Anda di halaman 1dari 43

1

PANDUAN
Belajar semua bab dan Tajuk
Membina soalan sendiri semasa membaca
Membina nota ulangkaji yang menyeluruh
ikut bab dan terperinci
Membuat nota ringkas
Menggunakan buku Teks 100%
Perbincangan kumpulan
Perbanyakkan latih tubi

TEKNIK MENJAWAB
SOALAN SEJARAH
SOALAN 0BJEKTIF (KERTAS 1)
40 SOALAN
MASA 1 JAM
1. Baca semua bab Tingkatan 4 dan 5

2. Murid mesti mempunyai buku teks Tingkatan 4 jika
dalam Tingkatan 5 (buat salinan)

3. Soalan yang keluar adalah seimbang lebih hanya 2
atau 3 sahaja

4. Setiap tema soalan dikeluarkan

KERTAS 2
SOALAN STRUKTUR
1 ISI 1 MARKAH
JIKA SOALAN 2 MARKAH MEMADAI
2 ISI
ISI TIDAK PERLU HURAIAN
TERDAPAT JUGA JAWAPAN YANG
BOLEH TERDIRI DARIPADA
BEBERAPA PERKATAAN
CONTOH 1
MENGAPA BRITISH BERSETUJU
MEMPERKENALKAN SISTEM AHLI?
JAWAPAN:
SELARAS DENGAN DASAR
DEKOLONISASI
MENGURANGKAN PENGARUH
PARTI KOMUNIS MALAYA
sambungan
PENGGUNAAN JAWAPAN ATAU
ISTILAH TEPAT DENGAN KEHENDAK
SOALAN

JIKA SOALAN FOKUS KEPADA
AKTIVITI MAKA JAWAPAN PERLU
BERSIFAT KATA KERJA
CONTOH 2
NYATAKAN AKTIVITI EKONOMI SARA
DIRI MASYARAKAT MELAYU
TRADISIONAL
JAWAPAN:
I) BERTANI
II) MELOMBONG
III)MENTERNAK
sambungan
JIKA SOALAN FOKUS KEPADA
PIHAK ATAU GOLONGAN JAWAPAN
PERLULAH MERUJUK KEPADA
PIHAK ATAU GOLONGAN
CONTOH 3
NYATAKAN DUA PIHAK YANG
MENERIMA ISLAM SECARA RAHSIA
JAWAPAN:
I) AHLI KELUARGA
II) KAUM KERABAT
III) GOLONGAN HAMBA

EJAAN
ADA KELONGGARAN JIKA
MELIBATKAN NAMA TOKOH BARAT

CONTOH: JOHN CRAWFORD JON
CRAWFORD
SINGKATAN
* DIBENARKAN JIKA HANYA SATU SAHAJA
PERTUBUHAN YANG MENGGUNAKAN
CONTOH: OIC
* NAMUN JIKA MELIBATKAN SINGKATAN
YANG BOLEH DIPALBAGAIKAN SEPERTI
PMS YANG BOLEH MERUJUK KEPADA
PELBAGAI MAKSUD MAKA PELAJAR
DIGALAKKAN MENULIS PENUH
KATA TUGAS
BAGAIMANAKAH AGAMA HINDU
BUDDHA TERSEBAR KE ASIA
TENGGARA?
I) MELALUI PEDAGANG
II) MELALUI PENAKLUKAN
sambungan
NYATAKAN GOLONGAN YANG
BERTANGGUNGJAWAB MEMBAWA
AGAMA HINDUBUDDHA KE ASIA
TENGGARA.
I) GOLONGAN PEDAGANG(VAISYA)
I) GOLONGAN TENTERA (KSYATRIA)
II) GOLONGAN PENDETA (BRAHMIN
Contoh Soalan Struktur
1(a) Nyatakan tiga faktor pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu.
(i) Ketegasan orang Melayu membantah
Malayan Union
(ii) Sikap politik Melayu yang sederhana
(iii) Gesaan Piagam Atlantik 1945
(3 markah)
sambungan
(b) Nyatakan dua tuntutan orang Melayu
dalam Jawatankuasa Eksekutif.
(i) Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak
semua prinsip dan struktur Malayan
Union.
(ii) Mereka menginginkan sebuah
persekutuan seperti konsep Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu.
(2 markah)
sambungan
(c) Mengapakah perundingan dalam
Jawatankuasa Eksekutif ditentang oleh orang
dagang dan golongan radikal Melayu.

Mereka berpendapat Jawatankuasa Eksekutif itu
tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai
oleh seorang pun perwakilan orang dagang.
Mereka menuntut konsep sebuah republik dan
kemerdekaan penuh.
(2 markah)
sambungan
(d) Siapakah pemimpin golongan radikal
Melayu?
Dr. Burhanuddin al-Helmy (1 markah)

(e) Nyatakan dua ciri utama Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(i) Sebuah persekutuan dibentuk dengan
gabungan sebelas buah negeri.
(ii) Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British.
(2 markah)
SOALAN ESEI
5 SOALAN JAWAB 3
1 ISI 1 MARKAH
MASA : 2 JAM 30 MINIT

KANDUNGAN JAWAPAN
JIKA SOALAN ADA BEBERAPA TAHAP
SEPERTI 3 TAHAP ATAU BEBERAPA
FAKTOR SEPERTI 4 FAKTOR, MAKA
KANDUNGAN JAWAPAN PERLU MELIPUTI
TAHAP ATAU FAKTOR YANG
DINYATAKAN UNTUK MEMPEROLEH
MARKAH MAKSIMUM.
CONTOH: TERANGKAN PERKEMBANGAN
GERAKAN NASIONALISME TAHAP
PERTAMA DAN TAHAP KEDUA DI ASIA
TENGGARA (8M)
TAHAP PERTAMA 4 ISI - 4 MARKAH
TAHAP KEDUA 4 ISI - 4 MARKAH
SOALAN
ADA SOALAN ATAU ESEI YANG
DINYATAKAN JUMLAH ISI YANG
DIPERLUKAN DALAM SOALAN
CONTOH: TERANGKAN 4 CIRI YANG
MEMBAWA KEPADA PROSES KEHIDUPAN
YANG LEBIH BERTAMADUN. (8M)
MAKA CALON PERLU KEMUKAKAN 4 CIRI
DAN 1 HURAIAN BAGI SETIAP CIRI
UNTUIK MEMPEROLEH MARKAH
MAKSIMUM
sambungan
BAGI SOALAN YANG TIDAK
DINYATAKAN JUMLAH ISI YANG
DIPERLUKAN MAKA:
JUMLAH ISI YANG PERLU
DIKEMUKANAN OLEH CALON
BERGANTUNG KEPADA KATA
TUGAS DAN JUMLAH MARKAH
YANG DIPERUNTUKKAN.
PECAHAN SOALAN
SETIAP SOALAN TERDIRI DARIPADA
3 PECAHAN
CONTOH
5(a)
5(b)
5(c)
Kata tugas
BIL KATA TUGAS PERKARA


1
APAKAH
BAGAIMANAKAH
JELASKAN
NYATAKAN
MENGAPAKAH
BANDINGKAN


FAKTA DAN CONTOH
JIKA ADA
CONTOH
5. (a) Jelaskan faktor-faktor pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. (6M)

Faktor pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu 1948 ialah (F1) ketegasan
orang Melayu membantah Malayan Union di
bawah pimpinan Dato Onn Jafar. Selain
itu,(F2) Perpaduan di kalangan orang
Melayu yang terdiri daripada golongan raja
dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain
yang menyokong Malayan Union.

sambungan
(F3) Faktor sokongan bekas pegawai British
yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua juga
mendorong British membentuk Persekutuan
Tanah Melayu. Contohnya, Sir George
Maxwell. (F4) Sokongan daripada pegawai
tinggi British juga telah membantu orang
tempatan menggantikan Malayan Union
dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Contohnya, Sir Malcolm MacDonald.
sambungan
(F5) Di samping itu faktor sikap politik orang
Melayu yang sederhana telah mendorong
British menerima kehendak mereka.(F6)
Akhir sekali, UMNO tidak menuntut
kemerdekaan daripada British.

(F7) Tambahan pula, Piagam Atlantik 1945 yang
dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) tidak menggalkkan penjajahan
baru sebaliknya meminta negara-negara
kolonial memberikan latihan berkerajaan
sendiri kepada penduduk tempatan.
Kata tugas
BIL KATA TUGAS PERKARA

2

TERANGKAN
CERITAKAN
FAKTA,
HURAIAN DAN
CONTOH JIKA
ADA
CONTOH
5(a) Terangkan faktor-faktor pembentukan
Persektuan Tanah Melayu. (8M)

Faktor pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu 1948 ialah(F1) perpaduan di
kalangan orang Melayu yang terdiri daripada
golongan raja dan rakyat telah dapat
mengatasi pihak lain yang menyokong
Malayan Union.(H1) Keupayaan orang
Melayu memujuk dan mendesak British
untuk menghidupkan semula dasar
perlindungan telah membantu mereka
menolak Malayan Union. 2m


sambungan
(F2) Faktor sokongan bekas pegawai British yang
pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua juga mendorong British
membentuk Persekutuan Tanah Melayu. (H1)
Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.
Contohnya, Sir George Maxwell. 2m

(F3) Sokongan daripada pegawai tinggi British
juga telah membantu orang tempatan menggantikan
Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.
(H1) Mereka telah membantu orang tempatan
menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Contohnya, Sir Malcolm MacDonald.

2m
sambungan
(F4) Di samping itu faktor sikap politik
orang Melayu yang sederhana telah
mendorong British menerima kehendak
mereka.(H1) Orang Melayu hanya
menulis dalam akhbar, berdemonstrasi,
berkongres dan memujuk Raja-Raja
Melayu untuk menyokong penentangan
terhadap British. (H2) Mereka tidak
mengangkat senjata seperti Parti
Komunis Malaya (PKM)
2m


KATA TUGAS
BIL KATA TUGAS PERKARA

3

HURAIKAN

FAKTA,
HURAIAN DAN
CONTOH
CONTOH
5(a) Huraikan faktor-faktor kemunculan
nasionalisme di Asia Tenggara. (9M)

Faktor kemunculan nasionalisme di
Asia Tenggara adalah (F1) dasar penjajah
Barat yang telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati di kalangan rakyat negara-
negara di Asia Tenggara.(H1) Sistem
birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak
memberikan peluang yang sewajarnya
kepada rakyat tempatan dalam sistem
pentadbiran moden. Contohnya, Sistem
Tanaman Paksa di Indonesia yang jelas
menindas penduduk pribumi.
3m
sambungan
(F2) Faktor seterusnya adalah pengaruh
agama yang begitu jelas dalam mencetuskan
nasionalisme di Asia Tenggara. (H2) Agama
telah berjaya menyatukan rakyat tempatan
untuk menghadapi penindasan dan pengaruh
kebudayaan Barat serta agama Kristian.
Contohnya, kemunculan Gerakan Islah di
Indonesia yang menunjukkan peranan
agama sebagai alat perpaduan dan golongan
agama sebagai pencetus nasionalisme.
3m

sambungan
(F3) Di samping itu, karya
kesusasteraan di asia Tenggara turut
berperanan dalam membangkitkan
nasionalisme di asia Tenggara. (H1)
Karya-karya ini merupakan media untuk
menyampaikan mesej kesengsaraan
dan kekecewaan terhadap penindasan
penjajah yang akhirnya membangkitkan
kesedaran bangsa dan kecintaan tanah
air. Contohnya, di Tanah Melayu novel
Putera Gunung Tahan karya Pak Sako.
3m
Boleh tulis fakta tambahan
(F4) Akhir sekali, sistem pendidikan juga
merupakan antara faktor yang mencetuskan
nasionalisme. (H1) Ini adalah kerana sikap
penjajah mengamalkan sikap pilih kasih
dalam menyediakan kemudahan pendidikan
dengan mengutamakan sekolah yang
menggunakan bahasa penjajah sebagai
bahasa pengantar. (H2) Penjajah hanya
memberikan pendidikan pada peringkat
rendah dan terhad kepada golongan elit dan
penduduk bandar. Contohnya, di Tanah
Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar
mendapat pekerjaan berbanding lepasan
Inggeris.
3m

Kata Tugas
BIL KATA TUGAS PERKARA


4


KEMUKAKAN
SAMA ADA
SETUJU ATAU
TIDAK
ADA
RASIONAL
KEDUA-DUA
JAWAPAN
BOLEH
DITERIMA
CONTOH

F1 Tidak wajar 1m
H1 berjuang untuk mempertahankan
tanah air daripada penjajahan 1m
H2 sanggup berkorban untuk negara 1m
H3 Sepatutnya dihukum bunuh 1m

sambungan
F2 Wajar 1m
H1 Pemberontak 1m
H2 Jauh dari Tanah Melayu 1m
H3 sebagai pengajaran 1m

* Kedua-dua jawapan diterima asalkan
rasional dan mengikut masa
KATA TUGAS
BIL KATA TUGAS PERKARA

5

BANDINGKAN
FORMAT KHAS

BUAT
PERBANDINGAN
SOALAN
6(A) Bandingkan ciri-ciri kerajaan agraria dan
maritim. (6M)
* Perlu 3 fakta setiap kerajaan.
F1 Kerajaan agraria adalah kerajaan
yang menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan pertanian, penternakan, dan
pemungutan hasil hutan dan sungai.
Manakala kerajaan maritim pula ialah
kerajaan yang menjalankan kegiatan
ekonomi berasaskan perdagangan dan
kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.
2m
sambungan
F2 Kerajaan agraria terbentuk
umumnya di kawasan pertanian yang
subur seperti di lembah sungai dan
pedalaman seperti di kawasan berbukit
dan di lereng tanah gunung berapi.
Manakala kerajaan maritim terletak
berhampiran dengan kawasan di
pesisir pantai, lembah sungai dan
kepulauan.
2m

sambungan
F3 Akhir sekali, kerajaan agraria
mempunyai kemahiran dalam
pembinaan sistem pengairan yang baik.
Manakala kerajaan maritim
masyarakatnya mahir dalam membuat
perahu dan kapal layar.
2m

* Kalau soalan bukan bandingkan mesti
jawap secara berasingan.
Akhirnya
MURID MESTI:
1. Baca keseluruhan soalan
2. Pilih soalan untuk dijawab
3. Tandakan Kata Tugas dan Jumlah
markah yang diperuntukkan.
4. Fahami kehendak soalan
5. Jawab soalan dengan Tenang dan
Yakin
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai