Anda di halaman 1dari 15

1

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES




HBEF 2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN


Name
Nor Khairul Nizat Bin Om
Matric number
820205025249001
NRIC
820205-02-5249
Telephone number
012-3673163
E-mail address
sirkrol@yahoo.com.my
Tutors name:
En. Ahmad Bin Zainal
Learning Centre:
Johor






SEPTEMBER 2012 Semester

2

PRAKATA
Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi
dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada En. Ahmad Bin Zainal, tutor Psikologi
Pendidikan (HBEF2103). Beliau banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan
ini berlaku. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominan
peranan seorang mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai
pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari
segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban
zaman yang hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya
sebagai renung-renungan dan selamat beramal.


`Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus





3

ISI KANDUNGAN









m/s
1.0 Pengenalan 4
2.0 Profil murid 6
3.0 Faktor menyebabkan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan dalam
aspek fizikal dan kognitif
7
3.1 Faktor Baka 7
3.2 Faktor Keluarga 7
3.3 Faktor Pemakanan 8
3.4 Faktor Rakan Sebaya 8
3.5 Faktor Pengaruh Persekitaran 9
4.0 Implikasi ke atas pengajaran dan pembelajaran 10
4.1 Kesediaan Belajar 10
4.2 Peneguhan Positif dan Negatif 10
4.3 Pembelajaran Koperatif 11
4.4 Pengajaran dan Pembelajaran Individu 11
4.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar 13
5.0 Kesimpulan 13
Rujukan
Lampiran
4

1.0 Pengenalan
Definisi Perkembangan
Perkembangan bermaksud suatu perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur dan
semua perubahan dalam perkembangan ini dapat membantu seseorang individu untuk
mencapai proses kematangan. Perkembangan kepada manusia ialah perubahan bersifat
kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perkembangan juga sebagai perubahan
pada pendapat struktur, dan tingkah laku seseorang individu itu. Ia terhasil daripada fungsi
faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Dengan kata lain, perkembangan boleh juga
dianggap sebagai proses individu itu untuk mencapai kematangan, pengukuhan dan
kestabilan. Terdapat banyak pendapat tentang perkembangan manusia ini antaranya Crow
dan Crow, berpendapat perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta
cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
.Orderly and lasting growth, adaptation and change over the course of a lifetime
Slavin 1997
Slavin (1997) berpendapat perkembangan berkaitan dengan mengapa dan bagaimana
seseorang individu itu untuk berkembang dan membesar, menyesuaikan diri dengan
persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau juga berpendapat seseorang
individu mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu dari segi fizikal, sosioemosional,
personaliti, bahasa serta kognitif.
Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan merupakan tindakan yang saling
berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Berbanding D.S Wright dan
Ann Taylor mentakrifkan perkembangan merupakan perubahan yang berlaku dalam warisan
hayat atau (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait
serta berhubung dengan pertambahan umur.
Definisi Pertumbuhan
Mengikut Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang
boleh diukur dan dinilai satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan yang lain dari
satu jangka masa ke satu jangka masa yang tertentu. Selain daripada itu, pertumbuhan juga
melibatkan perubahan diri dari segi kuantiti seperti berat badan, ketinggian, ukuran dada dan
sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan
juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh badan individu dalam proses menuju
5

proses kematangan.
Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan adalah perkembangan
seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan tulang, otot-otot,
kulit, rambut dan kelenjar. Berdasarkan Arnold Gesell dalam Kamarudin Husin, mengatakan
bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau juga
berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi kanak-
kanak yang normal cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang
terjadi pada manusia atau dengan kata lain fitrah manusia. Bagi Atan Long pula pertumbuhan
adalah perubahan yang boleh diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Di mana
kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat
dari masa ke semasa.
















6

2.0 Profil pelajar
Di sini penulis telah membuat satu kajian ke atas dua orang responden sekolah rendah tahun
dua Sekolah Kebangsaan Polis Kem bagi mempamerkan perbandingan di antara pertumbuhan
dan perkembangan. Terdapat beberapa perbezaan dari segi fizikal dan kognitif yang dapat
diperhatikan daripada kedua-dua responden ini. Berikut adalah maklumat-maklumat yang
diperoleh penulis berdasarkan dapatan temu bual ( Lampiran 1 ) berstruktur penulis dengan
responden.

Jadual 1 : Profil murid











Responden 1









Responden 2


Berat : 34 kg
Tinggi : 134 cm
Warna kulit : cerah
Hobi : melayari internet, membaca buku
Cita-cita : Doktor
Tahun : 2 UTM (pertama)
Bilangan adik-beradik: 2 orang
Pekerjaan Bapa : Guru
Pekerjaan Ibu : Guru
Keputusan peperiksaan tahun satu : 2/30







Berat : 30 kg
Tinggi : 129 cm
Warna kulit : sawo matang
Hobi : bermain bola, berbasikal
Cita-cita : Polis
Tahun : 2 USM (keempat)
Bilangan adik-beradik : 5 orang
Pekerjaan Bapa : Pemandu Bas
Pekerjaan Ibu : Suri rumah
Keputusan peperiksaan tahun satu : 15/29

7

3.0 Faktor-faktor memepengaruhi perbezaan pertumbuhan dan perkembangan
Berdasarkan maklumat daripada Jadual 1, dapatlah penulis merumuskan terdapat beberapa
faktor iaitu faktor-faktor endogen dan eksogen yang mempengaruhi perbezaan dalam aspek
pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif.
3.1 Faktor baka
Menurut Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang
diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula
menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen. Dengan kata lain setiap orang akan mewarisi sebahagian besar
sifat fizikal seperti ketinggian, bentuk badan, warna kulit daripada baka kedua-dua ibu
bapanya (Buss & Plomin, 1997). Berdasarkan aspek fizikal kedua-dua responden ini,
responden 1 mempunyai berat badan dan ketinggian yang berbeza jika dibandingkan dengan
responden 2. Ini kerana responden 1 mewarisi sifat fizikal ibu bapanya yang berfizikal tinggi.
Manakala responden 2 mewarisi sifat fizikal ibu bapanya yang berfizikal rendah. Selain
daripada itu kedua-dua responden ini juga mempunyai perbezaan dari segi kognitif seperti
dapatan maklumat Jadual 1, kelas dan keputusan peperiksaan. Menurut Alfret Binet,
Theodore dan Guiford mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat
dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich & Tombori, 1997). Menurut latar belakang
responden 1 dan 2, kedua-dua responden mempunyai latar belakang berbeza iaitu kerjaya ibu
bapa yang berbeza.
3.2 Faktor keluarga
Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan dari segi fizikal dan kognitif seseorang individu itu. Latar belakang ibu bapa
juga mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak. Jelaslah di sini perbezaan kognitif di
antara responden 1 dan 2 dipengaruhi oleh faktor keluarga. Menurut Baumrind (1995), cara
asuhan yang efektif ialah otoriatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak-anak untuk
berkembang tetapi meletakkan batasan yang perlu diikuti. Mengikut Jadual 1, responden 1
agak rendah aspek kognitif berbanding responden 2, ini kerana kemungkinan dorongan
responden 1 kurang mendapat perhatian daripada keluarga kerana mempunyai bilangan ahli
keluarga yang ramai jika dibandingkan dengan responden 2. Kedudukan ekonomi keluarga
juga mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang individu, bagi keluarga yang
berekonomi tinggi dapat menyediakan kelengkapan pembelajaran untuk anak-anak mereka.
8

Contohnya buku-buku latihan, menghantar anak ke pusat tuisyen, alat permainan yang
berunsurkan ilmiah dan sebagainya. Jelaslah di sini bolehlah dikatakan responden 2 berada di
golongan keluarga berekonomi tinggi.
3.3 Faktor pemakanan
Pemakanan juga merupakan salah satu faktor penyebab perbezaan pertumbuhan dan
perkembangan dari segi fizikal dan kognitif kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal,
mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil haruslah berzat, bersih dan
seimbang. Contohnya bagi ibu pengambilan makanan yang seimbang dan cukup haruslah
diambil ketika fetus di dalam kandungan. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan
mental, emosi dan fizikal perlulah dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan anak-
anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan
mengamalkannya menjadi amalan harian. Berdasarkan temu bual penulis dengan responden
pengambilan makanan ringan yang kerap menyebabkan fizikal responden 2 terbantut. Selain
itu responden 2 mengamalkan makanan tidak seimbang seperti tidak suka makan sayur-
sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Berbanding dengan responden 1, mungkin didikan ibu
bapanya tentang pemakanan seimbang menyebabkan responden 1 ini mempunyai perbezaan
dari segi fizikal dan kognitif berbanding responden 2. Selain itu makanan tambahan juga
mendorong seseorang itu mempunyai perbezaan pertumbuhan dan perkembangan. Hasil temu
bual penulis jelaslah responden 1 mendapat makanan tambahan oleh ibu bapanya berbanding
dengan responden 2.
3.4 Faktor rakan sebaya
Faktor rakan sebaya juga boleh mempengaruhi perbezaan pertumbuhan dan
perkembangan. Menurut Gross (2002), kanak-kanak pintar cerdas membentuk persahabatan
bukan berdasarkan umur kronologi, tetapi berdasarkan kesamaan dari segi tahap-tahap
perkembangan. Intelektual dan kematangan emosional membawa pengaruh yang besar ketika
kanak-kanak membina persahabatan dan memilih siapa rakan mereka. Kebanyakan pelajar
pintar cerdas akan mencari sahabat yang lebih tua darinya dan mempunyai tahap kemampuan
yang sama dengan mereka. Berdasarkan hasil pemerhatian penulis ke atas kedua-dua
responden memang terdapat perbezaan dari segi pergaulan dan berkawan. Responden 1 lebih
mempunyai ramai kawan yang lebih berusia daripadanya dan pandai. Ini kerana beliau tidak
menyukai jika rakan sebaya bersikap tidak matang dan lebih keanak-anakan. Responden 1
juga lebih suka berkawan dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dengannya iaitu
minat membaca buku-buku ilmiah. Berbeza pula dengan responden 2 yang lebih suka
9

berkawan dengan rakan sekelasnya sendiri di mana rakan-rakannya lebuh gemar bermain
daripada belajar. Ini menunjukkan perkembangan dari segi kognitif responden 2 adalah lebih
rendah berbanding responden 1 yang berpunca pemilihan rakan sebaya.
3.5 Faktor pengaruh persekitaran
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menekankan pengaruh
persekitaran juga boleh menyebabkan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan. Ia
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu
sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro, dan sistem krono. Menurut
Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak. Beberapa sistem ekologi Bronfenbrenner telah diambil untuk penulis membuat kajian
berkaitan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan. Sebagai contoh sistem mikro iaitu
merujuk kepada persekitaran terdekat di mana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa
dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Contohnya hubungan interaksi secara
langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam
sistem mikro ini memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
Berdasarkan pernyataan sistem mikro jelaslah perhubungan antara responden 1 dan
responden 2 dengan guru di sekolah sangat berbeza. Responden 1 lebih banyak berinteraksi
dengan guru-guru di sekolah berbanding responden 2 sebagai contoh bersoal jawab ketika
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.










10


4.0 Implikasi ke atas Pengajaran dan Pembelajaran
Kesan daripada perbezaan responden 1 dan responden 2, penulis telah membuat implikasi
dan langkah-langkah bagi mengatasi masalah perbezaan pertumbuhan dan perkembangan ke
atas pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa implikasi yang telah digunakan penulis
dan implikasi tersebut adalah seperti berikut:
4.1 Kesediaan Belajar
Sebagai seorang guru yang berdedikasi dan berinovatif haruslah menyediakan
persediaan untuk mengajar yang rapi bagi memastikan semua murid memperoleh maklumat
dan ilmu yang disampaikan. Setiap orang murid mempunyai gaya dan keupayaan berfikir
yang berbeza. Di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai perbezaan aras kecekapan murid
seperti aras tinggi, sederhana dan aras rendah, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga
berbeza. Guru perlulah menentukan hasil pembelajaran yang sesuai dan mengikut
kemampuan setiap muridnya. Perkara ini perlu diberi pertimbangan khusus, terutama sekali
bagi murid yang lambat. Jika guru mengabaikan mereka ini, mereka akan terus ketinggalan
dan menjadi pelajar yang akan gagal dan pelajar tercicir. Mengikut hukum pembelajaran
Thorndike latihan yang diulang-ulang adalah untuk meningkatkan kemahiran. Contohnya,
jika pelajar selalu mengulang kaji latihan Matematiknya, dia akan mengingatinya dengan
lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan
melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini juga sangat
sesuai digunakan bagi latihan hafalan. Hukum seperti ini amat sesuai digunakan guru bagi
mengatasi masalah seperti responden 2 dengan melakukan latihan yang diulang-ulang bagi
mengatasi masalah lupaan. Selain teknik pengajaran guru, latihan yang diberikan oleh guru
perlu mempelbagaikan aras bagi memastikan semua murid mendapat manfaat daripada
pembelajaran.
4.2 Peneguhan Positif dan Negatif
Menurut Teori pelaziman Operan Skinner (1953) gerak balas boleh dikuatkan atau
dihapuskan jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Menurut Skinner
lagi faktor ganjaran (peneguhan positif) dan dendaan (peneguhan negatif) berperanan
membentuk perkembangan individu. Ini jelas sebagai seorang guru haruslah memberi
peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai oleh semua guru dan ibu bapa semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu peneguhan negatif juga perlu
11

diberikan oleh guru bagi mengelakkan daripada tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai
contohnya seorang guru hendak mengelak murid membuat bising, akan mengatakan Saya
akan membenarkan pelajar yang diam pulang awal. Manakala pelajar bising akan pulang
lambat. Selain daripada itu prinsip Premack atau grandmother rule boleh digunakan oleh
seorang guru bagi mengendali perbezaan pelajar. Contohnya Pelajar yang dapat membuat
latihan matematik 15 betul, saya akan benarkan membaca komik. Secara tidak langsung
dengan cara ini membuat pelajar seperti responden 2 akan membuat latihan matematik
dengan cermat bagi mendapat sesuatu yang disukainya.
4.3 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid
dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
yang sama (Slavin, 1982). Menurut Teori Perkembangan Vygotsky, beliau menerangkan
tentang kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan
dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah
Kemahiran yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir manakala had
bawah bermaksud kemahiran yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Kebiasaannya
pembelajaran koperatif terdapat pelajar cerdas dan pelajar lambat, di mana dalam aktiviti
pembelajaran pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat untuk belajar. Pelajar
cerdas akan membantu pelajar lambat bersungguh-sungguh, kerana markah yang diperoleh
setiap individu akan menjadi markah kumpulan. Daripada dapatan ini, pembelajaran koperatif
adalah salah satu cara bagi membantu responden 2 dari aspek kognitif. Ada kalanya
pengajaran daripada rakan sebaya di dalam kumpulan ini lebih berkesan daripada guru. Ini
kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh rakan pelajar yang cerdas.
4.4 Pengajaran dan Pembelajaran Individu
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara individu juga boleh diguna pakai bagi
mengatasai masalah perbezaan individu ini. Pengajaran secara individu biasanya dalah
mengamalkan cara pengajaran menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu
dengan bahan-bahan pengajaran yang sesuai mengikut keupayaan dan minat pelajar.
Pengajaran cara ini dilakukan kepada murid yang mempunyai perbezaan dari segi intelek,
minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain seperti responden 2. Pengajaran
secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya.
Pengajaran ini boleh dilakukan seperti pengajaran biasa, dengan tujuan untuk mengatasi
12

masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. Guru akan
memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Pengajaran seperti ini juga tidak
menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan
sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan. Sebagai
contoh bagi responden 2, mempelajari bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang
membosankan, tetapi sekiranya guru penambahbaikan dengan membina model rumah
bersama pelajar menggunakan kotak-kotak yang besar dan melabelkan dengan Bahasa
Inggeris di dalamnya menjadikan pembelajaran lebih seronok.
4.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu mengajar
Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara pengajaran dan pembelajaran
yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku teks
tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah
untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid.
Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk
memahamkan pembelajaran yang akan diajar. Guru perlu menggunakan kepelbagaian alat
bantu mengajar seperti penyampaian maklumat melalui web, pencarian internet,
penyampaian maklumat melalui carta dan sebagainya. Menurut Ford Le Roy (1982), guru
yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran
tetapi seorang pelukis yang boleh memahami perbezaan individu. Menurut beliau lagi sesuatu
bahan dengan sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran kepada
murid, tetapi kemahiran guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang
berkekalan. Ini adalah kerana di dalam sesebuah kelas , terdapat perbezaan pelajar kerana
terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan ada yang
kinestatik. Pengajaran secara tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar penjelasan
dari guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan supaya pelajar lebih
cepat memahami dan mengingati apa yang disampaikan dengan berkesan. Dengan ini
menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih
ceria, di mana pelajar bukan sahaja dapat mendengar penerangan dari guru sahaja, malah
dapat melihat dan merasa ini sedikit sebanyak memotivasikan mereka untuk belajar
mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru tersebut.


13

5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting di dalam perbezaan
pertumbuhan dan perkembangan dalam aspek fizikal dan kognitif. Dapatan hasil kajian
tentang perbezaan pertumbuhan dan perkembangan mempengaruhi aspek fizikal dan kognitif,
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhinya, antara faktor-faktornya ialah faktor baka,
faktor keluarga, rakan sebaya dan faktor pengaruh persekitaran. Di sini juga penulis telah
membincangkan juga implikasi bagi mengatasi masalah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah kesediaan belajar, pembelajaran koperatif, peneguhan positif
dan negatif, pengajaran dan pembelajaran individu serta mempelbagaikan bahan bantu
mengajar. Terdapat beberapa teori yang diguna dan dibincangkan penulis untuk kajian ini. Di
antaranya ialah Teori Ekologi Bronfenbrenner, Teori pelaziman Operan Skinner dan Teori
Perkembangan Vygotsky. Berdasarkan kajian dilakukan penulis ke atas responden-responden
serta teori-teori yang digunakan dapatlah sedikit sebanyak menyelesaikan masalah perbezaan
pertumbuhan dan perkembangan mempengaruhi fizikal dan kognitif.













( 2549 Patah Perkataan )
14

RUJUKAN
Skinner, B.F. (1965). Reflections on Decade of Teaching Machines. Teaching Machines and
Programmed Learning II. Washington D.C: National Education Association
Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society. Dalam Cole, M., Steiner, V.J., Scrbaer, S.,
Souberman, E. The Development of Psycohological Process. MA: Havard University Press
Slavin, R.E. (1997). Education psychology, Theory and Practice. 5th ed. Boston: Allyn and
bacon.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd
Bandura, A. (1996). Social foundation of though and action: A sosial cognitive theory.
Englewoods Cliffs, NJ: Prentice-Hall
Piaget, J. (1971). The Children Conception of The World, London: Routledge & Kagan Paul
Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second
Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Gary D, Borish & Martin L. Tombori. (1996). Education psychology. Longman Sdn. Bhd.










15

LAMPIRAN 1


Set Soalan Temu Bual

1. Berapa berat dan tinggi kamu?
.
2. Berapa bilangan adik-beradik kamu?

3. Apakah pekerjaan ibu bapa kamu?


4. Apakah hobi kamu?

5. Cita-cita kamu bila dewasa?

6. Siapa kawan baik kamu?

7. Aktiviti masa lapang kamu?

8. Makanan kegemaran kamu?

9. Makanan tambahan seperti vitamin di rumah?

10. Mata pelajaran kegemaran kamu?

11. Guru yang kamu suka?

12. Permainan kegemaran kamu?

Anda mungkin juga menyukai