Anda di halaman 1dari 2

Lydeneo Wesley,

5 PISMP Matematik Jan 2012,


IPG Kampus Sultan Mizan,
Terengganu.
Ketua Jabatan HEP,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Terengganu. 4 MAC 2014

Tuan,

MEMOHON PENGECUALIAN DARIPADA MENYERTAI KURSUS KEPIMPINAN
KETUA UNIT DAN PENOLONG KETUA UNIT

Merujuk perkara di atas, saya Lydeneo Wesley dari 5 PISMP Matematik, ambilan
Jan 2012, ingin memohon pengecualian daripada menyertai kursus kepimpinan
ketua unit dan penolong ketua unit yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Mac.
2. Saya ingin memohon pengecualian daripada menyertai program ini kerana saya
perlu menunaikan tuntutan agama saya. Saya perlu sembahyang pada hari
jumaat(14 Mac).
3. Pada petang khamis, saya sudah perlu menaiki bas untuk ke Kota Bharu dan
tinggal di rumah kawan. Pada jam 10 pagi jumaat, kami akan mula sembahyang.
4. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya sudah cuba tetapi tidak dapat mencari orang
untuk menggantikan tempat saya bagi menghadiri kursus tersebut.
Saya berharap agar pihak tuan akan dapat mempertimbangkan permohonan saya
ini. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.



Yang benar,

_______________________________
(LYDENEO WESLEY)
Penolong Ketua Unit,
5 PISMP Matematik,
Jan 2012.

Anda mungkin juga menyukai