Anda di halaman 1dari 8

1

SULIT
3756/2
Prinsip
Perakaunan
Kertas 2
Mei 14
2012
2 jam 30 minit



PENANG FREE SCHOOL


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

TINGKATAN LIMA

14 Mei 2011 (Isnin)

8.15 - 10.45 pagi

PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBENARKAN

Arahan :

1. Kertas ini mengandungi DUA bahagian A dan B. Jawab SEMUA soalan di
bahagian A dan PILIH DUA SOALAN untuk bahagian B.

2. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah.

3. Semua jalan kerja hendaklah ditunjukkan.

4. Mulakan tiap-tiap jawapan pada helaian yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.





Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.





[Lihat sebelah



2012 Disediakan oleh : Panatia Prinsip Perakaunan PFS


2

BAHAGIAN A
Arahan : Jawab semua soalan dalam bahagian ini

SOALAN 1

a) Berikan DUA contoh Liabiliti Semasa
[2 markah]


b) Salin semula jadual berikut dan isikan dengan jawapan yang paling tepat.

AKAUN INDUK AKAUN KONTRA
Akaun Modal _________________
____________________ Peruntukan Hutang Ragu
[2 markah]

c) Nyatakan dokumen yang terlibat dalam urusniaga berikut :
i. Terima cek daripada penghutang yang menjelaskan hutangnya.
ii. Pulangkan barangniaga yang rosak kepada pembekal.
[2 markah]

d) Senaraikan DUA kandungan Akta Perkongsian 1961.
[2 markah]


e) Berikut adalah petikan Penyata Belanjawan Tunai dan Varian untuk 3 bulan berakhir
31 Mac 2012 bagi Perniagaan Zulhasmi. Salin semula penyata di bawah dan isikan ruangan
kosong dengan jawapan yang betul.

Butir J umlah Anggaran
RM
J umlah Sebenar
RM
Varian (angka)
RM
Kesan (+/ -)
Kutipan
penghutang
12 500 11 800 700
Kadar bayaran 1 200 1 220 negatif


[2 markah]








3

SOALAN 2

Perniagaan Global Perdana ialah sebuah perniagaan yang beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Imbangan duga berikut diperoleh daripada buku akaun perniagaan tersebut pada 31 Mac 2012.

Imbangan Duga pada 31 Mac 2012
Debit (RM) Kredit (RM)
Belian 39 270
Jualan 64 260
Kenderaan (kos) 40 000
Perabot (kos) 12 600
Pulangan 860 665
Sewa diterima 2 100
Premis 135 000
Stok pada 1 April 2011 7 870
Angkutan keluar 630
Promosi 1 000
Diskaun 320 480
Penghutang dan pemiutang 5 600 5 230
Susut nilai terkumpul kenderaan 8 000
Susutnilai terkumpul perabot 1260
Peruntukan hutang ragu 320
Kadar bayaran 1 140
Belanja runcit 210
Upah atas belian 474
Tunai 1 894
Gaji 4 800
Bank 6 780
Modal pada 1 April 2011 176 133
258 448

258 448
Maklumat tambahan :
(i) Stok pada 31 Mac 2012 bernilai RM10 450 pada harga kos manakala nilainya pada
harga pasaran adalah RM10 880.
(ii) Sewa diterima terdahulu RM300
(iii) Upah atas belian RM90 masih belum bayar.
(iv) Seorang penghutang telah muflis dan hutangnya berjumlah RM200 dihapuskan.
(v) Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 2% atas baki penghutang bersih.



4


(vi) Kenderaan disusutnilaikan sebanyak 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan,
manakala perabot disusutnilaikan 10% mengikut kaedah ansuran tetap.
(vii) RM250 daripada kadar bayaran adalah untuk rumah kediaman pemilik.

Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2012
(b) Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2012 (dengan menunjukkan modal kerja)
(c) Nyatakan DUA ciri-ciri kualitatif yang perlu ada dalam penyata kewangan.

[ 25 markah ]






























5

SOALAN 3

Buku Tunai ruangan bank bagi Marvin Enterprise pada akhir bulan Februari telah menunjukkan baki
overdraf berjumlah RM 955 manakala Penyata Bank yang diterimanya untuk bulan yang sama
menunjukkan jumlah baki yang berbeza.

Setelah membuat semakan silang, En Marvin telah mengesan perkara-perkara berikut :

a) Cek-cek berikut telah dikeluarkan oleh Marvin Enterprise tetapi ianya masih belum
ditunaikan oleh penerima cek.
Cek no J umlah (RM)
45001 1 335
45004 895
45008 1 210
45011 665

b) Sekeping cek yang diterima daripada penghutang Restoran Mai Singgah berjumlah RM 880
telah dipulangkan oleh pihak bank dengan cop Rujuk Penyuruhbayar. Diskaun diberi
RM20 dibatalkan.

c) Marvin telah mendepositkan beberapa keping cek berikut pada akhir bulan Februari masih
belum dikreditkan oleh pihak bank :

Suria Jaya Trading RM 900
Ammar Auto Service RM 670

d) Penyata bank telah menunjukkan perkara-perkara berikut tetapi tidak dicatat dalam Buku
Tunai.

Caj bank RM 125
Buku Cek RM 15
Perintah tetap - insurans RM 560
Faedah atas simpanan tetap RM 425
Dividen daripada Petromas Berhad RM 1200
Faedah atas overdraf RM 35

e) Sekeping cek berjumlah RM1 880 yang telah dibayar kepada Pembekal Yeong telah
tersalah catat dalam buku tunai sebagai RM1 088.

f) Cek berjumlah RM1 221 diterima daripada Ken Trading telah tersilap catat sebagai
RM1 211 dalam Buku Tunai.

Anda dikehendaki :

i) Sediakan Buku Tunai dikemaskini
[12 markah ]
ii) Sediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 29 Februari 2012.
[10 markah ]
iii) Tunjukkan catatan dalam JURNAL AM untuk merekod diskaun diberi dibatalkan.
[ 3 markah ]
6

BAHAGIAN B
Arahan : Jawab mana-mana DUA soalan dalam bahagian ini
SOALAN 4
En Izlan adalah pemilik Syarikat Kejuruteraan Berjaya yang menjalankan perniagaan di Seberang
Jaya, Pulau Pinang.
Pada 1 Januari 2009, En Izlan telah membeli sebuah mesin pembancuh simen berharga RM84 000
daripada Persada Sdn Bhd. Beliau telah membayar tunai RM10 000 sebagai pendahuluan dan
selebihnya merupakan hutang dengan Persada Sdn Bhd.
Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan En Izlan :
Kadar Susutnilai Mesin - 10 % setahun atas kos
Tempoh perakaunan - 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun

Pada 1 Julai 2011, En Izlan telah membuat keputusan untuk menjual mesin tersebut pada harga
RM65 000 dan beliau telah menerima cek atas penjualan tersebut.

1. Anda dikehendaki menyediakan :
a) Catatan dalam Jurnal Am untuk merekod pembelian mesin tersebut pada 1 Januari 2009.
[ 2 markah ]

b) Jadual pengiraan susutnilai dan susutnilai terkumpul bagi mesin tersebut untuk tahun 2009,
2010 dan 2011.
[3 markah ]

c) Akaun-akaun berikut untuk tahun 2009, 2010 dan 2011 :
i. Akaun Mesin
ii. Akaun Susutnilai Terkumpul Mesin
[9 markah ]

d) Akaun Pelupusan Mesin pada 1 Julai 2011.
[4 markah ]

e) Catatan di bahagian belanja atau hasil dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun 2011.
[ 2 markah ]











7

SOALAN 5
Pelangi Indah Enterprise merupakan sebuah perniagaan kedai mini market. Baki-baki berikut telah
diperoleh daripada buku-buku akaun Pelangi Indah Enterprise pada 1 Mac 2012.
Bank RM 7 780
Kenderaan 45 000
Stok 9 800
Penghutang 2 450
Tunai 120
Pemiutang 6 330
Untung bersih 13 520
Modal ?
Urusniaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Mac 2011 :
a) Jualan 1/5 daripada jumlah stok perniagaan dan terima tunai berjumlah RM2 540
b) Komisen diterima tunai RM160 telah diambil oleh pemilik untuk kegunaan sendiri.
c) Belian sebuah van terpakai berharga RM6 700 secara kredit.
d) Keluarkan cek berjumlah RM1 260 kepada pemiutang untuk menjelaskan hutang. Terima
diskaun RM70.
e) Beli barangniaga secara kredit berkos RM2 300.
f) Terima tunai RM855 daripada penghutang yang menjelaskan hutang berjumlah RM900.
g) Bayar bil elektrik dengan cek RM120.
Anda dikehendaki :
1. Salin semula dan lengkapkan jadual persamaan perakaunan di bawah untuk menunjukkan
kesan urusniaga tersebut ke atas persamaan perakaunan. [10 markah ]
Urus
niaga
Kesan ke atas


Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik


Bank Kenderaan Perabot Stok Penghutang Tunai Pemiutang Utg
Bersih
Modal
2012 RM RM RM RM RM RM RM RM RM
Mac 1


2. Sediakan Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2012 selepas mengambilkira urusniaga di atas.
[4 markah ]
3. Berdasarkan maklumat daripada Kunci Kira-kira, hitungkan
i. Nisbah Semasa
ii. Nisbah Cepat [ 4 markah ]

4. Adakah perniagaan ini mampu membayar hutang jangka pendek serta merta? Jelaskan.
[2 markah ]
8

SOALAN 6

Glory Victory Enterprise mempunyai 3 orang pekerja. Berikut adalah maklumat berkaitan gaji
pokok setiap pekerja pada bulan Mei 2012.
RM
Rashid 4 500
Osman 3 200
Shankar 1 800

Maklumat tambahan :
i) Caruman KWSP adalah 11% bahagian pekerja dan 12% bahagian majikan.
ii) Elaun lebih masa bagi setiap pekerja adalah RM30 sejam. Jam bekerja lebih masa bagi
Rashid adalah 5 jam, Osman 3 jam dan Shankar 8 jam
iii) Potongan berikut telah di buat oleh majikan untuk setiap pekerja :

Nama pekerja
PERKESO Yuran koperasi PCB Pinjaman Perumahan
RM RM RM RM
Rashid - 50 90 400
Osman - 50 64 330
Shankar 12 50 36 -

Anda dikehendaki :

i) Menghitung gaji bersih setiap pekerja Glory Victory Enterprise untuk bulan Mei 2012.
[12 markah]
ii) Menyatakan 3 kaedah pembayaran gaji.
[3 markah]
iii) Menerangkan perbezaan antara gaji dan upah.
[2 markah ]
iv) Kira jumlah caruman KWSP keseluruhan yang akan dibayar oleh Glory Victory
Enterprise kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
[3 markah ]








SOALAN TAMAT. SEMOGA ANDA BERJ AYA!!