Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

GEOGRAFI
TINGKATAN 1

GEOGRAFI TINGKATAN 1

2

MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan
hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur
dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI

Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:
1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan.
2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek
geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab.
4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang
wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain
5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan
dan kelainannya dengan negara Malaysia.
6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara
satu negara dengan negara lain.
7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber
dengan bertanggungjawab dan bijaksana.
8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik.
9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional.
10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka
terhadap perasaan serta keperluan orang lain.


GEOGRAFI TINGKATAN 1

3


BAND
PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi.

2

Mengetahui dan memahami konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

3

Memahami dan mengaplikasikan konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

4

Mengaplikasikan pengetahuan geografi dan kemahiran geografi untuk menganalisis, mensintesis
dan menilai maklumat geografi.

5



Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat penilaian / kesimpulan yang rasional
dan boleh menganalisis impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya
secara bijaksana.


6

Mengkaji dengan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data dan maklumat
geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.



GEOGRAFI TINGKATAN 1

4

TEMA BAND DESKRIPTOR
KEMAHIRAN GEOGRAFI
1

Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul:
Kedudukan
Arah
Jarak dan skala

2

Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul.
Kedudukan
Arah
Jarak dan skala
Simbol peta

3

Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut dengan tepat.
Mengorientasi kompas
Mengukur jarak menggunakan skala
Membina graf

4
Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam organisasi ruang
atau lapangan mengikut prosedur yang betul.

5
Mentafsir peta lakar dan bahan grafik dengan tepat berdasarkan maklumat dan data
yang relevan/sesuai.
6
Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas
tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang sesuai.


GEOGRAFI TINGKATAN 1

5
TEMA BAND DESKRIPTOR
BENTUK MUKA BUMI
DAN POTENSINYA
1
Menyatakan pelbagai bentuk muka bumi Malaysia dengan memberikan fakta dan
contoh yang sesuai dan betul.

2
Menjelaskan pelbagai bentuk muka bumi iaitu di Malaysia dengan memberikan fakta
dan contoh yang sesuau dan betul.
Tanah tinggi
Tanah pamah
Pinggir laut
Saliran

3
Mengenal pasti dan menerangkan taburan kepelbagaian bentuk muka bumi dan
lokasinya di Malaysia dengan fakta yang tepat.
Tanah tinggi
Tanah pamah
Pinggir laut
Saliran

4
Menghuraikan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia dengan menggunakan fakta
dan contoh yang jelas.
Tanah tinggi
Tanah pamah
Pinggir laut
Saliran

5

Membanding dan membezakan dengan betul kepentingan pelbagai bentuk muka bumi
yang berkaitan terhadap kegiatan manusia antara negara Malaysia dengan negara lain

6

Mengkaji potensi dan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia serta
mengemukakan cadangan yang relevan untuk pembangunan di kawasan berkaitan



GEOGRAFI TINGKATAN 1

6

TEMA BAND DESKRIPTOR
CUACA DAN IKLIM

1

Menyatakan jenis iklim dan ciri-cirinya di Malaysia dengan tepat.

2

Menerangkan pengaruh pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim dengan jelas.
Putaran bumi
Peredaran bumi

3

Mengenal pasti dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim negara
Malaysia dengan tepat.
4

Menghubungkait pengaruh cuaca dan iklim terhadap cara hidup manusia di Malaysia
dan di zon iklim yang lain dengan mengemukakan contoh yang sesuai.
Pertanian
Perikanan

5

Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan merumus kesan
kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia secara komprehensif dan
menyeluruh.

6

Mengkaji kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim dan mengemukakan
langkah yang relevan bagi mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap cuaca
dan iklim di Malaysia.



GEOGRAFI TINGKATAN 1

7

TEMA BAND DESKRIPTOR
TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI DAN
HIDUPAN LIAR

1

Menyatakan / menunjukkan jenis tumbuhan semula jadi di kawasan sekitar dengan
tepat.

2

Menjelaskan jenis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dengan betul.

3

Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepelbagaian jenis tumbuhan
semulajadi dengan tepat.
4

Membandingkan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar negara
Malaysia dengan negara lain dengan contoh yang sesuai.

5

Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan membuat rumusan
kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

6

Mengkaji kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar serta mencadangkan langkah melestarikan tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar.