Anda di halaman 1dari 13

PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

1

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua
insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila
berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka
juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal.
Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain
supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada
dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan
individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang
normal (Lokman, 2009).

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna
pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa
seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik
pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta
dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak
individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan
dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau
perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

2.0 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini
menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk
menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-
murid khas. Di bawah ini dinyatakan beberapa definisi bagi pendidikan khas.

Hallahan dan Kauffman (2006) mendefinisikan Pendidikan Khas sebagai satu bentuk
pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program
pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

2

Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah
pengajaran khusus.

Friend (2005) mendefinisikankan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di
reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.
Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau
institut lain. Mansor (2005) menyatakan Program Pendidikan Khas di Malaysia
merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima
seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi
diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Murid khas adalah murid yang begitu istimewa sekali. Begitulah juga dengan guru
yang mengajar mereka haruslah mempunyai kemahiran istemewa. Biasanya setiap
guru yang mahir akan menganalisis murid mereka dahulu sebelum memulakan
sesuatu pengajaran. Ini boleh dikatakankan seperti suai kenal di mana guru mestilah
mengenali murid yang hendak mereka ajar. Oleh itu sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk kanak-kanak khas ini perlu mengambil kira ciri-ciri keistimewaan
dan keperluan mereka bagi memberi pembelajaran yang bermakna bagi mereka.
Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti apakah model-model teoritikal atau
pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pelajaran anak-
anak ini.

Sebagai seorang guru yang mahir, sebelum kita memahami model-model
teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses PdP, kita juga perlu terlebih dahulu
memahami beberapa konsep asas dalam pengajaran kanak-kanak khas ini. Di
bawah ini dinyatakan konsep asas dalam pengajaran kanak-kanak khas iaitu :-
1. Strategi dan Pendekatan Pengajaran - merujuk kepada bagaimana kita
seorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan
mengakhiri pengajaran.
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

3

2. Kaedah Pengajaran - merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah
diterima pakai oleh banyak pihak. Perancangan ini termasuklah kawalan guru
terhadap urutan perlakasanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan.

3. Strategi Pengajaran - merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang
khusus yang digunapakai oleh guru. Strategi pengajaran lebih berfokus
kepada perancangan-perancangan kecil untuk mencapai objektif pengajaran.

4. Tenik Pengajaran merupakan sistem atau mekanisme penyampaian ilmu
dan kemahiran. Teknik pengjaran memerlukan prosedur-prosedur khusus
pada skala yang kecil. Dalam satu strategi pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang dalam suatu PdP boleh mengandungi beberapa teknik
pengajaran.

4.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI BAGI
KELAS PENDIDIKAN KHAS

4.1 Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah dan ia
paling sesuai digunakan dalam PdP Pendidikan Khas. Kaedah ini merupakan satu
cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka
semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya.
Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi
murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang
dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi
peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai
maklumat, proses atau prinsip tertentu.

4.2 Kaedah Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

4

yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang
benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal. Tujuan kaedah simulasi adalah
untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu
dalam penyelesaian masalah.

4.3 Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita juga amat sesuai dipraktikkan dalam Pendidikan khas. Cerita
adalah satu susunan kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar
berlaku atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia
memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat
pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat. Bercerita dapat mencernakan
daya kreatif dan imaginasi pelajar. Ia dapat melatih pelajar dengan pelbagai
kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur) serta menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi
sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka.

4.4 Kaedah Memberi Arahan

Kaedah memberi arahan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam
PdP pendidikan khas. Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan
kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa
yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari
bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru
haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula.
Arahan yang tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan
menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.


5.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam usaha
guru untuk membimbing murid-murid berkeperluan khas. Dengan adanya strategi,
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

5

seseorang guru akan lebih tertumpu dan teratur dalam penyampaian pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan pelbagai kaedah dan strategi yang sesuai
dalam PdP adalah baik untuk perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat,
minat serta latar belakang murid memandangkan murid berkeperluan khas ini
mempunyai keupayaan yang berbeza-beza,

Perlu diingat bahawa faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid
terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Dalam sesi pembelajaran, guru
seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar
secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut
tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:
1. Strategi pemusatan guru - Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid
adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri
kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan
pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.

2. Strategi pemusatan murid - Komunikasi dan interaksi di antara guru dan
murid adalah secara dua hala. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik.
Murid digalakkan memberi pendapat mereka.

3. Strategi pemusatan bahan pelajaran - Strategi ini lebih mengutamakan
kecekapan dan kemahiran dalam menggunakan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pengajaran. Guru atau murid perlu bergantung
sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif
pengajaran.

6.0 MASALAH BAHASA MELAYU MURID PENDIDIKAN KHAS Esei pendek
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.Melayu di sekolah, lisan merupakan
satu asas kemahiran yang penting di mana jika ditinjau dengan teliti, terdapat dua
aspek kemahiran kecil dalam lisan iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran
Bertutur. Kanak-kanak akan mendengar dahulu sesuatu perkataan atau ayat,
kemudian baru dia ikut bertutur perkataan atau ayat itu. Kanak-kanak mula
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

6

menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru
serta menuturkannya berulang-ulang.
Masalah dalam PdP Bahasa Melayu murid pendidikan khas ini adalah apabila
seseorang kanak-kanak itu tidak dapat mengecam, mengenal dan mengamati apa
yang didengarnya. Dengan erti kata lain, murid ini tidak dapat memahami
perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Masalah apabila murid
tidak memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa yang di ajar
kepadanya.
Kelemahan dalam mengikut arahan juga merupakan satu masalah kepada
guru dalam PdP Bahasa Melayu. Bagaimana aktiviti yang dirancang oleh guru boleh
berjalan lancer jika murid sukar untuk memahami atau mengikut arahan yang diberi
oleh guru mereka. Ini akan menjadikan objektif PdP yang dirancang tidak akan
tercapai.
Satu lagi masalah yang dikesan dalam PdP Bahasa Melayu murid Pendidikan
khas ini adalah pada kemahiran mengingat kembali pelajaran yang lepas.
Kebanyakan murid pendidikan khas amat sukar untuk mengingati semula apa yang
telah mereka pelajari kerana memori ingatan mereka pendek yang membawa
bermaksud mereka tidak boleh menyimpan sesuatu ingatan itu dalam jangka masa
yang panjang. Memori itu hanya sekejap singgah di ingatan mereka dan
kemudiannya akan lenyap jika tiada pengulangan atau ingat semula dilakukan oleh
guru. Di sini guru perlu sentiasa mengulang-ulang apa yang penting dalam PdP.
Jika tidak, murid ini akan terus lupa.
Selain itu, murid pendidikan khas juga sukar atau tidak boleh untuk
menentukan idea utama atau isi-isi penting penting. Mereka juga tidak boleh
membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan apa yang mereka pelajari.
Untuk dua aspek ini, bagi murid pendidikan khas, guru perlu memainkan peranan
bagi menerangkan isi penting dan rumusan PdP yang dijalankan.
Kelemahan dalam kemahiran bertutur juga merupakan satu masalah dalam
Bahasa Melayu. Kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan
bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada
(tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang
dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

7

lisan bahasa Melayu kerana bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsur-
unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Murid pendidkan khas juga sukar untuk mengenal pasti intonasi dalam
pertuturan atau pembacaan bahasa Melayu mereka. Intonasi dalam pertuturan atau
pembacaan yang berbeza-beza ini amat penting dalam PdP bahasa Melayu bagi
mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga
perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS :
MATA PELAJARAN :
TARIKH :
MASA :
BILANGAN MURID :
TEMA : Perkakasan Dapur
TAJUK : Membatangkan suku kata
KEMAHIRAN : Murid dapat membaca dan mengenal suku kata
PENGGABUNGJALINAN ISI KANDUNGAN : Lisan
HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran ini, murid sekurang-
kurangnya dapat membatangkan :
i dua suku kata yang dipelajari
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid pernah menyebut dan melihat
perkataan yang dipelajari.
PERENTASAN KURIKULUM : PENDIDIKAN SENI
PENERAPAN NILAI : Mendengar arahan , yakin diri
MI : Kecerdasan ruang, kecerdasan linguistic
UNSUR TERAPI : Terapi seni, terapi pertuturan
KBKK : Membuat urutan, membanding dan membeza
BBM : Lembaran kerja, pensel warna
RUTIN : Murid memberi salam pada permulaan kelas dan
mengucapkan terima kasih apabila kelas berakhir.
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

8


LANGKAH
ISI
KANDUNGAN

AKTIVITI

CATATAN
SET
INDUKSI
( 5 minit )

Pengenalan
kepada
perkakasan
dapur
1. Murid-murid diberi satu situasi
di dapur oleh guru dan
diminta menyebut peralatan
yang ada di dapur.
2. Murid-murid menjawab soalan
yang ditanya oleh guru.
Contoh soalan ;
a) Apakah barang yang
terdapat di dapur ?
b) Apa kegunaan cawan ?
ABM :Kad gambar

NILAI MURNI :
- mendengar arahan
- yakin diri

KBKK :
Membanding dan
membeza

LANGKAH
1
(15 minit )

Pengenalan
suku kata
1. Murid-murid melihat guru
menunjukkan kad yang
mengandungi suku kata.
2. Murid-murid dikehendaki
membatangkan suku kata
yang ditunjukkan oleh guru
seorang demi seorang.
3. Murid-murid dibahagikan
kepada beberapa kumpulan
dan dikehendaki
membatangkan suku kata
yang betul berdasarkan nama
peralatan yang disebut oleh
guru.
4. Murid-murid dikehendaki
menampal kad suku kata
yang telah dipilih di papan
putih.
ABM : Kad suku kata

UNSUR TERAPI :
- Terapi pertuturan

MULTIPLE
INTELEGENT :
- Kecerdasan
Linguistik

NILAI MURNI :
- mendengar arahan
- yakin diri
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

9


LANGKAH
ISI
KANDUNGAN

AKTIVITI

CATATAN
LANGKAH
2
( 20 minit )

Membina suku
kata
1. murid-murid diberikan oleh
guru sehelai lembaran kerja
yang mempunyai gambar
perkakas dapur.
2. Murid-murid diarahkan
untuk mewarnakan gambar
perkakasan dapur.
3. Murid-murid dikehendaki
menggunting lembaran yang
terdapat suku kata.
4. Murid-murid dikehendaki
menampal suku kata yang
telah digunting di atas helaian
bergambar dengan betul.

ABM :
- Warna crayon
- lembaran kerja

MULTILPE
INTELLEGENT :
- Kecerdasan Ruang

UNSUR TERAPI :
Terapi Seni
Terapi Fisio

NILAI MURNI :
- mendengar arahan
- Yakin diri
LANGKAH
3
( 10 minit )
LATIH TUBI 1. murid-murid diberi sehelai
lembaran kerja.
2. Murid-murid mendengar
arahan guru.
3. Murid-murid membuat
latihan yang terdapat di
dalam lembaran kerja.

ABM : lembaran
kerja

KBKK :
- membuat urutan

NILAI MURNI :
- mendengar arahan
- yakin diri
PENUTUP
( 3 minit)


NYANYIAN 1. Murid-murid mendengar guru
menyanyi.
2. Murid-murid menyanyi
bersama guru.
Lagu : Alatan dapur
Melodi : Tanya Sama Pokok
UNSUR TERAPI :
- Terapi Muzik

NILAI MURNI :
- mendengar arahan
- yakin diri
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

10

7.0 REFLEKSI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PdP

Tugasan ini meminta saya mengenalpasti kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran bagi kelas pembelajaran khas yang sesuai dijalankan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Kemudian saya diminta untuk merancang satu
rancangan pengajaran harian (RPH) dan seterusnya melaksanakan raancangan
pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang terhadap murid bermasalah
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengajaran dan pembelajaran telah saya jalankan ke atas lima orang murid
khas berkategori bermasalah pembelajaran di kelas Ibnu Rushd 2 di Sekolah
Kebangsaan Taman Desa 2, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor Darul
Ehsan. Tajuk pelajaran yang telah saya jalankan ialah membatang dua suku kata.
Dalam PdP ini, murid-murid ini telah diberikan kepada satu situasi di dapur di
mana mereka perlu menyebut peralatan yang ada di dapur. Saya memilih situasi ini
kerana semua murid setiap hari akan ke dapur untuk makan kerana makan adalah
keperluan asas dalam hidup manusia. Sewaktu makan, mereka pasti akan
menggunakan alatan dapur seperti pinggan, sudu, garpu, gelas, cawan dan
sebagainya. Dengan memilih situasi ini pasti akan meransang murid-murid untuk
memberikan jawapan terutamanya dalam langkah set induksi yang meminta murid
menyebut nama-nama alatan di dapur. Permulaan PdP nampak berkesan kerana
murid berlumba-lumba untuk menjawab kerana mereka tahu jawapannya.
Seterusnya, pada langkah 1, saya telah menggunakan kad suku kata yang
ditunjukkan kepada murid. Murid-murid dikehendaki membatangkan suku kata yang
ditunjukkan oleh guru seorang demi seorang secara rawak. Kemudian murid-murid
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membatangkan
suku kata yang betul berdasarkan nama peralatan yang disebut oleh guru. Selepas
itu, murid-murid dikehendaki menampal kad suku kata yang telah dipilih di papan
putih. Dalam aktiviti ini, saya telah mengesan kelemahan murid dengan mengamati
setiap sebutan dan intonasi pertuturan murid itu. Contohnya, ada murid yang
menyebut perkataan gar+pu dengan sebutan gal+pu dan sebagainya.
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

11

Di dalam langkah kedua, saya telah memilih strategi berpusatkan bahan di
mana saya telah memberikan lembaran kerja yang mempunyai gambar perkakas
dapur kepada setiap murid. Murid-murid ini dimintakan untuk mewarnakan gambar
perkakasan dapur secara kreatif. Saya lihat murid-murid khas ini menunjukkan
minat dalam melakukan aktiviti mewarna ini. Selepas mereka habis mewarna
gambar-gambar yang diberi, murid-murid ini dikehendaki pula untuk menggunting
lembaran yang terdapat suku kata dan seterusnya menampal suku kata yang telah
digunting tadi di atas helaian bergambar dengan betul.
Pada langkah ketiga ini, saya telah menggunakan kaedah memberi arahan di
mana kaedah ini sesuai dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam
langkah ini, murid-muridtelah diberi sehelai lagi lembaran kerja. Kemudian, Murid-
murid perlu mendengar apa yang diarahkan oleh guru secara lisan. Murid-murid
diminta membuat lagi latihan yang terdapat di dalam lembaran kerja sebagai latih
tubi di mana teknik latih tubi ini baik dijalankan di dalam PdP kerana ia boleh
menguatkan lagi kefahaman murid dalam pelajaran.
Di akhir PdP, saya telah menggunakan teknik nyanyian sebagai terapi muzik.
Sebagai yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya amat gemar kepada muzik dan
aktiviti ini dijalankan agar murid akan berasa seronok dalam pembelajaran sekali gus
meransang murid untuk terus belajar. Mungkin aktiviti ini boleh meransang murid
agar mereka tidak sabar untuk menyambung pelajaran mereka pada hari berikutnya.
Cadangan penambahbaikan terhadap PdP yang telah saya jalankan
antaranya seperti guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang
tersusun. Guru juga perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk
menerangkan sesuatu konsep pengajaran. Pengajaran hendaklah dibahagikan
kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Selain itu,
guru perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai
sesuatu pelajaran itu. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun juga hendaklah
menarik dan boleh melibatkan semua murid mengambil bahagian secara aktif.
Selain itu, guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan
menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan
PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

12

atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai
perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang
khusus berkaitan auding.
Pada pendapat perbadi saya sepanjang PdP ini dijalankan dapat disimpulkan
bahawa terdapat beberapa masalah yang dialami oleh murid bermasalah
pembelajaran dalam pengajaran bahasa Melayu. Mereka juga tidak cekap
menggunakan pengetahuan sedia ada mereka selain mudah lupa dengan apa yang
mereka telah pelajari. Mereka juga tidak dapat menggunakan bahan atau strategi
pembelajaran yang disediakan dengan berkesan tanpa bantuan guru. Dengan itu,
guru perlu bijak dalam memilih kaedah, strategi dan bahan PdP yang sesuai dan
terbaik untuk mereka agar objektif pelajaran yang hendak disampaikan pada hari itu
dapat dicapai.




PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

13

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru (2008), Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya

Lee Lay Wah. (2009). Strategi pengajaran ePKhas-Lee. Dari laman
web: http://epkhas.ses.usm.my/content/strategi-pengajaran-epkhas

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. (2006). Bias Pengajaran Guru dalam
Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher
Education.

Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), Kaedah dan Strategi Pengajaran
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, Universiti Sains Malaysia (USM)

http://pomizi-pedagogi.blogspot.com