Anda di halaman 1dari 4

AQIQAH

AZAN - TAHNIK - TASMIYAH - KHATAN


 
Aqiqah dari segi bahasa bermaksud potong

Aqiqah dari segi istilah ilmu feqah ialah haiwan yang disembelih untuk bayi sewaktu mencukur rambutnya.
 
‫ َويُ َس َّمى‬، ُ‫ تُ ْذبَ ُح َعْنهُ َي ْوَم َسابِعِ ِه َوحُيْلَ ُق َرأْ ُسه‬, ‫" ُك ُّل غُالٍَم َرِهينَةٌ بِ َع ِقي َقتِ ِه‬ : ‫ قَ َال‬، ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ِّ ‫ َع ِن النَّيِب‬، َ‫مَسَُرة‬ ‫َع ْن‬
Dari Samurah bin Jundab, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap anak yang baru lahir itu tergadaikan
hingga disembelihkan aqiqahnya yang pada hari ke-7 [sejak kelahirannya], dan pada hari itu juga dicukur rambut
kepalanya, kemudian diberi nama.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud, Tirmizi,
Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
 
Hukum Aqiqah
Sunat muakkad (sangat dituntut jika berkemampuan) bagi wali yang menanggung nafkah bayi itu.
 
Waktu Aqiqah
Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah
pendapat yang paling rajih.
 
Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke
atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari
ketujuh daripada hari kelahirannya.

Jika anak tersebut meninggal dunia sebelum dibuat aqiqah maka gugurlah tuntutannya.
 
Hikmah Aqiqah
 Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
 Menggalakkan amalan sedekah.
 melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
 Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
 Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
 Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
 Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
 Membiasakan berkorban bagi orang tua 
 
 
 
 
Binatang Untuk disembelih Aqiqah
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor).
 
Anak perempuan memadai dengan seekor kambing.
 
Boleh juga dikongsi bahagian dengan sembelihan korban iaitu 2 bahagian dari seekor lembu untuk anak lelaki dan 1
bahagian untuk anak perempuan.
 
Dalil 1
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah
untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.
(Hadith Riwayat Tirmizi).
 
Dalil 2
‫ َو َع ِن احْلُ َسنْي ِ َكْب ًشا‬، ‫ َع َّق َع ِن احْلَ َس ِن َكْب ًشا‬، ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ َ ‫رس‬ َ‫أَ ّن‬ ، ‫ر ِضي اللَّه عْنهما‬ ‫اس‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ َ ُ َ ُ َ َ ٍ َّ‫ابْ ِن َعب‬ ‫َع ِن‬
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin
masing-masing dengan seekor kibasy (kambing biri-biri).
(Riwayat Abu Dawud)
 
Syarat Binatang Aqiqah
Sama seperti syarat binatang korban
 
Beza ‘Aqiqah dengan Korban
1. Sunat daging ‘Aqiqah disedekahkan dalam bentuk masakan berkuah dan manis dan dihantar sendiri kepada
orang miskin dengan harapan akhlak anak itu menjadi mulia. Manakala daging korban disedekahkan secara
mentah tanpa dimasak.
2. Sunat tidak dikerat tulang binatang ’aqiqah - dikerat pada sendi sahaja dengan harapan agar anggota anak itu
selamat dan baik.
3. Sunat dihadiahkan kaki binatang ’aqiqah kepada bidan yang menyambut bayi tersebut dalam keadaan mentah
tanpa dimasak kerana Fatimah r.a. telah melakukannya dengan perintah Rasulullah s.a.w.
 
 Sunat-sunat yang berkaitan ‘Aqiqah ialah:
 Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
 Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
 Berdoa ketika hendak menyembelih
 Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
 Daging aqiqah disunatkan masak dan dibuat jamuan atau kenduri. Daging dimasak manis.
 Disunatkan membawa bayi setelah kelahirannya kepada orang soleh dan bertaqwa untuk mentahnik bayi dan
mendoakan kebaikan & keberkatan.
 Memberi nama yang baik kepada bayi
 Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
 Bersedekah ikut nilai harga emas atau perak mengikut berat timbangan rambut bayi
 
ِ َ‫ْال َح َس ِن بِ َشا ٍة َوقَا َل ; يَا ف‬
ُ‫اط َمة‬ ‫صلى هللا عليه وسلم ع َِن‬- ِ ‫ق َرسُو ُل هَّللا‬ َّ ‫ب قَا َل َع‬ٍ ِ‫ع َْن َعلِ ِّى ب ِْن أَبِى طَال‬
َ ‫أَوْ بَع‬
.‫ْض ِدرْ ه ٍَم‬ ‫ضةً قَا َل فَ َوزَ نَ ْتهُ فَ َكانَ َو ْزنُهُ ِدرْ هَ ًما‬ َ َ‫احْ لِقِى َر ْأ َسهُ َوت‬
ِ ‫ص َّدقِى بِ ِزنَ ِة َشع‬
َّ ِ‫ْر ِه ف‬
Rasulullah s.a.w. telah meng’aqiqahkan untuk Hasan seekor kambing dan baginda s.a.w. bersabda “Hai Fatimah,
cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambut)nya.
Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham ”.
(Hadith riwayat Tirmizi)
 
Dalam sebuah hadith ada menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. memasukkan kurma ke dalam mulutnya dan
mengunyahnya. Kemudian baginda membuka mulut bayi itu dan memasukkan kurma tadi ke dalam mulut bayi itu. Ini
membuatkan bayi itu menggerakkan lidahnya untuk menelan manisan kurma tersebut. Lalu baginda menamakan
bayi itu ‘Abdullah.
 
 
Azan & Iqamah
Sunat diazan pada telinga kanan bayi sebaik sahaja dilahirkan dan diiqamatkan pada telinga kirinya. Ini sebagai
pengisytiharan Tauhid yang pertama setelah dia lahir ke dunia ini.
 
Tahnik
Sunat membelah mulut bayi dengan buah kurma samada bayi lelaki atau perempuan. Buah tersebut dilenyek dan
kemudian disapukan pada lelangit di dalam mulut bayi.
 
Jika tiada kurma, boleh gunakan apa sahaja manisan yang tidak disentuh api.
 
Menamakan Bayi
Sunat menamakan bayi pada hari ke-7 dari kelahirannya. Sunat juga menamakan bayi yang gugur (mati dalam
kandungan) yang telah mencapai umur bernyawa.
 
Umur bernyawa bagi bayi ialah selepas 4 bulan 10 hari dalam kandungan.
 
Nama yang paling afdhal ialah Abdullah dan ‘Abdur Rahman. Menamakan bayi dengan Muhammad banyak
keutamaannya. Nama yang baik dan melambangkan sifat kehambaan juga digalakkan.
 
Haram memberi nama kepada bayi dengan
1. Nama dari Asmaul Husna (99 nama Allah) melainkan jika disertakan dengan ‘Abdu (bermaksud hamba kepada
Allah cth Abdul Rahman).
2. Nama yang buruk makna dan keji sifatnya.
 

Khatan
Khatan bagi lelaki adalah dengan memotong kulit di hujung zakar yang menutup hasyafah.
 
Bagi perempuan pula adalah memotong hujung kulit yang berada di atas faraj.
 
Hukum Khatan
Wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.
 
Tidak wajib jika bayi tersebut lahir dalam keadaan telah berkhatan sebagaimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w.
sewaktu dilahirkan.
 
Dalil Pensyariatan Khatan
‫الفطرة مخس أو مخس من الفطرة اخلتان واالستحداد ونتف اإلبط وتقليم األظفار‬ ‫أيب هريرة يبلغ به النيب صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫عن‬
‫وقص الشارب‬
Rasulullah s.a.w. bersabda “Fitrah itu lima perkara; berkhatan, al-istihdad (mencukur bulu kemaluan),
mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai”
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
 
Fitrah bermaksud sunnah atau cara hidup yang dibuat oleh para Nabi dan semua syariat memerintahkannya.
 
Waktu Khatan
Boleh dilakukan samada sewaktu kecil atau besar. Dalam hadith ada menyebut Nabi Ibrahim berkhatan semasa
umur 80 tahun.
 
Hikmah disyariatkan khatan
1. Untuk menjaga kesucian dan kebersihan bagi lelaki.
2. Untuk menjaga maruah bagi wanita, mengelakkan perlakuan tidak bermoral.
 
Ucapan tahniah sempena lahirnya anak
1. Semoga Allah memberkati kamu dengan anak yang dikurniakan.
2. Semoga kamu mensyukuri Tuhan yang mengurniakannya.
3. Semoga anak ini membesar dan kamu dikurniakan ketaatannya.
 
Amalan semasa ibu hendak bersalin
1. Baca ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)
2. Baca Surah Al-A’raf ayat 54
3. Surah Al-Falaq
4. Surah An-Nas
5. Berdoa agar ibu dan anak selamat dan dimudahkan bersalin.