allah berkuasa untuk melewat atau menundakan sesuatu yang akan terjadi seperti pahala dan
siksaan kepada hamba-Nya.
Dibaca YA MUAKHKHIR 300 kali, insyaallah akan dibuka rahmat dan hidayat Allah kepadanya,
jika dibaca 100 kali sehari maka rasa cinta kepada Allah akan sentiasa kekal di dalam dirinya.

73. AL- AWWAL ( MAHA AWAL )
Allah awal dari segala sesuatu sebelum makhluk dan seluruh alam diciptakan.Banyak dibaca YA
AWWAL sebelum memulakan sesuatu tugas, insyaallah tugasnya itu akan terlaksana dengan
sempurna. Jika bermusafir dibaca 1000 kali maka akan selamat perjalanannya.

74. AL- AKHIR ( MAHA PENGHABISAN )
Allah tetap akan wujud walaupun semua makhluknya sudah musnah kerana Allah Maha
Kekal.Dibaca YA AKHIR 25 kali sehari, insyaallah kasih sayang terhadap Allah akan bertambah,
jika dibaca 200 kali selama sebulan, insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya.

75. AZ-ZAAHIR ( MAHA NYATA )
Allah Maha Nyata daripada apa yang diciptakan-Nya dan dapat kita lihat disekeliling kita.Dibaca
YA ZAAHIR 15 kali sehari atau setiap selepas jumaat, insyaallah hatinya akan diterangi cahaya
kebenaran. Dibaca 1106 kali selama sebulan selepas solat fardhu, akan dikurniakan Allah dapat
memahami segala sesuatu berbanding orang lain.

76. AL- BAATHIN ( MAHA TERSEMBUNYI )
Allah adalah ghaib dan tersembunyi dan tidak dapat dilihat, namun tetap wujud.Dibaca YA
BAATHIN 11 kali sehari akan bertambah rajin mengerjakan solat. Jika di baca 33 kali sehari,
insyaallah akan memahami kebenaran dan tiada tersembunyi dan menjadi golongan yang yakin.

77. AL- WAALI ( MAHA MENGUASAI )
Allah menguasai segala sesuatu, Dialah mengarah, mengurus , memerintah dan merancang
segala apa yang berlaku.Dibaca YA WAALI setiap pagi dan petang sebanyak yang
boleh,insyaallah akan mendapat kebenaran, jika rasa terancam oleh musuh atau cuaca buruk
bacalah 1000 kali, insyaallah akan selamat.
78. AL- MUTAALI ( MAHA TINGGI )
Allah yang tertinggi keagungan dan kehebatan-Nya dan terhindar pula dari sebarang
kekurangan.Dibaca YA MUTAALI sebelum pergi mengadap pembesar atau pemerintah akan
memberikan kejayaan, jika dibaca 541 kali sehari, insyaallah akan mendapat balasan yang baik
dan dimuliakan.

79. AL- BARR ( MAHA BAIK )
Allah melimpahkan kebaikan-Nya untuk semua makhluk tanpa mengira yang beriman ataupun
tidak.Dibaca AL BARR 100 kali setiap hari, insyaallah hati akan menjadi bersih dan bebas dari
kebimbangan, jika bermusafir bacalah beberapa kali dalam perjalanan itu, insyaallah anda dan
keluarga akan selamat dalam perjalanan.

80. AT- TAWWAAB ( MAHA PENERIMA TAUBAT )
Bertaubatlah bersungguh-sungguh, pasti Allah akan menerima taubat kita kerana Dia adalah
penerima taubat.Dibaca YA TAWWAAB 360 kali untuk memohon keampunan, insyaallah
kesalahannya akan diampuni dan tidak akan mengulanginya lagi, jika dibaca 70 kali kepada anak
yang sentiasa menangis lalu dihembus kepadanya, insyaallah akan berhenti tangisnya.


81. AL- MUNTAQIM ( MAHA PENYIKSA )
Allah Maha Penyiksa keatas mereka yang derhaka dan ingkar akan segala perintah dan suruhan-
Nya.Dibaca YA MUNTAQIM berulang kali selepas solat fardhu lima waktu, insyaallah akan
selamat dari khianat dan yang zalim, jika selalu membacanya akan dapat mengalahkan musuh
yang iri kepadanya.


82. AL-AFUW ( MAHA PEMAAF )
Allah Maha Pemaaf kepada hamba-Nya yang bertaubat dan Allah akan memaafkan hamba-Nya
itu.Dibaca YA AFUW 156 kali, insyaallah akan dibebaskan atau diringankan hukuman, jika dibaca
setiap hari, insyaallah akan disenangi orang dan terhindar dari permusuhan.

83. AR- RAUUF ( MAHA MENGASIHI )
Sifat kasih Allah terhadap semua makhluknya menyebabkan haiwan dan manusia mendapat
nikmat daripada-Nya.
Dibaca YA RAUUF 10 kali ketika marah, insyaallah marahnya akan reda, jika resah sebelum tidur
bacalah 21 kali dengan tangan kanan di atas dada, insyaallah akan tenang hatinya dan jika
selalu dibaca maka orang ramai yang melihat akan menaruh simpati padanya.

84. MALIKUL MULK ( MAHA MEMILIKI KERAJAAN )
Allah menjalankan tugas-Nya tanpa sebarang arahan daripada makhluk yang lain.Dibaca YA
MALIKUL MULK 21 kali setiap hari, insyaallah akan berjaya dalam setiap pekerjaannya, jika
dibaca 5 kali sebelum membuka pintu kedai atau rumah, insyaallah akan mendapat untung,
kebahagiaan dan dihormati oleh orang ramai.

85. ZULJALAALI WAL IKRAAM ( MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN )
Dibaca YA ZULJALAALI WAL IKRAAM 300 kali ketika di kelilingi oleh persekitaran manusia yang
jahat, insyaallah akan dipenuhi kebaikan, jika selalu dibaca ketika melakukan pekerjaan,
insyaallah akan beroleh kejayaan.

86. AL- MUQSIT ( MAHA MENGADILI )
Allah sangat adil dalam menjalankan hukuman kepada hamba-Nya yang bersalah dan
melakukan maksiat.Dibaca YA MUQSIT 21 kali sehari akan terhindar dari gangguan syaitan dan
rasa takut kepada sesuatu yang jahat, jika dibaca 700 kali dan memohon kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh, insyaallah akan diperkenankan doa dan hajat.

87. AL- JAAMI ( MAHA MENGUMPULKAN )
Pada hari akhirat Allah berkuasa menghidup dan mengumpulkan semua manusia yang sudah
mati di padang Mahsyar.Dibaca YA JAAMI 300 kali sehari, insyaallah doa akan deperkenankan,
jika ada barang yang hilang hendaklah dibaca berulang kali dengan 3 kali surah Al Iklhlas,
insyaallah akan dijumpai semula barangan yang hilang itu.

88. AL- GHANI ( MAHA KAYA )
Kekayaan Allah meliputi semuanya tanpa sedikitpun akan habis walau sebanyak mana juapun
diberikan kepada makhluk-Nya.
Dibaca YA GHANI 1000 kali kepada badan yang sakit, insyaallah penyakit tersebut akan sembuh,
jika dibaca 1000 kali setiap hari, insyaallah akan dikurniakan kekayaan oleh Allah.

89. AL- MUGHNI
( MAHA PEMBERI KEKAYAAN )
Allah memberikan kelebihan kekayaan-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.Dibaca
YA MUGHNI 1000 kali setiap hari, insyaallah akan dikurniakan kekayaan oleh Allah, jika dibaca
di dalam hati ketika mahu menyetubuhi isterinya, insyaallh akan lebih dicintai oleh isterinya.

90. AL- MAANI ( MAHA MENCEGAH )
Allah berkuasa mencegah segala rencana makhluk-Nya termasuklah rancangan buruk kaum
kafir kepada orang yang beriman.
Dibaca YA MAANI 161 kali selepas solat sunat subuh, insyaallah akan terselamat dari bahaya
perbuatan orang yang zalim, jika selalu dibaca sebelum tidur, insyaallah akan menyelesaikan
perselisihan suami isteri dan akan beroleh bahagia.

91. AD- DHAAR ( MAHA MEMUDARATKAN )
Allah berkuasa memberikan derita kepada hamba-Nya yang tidak beriman dan mengingkari-
Nya.Dibaca YA DHAAR 1001 kali bagi mereka yang sakit lama, insyaallah penyakit akan sembuh,
jika dibaca 300 kali selepas jumaat, insyaallah rumah akan dilindungi dan jika dibaca 100 kali
setiap malam jumaat akan dilindungi dari sebarang bahaya.



92. AN- NAAFI ( MAHA PEMBERI MANFAAT )
Allah Pemberi Manfaat kepada semua makhluk-Nya dan manfaat itu berguna untuk mereka
yang beriman kepada- Nya.Dibaca YA NAAFI di dalam hati ketika bersetubuh dengan isteri,
insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh, jika dalam kesusahan dan sakit, hendaklah selalu
dibaca setiap hari, insyaallah akan dihilangkan kesusahan dan sakit itu.

93. AN- NUUR ( MAHA BERCAHAYA )
Allah Maha Bercahaya memberikan sinar dan cahaya hidayah kepada siapa sahaja yang
dikehendaki.Dibaca YA NUUR 111 kali selepas solat jumaat, insyaallah hati dan jasadnya akan
mendapat cahaya keimanan, dibaca 1000 kali selepas membaca al Fatihah pada setiap malam
jumaat, insyaallah akan diberi rahmat mengetahui perkara-perkara yang tidak diketahui.

94. AL-HAADI ( MAHA PEMBERI PETUNJUK )
Allah memberikan petunjuk jalan yang benar kepada hamba-Nya agar kehidupan mereka lurus
di atas landasan-Nya.
Baca YA HAADI 111 kali dan dihembus kepada gula-gula lalu diberikan kepada anak-anak yang
degil, insyaallah akan menjadi semakin baik, jika selalu menyebutnya, insyaallah akan
memperolehi pengetahuan rohani.

95. AL- BADI
( MAHA PENCIPTA YANG BARU )
Allah maha indah tiada bandingan, zat yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
Dibaca YA BADI 70 kali , insyaallah kesusahannya akan hilang, jika mahukan kejayaan dalam
perniagaan yang selalu terhalang hendaklah dibaca 500 kali selepas solat fardhu, insyaallah
akan berjaya.

96. AL- BAAQI ( MAHA KEKAL )
Allah Maha Kekal dan tiada akhirnya sebagaimana yang dialami oleh semua makhluk-Nya.
Dibaca YA BAAQI 1000 kali ketika dalam kesedihan, insyaallah perasaan itu akan hilang, jika
dibaca beberapa kali akan terselamat hartanya dari kerugian.

97. AL- WAARITH ( MAHA MEWARISI )
Allah tetap wujud walaupun smuanya telah musnah dan waris yang agung hanyalah Allah,
tiadalah sesuatu yang lain.
Dibaca YA WAARITH 100 kali setelah matahari terbit, insyaallah iman kita akan semakin teguh
dan mati dalam iman, jika dibaca 707 kali setiap malam, insyaallah akan beroleh kejayaan
dalam bidang yang diminati.

98. AR- RASYIID
( MAHA PEMBERI PETUNJUK )
Allah memberi petunjuk kepada hamba pilihan-Nya yang selalu bertaqwa kepada-Nya.Dibaca
YA RASYIID 1000 kali ketika berseorangan di tempat yang sunyi, insyaallah akan dihilangkan
ketakutannya, jika selalu dibaca di waktu pagi dan petang, insyaallah akan bertambah cerdas
fikirannya.

99. AS- SABUUR ( MAHA PENYABAR )
Allah Maha Sabar ketika menghadapi hamba-Nya yang selalu berbuat maksiat dan derhaka
kepada-Nya.
Dizikir dengan YA SABUUR , insyaallah diberikan tahap kesabaran yang tinggi. Jika dibaca 3000
kali, insyaallah hilanglah kesusahan atau penderitaan yang sedang dialaminya.

Anda mungkin juga menyukai