Kelas : 5 Bakawali Bilangan pelajar : 16 orang (8 lelaki dan 8 perempuan) Subjek : Sains Tema : Menyiasat Daya dan Tenaga Tajuk : Litar Bersiri dan Litar Selari Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran, murid dapat : 2.2 Memahami litar bersiri dan litar selari Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran : 1. 80% murid dapat melukis litar ringkas. 2. 3 daripada 5 orang murid dapat mengenalpasti susunan mentol dalam keadaan sesiri dan selari. 3. 80% murid dapat membuat litar sesiri. 4. 80% murid dapat membuat litar selari. 5. 2 daripada 4 orang murid dapat membandingkan mentol dalam litar sesiri dan selari.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Koperatif, Konstruktivis Strategi : Aktiviti eksperimen secara berkumpulan. Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari susunan litar ringkas beserta simbolnya sebelum ini. Kemahiran Proses Sains : Berkomunikasi, memerhati, membuat kesimpulan, mensintesis dan menjana idea, membuat eksperimen Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, menjana idea, membanding beza Kemahiran Manipulatif : Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul, menyimpan peralatan sains di tempat yang betul Nilai murni : Mempunyai minat dan sifat ingin tahu terhadap persekitaran, kerjasama, saling menghormati, jujur, mempunyai tingkah laku yang baik, mensyukuri nikmat, bertanggungjawab terhadap barang yang dipinjam. Bahan Bantu Mengajar : Kad bergambar, wayar, mentol, suis, bateri, buku dssssssssss teks, pemegang mentol FASA PENGAJARAN ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN
Set Induksi (5 Minit) Mengenali komponen- komponen dalam litar elektrik
Menyusun komponen elektrik untum membentuk litar.
Komponen litar ringkas : 1) mentol 2) wayar 3) suis 4) sel kering
- Guru bertanya kepada murid, macammana nak atur rakan kamu supaya membentuk susunan komponen litar yang betul?
- Guru memanggil enam orang murid ke hadapan.
- Guru mengarahkan mereka supaya menggantung kad bergambar yang mengandungi komponen- komponen bagi litar ringkas yang betul.
- Murid berpegangan tangan lalu membentuk satu litar lengkap. KPS : - Berkomunikasi - Memerhati
KB : - Menghubungkait
Nilai murni : - Berani mencuba - Bekerjasama
BBM : Kad bergambar
Pencetusan Idea (10 Minit) Perbezaan litar bersiri dan litar selari.
S.G :
1. Apakah perbezaan yang kamu nampak pada gambar rajah ini?
2. Mentol manakah yang nyalaannya lebih terang?
3. Apa kebaikan litar selari - Guru melukis litar bersiri dan litar selari di papan hitam.
- Guru mengarahkan murid melukis bersiri dan selari dalam bentuk simbol di dalam buku tulis.
- Murid melukis litar bersiri dan selari dalam bentuk simbol.
- Guru menyoal murid untuk merangsang minda mereka.
KPS : - Memerhati - Berkomunikasi
KB : - Menghubungkait - Membanding beza
Nilai : - Kerjasama
BBM : - Buku teks
berbanding litar bersiri? Penstrukturan Idea (25 Minit) Membina litar bersiri dan litar selari - Setiap murid diarahkan untuk mengambil dua mentol, dua pemegang mentol, enam wayar, dua sel kering dan dua suis.
- Murid membuat litar bersiri sehingga mentol mampu mengeluarkan cahaya.
- Murid membuat litar selari sehingga mentol mampu mengeluarkan cahaya.
- Murid menganalisis kedua-dua jenis litar KPS : - Membuat eksperimen
KM : - Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul
Nilai : - Kerjasama - Mendengar arahan
BBM : - sel kering - wayar - mentol - pemegang mentol -suis Aplikasi Idea (15 Minit) Kelebihan litar selari berbanding litar bersiri
Litar bersiri tidak sesuai digunakan dalam pendawaian elektrik di rumah kerana :
a) Kerosakan satu peralatan akan mengganggu fungsi peralatan yang lain.
b) Tahap kecerahan akan berkurangan jika bertambah - Guru menyoal murid kelebihan litar selari berbanding litar bersiri
- Murid menjawab soalan guru dengan merujuk litar masing-masing. KPS : - Berkomunikasi - Mengelas
KB : - Membanding beza
Nilai Murni : - Jujur - Bekerjasama - Saling menghormati - Mempunyai tingkah laku yang baik.
BBM : - Litar elektrik
bilangan peralatan
S.G : Litar apakah yang sesuai digunakan dalam sistem pendawaian di rumah? Kenapa?
Penutup (5 Minit) Imbas kembali pelajaran yang diajar pada hari tersebut.
Menyimpan peralatan makmal dengan cara betul - Guru meminta dua orang murid untuk memberikan rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.
- Guru memberi rumusan secara keseluruhan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.
- Murid menyimpan komponen elektrik di tempat yang betul dengan selamat. KPS : - Berkomunikasi - Mengelas
KM - Menyimpan peralatan sains di tempat yang betul.