Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum W. B. T.

Tajuk yang diketengahkan ini amat bersesuaian dalam konteks ketika


ini. Saya amat bersetuju dengan tajuk ini iaitu tahap pendidikan menjadi penentu kepada
kejayaan dan kecemerlangan kepada rakyat dan Negara. Hal ini kerana pendidikan adalah kunci
utama pengeluaran atau hasil kehidupan. Buktinya ramai kalangan orang yang Berjaya dalam
Negara ini mempunyai tahap pendidikan yang tinggi bagi mencapai sesuatu jawatan. Hal ini jelas
berlaku dalam situasi semasa iaitu dalam konteks pekerjaan. Pada era globalisai ini, rata rata
peluang pekerjaan yang ditawarkan memerlukan sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bagi menjawat jawatan tersebut. Dalam masa yang sama pemilihan dilakukan berdasarkan tahap
pendidikan seseorang yang bersesuaian dengan jawatan yang hendak dipohon. Cuba bayangkan
jika sesorang itu mempunyai tahap pendidikan yang kurang tinggi agar sukar mereka untuk
memperolehi jawatan sama ada dalam sector kerajaan mahupun swasta. Oleh itu, jelaslah
bahawa tahap pendidikan merupakan kayu ukur kejayaan sesorang.
Sebelum mengorak kata lebih mendalam saya ingin mengambil contoh orang-orang telah
Berjaya contohnya Allahyaham Dato Razali Ismail yang berasal daripada keluarga kurang
berada dapat mengubah hidupnya menjadi tokoh pendidikan yang disegani dengan adanya
pendidikan. Justeru, tidak dapat disangkal lagi tahap pendidikan yang tinggi dapat menjamin
kejayaan sesorang.
Pada pendapat saya sememangnya tahap pendidikan akan menentukan prestasi dan kejayaan
sesebuah Negara melalui kecemerlangan yang tunjukkan oleh rakyat kerana melalui sistem
pendidikanlah yang akan mencorakkan hala tuju bagi sesebuah.Negara untuk menjadi sebuah
Negara yang maju atau mundur. Jika sesebuah Negara memiliki rata-rata rakyatnya yang
memiliki tahap pendidikan tinggi sesebuah Negara itu dapat memiliki sebuah masyarakat dan
rakyat yang berilmu malahan mempunyai akhlak yang baik dan berfikiran jauh ini dapt
menjadikan sesebuah Negara itu menjadi aman damai daripada berlaku jenayah.
Rakyat yang memiliki pengetahuan dan berilmu dapat menggerakkan sesebuah Negara menjadi
lebih maju dapat direalisasikan dengan bertambahnya ilmu dan tahap pendidikan rakyat.

Kesimpulannya wajar pihak yang terlibat membantu rakyat Negara kita ini untuk menimba ilmu
pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana generasi sekaranglah yang akan
membentuk masa depan Negara akan datang.